Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Thursday, February 12, 2009
Alleycats - Tahniah Datuk David Arumugam
Alleycats (Datuk David Arumugam - duduk tengah)
Setelah berkecimpung dalam industri hiburan tanah air selama hamper 40 tahun, vokalis utama kumpulan Alleycats, David Arumugam, kini bergelar Datuk.
David atau nama sebenarnya Thiagarajan K.R. Arumugam menerima gelaran Datuk itu selepas dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang atau DIMP sempena ulang tahun keputeraan ke 78 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang disambut 24 Oktober tahun lepas.
Datuk David Arumugam menerima anugerah DIMP itu dalam istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang, hari ini.
Seorang lagi penyanyi popular tanah air, Khatijah Ibrahim atau lebih dikenali Khaty Ibrahim juga menerima gelaran Datuk menerusi penganugerahan darjah kebesaran DIMP.
Khaty yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon Latif Ibrahim sudah menceburi bidang seni tanah air selama lebih 30 tahun.
Datuk David Arumugam yang ditemui media selepas majlis penganugerahan Darjah Kebesaran DIMP itu berkata ia satu penghargaan kepada Alleycats dan juga kepada peminat setia kumpulan itu.
Terima kasih….. (atau Trimaaaa Kasehhhh) kata David.
Antara lagu lagu evergreen Alleycats termasuklah Sampaikan Salam, Kerana Kau, Hingga Akhir Nanti, Andainya Aku Pergi Dulu, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Setahun Sudah Berlalu, Nota Terakhir, Senandung Semalam dan banyak lagi…….
Alleycats ditubuhkan pada 1969 dan muziknya dipengaruhi kumpulan Air Supply, Bee Gees dan ramai lagi.
Kumpulan dianggotai 7 orang ini termasuk mendiang Loganathan Arumugam yang juga adik Datuk David Arumugam, mula menempah nama di Hong Kong apabila mendapat kontrak menyanyi selama 2 tahun sebelum menerbitkan album pertama berjodol Terima Kasih dengan syarikat rakaman Polygram Record Philips.
Album itu dikenali dengan lagu Senandung Semalam yang membuai rakyat Malaysia dengan keunikan vocal dan kesegaran muzik Alleycats yang masih mendapat tempat di peminat seni tanah air sehingga sekarang.
Personaliti Datuk David Arumugam juga amat diminati dengan gaya rambut Afro….
Trimaaa Kassssehhhhh…..
Can you make a list of Malaysian artistes [those involved in the music and/or film industry] who've been made Datuks or higher?
ReplyDeleteDatuk:
Siti Nurhaliza
SM Salim
Kathy Ibrahim
David Arumugam
....
Tan Sri:
P Ramlee
Tun:
[none yet?]
Notable omissions:
Sudirman (?)
ANita Sarawak
Questions:
- Dato' Shake was a real Dato' ??
- Will Mawi be the first ever AF product to be made a Dato'?
among datuks - DJ Dave, actor made a datuks - aziz sattar, mustafa maarof and rahim razali???..
ReplyDeleteDato Shake not real Dato...
Mawi a Datuk???? not a chance....
You a Datuk??? maybe in 3 years time Latoooo aiyaaaaaaaaa