Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Thursday, December 30, 2010
Malaysia Juara Asia Tenggara 2010 dan mungkin juga ke Olimpik selepas ini
Sudah lama Malaysia tidak mengecap kegemilangan dan kemenangan di persada bolasepak antarabangsa sepertimana yang dirasai hampir kesemua 27 juta penduduk Malaysia pada 29 Disember 2010 lalu bersamaan hari Rabu yang amat bersejarah.
Jam 10 malam hari keramat itu sebaik pengadil dari Australia Peter Green meniup wisel penamat, jutaan rakyat Malaysia bersorak kegirangan tidak kira miskin, kaya atau papa kedana, samada di hutan belantara Pensiangan, Sabah ataupun di ruang kondominium selesa di Tropicana, Kuala Lumpur..
Tidak kira mereka kaum Melayu, Cina, India, Bisaya, Lundayuh, Iban, Kadazan, Sungai, Senoi, Dusun, Murut, Bidayuh dan Rungus atau Orang Ulu, mereka semuanya meraikan kejayaan ulung Malaysia.
3 hari sebelum perlawanan di Jakarta, suasana di Malaysia umpama Malaysia bertanding dalam pusingan akhir Piala Dunia atau World Cup. Semua orang tidak kira penarik becha, penebar roti canai, penyelam mutiara, Menteri, Perdana Menteri, Sultan, boss, tauke, kuli, penjual dan pembeli emas, malahan juga penjenayah dan pengedar dadah, memperkatakan mengenai final ini.
Inilah kemenangan 3-0 Malaysia ke atas Indonesia dalam final pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2010 pada 26 Disember 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 2 gol dijaringkan Safee Sali. Jika dilihat Semua 3 gol Malaysia itu digerakkan penyerang Kelantan, Nor Shahrul Idlan Talaha. Safee dan Noor Shahrul memang hebat
Ini pula final pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember 2010 di mana Malaysia menang secara agregat 4-2 meskipun tewas 1-2.
Sekaligus menghampakan 90 ribu penyokong Indonesia di stadium Gelora Bung Karno (bukan Gelora Bung Moktar Radin ya) dan lebih 200 juta lagi peminat Indonesia di seluruh Indonesia Raya.
Juga hampa, Presiden Indonesia, SBY atau Susilo Bambang Yudhoyono serta juga jurulatih Indonesia Alfred Riedl yang wajahnya seakan akan Josef Fritzl (kalau nak tau siapa Josef Fritzl - google saja, orang tu infamous).
Wow... dan ribuan peminat dan penyokong Malaysia berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA seawal jam 2 petang hari ini Khamis 30 Disember 2010 untuk menanti ketibaan wira negara yang tiba dengan penerbangan dari Jakarta pada jam 3.30 petang.
Sorakan bertambah kuat apabila skuad Malaysia muncul diketuai jurulatih K Rajagobal yang sebelum ini digelar RajaGombal oleh peminat fanatik Indonesia. Jika diteliti, ada elemen 1 Malaysia dalam skuad Malaysia kerana jurulatihnya K Rajagobal (keturunan India), pembantunya Tan Cheng Ho (Cina)dan jurulatih penjaga gol Malaysia pula orang Melayu. Satu semangat perpaduan yang utuh!!
Sama juga dengan pemain badminton no.1 Malaysia Datuk Lee Chong Wei yang dilatih Datuk Misbun Sidek.
Begitu juga skuad hoki, memanah dan sukan lain yang diwakili penduduk berbilang kaum di Malaysia.
Kelibat penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 dengan 5 gol, Safee Sali juga mendapat sorakan terhangat di KLIA. Safee melakukan apa yang dilakukan Paolo Rossi dari Itali pada Piala Dunia 1982 apabila muncul penjaring terbanyak dengan 6 gol dan hanya menjaringkan gol pada 3 perlawanan terakhir Itali sebelum merangkul Piala Dunia 1982 menewaskan Jerman Barat 3-1 di final di Espana, Sepanyol.
Safee Sali hanya meledakkan gol pada 2 perlawanan terakhir Malaysia iaitu separuh akhir, 2 gol menentang Vietnam dan 3 gol menentang Indonesia dalam final secara timbal balik.
Safee sebenarnya pernah bergandingan dengan penyerang Indonesia Bambang Pamungkas ketika kedua duanya bermain untuk Selangor di Liga Malaysia, tidak lama dulu.
Tahun 2010 sememangnya tahun gemilang untuk sukan di Malaysia. Pasukan Bolasepak kebangsaan menjuarai kejohanan paling berprestij di Asia Tenggara - Piala AFF Suzuki.
Manakala kontinjen Malaysia mencatat pencapaian terbaik dalam Sukan Komanwel New Delhi, India 2010 dengan menduduki tangga ke 7 selepas memungut 12 Emas, 10 Perak dan 13 Gangsa.
Manakala kontinjen negara turut menduduki tangga ke 10 di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China dengan pungutan 9 Emas, 18 Perak dan 14 Gangsa.
Pemain Badminton no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dari Malaysia juga kekal di tangga teratas pemain terbaik dunia apabila merangkul tidak kurang 9 gelaran termasuk 6 gelaran super series termasuk kali pertama menjuarai Badminton All England.
Pemain Squash no. 1 dunia dari Malaysia, Datuk Nicol Ann David juga tidak pernah tewas sepanjang 2010 malahan menjuarai kesemua kejohanan disertainya termasuk mencatat sejarah muncul juara Terbuka Dunia buat kali kelima.
Syabas Malaysia!!!
Peminat nombor 1 Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turut mengistyharkan cuti umum di Malaysia pada Jumaat 31 Disember 2010 sempena kemenangan Piala Suzuki AFF 2010.
Jika diimbau semula, kali terakhir kejayaan besar Malaysia dalam bolasepak ialah kejayaan layak ke sukan Olimpik Moscow pada 1980 apabila skuad Malaysia menewaskan Korea Selatan 2-1 hasil gandingan hebat dua pemain Sabah - Hassan Sani aka Lipas Kudung yang menewaskan 3 pertahanan Korea sebelum bola dilorongkan kepada James Wong aka King James yang tidak mensia siakan peluang terhidang itu. Selayaknya selepas 1980, skuad negara dipanggil Harimau Malaysia dan tidak dipanggil Harimau Sabah. Tetapi selepas kejayaan Piala AFF Suzuki, ada pula laungan Harimau Malaya, bukannya Harimau Malaysia..
Hmmmm... sama samalah kita fikirkan...
p/s satu lagi selepas menjadi famous dan diberikan hadiah ganjaran ratusan ribu ringgit, maka ramailah gadis gadis dan wanita wanita sundal di luar sana yang mahu mengtackle pemain Malaysia ni.. Dulu sebelum terkenal dan tak menang apa, sorrylah.. wanita ni yang semuanya mata duitan pasti berlalu pergi dengan sombong... tapi sekarang ni nak terhegeh hegeh pula nak tayang body konon... Pigggiiii dahhhhhhhh
No comments:
Post a Comment