Pages

Sunday, December 21, 2008

Malaysia rangkul 3 kejuaraan badminton world super series. Gemilang Malaysia, Syabas Perwira Negara




CHIN EEI HUI DAN WONG PEI TY - JUARA BEREGU WANITA BADMINTON SUPER SERIES MASTER FINAL 2008...!!!


3 gelaran juara untuk malaysia. detik manis penamat kalendar badminton dunia 2008 - petanda satu kebangkitan pada 2009...!!!!

selepas lee chong wei dan pasangan beregu lelaki - koo kien keat dan tan boon heong, pasangan beregu wanita negara, chin eei hui dan wong pei ty melengkapkan detik manis, pencapaian cemerlang Malaysia dalam Badminton world super series master final di kota kinabalu.

eei hui dan pei ty menewaskan lawan dari indonesia vita marissa dan liliyana natsir, straight set 21-15, 22-20 dalam masa 34 minit dalam final beregu wanita di stadium tertutup likas, kota kinabalu, sabah, sebentar tadi.

kemenangan manis ini bukan sahaja melengkapkan kejayaan semua 3 finalis malaysia di aksi final di hadapan lebih 10 ribu peminat fanatik badminton tanah air di kota kinabalu hari ini, malah mengembalikan semula prestij malaysia di arena badminton dunia.

USD 42,000 atau 151,000 ringgit, itu yang diraih pei ty dan eei hui. Namun apa lebih bermakna - malaysia turut merangkul gelaran juara perseorangan lelaki selepas kemenangan lee chong wei 21-8, 21-16 menewaskan peter gade dari denmark. Disusuli kejayaan mutlak kien keat dan boon heong menewaskan jae sung dan yong dae dari korea, 21-18, 21-14 dalam final beregu lelaki.

SYABAS MALAYSIA, TAHNIAH CHONG WEI, PEI TY-EEI HUI, KIEN KEAT DAN BOON HEONG..... RANGKUL LAGI BANYAK KEJUARAAN SELEPAS NI....!!!!!!!

No comments:

Post a Comment