Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Friday, May 27, 2011
Penjenayah 1 Malaysia paling ganas di Malaysia
Bentong Kali (P Kalimuthu)
Mat Komando, Ahmad Mohd Arshad
Botak Chin, Wong Swee Chin
Malaysia kini dikenali dengan tagline atau slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Namun di Malaysia juga kita ada penjenayah 1 Malaysia kerana penjenayah ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Siam, etnik Sabah dan Sarawak dan melakukan pelbagai jenayah termasuk rompak, curi, bunuh, rogol, tembak menembak dan pecah rumah.
Jika ada kategori penjenayah paling tegar dalam konteks 1 Malaysia, maka ada 3 individu yang paling layak. Mereka ialah Botak Chin (Wong Swee Chin), Bentong Kali (P Kalimuthu) dan Mat Komando (Ahmad Mohd Arshad). Jika 3 penjenayah ini masih hidup dan bergabung tenaga membentuk satu kumpulan geng, maka huru haralah jadinya!!!
Namun ketiga tiganya telah maut di tangan pihak berkuasa.
Botak Chin atau Wong Swee Chin adalah penjenayah paling ganas pada 1970an di Malaysia, manakala Bentong Kali penjenayah paling merbahaya pada 1990an dan Mat Komando penjenayah paling ditakuti pada abad ke 21.
Mari kita berkenalan dengan mereka yang terdiri dari bangsa Cina, India dan Melayu.
Botak Chin (BOTAK bermakna Bantu Orang Tak Ada Kerja), penjenayah paling merbahaya dari kaum Cina
Botak Chin atau Wong Swee Chin dilahirkan pada 1951, mempunyai 19 senjata api, 5 bom tangan dan 1,000 peluru.
Kebanyakan senjata api itu dibeli di Thailand. Namun ada satu kes di mana dia dengan beraninya merampas 3 pistol dari 3 anggota polis!!!
Revolver .22, pistol pertama dimiliki Botak Chin dari Thailand
Rompakan terbesar pertamanya ialah pada 26 Oktober 1975. Dia bersama gengnya merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda.
Pada 22 November 1975, Botak Chin cuba membunuh musuh ketatnya iaitu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam. 18 das tembakan dilepaskan Botak Chin dan kuncu kuncunya, namun hanya satu terkena Kulasingam dan pegawai kanan polis itu terselamat.
Awal tahun 1976, Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000.
Sudah berpuluh cubaan polis menangkapnya dan menembak keretanya, namun anehnya Botak Chin amat bijak melepaskan diri.
Satu insiden terkenal di Segambut Dalam apabila kereta Botak Chin sudah hancur ditembak polis, namun dia masih mampu meloloskan diri!!!
Botak Chin dan kuncu-kuncunya juga sering dicabar anggota gengster lain di Kuala Lumpur. Botak Chin akhirnya berjaya menembak mati pencabar terdekatnya iaitu Tua Pui Lek, ketua geng 5 Jari Gunung (Five Finger Mountain gang) di sebuah insiden berbalas tembak di lombong tinggal di Jinjang, Selangor.
Namun sepandai pandai tupai melompat, pasti jatuh ke tanah juga.
Akhirnya Botak Chin ditangkap polis selepas satu kejadian tembak menembak yang menyaksikan 500 das tembakan dilepaskan pada malam 16 Februari 1976 di sebuah kilang papan di jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Meskipun dia dan 2 rakannya Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Hiew Foo Khen (Ah Keong) amat berani membalas tembakan dan melemparkan bom tangan, namun Botak Chin tewas juga.
2 rakannya Pangkor Chai dan Ah Keong maut. Yang mengejutkan meskipun 500 das tembakan dilepaskan ke atasnya, Botak Chin masih hidup meskipun terkena 6 das tembakan!!!
Ketika ditangkap Botak Chin berkata ""Kalau saya punya due tangan tidak jem, saya sudah tembak. Lu nasib baik." Bermakna dia akan membunuh ramai polis sekiranya dua tangannya tidak cedera ditembak.
Dia juga memakai jam tangan Rolex (tidak diketahui dibeli atau dicuri), rantai emas dan cincin emas.
Dia juga dikatakan memakai 3 tangkal dari Siam atau Thailand. Botak Chin marah apabila polis menanggalkan tangkal itu dengan berkata "Ini saya punya tokong".
Setahun selepas ditangkap, Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.
Dia akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara.
Ketika berusia 30 tahun, riwayat Botak Chin berakhir di tali gantung Penjara Pudu pada 11 Jun 1981.
Bentong Kali, penjenayah paling ganas dari Kaum India
Bentong Kali atau P. Kalimuthu pula berasal dari Bentong, Pahang.
Dia dikatakan membunuh 16 orang menggunakan pistol kegemarannya Sig Sauer 9 mm buatan Jerman. Dengan 16 kes pembunuhan yang dilakukannya secara solo, maka Bentong Kali menjadi buruan polis.
Mula menyertai jenayah ketika berusia 14 tahun dengan menyertai geng 04 dianggotai kaum cina.
Selepas beberapa kali keluar masuk penjara, Bentong Kali akhirnya mewujudkan gengnya sendiri dikenali kumpulan 04 yang aktif mengedar dadah di Lembah Kelang.
Namun hobi utamanya ialah menamatkan riwayat manusia. Sesiapa juga yang menimbulkan kemarahannya atau tidak menyenangkan hatinya akan dibunuh dengan tembakan pistol Sig Sauer 9mm.
Sig Sauer 9mm, senjata kegemaran Bentong Kali
Bentong Kali juga dikatakan memiliki banyak tatu pada badannya.
Antaranya tanda palang dan ungkapan "Born To Die."
Pada tangan kanannya terdapat gambar kepala harimau manakala di tangan kirinya terukir gambar perempuan bogel, ular dan helang.
Tatu dibahagian belakang badannya pula dilukis gambar helang dan kedua-dua pahanya ada gambar perempuan bogel. Kalimuthu turut memiliki parut kesan pembedahan di perut.
Semua tatoo di bawah ini adalah sekadar gambar hiasan.
29 Jun 1993 riwayat Bentong Kali berakhir apabila sepasukan Unit Tindakan khas UTK Polis menyerbu tempat persembunyiannya di Medan Damasara, Kuala Lumpur dan berlaku kejadian tembak menembak. Dia berusia 33 tahun.
Mat Komando, penjenayah paling ditakuti dari kaum Melayu
Mat Komando pula adalah ketua Geng 13 yang turut dikaitkan dengan 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta, dua kes mencuri motosikal dan satu kes cubaan membunuh.
Kumpulan 13 kerap terbabit dalam beberapa siri rompakan bank terpencil, selain rompakan terhadap pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Mereka dipercayai terbabit dalam 11 rompakan di Perak, lima di Kedah dan masing-masing dua kes di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.
Mat Komando maut dalam operasi khas Polis di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada 12 September 2002, 6.30 pagi. Usianya 37 tahun.
Menurut cerita, Mat Komando telah berjuang mati matian dengan menembak polis menggunakan dua pistol iaitu jenis Colt .45 dan revolver .22.
Inilah jenis pistol Colt .45 yang digunakan Mat Komando ketika berbalas tembak dengan polis sebelum menemui ajal pada 12 September 2002 di Pendang, Kedah.
Inilah jenis revolver .22 yang digunakan Mat Komando ketika berbalas tembak dengan polis sebelum menemui ajal pada 12 September 2002 di Pendang, Kedah.
Namun dia berseorangan tidak mampu melawan 10 orang dari unit tindakan khas UTK Polis dibantu puluhan anggota Pasukan Gerakan Am bersenjata M16...
Ada kawan polis kata Bentong Kali masih HIDUP ! Kematiannya digimmickkan. Perkara yang sama akan juga berlaku kepada dua polis yang dihukum gantung kerana 'bunuh' Altantuya.
ReplyDeleteAnonymous.. benarkah ini?? jika benar Bentong Kali masih hidup, maka ia akan menjadi berita sensasi di media!!!
ReplyDeleteJika Bentong Kali masih hidup, dimanakah dia?? adakah dia masih aktif dalam jenayah??
ReplyDelete