Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Tuesday, November 23, 2010
2.3 juta ringgit dibelanjakan perbaiki rumah panjang di Pensiangan
Antara rumah panjang di Pensiangan yang diperbaiki kerajaan Persekutuan.
Kurup disambut penduduk Kg.Solog, Nabawan, Pensiangan, Sabah sempena perasmian pembaikan rumah panjang, 23 November 2010.
Gambar : Rozie Jumat - Pegawai Media kepada YB Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup.
Pensiangan adalah antara kawasan paling terpencil di Sabah dan juga antara yang termundur di negeri itu. Sebahagian kawasan di Pensiangan hanya boleh dilalui menggunakan bot merentasi sungai, sepertimana boleh dilihat dalam video di atas.
Namun kerajaan negeri dan pusat sentiasa memberikan perhatian untuk membawa kesejahteraan kepada penduduk Pensiangan agar mereka juga menikmati kemakmuran negara.
Ini dilakukan menerusi pelbagai projek bertujuan mewujudkan kemudahan prasarana asas termasuk rumah, jalanraya, bekalan air dan elektrik, serta mewujudkan peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi dan niaga serta pemasaran hasil pertanian.
Semua itu dengan tujuan meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan merapatkan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar di Sabah.
Projek dan peruntukan disalurkan menerusi pelbagai program termasuklah Belanjawan negeri dan negara setiap tahun, Rancangan Malaysia setiap 5 tahun, pakej rangsangan ekonomi, Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau NKRA serta peruntukan khas yang diumumkan dari masa ke semasa.
Terbaru, RM2.3 juta telah dibelanjakan untuk memperbaiki rumah-rumah panjang di Parlimen Pensiangan sejak tahun 2009 dan 2010.
Pada masa sama, usaha untuk memperbaiki rumah-rumah panjang masih diteruskan secara berperingkat untuk keperluan penghuni rumah panjang yang terdiri daripada masyarakat Murut.
Ahli Parlimen Pensiangan yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dalam satu kenyataan media bertarikh 23 November 2010, berkata perancangan pembaikan rumah-rumah panjang di kawasan itu khususnya di pedalaman Pensiangan telah dimulakan ketika beliau menjawat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
“Saya telah melihat dengan sendiri keadaan rumah-rumah panjang di kawasan ini, dan juga tidur di rumah-rumah panjang ini. Kita prihatin dengan keperluan rakyat dan melakukan sesuatu demi melihat perubahan kepada tempat tinggal mereka yang daif dan kurang selesa,” kata Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Sempena perasmian pembaikan rumah panjang di Kg.Solog, Nabawan, Pensiangan pada 23 November 2010.
Malahan kata Kurup, beliau sendiri turut membuat lawatan ke Kapit, Sarawak untuk melihat rumah-rumah panjang disana yang turut dibantu oleh kerajaan.
“Rumah panjang disana lebih baik dan moden dibandingkan dengan rumah rumah panjang di kawasan Pensiangan yang dihuni oleh suku kaum Murut. Rumah panjang kita tidak berapa baik,” kata Kurup.
Oleh itu kata Kurup beliau telah membawa masalah itu kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan peruntukan dan meminta kakitangan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) turun padang ke Pensiangan untuk melihat sendiri keperluan tersebut.
“Saya sangat gembira dan mahu berkongsi kegembiraan ini bersama rakyat bahawa kerajaan sehingga kini telah membelanjakan RM2.3 juta untuk memperbaiki rumah rumah panjang di kawasan ini, rumah mereka kini selesa dan cantik-cantik belaka,” kata Kurup.
Kata Kurup, usaha beliau adalah berterusan untuk melihat kesejahteraan rakyat dan tumpuan pembangunan beliau terdapat dalam Rancangan Lima Tahun Pembangunan (Blueprint).
“Rancangan pembangunan dari pihak saya banyak lagi untuk membantu penduduk di kawasan ini, kita mahu basmi kemiskinan habis-habisan,bukan semata-mata memperbaiki atau membina rumah panjang” kata Kurup.
Turut sama dalam majlis itu ialah Naib Presiden Parti Berstau Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Kadoh Agundong.
Sempena majlis itu Kurup menerima 200 keahlian baru yang menyertai Barisan Nasional (BN) melalui PBRS.
Dari jumlah itu seramai 28 orang adalah dari ahli parti pembangkang yang mengambil keputusan untuk menyokong kerajaan setelah melihat pembangunan yang dibawakan oleh kerajaan di kawasan tersebut.
Sebelum mengakhiri posting Pensiangan di blog ini, berikut di bawah ini adalah lagu dalam bahasa Murut yang amat popular di kalangan masyarakat Pensiangan, termasuklah ketika sesi keramaian atau "Aramaitiee". Terima kasih kerana membaca.. Byeeee
No comments:
Post a Comment