Pages

Wednesday, January 12, 2011

Lelaki dipenjara 30 tahun atas jenayah yang tidak dilakukan..


Cornelius Dupree Junior bersama peguambelanya, Barry Scheck di Dallas, Texas, Amerika Syarikat pada 4 Januari 2011



Cornelius bersama isterinya Selma Perkins di rumah mereka di Dallas, Texas, Amerika Syarikat

Bagaimana perasaannya apabila anda dipenjarakan selama 30 tahun atas jenayah yang tidak anda lakukan dan akhirnya dibebaskan setelah 3 dekad merengkok dalam penjara.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki kulit hitam dari Texas, Amerika Syarikat, Cornelius Dupree Junior, 51 tahun dijatuhi hukuman penjara 75 tahun pada 1979 atas tuduhan merogol dan merompak.

Dia dibebaskan julai 2010 dan berada di bawah pengawasan mandatori.

Sepanjang tempoh berkenaan, Dupree menjalani tahanan dalam rumah sehingga oktober 2010 lalu.

Bagaimanapun selepas selesai menjalani hukuman, terdapat keraguan ke atas ujian DNA yang dibuat sebelum ini.

Ujian DNA itu didapati tidak sepadan sekaligus membuktikan dia tidak bersalah melakukan serangan seks.

Perkara berkenaan diputuskan dalam perbicaraan.

Dalam perbicaraan pendek yang sebelum ini tertanguh, hakim Don Adams kemudian mengumumkan pembebasan dan hukuman ke atas dupree sebelum ini, satu kesilapan.

Dengan pembebasan itu, di bawah undang-undang pampasan Texas, Dupree layak menerima pampasan berjumlah 2.4 juta dollar Amerika.

Hakim mengarahkan pembayaran pampas an itu dibuat secara langsai.

No comments:

Post a Comment