Monday, April 30, 2012

Malaysian Prime Minister, Najib Razak appeals for kidnapped boy, Nayati Moodliar

Updated 10th May 2012

Wanted. These 2 men are high on the wanted list. They were suspected of kidnapping 12 year old Nayati Shanelin Moodliar on 27th April 2012 and released after 6 days on 3rd May 2012. If you saw this 2 men, please inform the Police immediately. Police are seeking the help of Jan Yin Jiang (left) and Lee Phak Seng @ Seng Chai in their investigations into the kidnapping of Nayati Shamelin Moodliar.

Nayati Moodliar, 12, of South African and Dutch parentage was kidnapped while on his way to Mont Kiara International School on Friday morning, 27th April 2012. He was released safely on 3rd May 2012, at a Rest and Recreation area in Rawang, Selangor after a RM300,000 ransom was paid by his parents to the kidnappers. Nayati was believed held in a house in Chemor, Perak.

Updated 10th May 2012, 7 days after Nayati was released by his kidnappers.

The New Starits Times Press reported that the mastermind behind the kidnapping of Nayati Shamelin Moodliar has fled to Europe.

The 24-year-old flew out of Kuala Lumpur International Airport on May 5, two days after Nayati was released, on a Paris-bound flight.

Police here have now sought the help of Interpol in tracking down the suspect.

They are looking for Jan Yin Jiang from Taman Segar, Cheras, and Lee Phak Seng @ Seng Chai, from Taman Suntex, Cheras.

Federal CID director Datuk Seri Bakri Zinin said six of the duo's accomplices were nabbed in Chemor, Ipoh and Cheras, here, by a special task force earlier this week.

The six, including a woman, between the ages of 19 and 40, are locals who were not related or known to the victim and his family. Bakri said not all were directly involved but were with the suspects at the time of the arrests.

"We believe at least five people were in the group that planned and executed the kidnap."

The task force also recovered RM48,000, believed to be part of the RM300,000 ransom paid by Nayati's parents, and the car which was used in the kidnapping.

Initial investigations revealed that the suspects were friends, with previous convictions for petty crimes. This was believed to be their first kidnap.

It was learnt that after the kidnap on April 27, the group had split up and gone separate ways. Each member had a specific task. Two were tasked with kidnapping the boy, one with negotiating with his parents, one to pick up the ransom and the others to look after him.

Nayati was believed to have been taken to a rented house in Chemor where he was held for six days.

Unlike in previous kidnap cases, the culprits here had contacted Nayati's family through a specially set up Facebook profile. It was learnt that all negotiations and demands were made through this social networking site.

The ransom was dropped off at an undisclosed location in Cheras on May 2. Within hours, the boy was released at the Rawang rest area along the North-South Expressway. It was learnt that police managed to track down the group through the IP address on one of the laptops used to contact Nayati's family. The laptop was found when police made the first round of arrests in Ipoh on Monday, 7th May 2012.

Bakri said the case had not followed the normal standard operating procedure of a kidnap investigation as it had received wide publicity from the very moment Nayati was kidnapped.

First, it was text messages and tweets describing the car, the two kidnappers and the boy. That was followed by Nayati's parents holding a press conference within hours of the incident, and on the same day, hundreds of posters of the missing boy were plastered all around the Klang Valley.

Bakri said this was a special case as the victim was a foreigner and the incident received wide coverage in many countries, including the Netherlands, Britain and South Africa. Police said there was no specific reason why Nayati was targeted. They believed that the kidnappers had targeted students of Mont Kiara International School, which is in an upmarket area.

Nayati, whose parents are expatriates, stays in a nearby condominium. He usually walked to school alone. His father, Sham Moodliar is a senior consultant in a management company, while his mother, Janice, is a housewife. Nayati has a younger sister.

My earlier blog post when Nayati was still being held by the kidnappers.

As reported by APF.

Kuala Lumpur – The kidnapping of 12-year-old Nayati Moodliar (picture above) has drawn the attention of Malaysian Prime Minister Najib Razak. The boy, with dual South African and Dutch nationality, was snatched outside his school near Kuala Lumpur on Friday, 27 April 2012.

Najib used Twitter to make his plea, saying: "I appeal as a father for Nayati not to be harmed in any way."

He also tweeted he had instructed police chief Ismail Omar to investigate the incident.

Local police chief Wan Abdul Bari said police were taking the incident very seriously.

"I can confirm we have received a report [of the kidnapping]. Investigations [are] still on. We view such incidents very seriously," he said.

Nayati Moodliar was walking to his Mont Kiara International School located in a posh suburb near the capital Kuala Lumpur when he was kidnapped by two men who bundled him into a car on Friday, 27 April 2012.

On Monday, 30th April 2012, the Moodlier family posted on Facebook that Nayati’s whereabouts were still unknown.

"We have received a lot of very good suggestions and advice from everyone who e-mailed/PM us. We are truly grateful and thankful.

"As for offerings of their well wishes and prayers, we also welcome them and we feel truly blessed and touched by them."

The family appealed to the public for information saying anyone with information or suggestions should send e-mail them at

God bless this family.

Bekalan elektrik putus di Sabah dan Labuan pada 30 April 2012

read over

Pada awal pagi 30 April 2012, hampir keseluruhan daerah di Sabah dan Labuan terputus bekalan elektrik bermula kira-kira 3.23 pagi, melibatkan kira kira 400 ribu pengguna.

Siasatan Sabah Electricity Sdn Bhd, SESB mendapati kejadian berpunca kerosakan pada satu pepasangan 66 kilovolt di pencawang masuk utama di Penampang dekat Kota Kinabalu.

Pengurus besar kanan pengurusan aset, SESB Ahmad Fuad Mohd Kasim, berkata kerosakan menyebabkan stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Labuan terpelantik.

Ini memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem grid elektrik Sabah.

Bekalan elektrik berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula 6.40 pagi dan punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.

Berikutan kejadian luar jangkaan itu, SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna.

Ini kejadian kedua seumpamanya bulan April 2012 melibatkan bekalan elektrik putus di hampir seluruh daerah di Sabah dan Labuan.

Pada 11 April 2012 lalu, sebahagian besar kawasan di Sabah dan Labuan turut terputus bekalan elektrik akibat gangguan pada sistem penyaluran gas ke beberapa stesen janakuasa bebas di Sepanggar.

Kejadian itu telah mengakibatkan kehilangan kapasiti penjanaan tenaga elektrik sebanyak 90 Megawatt hilang daripada sistem rangkaian grid Sabah.

Moga peristiwa ini tidak berlaku lagi.

Friday, April 27, 2012

Pendaratan pesawat menakutkan akibat Angin lintang di Sepanyol. Scary Plane Landing in Bilbao, Spain; High winds rock plane as it lands "Video

Sungguh menakutkan. Kelihatan pesawat komersial ini yang membawa ratusan penumpang, mendarat dalam keadaan amat merbahaya dan menakutkan di Bilbao, Sepanyol pada Rabu 25 April 2012 lalu akibat dihentam angin lintang selaju 40 hingga 60 km sejam.

Ada pesawat mendarat dengan selamat namun meninggalkan trauma ke atas penumpangnya.

4 lagi pesawat tidak dapat mendarat dan terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang lain.

Jangan main main dengan fenomena angin lintang.

Scary Plane Landing in Bilbao, Spain; High winds rock plane as it lands "Video

High winds in Bilbao, Spain, made normally routine landings treacherous for airplanes Wednesday. Some airplanes were able to land, making for a bumpy ride for passengers.

But at least four other flights had to be diverted from the airport. Several Spanish coastal towns were hit with windy weather, but there was minimal damage.

Membuang Piano, tradisi ganjil di Massachusetts Institute of Technology

Massachusetts Institute of Technology atau MIT di Massachusetts adalah sebuah institusi pengajian tinggi tersohor dunia, setaraf dengan Cambridge dan Oxford.

Namun setiap kali tamat pengajian, ada 1 tradisi ganjil dilakukan pelajar dan tenaga pengajarnya.

Iaitu membuang piano dari ketinggian 20 kaki sehingga hancur.

Tradisi ini dilaporkan sudah bermula sejak 40 tahun lalu.

Selepas hancur, komponen piano yang sudah rosak dan musnah itu diambil pelajar dan guru sebagai cenderamata.

Hmm macham macham. Nasib baik tak ada orang kena hempap piano, kalau tak lain jadinya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah diminta supaya tidak cakap banyak sebaliknya terus mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Eskay

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah diminta supaya tidak cakap banyak sebaliknya terus mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Eskay mengenai isu video seks yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau benar-benar yakin bapanya tidak bersalah.

Malah Pergerakan Puteri UMNO mencabar Nurul Izzah supaya membuat kenyataan umum mengatakan bahawa Datuk Eskay adalah seorang pembohong besar jika beliau benar-benar berani mahu menegakkan kebenaran bapanya.

Puteri UMNO percaya sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menghentikan lakonannya dan beliau sendiri sememangnya tidak akan berani, baik untuk menyaman Datuk Eskay mahu pun membuat kenyataan tersebut.

Tindakan Nurul Izzah mempertahankan bapanya dan juga Shamsidar Taharin baru-baru ini iaitu  hanya selepas hampir sebulan perkara tersebut dibangkitkan turut menimbulkan tanda tanya sejauh mana beliau sebenarnya benar-benar jujur menyatakan pendiriannya. 

Puteri UMNO ingin bertanya kepada Nurul Izzah adakah tindakannya mempertahankan bapanya dan Shamsidar kerana didesak atau dipaksa oleh Azmin Ali iaitu suami kepada Shamsidar? 

Atau apakah beliau telah mendapat persetujuan daripada ibunya terlebih dahulu sebelum mempertahankan Shamsidar? Ini kerana sebagai seorang anak, jika beliau benar-benar yakin bapanya tidak bersalah, tindakan mempertahankan Anwar akan dibuat sepantas mungkin kerana pendedahan tentang video seks itu melibatkan maruah bapa dan keluarganya. 

Pergerakan Puteri UMNO sememangnya amat tertarik dengan tindakan Nurul Izzah dan lakonan politik beliau serta tidak sabar untuk melihat penamat sandiwara tersebut. 

Bolasepak. Skuad Malaysia lebih hebat dan kuat dari Barcelona??

Bolasepak memang ganjil. Di atas kertas, skuad bolasepak kebangsaan Harimau Malaya lebih kuat daripada Barcelona kerana Chelsea dengan 11 pemain, berhempas pulas menewaskan Malaysia 1-0 Julai tahun lalu, itupun menerusi gol kontroversi Didier Drogba yang tidak masuk tapi disahkan masuk.

Chelsea pula Selasa lalu di Nou Camp, Sepanyol, meskipun dengan 10 pemain berjaya menewaskan Barcelona agregat 3-2 untuk ke final Champions League.

Ini bermakna Malaysia lebih kuat berbanding Barcelona!! Hidup Liverpool...!!

Monday, April 23, 2012

Jim Jones, David Koresh, Shoko Asahara, Ibrahim Libya dan Nabi Petrus Palsu Sabah, 5 lelaki gila yang pernah hidup di dunia

Jim Jones, pengasas the People's Temple yang membawa kepada peristiwa bunuh diri beramai ramai di Guyana, Amerika Selatan pada 18 November 1978. 909 maut di Jonestown.

David Koresh, ketua Branch Davidion. Peristiwa Waco, Texas pada 19 April 1993 membawa kepada kematian 84 orang termasuk 28 kanak kanak. Sungguh tragis

Shoko Asahara, si gila dari Jepun, pengasas Aum Shinrikyo, membawa kepada serangan gas Sarin di stesen keretapi bawah tanah Jepun pada March 1995 yang menyebabkan 13 maut dan ratusan cedera.

Peristiwa Memali di Baling Kedah, pada November 1995 menyebabkan 14 pengikut Ibrahim Libya maut manakala 4 anggota polis turut maut.

Jim Jones, David Koresh, Shoko Asahara, Ibrahim Libya dan Nabi Petrus

Individu yang disebutkan di atas antara manusia yang disifatkan gila dan kurang waras. Mereka mahu menjadi pemimpin pergerakan songsang dan tidak teragak agak untuk membunuh jika ada pihak cuba menghalang aktiviti mereka.

Jim Jones pastinya diingati kerana mengarahkan hampir 1,000 pengikut ajaran songsangnya meminum racun di hutan Guyana, Amerika Selatan, menjadikannya kes bunuh diri paling besar di dunia.

Jim Jones turut mengarahkan pembunuhan seorang senator Amerika Syarikat serta wartawan yang melawatnya, sejurus sebelum peristiwa pembunuhan diri besar besaran itu.

Sejurus peristiwa menggemparkan dunia itu, tiada lagi ajaran songsang Jim Jones yang mengaku dirinya Tuhan.

David Koresh dan pengikutnya pula mati dikepung pihak berkuasa Amerika Syarikat yang mahu menangkapnya kerana mepraktikkan ajaran tidak logik, iaitu boleh berkahwin poligami ramai dan boleh kahwin dengan kanak kanak.

Rumah Koresh dan pengikutnya di Waco terbakar dan berakhirlah riwatan ajaran songsangnya itu.

Shoko Ashara pula menakutkan penduduk Jepun pada 1995 kerana cubaan membunuh penumpang keretapi bawah tanah di Jepun menggunakan gas saraf Sarin yang diciptanya sendiri.

Ramai cedera dan ada juga mati sehinggakan pengangkutan keretapi Jepun yang digunakan ratusan ribu pengguna sehari, lumpuh.

Nasib baik Asahara si gila itu berjaya ditangkap dan ajarannya Aum Shun tidak lagi berfungsi.

Apa kata kita beri makan Asahara dengan 10 tong besar gas Sarin? Tengok apa dia kata, sedap ke tidak?

DI Malaysia pula kita pernah digemparkan kisah 2 ajaran songsang di Kedah dan Sabah.

Di Memali, Kedah, peristiwa Ibrahim Libya dan pengikutnya menyerang anggota polis dengan bom buatan sendiri, parang dan senjata lain pernah menggemparkan Malaysia.

Kesudahannya semua pengikut Ibrahim Libya mati termasuk bossnya Ibrahim Libya sendiri, malahan 2 anggota polis dilaporkan turut maut.

Di Beluran Sabah, Malaysia juga pernah digemparkan ajaran seorang lelaki Indonesia berketurunan Timor yang menggelar dirinya Nabi Petrus.

Nama sebenar lelaki yang menggelar dirinya Nabi Petrus itu ialah Petrus Ratu Dore, tiada kaitan dengan naib Juara Akademi Fantasia musim ke 3, Felix Agus Dore.

Ladang dan rumah Nabi Petrus dan pengikutnya di Beluran, Sabah diserbu polis pada 1995 dan mujurlah tiada yang cedera.

Nabi Petrus dan isteri serta ramai pengikutnya ditangkap.

Antara ajaran Nabi Petrus kononnya kiamat akan berlaku pada Oktober 1995 ekoran gerhana matahari. Memang Gerhana Matahari berlaku di Sabah khususnya di Matunggong Kudat pada Oktober 1995, namun bukan kerana ajaran dan kuasa Nabi Petrus, sebaliknya akibat kuasa Tuhan dan kejadian alam.

Nabi Petrus dan pengikutnya juga mengenakan pakaian pelik iaitu seluar dalam putih di kepala masing masing ketika ditangkap.

Hmmmm. Macham macham, terima kasih kerana membaca.

Orkestra Muzik daripada sayur sayuran di China

Sayur bukan sahaja boleh dimakan, malahan boleh dijadikan alat muzik.

Ini dibuktikan 2 beradik dari Beijing, China ini yang boleh memainkan pelbagai irama muzik yang merdu daripada pelbagai jenis sayur sayuran.

Inilah yang dikatakan super-kreatif!!

Ada sesiapa di Malaysia boleh meniru gaya ini ??

Yang saya tahu ada seorang artis di Malaysia dikenali Ismail Jejaka yang boleh mengeluarkan irama merdu daripada gergaji besi. Benar.

Irama dari daun pun boleh seperti lelaki dalam video ini.

Tyra Banks, wanita kulit hitam paling seksi dan lawa

Tyra Banks, wanita kulit hitam paling seksi dan lawa

Hitam itu menawan.

Jika ada kategori wanita kulit hitam paling seksi dan menawan, sudah pasti Tyra Banks antara calonnya.

Supermodel ini dikenali menerusi majalah fesyen seksi, Victoria's Secret sebelum mencapai kemuncak karier solo sebagai supermodel.

Kerana terlalu popular, Tyra Banks turut menjadi hos rancangan bual bicara Tvnya sendiri dikenali Tyra.

Sudahkan Tyra Banks berpunya? Mungkin ya.

Apapun, ingatlah hitam itu menawan.

Di Malaysia bagi saya wanita berkulit hitam manis yang cantik dan seksi, tidak lain dan tidak bukan Puspa Narayan, supermodel Malaysia tersendiri.

Syabas Tyra Banks dan Puspa Narayan.

