Tuesday, May 31, 2011

Unduk Ngadau 2011 - Tahniah kepada Botiza Disimond dari Penampang


Unduk Ngadau 2011, Botiza Disimond, wakil Penampang. ini kali ke 27 Penampang menang Unduk Ngadau sejak 1960.



Botiza Disimond (tengah) diapit naib juara Jovenea Jim dari Tamparuli (kiri) dan 2nd runner up dari Tuaran (kanan)



Botiza Disimond, Unduk Ngadau 2011 dikerumuni ahli keluarga dan saudara mara sejurus diumumkan sebagai Unduk Ngadau 2011 di Dewan KDCA, Penampang pada 31 Mei 2011.




Setiap kali berlangsungnya pesta Kaamatan yang disambut setiap Mei di Sabah, maka acara yang ditunggu tunggu adalah Ratu Pesta Kaamatan atau Unduk Ngadau.

Tahun 2011 membawa tuah kepada Miss Penampang, Botiza Disimond yang dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kamaatan 2011.



Final berlangsung di Dewan KDCA, Penampang hari ini 31 Mei 2011.

Selain Miss Penampang, ramai lagi peserta Unduk Ngadau yang mencuri perhatian. Antaranya 1st runner up atau Naib Johan, Jovenea Jim Lajim dari Tamparuli, Sabah.




Jovenea Jim Lajim dilaporkan lebih cantik dan fotogenik berbanding pemenang Unduk Ngadau, Botiza Disimond dari Penampang.





Miss Tamparuli ini yang pandai menyanyi dan juga university graduate, adalah adik kepada Gilbert Jim Lajim, seorang pemuzik profesional Sabah yang juga anggota kumpulan pop, Papier Mache.





Selain Miss Tamparuli, kecantikan Miss Tuaran yang mendapat tempat ketiga juga tidak harus dipertikaikan.



Begitu juga Miss Ranau.


Dan Miss Tambunan yang menyerlahkan kecantikannya.

Untuk rekod, sejak Ratu Pesta Kaamatan diperkenalkan pada 1960 iaitu 3 tahun sebelum Sabah merdeka dari British, daerah Penampang mencatat bilangan juara paling ramai iaitu 27 orang termasuk Botiza Disimond pada 2011...!!!!!

Ini termasuk kejayaan menakjubkan pemenang Unduk Ngadau adalah dari daerah Penampang sebanyak 10 kali berturut turut pada 1981 hingga 1990 serta sebanyak 8 kali berturut turut dari 1972 hingga 1979!!! Sekaligus menunjukkan ramai wanita/gadis Penampang adalah yang paling cantik di dunia.

Malahan pemenang Unduk Ngadau 2011, Botiza Disimond mungkin juga ada kaitan saudara dengan pemenang unduk Ngadau 1986, Johana Sybil Disimond.

Adakah Penampang akan meneruskan dominasi Unduk Ngadau selepas ini??


Crystel Eve Huminodun Majinbon, Unduk Ngadau 2010 dari Tanjung Aru. Bapanya William Majinbon adalah seorang pemimpin tempatan yang disegani di Sabah. Crystel Eve juga dikategorikan antara top 3 Most Beautiful Kadazan Dusun Women who ever walked the earth.



Appey Rowena Januin, Unduk Ngadau 2009 dari Tomui, Papar.


Slyvia Sandralisa Orow - Unduk Ngadau 1991 dari Tuaran, kini bekerja di New York, Amerika Syarikat.



Madelyn Nandu, Unduk Ngadau 2005 dari Babah Bunduon Penampang, dikategorikan antara top 3 Kadazan Dusun women paling lawa pernah memijak bumi ini.



Daphne Iking, Unduk Ngadau 2003, berasal dari Keningau/Tambunan Sabah, kini bekerja di stesen televisyen NTV7, Kuala Lumpur sebagai pengacara seksi dan glamorous.



Joanna Sue Henly Rampas, Unduk Ngadau 2007 dari Poturidong, Kiulu gadis kacukan New Zealand dan Dusun. Joanna Sue juga amat pandai menyanyi dan pernah muncul naib johan Bintang RTM 2009.

Tak caya?? lihat video dia menyanyi di bawah..



Happy Pesta Kaamatan.. Aramaitiee..

3 comments:

Anonymous said...

pertama sekali, tahniah kpd Un2011... byk kali jg plak UN dr penampang ni yg jd UN KDCA...yg sya ingin tahu dsni..bnarkah smua yg prnah jg UN KDCA bnar2 brasal dr daerah penampang..ataupn skrg mnggunakan alamat or kg saudara,kwn,dll...?cthnya mandy nandu..UN2005 mewakili penampang..yg sya tau..sya dgr dr urg la...dia aslnya dr papar..tp lma tgal d penampang..adakah itu diketegorikan sbagai org penampang jg...?bkn 100% yg mewakili penampang tu..aslnya dr penampang...

Anonymous said...

pembetulan..

skrg-sekadar

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Thanks for the comment boss.. itu saya kurang pasti pula.. tapi ni macam fleksibel bah..... contoh kalau mandy nandu tinggal di penampang.. boleh wakil penampang walaupun asal Papar... Aramaitieeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs