Pages

Thursday, January 29, 2009

Mona Lisa dipamerkan di Malaysia??


Saya tertarik apabila membaca tajuk berita Utusan Malaysia hari ini mengenai Mona Lisa – karya pelukis agung – Leornado Da Vinci.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Afdal berkata rakyat Malaysia berpeluang melihat secara lebih dekat lukisan potret agung abad ke-16 Mona Lisa, karya pelukis terkemuka Leonardo da Vinci.

Katanya langkah itu antara usaha kementerian itu tahun ini untuk menarik minat rakyat di samping pelancong luar untuk melawat pameran koleksi lukisan antarabangsa dan karya seni lukis tempatan.

“Lukisan Mona Lisa akan dibawa ke Malaysia jika mendapat kerjasama daripada semua pihak khususnya pihak swasta."

“Kita sedang usahakan perkara itu sekarang dan diharap ia boleh dilaksanakan pada tahun ini malah kita boleh lakukannya sama seperti kita bawa persembahan muzikal Mamma Mia untuk dipertontonkan di sini, sebelum ini,”

Beliau memberitahu perkara itu kepada media selepas merasmikan Majlis Pengkisahan Sejarah Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas beliau, semasa mengadakan lawatan ke Paris baru-baru ini, beliau ada berbincang mengenai cara untuk membawa masuk koleksi seni di kota itu ke negara ini dan menghubungi pihak yang menguruskan hal berkenaan.

“Kita mahu bukan saja potret Mona Lisa, tapi koleksi pelukis lain juga untuk dipaparkan kepada masyarakat Malaysia,” katanya.

Wah, kalau begini, karya agung lain seperti lukisan Van Gogh atau Pablo Picasso atau Rembrandt… perlu juga dibawa untuk dipamerkan di Malaysia...

Sebahagian lukisan karya Van Gogh

Saya berpendapat usaha ini wajar kerana selama ini kita hanya melihat dari jauh karya klasik dan agung sepanjang zaman ini.
Namun lukisan lukisan itu yang bernilai jutaan Ringgit, malah boleh menjangkau ratusan juta Ringgit, perlu diberi kawalan ketat lah… nanti kena curi pula!!! Hehehe

Rembrandt

Rembrandt - a bust of a young woman smiling



Rembrandt - Bellona (1633)

Rembrandt - the abduction of prosepina

Picasso - bullfight II


Picasso - enamel saucepan
Picasso - woman at a window
Pada masa ini potret Mona Lisa dipamerkan di Muzium du Louvre, Paris, Perancis.

Muzium Louvre, Paris, Perancis - tempat bersemayamnya Mona Lisa...

Mona Lisa adalah karya teragung Leornado Da Vinci.

Lukisan yang menunjukkan seorang wanita dengan wajah engimatik sedang tersenyum tipis itu dihasilkan 500 tahun lalu pada kurun ke 16.

Leornado Da Vinci (1452 - 1519)

Lebih tepat, kerja melukis bermula pada 1503 di Itali dan hanya disiapkan 16 tahun selepas itu di Perancis iaitu sebelum Da Vinci meninggal dunia pada 1519…

Persoalan mengapa ia mengambil masa begitu lama untuk disiapkan, tidak dapat dipastikan dengan tepat.



Namun ia dikatakan ada kaitan dengan Episod the Italian Renaissance iaitu lonjakan perubahan budaya di Eropah, menjadikan benua itu lebih moden.

Mona Lisa dinamakan Lisa del Giocondo, iaitu isteri kepada Pedagang Sutera Kaya Perancis – Francesco del Giocondo.

Lukisan itu pernah dicuri pada 21 Ogos 1911 dari Muzium Louvre dan hanya ditemui semula 2 tahun kemudian.

Sepanjang tempoh itu, 2 orang yang tidak berdosa dipenjarakan kerana disangka mencuri Mona Lisa.

Mereka ialah Louis Beroud – seorang pelukis yang juga orang pertama menyedari kehilangan Mona Lisa dan seorang penyair - Guillaume Apollinaire.

Hakikatnya, pencuri sebenar Mona Lisa ialah seorang pekerja Muzium Louvre – Vincenzo Peruggia.

Peruggia berbuat demikian kerana dia adalah seorang berjiwa patriotisme Itali dan berpendapat Mona Lisa perlu dikembalikan semula ke Itali.

Selama 2 tahun, Peruggia menyembunyikan Mona Lisa di apartmennya.

Namun dia ditangkap ketika cuba menjual lukisan itu kepada Galeri Uffizi di Florence, Itali.

Setelah ditemui semula, Mona Lisa dikembalikan semula ke muzium Louvre, Perancis.

Namun rakyat dan pemerintah Itali menyanjungi semangat patriotisme Peruggia dan dia hanya dikenakan hukuman ringan – penjara selama beberapa bulan sahaja.

Pada 1956, terdapat 2 percubaan merosakkan Mona Lisa oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dan langsung tidak menghargai karya seni agung itu.

Satu daripada percubaan itu dilakukan menerusi simbahan asid yang merosakkan dengan teruk bahagian bawah Mona Lisa manakala satu lagi apabila seorang rakyat Bolivia yang “3 suku” melontar batu ke arah potret itu, menyebabkan sedikit kerosakan.

Bahagian belakang bingkai asal Potret Mona Lisa

Namun kerosakan itu sudah diperbaiki dan dipulihkan.

Kini Mona Lisa dikawal ketat di Muzium Louvre, Perancis dan diinsurankan dengan nilai 670 juta dolar Amerika – bersamaan RM 2.34 billion - yang termahal di dunia…!!!!

Sama samalah kita nantikan senyuman Mona Lisa di Malaysia kelak…

Apapun artikel ini tiada kaitan dengan lagu "Mona Lisa" oleh kumpulan Wings..!!!
Terima kasih kerana membaca....

4 comments:

  1. That's a very big "if". If it becomes reality, it would be a very big scoop - one of the most famous paintings ever, and certainly one of the most expensive. Apparently have only ever been displayed in very few Asian countries.

    I saw it a long time ago (late 80s?) at the Louvre.

    ReplyDelete
  2. WAHHH.... You saw Mona Lisa in front of your eyes????

    Even the sight of Mona Lisa will frignten Sabud away!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Yo soy de BOLIVIA, y utilice el traductor de google para traducir el articulo, Me estas queriendo decir que el cuadro de la monalisa, fue expuesto en BOLIVIA y sufrio un atentado por parte de bolivianos que lanzaron piedras y acido a la pintura de la monolisa. Alguien que me explique por favor.

    ReplyDelete
  4. Ola Rakachibol.. Muchas Gracias for the comments.... and Perdon for taking 2 years to reply...even tough i dont understand Spanish but i thank you for dropping by mu blog.. Muchas Gracias. Buenos Tardes..

    ReplyDelete