Manusia yang seiras dengan Presiden Barack Obama

Presiden Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat ke 44, mula memegang jawatan pemimpin no. 1 dunia dan White House itu pada Januari 2009

Individu di kanan adalah pemenang lelaki paling seiras dengan Obama di Colombia

Individu dikanan adalah pemenang lelaki paling seiras dengan Obama di Indonesia

Manusia yang seiras dengan Presiden Barack Obama, terdapat di seluruh pelusuk dunia.

Sejak Presiden Barack Obama menjadi individu kulit hitam pertama dipilih Presiden Amerika Syarikat, ramai pula individu yang seiras dengan Obama di seluruh dunia.

Antaranya di Indonesia dimana Obama membesar selaku anak kecil di Menteng.

Dan juga di Colombia, Amerika Selatan dimana ada ramai lelaki menyerupai pemimpin paling berkuasa di dunia itu, sehinggakan pertandingan terpaksa diadakan untuk memutuskan siapa paling menyerupai Obama.

Hmm.. hairan jugakan.. Sebelum ini tiada pula orang yang menyerupai presiden USA terdahulu seperti George Bush, Bill Clinton, George Bush Senior, Jimmy Carter, Ronald Reagan, George Washington dan John F Kennedy.

Namun di Taman Negara Mulu Sarawak, ada batu yang menyerupai Presiden Amerika, Abraham Lincoln.

Harian, sungguh menghairankan.

Brazil, Jerman, USA, Mexico, antara negara bertuah anjurkan Bolasepak Piala Dunia dan Olimpik selang 2 tahun

Logo Piala Dunia Mexico 1986

Logo Olimpik Mexico 1968

Logo Piala Dunia Mexico 1970

Logo Olimpik Atlanta, USA 1996

Logo Piala Dunia USA 1994

Logo Piala Dunia Brazil 2014

Logo Sukan Olimpik Rio De Janeiro, Brazil 2016

Logo Sukan Olimpik Munich, Jerman Barat 1972

Logo Piala Dunia Jerman Barat 1974

Brazil untung, sudahlah tuan rumah bolasepak Piala Dunia 2014, hos Olimpik pula lepas tu 2 tahun kemudian pada 2016.

Bayangkan negara kita Malaysia menjadi tuan rumah bolasepak FIFA Piala Dunia dan 2 tahun selepas itu menjadi hos pula Sukan Olimpik.


Bolasepak FIFA Piala Dunia dan Sukan Olimpik adalah 2 kejohanan dan pertandingan dan temasya terbesar dunia yang diadakan selang 4 tahun sekali.

Nah, Brazil sebagaimana kita ketahui adalah tuan rumah bolasepak Piala Dunia 2014 dan 2 tahun selepas itu pada 2016, menjadi hos pula sukan Olimpik.. Wowww

Antara negara beruntung yang mendapat keistimewaan itu sebelum ini ialah Amerika Syarikat.

Piala Dunia FIFA 1994 diadakan di Amerika Syarikat dan 2 tahun selepas itu Sukan Olimpik 1996 diadakan pula di Atlanta, Amerika Syarikat.

Piala Dunia 1974 pula diadakan di Jerman dan dimenanginya menewaskan Belanda 2-1 di final, manakala 2 tahun sebelumnya Sukan Olimpik diadakan di Munich, Jerman pada 1972.

Pada 1954, Piala Dunia turut diadakan di Jerman dan Jerman sekali lagi menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2006 dimana pasukan itu layak ke separuh akhir sebelum dikecewakan juara, Itali 2-0.

Dimana pula Sukan Olimpik 1936 diadakan yang menyaksikan Adolf Hitler menonton Atlit Amerika Syarikat, Jeese Owens menang 4 pingat Emas? Jawapannya di Berlin, Jerman!!

Kalau bukan 2 tahun jaraknya, asalkan diadakan di negara sama pun mencukupi.

Contohnya Sepanyol tuan rumah Piala Dunia FIFA 1982 dan 10 tahun selepas itu pada 1992 Barcelona tuan rumah sukan Olimpik pula.

England pula tuan rumah sukan Olimpik 2012, manakala pada 1966, negara itu tuan rumah Piala Dunia yang dimenanginya selepas menewaskan Jerman Barat 4-2 di final di Wembley.

Jepun tuan rumah sukan olimpik 1960 dan tuan rumah bersama Piala Dunia FIFA pada 2002 bersama Korea, malahan sukan Olimpik pernah diadakan di Seoul, Korea pada 1988.

Mexico tuan rumah sukan Olimpik 1968 dan Piala Dunia 1970 dan sekali lagi menjadi tuan rumah pertandingan besar Piala Dunia pada 1986 yang menyaksikan Diego Maradonna menjadi pemain lagenda dan terbaik dunia.

Perhatikan juga nombornya 68 dan 86.. hebatkan??

Siapa pula tuan rumah Piala Dunia 1970 yang dimenangi Pele dan Brazil ? Mexico juga kan.

Rome, Itali juga pernah menjadi hos sukan Olimpik dan dimanakah Piala Dunia 1990 diadakan? Jawapannya Itali.

Negara lain pula seperti Malaysia bukan saja tidak pernah menjadi hos Piala Dunia, malahan tidak pernah menjadi hos sukan Olimpik. Malaysia hanya pernah menjadi tuan rumah sukan Komanwel 1998 dan hos Piala Dunia Belia pada 1997 yang menyaksikan kelibat pemain muda yang kemudiannya menjadi pemain tersohor iaitu Michael Owen - England, Pablo Aimar - Argentina, Thierry Henry dan David Trezeguet – Prancis bersama Esteban Cambiasso – Argentina.

Apapun Brazil pasti juara Piala Dunia 2014 di gelanggang sendiri.

Hidup Liverpool, Hidup Brazil.

Shafie Apdal denies paying large amount of money to artiste

As reported by The Star Online on Monday, 23rd April 2012.

KUALA LUMPUR: Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal on Monday, 23rd April 2012, issued a press statement regarding a police report lodged by a man alleging that the minister had paid a large amount of money to a local artiste.

“I have been following closely various reports in the media and blogs that have linked my name to a police report dated March 13, 2012, by a person named Noor Azman Azemi, who claims to be under my employ as a driver, linking me with the payment of a large amount of money to an artiste by the name of Zahida Mohamed Rafik.

“I wish to state that everything that has been mentioned in the police report is completely untrue and that the subsequent comments by individuals who have distributed copies of the police report is with bad intent and politically motivated.

“I am prepared to take legal action against anyone who continues to defame me and link me with this issue,” he said.

Meanwhile Zahida Rafik, who is accused of having an affair with a Cabinet minister, has threatened legal action against those implicating her.

She said on Twitter that she had already consulted her lawyers.

“I am not keeping quiet.

“My lawyers are in the midst of settling the matter. So let them handle it.

“Wait for the good news.” she said in response to a tweet asking why she was not responding to the allegations.

Online portals reported on Wednesday, 18th April 2012, that Zahida's driver, Noor Azman Azemi, had made a police report claiming that the actress received RM1.5mil from the minister over a span of four months.

PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin had highlighted the matter and distributed the police report to the media.

In the police report, the driver claimed that, among others, the actress received RM58,000 last October, RM112,000 in November, RM330,000 in December and RM510,000 in January.

The actress responded to other Twitter users who ridiculed and accused her of receiving the money.

One user asked asked: “Are you the minister's mistress?

“It is no wonder then that you live so glamorously.”

Zahida responded to almost every comment with statements like: “I have time to reply now while I wait at the bank for my millions” and “I feel sorry for my ex-driver, making up false stories just for money. May Allah bless him.”

Shafie Apdal : Dakwaan dia beri wang kepada Zahida Rafik, berniat jahat

Sepertimana dilaporkan Sinar Harian.

SHAH ALAM, 23 April 2012 - Datuk Seri Shafie Afdal hari ini secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Shafie berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Zahida Rafik

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.


Teks : Jaafar Abdul Wahid


Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melahirkan rasa kesal dan kecewanya atas tindakan beberapa pihak yang menyekat peruntukan Parlimen yang diperuntukan di kawasan beliau yang sehingga kini gagal disalurkan.

Katanya, sepatutnya peruntukan yang telah pun disediakan oleh kerajaan kepada setaip ahli Parlimen di negeri ini telahpun dikeluarkan bagi membolehkan permohonan projek projek pembangunan yang dminta oleh rakyat dapat dilaksanakan secepat mungkin.

" Sehingga sekarang (bulan April) kita belum menerima sebarang peruntukan tersebut, sedangkan kita maklum ianya telahpun disediakan oleh kerajaan untuk diagih-agihkan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk keperluan rakyat sebagaimana senarai permohonan projek pembangunan yang perlu diberikan keutamaan untuk dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen di negeri ini" katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Juara Rakyat dan Hari Keluarga PIBG Gerakan Daya Wawasan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Temporong di Kuala Penyu pada Ahad 22 April 2012.

Difahamkan setiap Kawasan Parlimen menerima lebih dari RM 1 juta setiap tahun khusus untuk membayai perlaksanaan projek pembangunan di kawasan yang mereka wakili dan negeri Sabah peruntukan tersebut disalurkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah untuk diagih-agihan mengikut kawasan Parlimen di negeri ini.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kelewatan menyalurkan peruntukan tersebut mengikut jadual yang ditetapkan menyebabkan pelbagai projek pembangunan untuk kemudahan rakyat gagal diambil tindakan segara untuk dilaksanakan menyebabkan rakyat tertunggu-tunggu, terkilan dan melahirkan rasa marah mereka kepada pemimpin. "

Perlu diingat peruntukan tersebut bukan untuk kegunaan peribadi pemimpin melainkan ianya peruntukan yang disediakan oleh kerajaan BN untuk kepentingan rakyat" katanya.

Beliau yang tidak memahami kenapa berlaku kelewatan menyediakan peruntukan di kawasan Parlimen Beaufort sedangkan di lain lain kawasan Parlimen telah pun disalurkan berharap pihak yang berkenaan lebih propesional, dan proaktif menangani kelewatan tersebut.

Ketika diajukan pertanyaan berhubung dengan pelbagai sepekulasi yang mengaitkan beliau akan menyertai parti lain termasuk dalam beberapa siri ucapannya yang dilebalkan sebagai mengkritik kerajaan, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau adalah wakil rakyat BN yang mewakili rakyat untuk menyampaikan masalah rakyat .

" Saya bukan wakil rakyat dari parti pembangkang kenapa perlu ada sekatan terhadap peruntukan di kawasan Parlimen saya, perlu saya tegaskan kita akan menghadapi pilihanraya Umum ke 13, kelewatan kita mengatasi masalah terutamanya dalam memenuhi keperluan pembangunan rakyat akan turut menjejaskan reputasi BN" tegas Lajim.

Tambahnya Slogan " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" perlu dihayati bukan sahaja oleh pemimpin namun jabatan serta pegawai kerajaan sebagai pelaksana di peringkat bawahan."

Jangan sampai rakyat melahirkan protes mereka terhadap tuntutan keperluan pembangunan yang mereka harapkan dari kerajaan selama ini, sehingga mereka beralih arah dalam pilihanraya umum akan datang yang boleh menjejaskan keterbeliti pemimpin dan kerajaan" katanya.

Kata Saya :

Moga Kenyataan Lajim ini diambik serius oleh semua pihak khususnya kerajaan, kerana jika tidak, maka rakyat menderita dan pilihanraya pasti dijadikan medan oleh rakyat untuk melepaskan rasa tidak puas hati sebagaimana berlaku pada PRU 12 pada Mac 2008 dimana BN tewas di 5 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Friday, April 20, 2012

Hutang dalam perspektif Islam


Membayar Hutang adalah wajib dalam Islam dan kegagalan membayar hutang adalam HARAM.

Samada hutang Bank, hutang kereta, hutang kawan atau hutang makan dan minum.

Termasuklah hutang PTPTN.

Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.

"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya.

Katanya peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Nah kepada mereka yang suka berhutang. Inilah amanatnya.

Thursday, April 19, 2012

Pasangan Akademi Fantasia yang berkahwin betul betul.

Kita pasti ingat AF musim 1 dimana 2 pesertanya benar benar berkahwin iaitu Khai dan Rosma. Moga mereka berdua berbahagia.

Ada lagi 1 pasangan AF yang benar benar berkahwin iaitu Rich dan Velvet.

Selepas itu ramai pasangan AF yang dilaporkan bercinta.

Antaranya Stacy juara AF musim ke 7 dengan Akim, yang tak berapa hensom dan tak berapa banyak duit.

Bagaimana dengan Felix dan Akma? Felix dah kahwin dengan gadis Sabah yang lawa.

Kefli dengan Marsha? Dah tak bercinta lagi.

Hafiz dengan Adira? Pernah bercinta tapi tak lagi.

Siapa lagi selepas ini?

VIP namanya berbunyi Melayu dan Muslim tapi sebenarnya tidak.

VIP namanya berbunyi Melayu dan Muslim tapi sebenarnya tidak.

Di Malaysia kita terdiri daripada berbilang kaum dan etnik, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu ramai individu yang mempunyai nama agak unik dan ganjil. Termasuklah nama seolah olah Melayu tapi sebenarnya bukan Islam.

Antara individu dimaksudkan, Menteri di JPM dan CEO PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala, berasal dari Bario dan dari kaum Kelabit. Pernah menjadi Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia, MAS.

Karim Adam, bekas ADUN Kundasang, Sabah.

Datuk Abidin Madingkir, Mayor DBKK Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Dia dari kaum Dusun di Ranau, Sabah.

Jika ada lagi saya update ya.

Mat Rempit di Malaysia pun ada Presiden

Mat Rempit di Malaysia pun ada Presiden.

Dikenali Rempit United, nampaknya Mat Rempit di Malaysia pun ada persatuan dan ada Presiden dikenali encik Wazi.

Menurut Rempit United, ada 600,000 Mat Rempit di seluruh Malaysia.

Namun mereka bukan samseng jalanan.

Oleh itu matlamat Rempit United untuk mengadakan roadshow di seluruh Malaysia untuk menunjukkan mereka bukan samseng jalanan dan mereka berbeza dengan Samseng Jalanan.

Sebaliknya mahu diberikan peluangd an ruang menunjukkan skil dan kemahiran di kawasan sesuai, bukannya di lebuh raya yang membahayakan keselamatan pengguna jalanraya lain.

Syabas Rempit, nampaknya 2012 ada kemajuan dalam dunia Mat Rempit, bukan Samseng Jalanan.

Siapa gadis paling sesuai untuk Apek atau Khairul Fahmi Che Mat?

Siapa gadis paling sesuai untuk Apek atau Khairul Fahmi Che Mat?

Peminat bolasepak di Malaysia pasti kenal penjaga gol no. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.

Dia bukan sahaja handsome, malahan tangkas menangkap bola dan menyelamatkan gawang Malaysia daripada dibocori.

Apek penjaga gol utama skuad kebangsaan dan Harimau Muda atau skuad Olimpik dan juga Kelantan.

Dia sudah mengecap pelbagai gelaran termasuk Juara Liga Super, Piala Malaysia, Juara Piala Suzuki AFF 2010 dan Juara Sukan Sea 2011.

Pasti Apek mempunyai ramai peminat wanita.

Antara yang hangat diperkatakan ialah Dahlia Teck.

Adakah Dahlia Teck, gadis paling sesuai untuk Apek? Hmmmm hanya Apek yang tahu jawapannya.

Apapun Apek pernah dilanda tragedi apabila adiknya meninggal dunia akibat demam denggi.

Ini membuktikan betapa bahayanya nyamuk Aedes kerana membawa denggi yang boleh membawa maut.

Denggi belum ada penawar. Saintis terhebat dari negara mana pun masih belum dapat mencari penawar/vaksin/ubat Denggi.

Oleh itu berhati hatilah. Jangan biarkan rumah anda dijadikan tempat pembiakan nyamuk aedes dan jentik jentik.

Siapa pencipta game Tetris?

Inilah wajah Pencipta Tetris pada 2008. Namanya Alexey Pajitnov, dari Soviet Union.

Tetris ciptaannya mula dipasarkan pada 6 Jun, 1984.

Tetris adalah sebuah permainan video yang amat popular pada lewat 80an di Malaysia dan mendapat sambutan hangat di seluruh pelusuk dunia, turut diminati oleh saya.

Tetris menguji kecerdikan dan kebijaksanaan anda menyusun pelbagai objek rata berbentuk L, Garis Lurus atau Garis Bersilang.

Penciptanya bukan orang Jepun yang terkenal dengan permainan Nintendo, SEGA atau CASIO atau XBOX dan Playstation atau orang Amerika yang terkenal dengan Gameboy, Atari dan sebagainya.

Sebaliknya Pencipta Tetris ialah orang Russia. Malahan muzik Tetris juga menampilkan muzik popular orang Russia.

Hmmm.. orang Russia memang bijak, kerana bukan saja mencipta Tetris malahan sudah menghantar manusia ke angkasa lepas, bulan dan ISS termasuk menerusi roket SOYUZ.

Russia juga ada senjata nuklear, bukan sahaja Tetris.

Hmm Layannnnnnnn Tetris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...