Saturday, March 26, 2011

Ramai belia Sabah di Semenanjung lupa keluarga di kampung halaman





Ramai belia Sabah termasuk dari kg pedalaman bila bekerja di KL atau negeri lain di Semenanjung... sudah lupa keluarga dan sampai 10 tahun, 20 tahun tak telefon dan hantar khabar.

Akibatnya ramai ibu bapa meminta bantuan media untuk membantu mengesan anak mereka..

Kepada anak2 Sabah di KL.. ingatlah sinaran lampu neon kota metropolitan ada kalanya tidak seindah kicauan burung, kocakan air sawah, kuakan kerbau dan suasana di desa...

Ada ibubapa yang sudah meninggal dunia di kampung dan hasrat akhir untuk menemui semua anak anak tidak tercapai kerana anak di KL atau Semenanjung langsung tak hantar berita.

Nasib mereka tak diketahui di KL dan bandaraya lain di Semenanjung Malaysia.. Hidupkah mereka?? Matikah Mereka?? Senangkah atau susahkah kehidupan mereka??

Banyak kali kita melihat di kaca TV, ibubapa dengan linangan air mata merayu anak mereka pulang ke kampung..

Tak kasihankah anak anak ini melihat penderitaan ibu bapa mereka yang bersusah payah membesarkan mereka dari kecil??

Hanya Tuhan saja yang tahu.

18 comments:

Anonymous said...

Any parents will worry about their children, those who have left home should not ever forget their parents or families back home. Give them a call at least if they are unable to go home for a visit.

Raven said...

Those who are in WM, should find time to visit their parents back in Sabah. Don't forget about them!

Anonymous said...

jika nak merantau sekalipun, jgnlah terus menghilangkan diri dan menghantar khabar kepada keluarga. teknolog sekarang canggih dan jarak bukan halangan untuk kita berkomunikasi dgn ahli kelurga.

Imia said...

Keluarga tidak patut dilupakan. Ingat la hidup tidak selalunya indah.

Imia said...

Kesenangan itu bila2 boleh ditarik balik oleh yang lebih berkuasa.

Unknown said...

Sebaiknya janganlah lupa asal usul sendiri bila berada tempat orang lain.

Paquin said...

Tak salah merantau, tapi ingatlah juga keluarga di kampung. Kalau tak dapat balik pun, at least telefonlah atau sms :)

Paquin said...

Semoga org Sabah yang merantau tu ingat juga asal usul mereka. Jangan sampai di masa tua nanti durang pun kena balasan yg sama. huhu

Anonymous said...

Bagaikan kacang lupakan kulit.

Unknown said...

ni la kalo sda rasa senang & enjoy d WM terlupa dgn keadaan di Sabah. Kalo cuti2 tu blk la kg. Apa2 pn org kg jg ba. Tp bkn kita tau keadaan Sabahan di WM, mna tau ada yg ssh. Harap2 Sabahan yg ssh ni dimurahkn rezeki. supaya ada duit durg blk kg. LOL.

neji said...

ramai rakan2 saya yang sebelum ini berkerja di semenanjung akhirnya balik ke Sabah dan berkerja di Sabah. perubahan mereka lebih ketara ketika mereka berkerja di negeri sendiri berbanding dengan ketika mereka berkerja di SM. kepada belia yang masih dan sedang mempertimbangkan untuk pergi ke SM, cuba lah dulu nasib di negeri sendiri.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Benar sekali Flying Underpants, neji, Anonymous, Raven, Antap, Imia, Batresiah, Paquin.. ada banyak kali saya nampai di akhbar dan TV, ibu bapa dari kg nun jauh di pedalaman Sabah tampil membuat rayuan di media menangis mendayu2 meminta anak mereka segera pulang ke kg halaman.. jika bernasib baik ada yg berjaya ditemui dan segera balik ke kg... ini macam Jejak Kasih lah.. jika tak bernasih baik... ramai masih di KL dan tak tahu orang tua sudah kembali ke rahmatullah... Kasihan mereka

shana said...

Bila merantau di tempat jauh tu,anak-anak kenalah selalu ingat dan hubungi keluarga terutama ibubapa mereka.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Shana > betul tu.. kata orang hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.. baik lagi di bumi sendiri

Anonymous said...

ada orang dari kampung kami juga pergi Semenanjung sudah berpuluh tahun. sampai bapanya meninggal pun tiada khabar berita dari dia. malah adik beradiknya sendiri yang tinggal di sana tidak tahu keberadaannya. entahlah masih hidup ka atau sebaliknya.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Alexis.. benar sekali.. paparan cerita sedemikian seringkali dilaporkan di media.. sedih kita apabila ibubapa, abang, adik, kakak dan anak di kg merindui saudara yg tak pernah balik kg.. Memang tragis dan syahdu

Anonymous said...

ya..harap2 tidak berlaku di kalangan keluarga kita.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Ya Alexis... kasihan ibu bapa di kg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs