Pages

Wednesday, February 11, 2009

3 pilihanraya kecil serentak di Malaysia? Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Pensiangan???

Selepas pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu – yang kedua duanya dimenangi Pakatan Rakyat menerusi calon PKR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PAS – Abdul Wahid Endut, negara berkemungkinan menyaksikan 3 lagi pilihanraya kecil.

Ia melibatkan kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak ekoran kematian Ahli Parlimen kawasan itu – Roslan Shaharum dari PAS serta kerusi DUN Bukit Selambau, Kedah – setelah ADUNnya – V Arumugam dilaporkan meletak jawatan sebagai Exco Kedah dan ADUN Bukit Selambau.

Satu lagi melibatkan kerusi Parlimen Pensiangan di Sabah.

Tan Sri Joseph Kurup

Pada 8 September tahun 2008, mahkamah tinggi Kota Kinabalu mengistyharkan kemenangan Tan Sri Joseph Kurup di kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihanraya umum ke 12, Mac 2008 sebagai batal dan tidak sah.

Pada pilihanraya Mac tahun lalu itu, Tan Sri Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, PBRS diistyharkan menang tanpa bertanding setelah kertas pencalonan 2 pencabarnya – 1 daripada PKR dan seorang lagi calon Bebas, ditolak pegawai pengurus pilihanraya Pensiangan, Bubudan Mojiliu, atas alasan lewat dikemukakan.

Namun Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan pegawai pengurus pilihanraya Pensiangan tidak boleh mengetepikan perintah SPR supaya kertas pencalonan calon PKR dan Bebas itu diterima.

Mahkamah Persekutuan dijadualkan bersidang di Kota Kinabalu selama 2 hari pada 12 dan 13 Februari ini untuk mendengar rayuan Kurup berhubung pembatalan kemenangannya itu.

Sekiranya rayuan Kurup ditolak, maka wujud 3 kekosongan kerusi – 2 Parlimen dan 1 DUN iaitu Pensiangan, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Persoalannya adakah SPR, Suruhanjaya Pilihanraya akan memilih untuk mengadakan 3 pilihanraya kecil itu secara serentak???

Sekiranya pilihanraya kecil itu diadakan serentak, ia mungkin menjimatkan kos kepada semua pihak tidak kira SPR, parti politik yang bertanding mahupun jentera pilihanraya..

Sama samalah kita nantikan….

No comments:

Post a Comment