Pages

Sunday, April 24, 2011

Sabah Hargai pengorbanan Tentera Australia ketika perang dunia ke 2

Ketika perang dunia ke 2 pada 1940 hingga 1945, ribuan askar Commonwealth termasuk dari Australia dan New Zealand, sama sama membantu tentera British berjuang menentang keganasan tentera Jepun di Borneo.

Dalam peperangan itu, ribuan tentera Australia maut dek kekejaman Jepun.

Antaranya lebih 2,000 tentera Australia yang maut ketika dipaksa berjalan kaki dari kem tahanan di Sandakan ke Ranau sejauh 300 kilometer.

Hanya 6 saja tentera Australia yang terselamat dalam persitiwa dikenali Death March itu.

Lebih 2,000 lagi maut kerana dipaksa berjalan kaki tanpa makanan dan ubat ubatan mencukupi.

Siapa yang cuba melarikan diri akan dipancung, diseksa dan ditembak Jepun.

Jepun memang kejam, entah apa tujuannya mencetuskan perang Dunia ke 2 bersekongkol dengan Jerman dan Itali dalam kuasa Axis. Tiada faedahnya Maharaja Hirohito bersekongkol dengan Hitler dan Musollini.

Akibatnya, jutaan rakyat Jerman, Itali dan Jepun mati sia sia.

Ribuan lagi rakyat tidak berdosa iaitu orang awam, orang tua, wanita dan kanak kanak mati di Malaysia.

Kesannya?? Saiz negara Jepun, Jerman dan Itali sama saja. Tidak berubah menjadi lebih besar...

Apapun, kerajaan Sabah tetap menghargai pengorbanan tentera Australia di Sabah.

Satu upacara memperingatinya dilakukan di Beaufort, Sabah pada 22 April 2011 lalu, disempurnakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.













Menurut Lajim, Kerajaan Sabah melahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada usaha, keberanian dan pengorbanan yang dihulurkan oleh semua pejuang khususnya Australia semasa Perang Dunia Kedua.

"Kami terhutang budi atas pengorbanan dan keberanian mereka," kata Lajim pada ucapannya di majlis memperingati korban tentera Australia Perang Dunia Kedua di Tugu Peringatan Startevich di Beaufort pada 22 April 2011.

Lajim menambah : "Ia adalah masa yang sesuai dan wajar untuk kita balas kembali pengorbanan yang telah diberikan oleh askar-askar ini dengan mengadakan majlis memperingati perang seperti ini," katanya.

Lajim berkata Tugu Peringatan persendirian, L.T. Startevich itu adalah
tapak peringatan sejarah penting di Sabah, sehubungan itu, kerajaan negeri telah
mengisytiharkan tugu peringatan itu sebagai Tapak Warisan Budaya pada 1998 untuk
memastikan ia dipelihara selama-lamanya dan tidak diganggu oleh sebarang
aktiviti yang akan memberi kesan negatif di tapak itu.

Kewujudan tapak warisan sejarah seperti Tugu Peringatan Startevich telah
meningkatkan hubungan akrab dan jalinan persahabatan antara kedua-dua negara,
Malaysia dan Australia, katanya.

No comments:

Post a Comment