Wednesday, January 29, 2014

Salji atau Prost di Gunung Kinabalu..



Gambar permukaan gunung Kinabalu di Laban Rata setinggi 3,272 meter ini yang diselaputi Prost atau salju putih diupload ke dalam Facebook oleh seorang tukang masak di Laban Rata, Mestianna Eil Indas pada 29 Januari 2014 lalu. Gambar menunjukkan Laban Rata yang juga tempat persinggahan pendaki gunung Kinabalu ke puncak Kinabalu seolah olah diliputi salji, sesuatu yang dikatakan belum pernah berlaku sebelum ini.

Fenomena ini dikatakan berlaku di awal pagi di Laban Rata ketika suhu mencecah 0 Celcius dan perlahan lahan hilang ketika suhu berubah menjadi 15 hingga 16 Celcius pada waktu tengahari.


Tahniah Mestianna..share lah lagi jika ada gambar terkini salji di Malaysia ya..

Awan berbentuk kuda muncul di langit di puncak Kinabalu


Gambar awan berbentuk kuda di puncak Kinabalu sempena kedatangan tahun kuda tahun baru cina oleh Jimmy Omar.


Gambar menakjubkan ini telah dirakamkan oleh Jimmy Omar, seorang penduduk Sabah yang bekerja sebagai photographer di JOmar Nature & Outdoor Imagery.

Gambar ini telah diupload oleh Jimmy Omar ke dalam akaun facebooknya pada 27 Januari 2014 bersamaan Isnin lalu dengan caption berikut :
Did anyone see the horse this morning??
Taken just before 7:00 a.m. (January 27, 2014) with built-in camera 'dramatic tone'..
Coincides with the coming CNY 2014: "The Year of the Horse"… Just a lucky cloud formation shot I took this morning...

Gambar ini telah menerima beratus ratus likes dan banyak komen.

Hmm..ada nasib dan fengshui nampaknya di tahun baru cina ini 2014 tahun kuda ini.

Saturday, January 11, 2014

25 premis di kota kinabalu dan 6 di penampang, Sabah, mengalami kerosakan akibat bidikan guli menggunakan senapang angin, 11 Januari 2014





Sekurang kurangnya 25 premis di sekitar kota kinabalu, dan 6 di penampang, Sabah mengalami kerosakan dipercayai angkara sekumpulan individu nakal yang melepaskan bidikan rambang dari senapang angin menggunakan guli.

kejadian tengah malam tadi dipercayai dilakukan lebih dari enam orang yang menaiki tiga kenderaan yang menyasarkan pintu kaca premis terbabit.

tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut seksyen 427 kanun keseksaan kerana mendatangkan khianat.

polis turut menolak kemungkinan kes berkenaan ada kaitan dengan pengganas termasuk sesi perbicaraan 30 pengganas lahad datu yang sedang berlangsung.

daripada 25 premis yang terjejas, 13 terletak di sekitar karamunsing, 9 di luyang dan 3 di inanam.

manakala 6 premis di penampang turut mengalami nasib sama, dipercayai dirosakkan sekitar 4 hingga 6 pagi, 11 januari 2014.

di kota kinabalu, antara premis yang terlibat, 5 bank, 3 buah hotel serta restoran, pejabat dan pusat membeli belah.

antaranya standard chartered bank dan agro bank kota kinabalu, public bank dan c-i-m-b bank di inanam, ambank di damai luyang, hotel hyatt kota kinabalu, d-m hotel damai luyang, pusat membeli belah wisma merdeka, k-k plaza dan city mall serta pizza hut damai, dan premis pejabat di k-k times square.

perbuatan itu dipercayai dilakukan antara 11.45 malam tadi hingga 12.45 tengah malam 11 januari 2014 oleh sekumpulan lebih enam individu menaiki tiga kenderaan terdiri dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta.

kumpulan itu menyasarkan pintu dan dinding kaca premis.

polis menerima laporan pertama pintu kaca premis yang pecah di inanam jam 11.45 malam tadi manakala yang terakhir diterima jam 12.45 tengah malam tadi.

kumpulan itu dipercayai melepaskan guli ke arah premis terbabit menggunakan senapang angin dari dalam kereta.

setakat ini polis menemui beberapa biji guli di lokasi terbabit.

siasatan setakat ini mendapati tiada sebarang bunyi tembakan kedengaran pada malam kejadian dan tiada sebarang kelongsong peluru ditemui.

setakat ini 19 laporan polis telah dibuat oleh pemilik premis.

ketua polis bandaraya kota kinabalu, acp jauteh dikun berkata "kita dapati kumpulan ini bergerak dalam beberapa kumpulan dipercayai remaja dalam beberapa kumpulan dan mereka telah lepaskan bukan berbentuk tembakan sebab ini tidak libatkan senjata api, sasarkan beberapa pintu2 kaca di sekitar kota kinabalu, luyang dan inanam."

satu pasukan khas ditubuhkan polis kota kinabalu untuk menyiasat kes ini.

polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup, c-c-t-v di premis terbabit dalam usaha mengesan si pelaku.

setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

jumlah keseluruhan kerugian akibat insiden itu juga belum diketahui.

acp jauteh dikun memberikan nasihat berikut "kita advise public jangan risau, jangan risau, kk selamat, jangan panik dan jangan dengar berita2 daripada yang tidak sahih dan sekiranya ingin dapatkan info tolong hubungi hotline kami 088 221191 pegawai yg bertugas akan memaklumkan keadaan sebenar dibawah inspektor hanif"


orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi :

hotline polis kota kinabalu 088 221191
ketua polis kota kinabalu, acp jauteh dikun 019 8039520
ketua jabatan siasatan jenayah kota kinabalu dsp norazizul kifli 019 8103350

tamat.


Thursday, January 9, 2014

pertempuran di kg tanduo, lahad datu 1 mac 2013 didahului dengan kata kata "tiger.berambus kamu dari sini. ini tanah kami"..




Tiger. berambus kau dari sini. ini bumi kami.

itu kata kata dilontarkan sekumpulan 35 hingga 40 penceroboh bersenjata memakai seragam celoreng di kampung tanduo, lahad datu pada 1 mac tahun lalu sebelum mereka mula menembak ke arah pasukan keselamatan malaysia.

pertempuran selama sejam selepas itu mengorbankan 2 anggota pasukan keselamatan malaysia serta menyebabkan 12 penceroboh, terbunuh.


perkara itu dinyatakan superitenden mancha anak laga dari unit vat sixty nine pasukan gerakan am.

beliau memberi keterangan selaku saksi ketiga di hari ketiga perbicaraan 30 pengganas termasuk 3 rakyat malaysia yang terbabit dalam insiden pencerobohan lahad datu tahun lalu.

menurutnya pertempuran berlaku apabila sepasukan anggota vat sixty nine terserampak kumpulan penceroboh terbabit kira kira 10 pagi, 1 mac lalu.

selepas ditembak penceroboh, pasukan keselamatan malaysia mencari perlindungan dan menembak balas.

dalam pertempuran itu, seorang daripada anggota dalam pasukan superitenden mancha, kopral sabarudin daud terkorban akibat cedera parah, terkena tembakan di kepala.

menurut superitenden mancha, beliau dimaklumkan menerusi walkie talkie bahawa seorang lagi anggota pasukan keselamatan yang berada dalam pasukan berasingan, inspektor zulkifli mamat turut terkorban dalam pertempuran itu.

selepas pertempuran berhenti, beliau dan pasukannya melakukan pemeriksaan dan menemui 12 mayat penceroboh beserta sejumlah senjata.

