Tahun 2011 ditutup bercampur suka dan duka untuk arena Sukan Malaysia.
Suka kerana pasukan bolasepak Malaysia buat pertama kalinya muncul juara Piala AFF Suzuki, menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 ekoran kemenangan 3-0 di stadium nasional Bukit Jalil pada 26 Disember dan hanya tewas 1-2 di stadium Gelora Bung Karno Jakarta pada 29 Disember.
Sekaligus menamatkan penantian berdekad Malaysia untuk muncul kuasa bolasepak disegani di rantau Asia Tenggara.
Suka juga kerana Malaysia mencatat pencapaian terbaik dalam 2 kejohanan sukan terbesar 2010 iaitu Sukan Komanwel di New Delhi, India dan Sukan Asia di Guangzhou, China.
Kontinjen Malaysia mencatat pencapaian terbaik dalam Sukan Komanwel New Delhi, India 2010 dengan menduduki tangga ke 7 selepas memungut 12 Emas, 10 Perak dan 13 Gangsa.
Manakala kontinjen negara turut menduduki tangga ke 10 di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China dengan pungutan 9 Emas, 18 Perak dan 14 Gangsa.
Pemain Squash no. 1 dunia dari Malaysia, Datuk Nicol Ann David juga tidak pernah tewas sepanjang 2010 malahan menjuarai kesemua kejohanan disertainya termasuk mencatat sejarah muncul juara Terbuka Dunia buat kali kelima.
Pemain Badminton no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dari Malaysia juga kekal di tangga teratas pemain terbaik dunia apabila merangkul tidak kurang 9 gelaran termasuk 6 gelaran super series termasuk kali pertama menjuarai Badminton All England.
Namun dukanya apabila jurulatih Lee Chong Wei, Datuk Misbun Sidek mengumumkan perletakan jawatannya.
Persoalannya dan puncanya masih misteri sehingga sekarang..
Adakah Misbun berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan segolongan pegawai di Persatuan Badminton Malaysia, BAM ataupun tidak berpuas hati dengan insentif dan sebagainya??
Begitu juga tindakan mengugurkan jurulatih Karate negara, P Arivalagan oleh Persekutuan Karate Malaysia untuk digantikan dengan jurulatih dari Iran yang belum diketahui kredibilitinya.
Apa salah dan silap Arivalagan??
Dia membimbing skuad karate Malaysia sehingga membawa pulang 2 emas menerusi Ku Jin Keat acara Kata lelaki dan R Puvaneswaran acara Kumite Lelaki serta 2 Perak dan 1 Gangsa.
Kalau begini caranya, lebih baik pegawai Persekutuan Karate Malaysia yang mengugurkan Arivalagan itu dikarate sahaja oleh kita semua!!!
No comments:
Post a Comment