Saturday, September 28, 2013

karate referee floors both fighters - pengadil karate hentam kedua dua peserta karate



Lihatlah dalam video ini, seorang pengadil pertandingan karate telah menghentam 2 peserta karate dalam perlawanan yang sedang di adilinya. Mungkinkah pengadil ini sudah gila? atau dia baru ditinggalkan kekasih?? Hmm entahlah.. yang saya tahu pengadil karate ni semuanya terdiri daripada pakar karate tali pinggang hitam..Jangan main main

Tuesday, September 24, 2013

Lagi pelatih PLKN mati, kali ini dibunuh di Muadzam Shah, mungkinkah ada elemen kongsi gelap dalam PLKN??



Seorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu 22 September 2013.

Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.

Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh objek keras.

Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian otak.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa menyebabkan kemarahan beberapa pelatih PLKN lain apabila memotong barisan pada Ahad.

Ini menyebabkan pergaduhan pertama antara mangsa dan tiga yang lain beberapa jam kemudian.

Mohd Haris berkata, pergaduhan kedua berlaku pada 11.30 malam dan 30 minit selepas itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi.

Terdapat 22 kematian semenjak PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 termasuk mati lemas, jangkitan kuman dan masalah kesihatan lain.

Ini merupakan kes pertama mangsa dibunuh di kem latihan PLKN. Pada 2004, gadis berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatih PLKN yang kemudiannya dipenjarakan selama 12 tahun.

Mungkinkah ada elemen kongsi gelap atau gangster dalam PLKN. Ini kerana bukan rahsia lagi, geng kongsi gelap seperti geng 04, 08 dan macam2 lagi menyasarkan pelajar sekolah untuk menjadi ahli gengster dan kini selepas berhenti sekolah, mereka memasuki kem PLKN.??

Jika benar, maka PDRM khususnya cawangan D7 iaitu anti maksiat, perjudian dan kongsi gelap harus benteras masalah ini sebelum menular!!!

OAG dan Radhi mampu menghasilkan lagu kelas dunia, 60s TV dan Slumber



Saya pertama kali nampak live depan mata Radhi OAG buat persembahan lagu di TV3 Sri Pentas sempena hari raya aidil fitri media prima pada tanggal 21 Ogos 2013.

Bagi saya Radhi OAG Superb dan amat hebat.

Lihat saja lagu di atas 60s TV, itu adalah lagu kelas dunia yang setaraf dengan lagu Beatles, begitu juga Slumber.Amat Hebat.


All the best to Radhi OAG.

Sunday, September 22, 2013

Tahniah Harimau Malaya, hanya tewas 1-3 kepada Barcelona, 10 Ogos 2013




Tahniah Malaysia kerana hanya tewas 1-3 kepada pasukan bolasepak terbaik dan terkuat dunia, Barcelona malam tadi di stadium Shah Alam. Ingat, sebelum ini Barcelona membelasah Santos, kelab terkemuka Brazil dengan jaringan 8-0 selain menghancurkan Thailand 7-1 di Bangkok dengan jaringan tunggal Thailand oleh penyerang terbaiknya, Teerasil Dangda yang skilnya 80% kurang daripada skil Neymar dan Messi.



Tahniah juga kepada Amri Yayah kerana menyumbat gol tunggal Malaysia menewaskan Victor Valdes, penjaga gol kedua terbaik Sepanyol, di belakang Iker Casillas. Beberapa tahun lalu, Amri Yayah turut menjaringkan 2 gol ketika Malaysia tewas 2-3 kepada Manchester United yang mana gawang golnya dijaga oleh antara penjaga gol terbaik dunia, Erwin Van Der Sar. Mengapa Barcelona kuat? Sebab separuh daripada pemain2nya adalah pemain kebangsaan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan dengan menewaskan Holland 1-0, jaringan kemenangan oleh Anders Iniesta yang turut beraksi malam tadi. Separuh daripada pemain Barcelona turut membantu Sepanyol menjuarai EUR0 2008 dan EUR0 2012, masing masing menewaskan Jerman dan Itali. Pemain Barcelona dalam skuad Sepanyol ialah trio midfield terbaik dunia, Iniesta, Xavi Hernandez dan Sergio Busquets dan Cesc Fabregas selain Carlos Puyol, Gerard Pique, Jordi Alba dan ramai lagi. Tidak cukup dengan itu, Barcelona turut mempunyai pemain terbaik dunia 4 kali, Lionel Messi yang pernah memecahkan rekod dunia tahun lalu, menjaringkan gol terbanyak dalam 1 musim, 91 gol mengatasi pencapaian penyerang legenda dan profilik Brazil, Pele dan lagenda mesin gol Jerman, Gerd Muller @ Der Bomber yang memegang rekod sebelum ini dengan 85 gol. Lionel Messi juga penjaring gol terbanyak sepanjang zaman bersama Barcelona, memecah rekod 232 gol pada Mac 2012 mengatasi Diego Maradona, Johan Cryuff, Ronaldo, Rondlaindho dan semuanya. Tidak cukup dengan itu, Barcelona juga mempunyai Neymar, penyerang terbaik Brazil ketika ini yang membantu Brazil juara Piala Konfederasi 2013 menewaskan Sepanyol 3-0 di final. Barcelona turut memecahkan rekod La Liga Sepanyol apabila mengumpul 100 mata dalam 1 musim dan menjaringkan lebih 100 gol dalam 1 musim. Apapun kita sedikit kecewa dan terkilan kerana Lionel Messi tidak beraksi malam tadi, akibat kecederaan peha kanan masa latihan. Last but not least, Hidup Liverpool..!!!

Sunday, September 15, 2013

Sabah Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman not contesting UMNO Vice President or Supreme Council post, 15 September 2013



It's all yours Hishamuddin, Zahid Hamidi, Ali Rustam and Shafie Apdal.

Musa not contesting for VP or MT post.

KOTA KINABALU, 15 Sept 2013: Chief Minister Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman announces that he will not be contesting the Vice President or Supreme Council seat in the upcoming UMNO elections.

"After much consideration and consultation among my peers in the party including Sabah UMNO exco. I have decided not to run for both posts," he said in a statement today.

Musa who is Sabah Umno Liaison Chief said Sabah was a huge state and there was still much to be done to further develop the state and improve the overall welfare of the people,” he said in a statement today.

“This requires my undivided attention and my full commitment," he said

Musa said he has informed the Umno President, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak on his decision not to contest.

He also said that Sabah Umno maintained that the posts of Umno President and Deputy president should not be challenged.

"I am committed to Umno and its cause and will give my undivided support to the leadership of the party under its President, Datuk Seri Najib," he said.

He said it took time for him to decide on whether to contest for any of the posts due to the many requests asking him to do so.

"I wish to thank all those who have the confidence in me and who voiced their support for me to contest. However, today I wish to end the speculation and state my final decision," he said.

END.

Friday, September 13, 2013

Lelaki gila yang membelasah isterinya dalam lif di Pulau Pinang ini harus melawan Brock Lesnar jika dia jantan.





Lelaki gila yang membelasah isterinya dalam lif di Pulau Pinang ini harus melawan Brock Lesnar jika dia jantan. Brock Lesnar adalah penggusti kejam WWE yang kerap mematahkan tulang lawannya dengan pelbagai taktik gusti termasuk F5.


Ini baru lawan si lelaki gila dalam lif penang tu.. Jumpalah Brock Lesnar seberat 280 paun..

Joythi Amge gadis terkecil dunia



Joythi Amge tidak mahu dilahirkan begini, dia gadis terkecil dunia. Kasihan Joythi, namun dia terkenal. Jangan sekali perolokkan kekurangan orang lain.

Dilahirkan pada 1993 di Nagpur, India, kini berusia 20 tahun, namun ketinggiannya hanya 2 kaki 0.6 inci berpunca kerencatan pembesaran dikenali achondroplasia


Pada 2012, Joythi bertemu lelaki paling kerdil di dunia, Chandra Bahadur Dangi dari Nepal. The pair posed together for the 57th edition of the Guinness World Records 2013.

Teknik gusti yang jarang digunakan sekarang



Teknik Gusti yang jarang kelihatan sekarang. Saya adalah peminat gusti dan ini teknik gusti yang jarang kelihatan sekarang iaitu.

1. Atomic Drop


2. Piledriver


3. belly to back suplex


4. Abdominal Stretch


5. running power bomb


6. leg drop dipopularkan Hulk Hogan


7. full nelson lock dan drop yg hebat dilakukan the Warlord


8. gorilla press yang sering dilakukan The Ultimate Warrior selaku teknik penamat

Sultan Melaka dan Sultan Sulu..masih adakah??



Sultan Melaka dan pupus, oleh itu seseorang tidak boleh secara tiba tiba mengaku dia Sultan Melaka dan berhak ke atas Melaka. Begitu juga Sultan Sulu, dia dah kira tak wujud dan tak diiktiraf lagi dan tidak memerintah lagi, oleh itu dia yang dikenali Sultan Jamalul Kiram III, tidak boleh sembarangan mengaku dia berhak ke atas Sabah dan melancarkan perang sepertimana insiden pencerobohan di Kg Tanduo Lahad Datu pada 11 Februari 2013 lalu, insiden hitam yang meragut nyawa 10 anggota pasukan keselamatan termasuk 8 polis dan 2 tentera serta mengorbankan lebih 70 pengganas Sulu manakala lebih 100 ditangkap dan didakwa lancarkan perang ke atas Yang Di Pertuan Agong.

Hukum Karma Zahid Hamidi...



Hukum Karma, Manusia adakalanya di atas dan ada kalanya di bawah dan masa depan tidak diketahui. Cuba lihat menteri dalam negeri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dia kini menteri yang bertanggung jawab ke atas Polis. Jika anda tidak lupa, Zahid sendiri pernah ditahan polis pada 1998 mengikut Akta Keselamatan dalam Negeri, I-S-A ketika Anwar Ibrahim mula dipecat dan menjalankan gerakan reformasi dan rusuhan jalanan di Kuala Lumpur. Zahid ditangkap kerana dia adalah penyokong kuat Anwar ketika itu. Zahid pernah menjadi ketua pemuda UMNO Malaysia dan juga Menteri Pertahanan.Hmm itulah hukum Karma.

Monday, September 9, 2013

Persembahan erotik Miley Cyrus di anugerah MTV 2013





Inilah persembahan erotik dan amat seksi bintang Hollywood Miley Cyrus ketika membuat persembahan di anugerah MTV 2013 di USA. Dia memulakan persembahannya dengan lenggang lenggok memberahikan sebelum menanggalkan pakaian hingga menampakkan seluar dalam dan bra warna kuning. Lalu dia menggesel alat sulitnya dengan tangan plastik gergasi sambil melakukan pelbagai aksi ghairah bersama penyanyi lelaki. Will Smith yang berada depan Miley pun terkejut.

Apapun inilah transformasi bintang cute yang mula dikenali dalam siri Hannah Montana itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs