Wednesday, January 18, 2012

Gambar Mekah dari angkasalepas



Ini ialah suasana Kaabah di Mekah ketika musim Haji.



Dan ini pula imej Mekah yang diambil dari satelit di angkasa lepas ketika musim Haji pada 2 November 2011 lalu.

Setiap tahun, jutaan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan Haji, rukun Islam ke 5 di Mekah.

Menakjubkan.

Mecca as seen from space



This is a normal view of Mecca during the annual Haj pilgrimage.



This is a view of Mecca as seen from space, taken from a satellite, high above the earth. Amazing.

Worshipers crowd around the Kaaba shrine in Mecca, Saudi Arabia, the most sacred site in Islam.

Image captured from a satellite on 2nd November 2011, just before the beginning of the annual Hajj pilgrimage.

God is Great.

Sunday, January 15, 2012

Korean artist visited hell and painted what she saw... Let us Pray for the world



Someone shared this with me and i thought this is worth sharing with the rest of the world which now has some 7 billion populations.

In 2009, a young Korean artist who was attending an all-night prayer meeting, was visited by Jesus Christ.

She was taken to see Hell and told by Jesus to draw what she saw, so that the world would know.










This is what she saw and painted. And it was really scary. So the only way to avoid hell is to repent, pray and lead a good life style. Do not do harm to others or you will suffer in hell.

Pass it on too... you never know whose life you would touch and save.

What Jesus in Scripture says about hell:

If your hand causes you to stumble, cut it off. It is better for you to enter life maimed than with two hands to go into hell, where the fire never goes out. (Mark 9:43-44).

And if your eye causes you to stumble, pluck it out. It is better for you to enter the kingdom of God with one eye than to have two eyes and be thrown into hell, where ‘the worms that eat them do not die, and the fire is not quenched.’ (Mark 9:47-48)

This is how it will be at the end of the age. The angels will come and separate the wicked from the righteous and throw them into the blazing furnace, where there will beweeping and gnashing of teeth. (Matthew 13:49-50).

Since hell exists, it is better we know of it and avoid it than to deny it, and help loved ones avoid it as well!

Jesus came precisely to deliver us from going to hell. That is why we need Jesus:

For God so loved the world that he gave his one and only Son, that whoever believes in him shall not perish but have eternal life. For God did not send his Son into the world to condemn the world, but to save the world through him. Whoever believes in him is not condemned, but whoever does not believe stands condemned already because they have not believed in the name of God’s one and only Son. (John 3:16-18).

Through His sufferings and death, Jesus has already gone through hell in our behalf. In Him we are fully justified if we claim our salvation from Him by walking in His footsteps.

Jesus answered: I am the Way, the Truth and the Life. No one comes to the Father except through me. (John 14:6).

God is a loving Father. God wants all of us to be saved and to understand the truth (1 Timothy 24).















































Gambaran neraka oleh seorang pelukis Korea



Menakutkan dan menyeramkan serta AMAT MENGINSAFKAN.

Itu kata kata yang boleh disimpulkan apabila melihat imej suasana di Neraka ini yang dilukis oleh seorang artis dari Korea yang katanya pernah mengikut Nabi Isa untuk melihat sendiri keadaan di Neraka.








Bagi setiap agama di muka bumi ini, Syurga dan Neraka memang wujud. Tuhan itu wujud, Malaikat itu wujud dan semua manusia apabila meninggal dunia, dinisab dan diadili berdasarkan amal jariahnya, kebajikannya dan baik buruknya ketika menjalani kehidupan di dunia sebagai manusia.

Sama samalah kita renungkan.

















































INSAFLAH KITA MANUSIA.... Jadilah umat manusia yang baik dan tidak melakukan apa juga bentuk kejahatan kerana pasti dibalas di neraka jahanam.

Marilah kita sama sama menjadikan dunia ini lebih baik untuk diduduki dan jangan lupakan ajaran Tuhan, tak kira apa agama sekalipun.

Jualan Fuckin Sale di Osaka, Jepun






Jepun adalah sebuah negara maju dan antara paling hebat di dunia.

Namun kemajuannya tidak bermakna Jepun tidak melakukan kesalahan.

Contohnya kempen membeli belah besar besaran untuk bulan Januari 2012 di kedai The Galerie di Osaka, Jepun ini menunjukkan ada orang Jepun yang tidak tahu makna perkataan Fuckin.

Kita semua tahu Fuck atau Fuckin bukan perkataan bagus, sebaliknya ia perkataan tidak senonoh.

Namun bagi pengusaha kedai ini, Fuckin bermakna baik!!! Gila sungguh orang Jepun ni.

Kempen jualan ini sebenarnya untuk menjual dengan murah stock lama dari tahun sebelumnya.

Namun sebaik kesilapan itu disedari, barulah syarikat itu kelam kabut menarik balik semua iklan dengan perkataan Fuckin Sales, sambil meminta maaf.

Apapun, Tiada Maaf Bagi Mu Osaka.

Apa akan berlaku jika ada pasaraya di Malaysia menggunakan kempen iklan seperti ini sebagai contoh Jualan Musim Perayaan Besar Besaran Fuckin!! hahahaaa

Rekod Sabah dalam Liga Super 2012





Updated 27 Jun 2012.

Blog ini merekodkan setiap keputusan perlawanan melibatkan pasukan Sabah dalam Liga Super 2012. Kita pasti marah dengan pencapaian Sabah setakat 27 Jun 2012 kerana banyak kali tewas termasuk kekalahan memalukan 0-9 di tangan Singapore Lions di Singapura pada 16 Jun 2012, disusuli tewas 0-4 di Likas kepada Selangor PKNS dan tewas lagi 0-2 di tangan Kelantan. Ini membawa kepada tindakan merehatkan jurulatih Sabah, Justin Ganai.


Untuk rekod, Sabah adalah pasukan kuat pada 1980an apabila mempunyai James Wong, Hassan Sani, Peter Rajah, Razali Zinin, Richard Barnes, Karti Tukimin, Justin Ganai, Alinjiran Nulantan, Awang Sabtu dan ramai lagi. Pasukan Sabah nyaris memenangi Liga Malaysia pada suatu ketika, hanya no. 2 di belakang Juara iaitu Selangor yang diperkuatkan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Khalid Ali dan Santokh Singh.

Pada 1995, Sabah juara Piala FA menewaskan Pahang 3-1 di final di Stadium Merdeka dan pada 1996, Sabah juara Dunhill Liga Malaysia dengan perlawanan terakhir diadakan di Stadium Likas di mana Sabah menewaskan pasukan di tempat kedua iaitu Negeri Sembilan dengan 3-0. Ketika itu Sabah diperkuatkan Yap Wai Loon, Ong Kim Swee, Scott Ollerenshaw, Matlan Marjan, Seslija Milomir dan ramai lagi.

Rekod Sabah dalam Liga Super 2012.

1. 10 Januari 2012 - Selasa
FELDA UNITED 2-0 SABAH

Sabah memulakan kempen Liga Super 2012 dengan langkah sumbang apabila tewas 0-2 kepada Felda United di tempat lawan.

2. 14 januari 2012 - Sabtu
SABAH 2-1 SARAWAK
(Michael Baird, Bobby Gonzales)

Selepas tewas 0-2 kepada Felda Unietd dalam perlawanan pertama, Sabah tidak mahu tewas lagi dalam perlawanan kedua menentang jirannya Sarawak di Stadium Likas. Penyerang impot Sabah dari Australia, Michael Baird menunjukkan betapa dia amat berbisa apabila menjaringkan gol pertama dan menyumbang gol kedua apabila melakukan larian solo sebelum menghantar bola kepada Bobby Gonzales. Sabah menang 2-1.


3. 17 Januari 2012 - Selasa
T-TEAM 0-0 SABAH

Sabah berjaya memungut 1 mata apabila seri 0-0 dengan pasukan T-Team di tempat lawan di Kuala Terengganu. Moga kejayaan mendapat 1 mata di tempat lawan ini menjadi inspirasi kepada Sabah untuk terus memenangi perlawanan seterusnya dalam Liga Super 2012.


4. 21 Januari 2012 - Sabtu - Stadium Likas

Sabah 0-1 Singapura Lions

Sabah patut menang namun tewas di gelanggang sendiri kepada Singapura Lions. Perlawanan ini dicemari aksi kasar menyaksikan 2 pemain dibuang padang, seorang pemain Sabah, Maffry Balang yang memakai jersi no. 2, dan seorang lagi pemain Singapura.


5. 27 Januari 2012 - Sabtu - Stadium MBPJ Kelana Jaya

Selangor PKNS 2-2 Sabah
(Michael Baird, Helmi Remeli - gol sendiri)

Bermain di tempat lawan, Sabah ketinggalan 0-2 hasil 2 jaringan penyerang impot Selangor PKNS, Dawood Nicoise, menerusi tendangan percuma cantik pada minit ke 44 dan gol keduanya menerusi rembatan luar kotak penalti minit ke 53. Namun tambatan impor Sabah, Michael Baird merapatkan jurang 1-2 menerusi gol hasil tandukan cantik minit ke 73. Gol penyamaan Sabah diperolehi minit ke 81, sekali lagi menerusi gerakan Michael Baird yang melakukan cross sebelum ditanduk Shaharudin Yakub. Bola itu terkena palang gol lalu terkena kaki pertahanan Selangor PKNS, Helmi Remeli di minit ke 81. Tahniah Sabah, dapat membawa pulang 1 mata ke Kota Kinabalu.


6. SABAH 0-0 KELANTAN (6 Feb 2012, Stadium Likas)

Pertembungan dengan Juara Bertahan Liga Super di stadium Likas ini berakhir keputusan seri 0-0 tanpa jaringan. Sabah sebenarnya mahu membalas dendam kekalahan 1-2 pada perlawanan terakhir Liga Super 2011 yang menobatkan Kelantan sebagai Juara Liga 2011, namun apakan daya, hasrat itu tidak kesampaian.


7. KEDAH 2-2 SABAH (11 Feb 2012, Stadium Darul Aman Kedah)
(Mohd Sabri Mat Abu-Gol Sendiri (Kedah), Shaharudin Yakub)

Sabah mengejutkan tuan rumah apabila mendahului 1-0 hasil tandukan pertahanan Kedah Mohd Sabri Mat Abu yang menerjah gawang sendiri, Apapun kealpaan pertahanan Sabah termasuk kesilapan penjaga gol Syed Adney menyaksikan Kedah menyamakan kedudukan 1-1 sebelum mendahului 2-1. Apapun kelincahan penyerang Sabah Shaharudin Yakub nyata sukar dibendung pertahanan Kedah. Shaharudin akhirnya menjaringkan gol penyamaan Kedah menerusi 1 rembatan kencang. Pada perlawanan ini, pemain impot Sabah dari Australia yang tidak sehebat mana, Brendan Gan dibuang padang setelah kebodohannya mengkasari pemain lawan. Bodoh, Brendan Gan tidak sehebat mana dan dia pula dipilih menyarung jersi Sabah? 1 keputusan yang amat bodoh oleh SAFA!! Pemain impot hebat Sabah, Michael Baird tidak dapat beraksi kerana digantung akibat kad kuning.

8. SABAH 2-0 KUALA LUMPUR (14 FEB 2012) Stadium Likas
(Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Michael Baird)

Seri 3 perlawanan berturut turut, Sabah tidak mahu berputih mata dan mahu mengutip 3 mata penuh di depan penyokong sendiri di Stadium Likas. Untuk itu, Michael Baird mengetuai jentera serangan dengan gerakan menakjubkan. Hantaran tepat dan hebat kepada Mohd Rozaimi Abdul Rahman menjelmakan gol pertama Sabah manakala Baird sendiri menjaringkan gol kedua Sabah di minit ke 46. Syabas Sabah, Syabas Baird.

9. SABAH 2-1 JOHOR FC (3 MAC 2012) Stadium Likas
(Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Shaharudin Yakup)

Sabah ke perlawanan ini hanya seminggu selepas nyaris memalukan skuad kebangsaan Malaysia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Likas pada Jumaat 24 Feb 2012 dimana Malaysia diasak dan hanya menang tipis 1-0. Sayap kanan Sabah, Shaharudin Yakup turut menempa sejarah apabila menyarung jersi kebangsaan buat pertama kalinya dalam perlawanan persahabatan yang amat hebat itu.

Menentang Johor FC, Sabah ketinggalan menerusi gol awal penyerang impot lawan, Arthur Hendrique sebelum menjaringkan 2 gol menerusi Mohd Rozaimi Abd Rahman dan Shaharudin Yakup di minit ke 81. Ini kemenangan kedua berturut Sabah dan kelima berturut turut tanpa kalah. Syabas Sabah.

10. Terengganu 6-3 Sabah (17 Mac 2012, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu)
(Zainizam Marjan, Brendan Gan, Mohd Rozaimi Abdul Rahman)

Sabah tewas besar dalam perlawanan di tempat lawan ini, dan kekalahan pertama selepas 5 perlawanan tanpa kalah sebelum ini. Apapun Sabah berjuang dalam perlawanan ini apabila merapatkan jurang kepada 3-4 pada satu ketika. Moga Sabah terus mengaum selepas ini. Sabah Boleh!

11. Sabah 1-1 Selangor (31 Mac 2012, Stadium Likas, Kota Kinabalu)
(Michael Baird)

Menentang Red Giants, Sabah mengejutkan Selangor seawal minit ke 3 menerusi rembatan penyerang impor, Michael Baird yang memanfaatkan salah faham antara penjaga gol Selangor dan pertahanan Selangor. Sabah seharusnya menggandakan kedudukan kepada 2-0 namun rembatan cantik Mohd Rozaimi Abdul Rahman di minit ke 20, mengegar palang. Apapun P Gunalan memastikan Red Giants tidak pulang dengan tangan kosong apabila meledakkan gol penyamaan Selangor pada minit ke 59, menewaskan penjaga gol Sabah Syed Adney Syed Hussein.


12. Negeri Sembilan 2-2 SABAH (7 April 2012, Stadium Negeri, Seremban)
(Shaharudin Yakub, Ronny Harun)

Ketinggalan 0-2 selepas tamat babak pertama, Sabah tidak berputus asa dan terus menggempur kubu lawan di tempat lawan di babak kedua. Hasilnya 2 gol Sabah dijaringkan pemain sayap kanan Sabah dan Malaysia, Shaharudin Yakub untuk kedudukan 1-2, manakala pertahanan Ronny Harun memastikan Sabah membawa pulang 1 mata dengan gol kedua dan penyamaan. Ini gol ketiga Shaharudin dalam 12 aksi Liga Super 2012 dan gol pertama Ronny Harun. Ini juga keputusan seri ke enam Sabah dalam Liga Super 2012.


13. Sabah 1-3 Perak (14 April 2012, Stadium Likas)

Sabah dikejutkan Perak apabila tewas 1-3 di gelanggang sendiri di Stadium Likas. Sabah bermula garang apabila Zainizam Marjan membuka jaringan seawal minit pertama, dia merayakan gol dengan gaya lucu ulat bulu!!

Namun di babak kedua, 3 gol membolosi gawang Sabah menerusi bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Rakhili, minit 65, gol sendiri pertahanan Sabah Mafry Balang minit ke 67 dan jaringan minit 90 Lazar Popovic. Sabah dikatakan mahu menukar 2 pemain impot dan memperkenalkan 2 pemain impot baru tidak lama lagi kerana kecederaan 2 pemain impot sedia ada Michael Baird dan Brendan Gan.


14. Perak 2-2 Sabah (17 April 2012, Stadium Perak)
Bermain di tempat lawan, Sabah nyaris meraih 3 mata penuh namun jaringan minit akhir Perak memaksa Sabah berkongsi 1 mata. 2 gol Sabah dijaringkan Zainizam Marjan dan kedudukan 2-1 kekal sehinggalah ke minit terakhir perlawanan namun pemain impot Perak berjaya menyamakan kedudukan. Sekaligus hajat Sabah tidak kesampaian untuk balas dendam kekalahan 1-3 di Likas, 2 hari sebelum itu.


15. 4 Mei 2012 - Sabah 1-0 Felda United (Stadium Likas)
Mohd Rozaimi Abdul Rahman jaringkan gol kemenangan Sabah. Sabah bermain perlawanan ini menurunkan pemain impot baru dari Jerman, Hendrik Helmke, gantikan Michael Baird yang cedera.


16. 12 Mei 2012 - Sarawak 1-0 Sabah (Stadium Kuching)
Apa sudah jadi dengan Sabah? Tewas lagi!! Ini kekalahan ke 5 Sabah dalam 16 aksi Liga Super 2012.


17. 15 Mei 2012 (Stadium Likas)
SABAH 1-2 T TEAM
Hendrik Helmke
Apa sudah jadi dengan Sabah, kekalahan kedua berturut turut dan ini kekalahan di tempat sendiri.


18. 16 Jun 2012 (Singapura)
Singapura Lions 9-0 Sabah

Ini kekalahan amat memalukan dan paling besar dalam sejarah Liga Super dan dalam sejarah Sabah. Kekalahan di Singapura ini membawa kepada tindakan merehatkan jurulatih Sabah, Justin Ganai. Kekalahan ke 3 berturut turut Sabah.


19. 19 Jun 2012 (Likas)
Sabah 0-4 Selangor PKNS

Tewas lagi di tempat sendiri dalam perlawanan disaksikan kurang 1,000 penonton dan ada sepanduk SAFA RASUAH dipamerkan peminat setia Sabah yang amat tidak puas hati dengan prestasi semasa Sabah. Kekalahan ke 4 berturut turut Sabah.


20. 23 Jun 2012 (Kelantan)
Kelantan 2-0 Sabah

Kelantan menambah derita Sabah apabila menewaskan pelawat 2-0 di Kota Bahru, ini menjadikan kekalahan ke 5 berturut turut bagi Sabah dalam Liga Super. AGREGAT GOL SABAH DALAM 5 KEKALAHAN BERTURUT TURUT IALAH 1 - 18.


21. 26 Jun 2012 (Stadium Likas)
Sabah 1-0 Kedah

Setelah tewas 5 perlawanan berturut turut, Sabah melakar kemenangan 1-0 menewaskan Kedah di Stadium Likas menerusi gol tunggal, Jufrey Omopor.


Senarai Penjaring Sabah dalam Liga Super 2012, sehingga 26 Jun 2012

Michael Baird - 4 gol
Zainizam Marjan - 4 gol
Mohd Rozaimi Abdul Rahman - 4 gol
Shaharudin Yakub - 3 gol
Bobby Gonzales - 1 gol
Brendan Gan - 1 gol
Ronny Harun - 1 gol
Hendrik Helmke - 1 gol
Jufrey Omopor - 1 gol

Gol sendiri pemain lawan - Helmi Remeli (Selangor PKNS), Mohd Sabri Mat Abu (Kedah)

SABAH - prestasi sehingga 26 June 2012

PERMAINAN 21
MENANG 5
SERI 7
KALAH 9
JARINGAN 22
BOLOS 41
PERBEZAAN JARINGAN (- 19)
MATA 22

Friday, January 13, 2012

Cinta Sejati. Lelaki Thailand menghawini isterinya yang sudah meninggal dunia






Mungkin ini yang dikatakan CINTA SEJATI.

Seorang Lelaki di Thailand, Chadil Duffy, melakukan upacara perkahwinan dengan teman wanitanya Sarinya meskipun Sarinya sudah meninggal dunia.

Upacara yang jarang berlaku di dunia ini dilangsungakn di sebuah kuil di Thailand minggu lalu.

Chadil dan Sarinya sudah berpacaran selama 10 tahun dan kedua duanya bersetuju melangsungkan perkahwinan, namun Sarinya tanpa dijangka, meninggal dunia.

Chadil tetap mahu meneruskan majlis perkahwinannya itu dengan menyarungkan cincin dan mencium "Isteri"nya.

Ini barulah CINTA SEJATI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs