Pages

Wednesday, March 2, 2011

Peserta Sabah terus mendominasi populariti Akademi Fantasia



Tidak dinafikan sejak program realiti TV Akademi Fantasia terbitan Astro yang mengguna pakai konsep rancangan realiti La Academia dari Mexico, mendapat sambutan hangat peminat hiburan tanah air.

Sejak 2003, program Akademi Fantasia bersiaran buat pertama kalinya sehinggalah ke Akademi Fantasia musim ke 9 yang bakal disiarkan tidak lama lagi pada tahun 2011.

Kita pasti ingat siapa juara Akademi Fantasia musim pertama iaitu Vince sehinggalah ke juara terbaru Akademi Fantasia musim ke 8 iaitu Shahir.

Namun setiap kali program itu ke udara, pasti peserta dari Sabah, turut mencuri tumpuan kerana keunikan suara, vokal, persembahan, populariti serta sokongan mantap dan padu dari sebelah Malaysia Timur.

Jarak 2,000 kilometer memisahkan Sabah dengan Kuala Lumpur tidak menghalang anak anak muda Sabah daripada menjadi terus terkenal menerusi platform Akademi Fantasia atau AF.

Pada musim pertama AF pada 2003, tiada peserta Sabah yang ditampilkan.

Namun bermula musim kedua pada 2004 hinggalah 2010, ada saja anak Sabah yang ke final.

Secara keseluruhannya dalam 8 musim Akademi Fantasia, peserta dari Sabah menjuarai Akademi Fantasia sebanyak 1 kali menerusi Stacy (Juara AF6/2008) serta naib juara sebanyak 5 kali menerusi Linda Nanuwil (AF2/2004), Felix Agus (AF3/2005), Lotter (AF4/2006), Ebi (AF5/2007) serta Adira (AF8/2010).



Tentu kita masih ingat bagaimana Ranau pernah berkabung pada AF 2 musim 2004 apabila peserta dari daerah itu, Linda Nanuwil, tersingikir menerusi undian SMS.



Tentu kita masih ingat cerita kejayaan Stacy, dari Penampang, Sabah yang namanya melonjak sebagai bintang daripada penyanyi kurang dikenali yang terpaksa mengorbankan zaman persekolahan untuk bekerja sebagai penyanyi dek kerana kesempitan hidup. Kini Stacy sejak muncul juara AF musim 6 pada 2008, antara bintang paling popular di Malaysia, sekaligus merubah nasib serta taraf ekonomi keluarganya menjadi lebih baik.



Tentu kita masih ingat linangan air mata penyanyi dari Tawau, Sabah, Mas pada AF musim ke2 pada 2004 apabila dia menceritakan terpaksa menyanyi mencari rezeki sebagai ibu tunggal untuk menampung kehidupan 2 anaknya.. Tentu kita masih ingat berderai air mata penonton di studio dan di rumah yang menyaksikan detik itu...



Tentu kita masih ingat bagaimana seorang pemuda kurus lampai dari pekan koboi, Kota Belud Sabah, Felix Agus hampir hampir menjuarai AF musim 3 pada 2005, jika tidak Mawi dibawa masuk menerusi AF masuk???



Kita juga pasti ingat bagaimana daerah kecil Tamparuli, Sabah sebenarnya memiliki seorang gadis cantik dan seksi bersuara lunak bernama Marsha Milan Londoh pada AF3 2005??



Begitu juga pemuda kacak dari Inanam, Sabah, Adam yang muncul tempat ke 3 pada AF2 2005, sehingga kini Adam masih menapak di persada seni tanah air, digilai ramai peminat wanita...



AF4 pada 2006 juga menampilkan 2 peserta Sabah yang mempunyai kisah tersendiri. Lotter dari Membakut, dulunya hidup susah tetapi akhirnya nasibnya berubah apabila muncul naib juara AF4.



Kita juga tahu AF4 menampilkan seorang lagi peserta Sabah bersuara lunak merdu dikenali Velvet yang kini sudah bergelar isteri kepada Rich, juga peserta AF 4 yang berasal dari Keningau..



Siapa sangka Rich AF4 seterusnya menjuarai Anugerah Juara Lagu 22 terbitan TV3 dengan kumpulannya Estranged menerusi lagu "Itu Kamu"???



AF5 2007 juga menampilkan 2 peserta Sabah, Ebi dari Kota Kinabalu yang menjadi naib juara serta Candy selaku finalis.



AF8 2010 kita juga tahu ada seorang lagi gadis Dusun dari Kundasang, Sabah yang muncul Naib Juara iaitu Adira.


Siapa bakal peserta dari Sabah dalam AF musim ke 9 2011????

Sama sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment