Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Tuesday, March 24, 2009
Ramalan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO 2008
Ramalan keputusan pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 2008
Ramalan ini dibuat berdasarkan tren semasa, perkembangan terkini dan telahan saya sendiri dan ia tidak semestinya tepat.
Presiden : YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden : YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
- peluang beliau lebih cerah berbanding Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Namun senarionya mungkin berbeza jika Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak dilarang bertanding oleh Lembaga Disiplin Parti.
Naib Presiden :
1. Datuk Hishamuddin Tun Hussein
2. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
3. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
- Daripada 8 calon Naib Presiden UMNO, dilihat ketiga tiga pemimpin ini, berpeluang lebih cerah untuk menduduki kerusi Naib Presiden. Datuk Hishamuddin dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai kelebihan sejak awal kempen pemilihan lagi, manakala ramai dilihat mahu seorang pemimpin yang berkaliber, berilmu dan dinamik seperti Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk menerajui satu daripada 3 kerusi Naib Presiden.
Atau mungkinkah juga bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Abdul Samad mampu melakukan kejutan?
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
- meskipun persepsi ke atasnya sedikit terulit ekoran didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin kerana politik wang tetapi masih dibenarkan bertanding, namun Khairy sudah bekerja keras lebih awal untuk meraih sokongan perwakilan dan pada pandangan saya, beliau masih calon terkuat untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
- Ketika ini Datuk Mukhriz di kedudukan kedua namun beliau masih boleh melakukan kejutan ke atas Khairy di saat saat akhir.
Ketua Wanita – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
- Wanita UMNO memerlukan pemimpin baru. Gandingan Shahrizat dan Naib Ketua – Datuk Kamilia Ibrahim dilihat mampu membawa perubahan lebih besar dan signifikan kepada pergerakan Wanita selaku antara pengerak dan peneraju utama UMNO.
Ketua Puteri – Datuk Ismalina Ismail atau Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
- Datuk Rosnah sudah menampakkan ciri kepimpinan dalam Puteri UMNO selaku Naib Ketua Puteri sebelum ini, dan dia juga dikenali kalangan ahli Puteri UMNO. Namun calon lain seperti Datuk Ismalina Ismail mahupun Bibi Sharliza mampu melakarkan kejutan dan memberikan cabaran kepada Datuk Rosnah.
Ahli Majis Tertinggi
Seperti kebiasaan, Menteri Besar dan Ketua Menteri mempunyai kelebihan secara automatik untuk menduduki kerusi Majlis Tertinggi UMNO atas kapasiti mereka sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Begitu juga anggota jemaah Kabinet persekutuan.
1. Datuk Seri Panglima Musa Aman
2. Datuk Seri Adnan Yaakob
3. Datuk Shahrir Abdul Samad
4. Datuk Mustafa Mohamed
5. Datuk Seri Utama Mohammad Hassan
6. Datuk Mohd Zin Mohamed
7. Datuk Shaziman Abu Mansor
8. Datuk Abdul Ghani Othman
9. Datuk Seri Shahidan Kassim
10. Datuk Seri Mahadzir Khalid
11. Datuk Seri Azalina Othman Said
12. Datuk Ismail Sabri Yaakob
13. Datuk Noraini Ahmad
14. Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
15. Datuk Seri Idris Jusoh
16. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
17. Datuk Zulhasnan Rafique
18. Senator Datuk Azian Osman
19. Senator Datuk Dr Norraesah Mohamad
20. Datuk Hassan Malek
No comments:
Post a Comment