22 daripada 30 tertuduh menghadapi dua pertuduhan iaitu melancarkan peperangan ke atas yang di pertuan agong yang membawa hukuman mati mandatori mengikut seksyen 121 kanun keseksaan.

serta menganggotai kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup mengikut seksyen 131 k-a kanun keseksaan.

mereka termasuk panglima pengganas berpangkat jeneral, datu amirbahar hussin kiram.

manakala yang lain didakwa kerana melindungi pengganas dan merekrut pengganas.

perbicaraan di depan hakim stephen chung dibantu pasukan pendakwaan tujuh anggota diketuai peguam negara tan sri abdul gani patail manakala sejumlah 10 peguam mewakili tertuduh.

pasukan pendakwaan antara lain akan membuktikan kumpulan pengganas berkenaan berniat merampas sabah dengan melancarkan peperangan ke atas yang di pertuan agong.

perbicaraan ke atas 30 pengganas sulu itu kini berlangsung di kota kinabalu sejak 6 januari 2014 lalu.

Monday, January 6, 2014

Bahasa kuno/bahasa pasar/bahasa rojak/bahasa purba/bahasa jurassic yang masih diamalkan di Malaysia,.,

Saya banyak kali melihat bahasa purba, kuno, prasejarah, jurassic yang masih digunakan di Malaysia..hairan..kalau orang tu takda sekolah, janganlah suruh dia menulis kan..bikin keliru dan bikin panas saja..

Syabas Yuna, lagu Shine your way mendapat pengiktirafan juri Academy Award.



bukan senang lagu dinyanyikan artis Malaysia mendapat pengiktirafan juri Academy Award yang lazimnya hanya mengiktiraf lagu terbaik dunia.. Syabas Yuna.. All the best in 2014

Friday, January 3, 2014

Antara Mercedes Benz Lim Guan Eng dan Rolls Royce Taib Mahmud, yang mana lebih mahal??



Ketika ini isu hangat di Pulau Pinang ialah pembelian kereta Mercedes Benz S300L oleh kerajaan negeri Penang kepada Ketua Menterinya Lim Guan Eng hanya selepas 2 bulan membeli Camry.. Harga Mercedes itu dikhabarkan hampir RM300,000 berbanding harga asal lebih RM600,000. Guan Eng hanya ada 1 Mercedes... orang dah bising.

Di Sarawak, ketua menterinya Pehin Sri Taib Mahmud menggunakan Rollys Royce ke mana mana sahaja. Rolls Royce lebih mahal dari Mercedes Benz S300L dan Taib Mahmud bukan ada 1 tapi puluhan Rolls Royce. tapi tiada siapa berani bising sebab kereta itu dibeli sendiri oleh Taib Mahmud, bukan gunakan wang kerajaan??

Kalau ada duit, nak beli 1000 kereta pun boleh, ikut suka..

Tapi kalau tak de duit, jangan tunjuk eksyen beb...

lelaki gila di majlis pengkebumian Nelson Mandela



Lihatlah si gila ini di sebelah Presiden Amerika Barack Obama dan di sebelah presiden Afrika Selatan, Jacob ZUma..nasib baik dia tidak mencekik Obama dan Zuma..




inilah yang berlaku apabila orang kurang siuman dibiarkan bebas dan tahap keselamatan amat longgar. seorang lelaki bermasalah mental sedang melakukan bahasa isyarat ketika majlis pengkebumian bekas presiden afrika Selatan, Nelson Mandela...namun menurut persatuan pekak sedunia, apa yang dilakukan lelaki ini dikenal Thamsanga Jantjie tidak membawa apa apa makna sebaliknya lebih kepada menghalau nyamuk..orang pekak di seluruh dunia pun berang dengan gelagat si gila ini kerana mereka tidak memahami 1 pun isyarat gila oleh orang gila ini.

Nasha Nishita, kakitangan bank paling jelita dan lawa di Malaysia dan mungkin juga di Asia..



Jika ada kategori kakitangan bank paling cantik jelita di Malaysia, sudah pasti antara calon utamanya ialah Nasha Nishita, seorang gadis Sabah yang bekerja di Maybank di sebuah premis di Kota Kinabalu.

Nasha Nishita pernah menyertai pertandingan ratu cantik di Sabah dan kejelitaannya memukau sesiapa juga yang berurusan di Maybank.

Tidak diketahui samada Nasha Nishita sudah berpunya atau tidak.. tanyalah empunya diri. Hmmm bertuah pemuda yang dapat mencuri hati Nasha Nishita.

Anyway Happy New Year 2014. Thanks for reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs