Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Monday, May 23, 2011
Wang kertas baru Ringgit Malaysia awal 2012
Wah... kita ada wang kertas baru lagi..
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini 23 Mei 2011 mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baru wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012.
Wang kertas baru itu bakal menggantikan wang kertas sekarang.
Berikut dibawah adalah wang kertas yang pernah digunakan di Malaysia pada awal 1980an. Generasi sekarang mungkin belum pernah melihat wang kertas ini. Namun inilah dia rupa bentuk matawang yang digunakan nenek, datuk, ayah dan ibu kita pada zaman lampau.
Pada zaman pendudukan Jepun pada perang dunia ke 2 pula, matawang digunakan adalah wang daun pisang.
Menurut Bank Negara, langkah memperkenalkan wang kertas baru itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun.
"Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia," kata BNM dalam satu kenyataan hari ini 23 Mei 2011.
Siri wang kertas itu, katanya, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.
Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang sudah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.
Bentuk baru itu juga diperkenalkan bagi duit syiling 5 sen, 10 sen dan 50 sen.
"Wang kertas baru Ringgit Malaysia awal 2012" pkai $, dolar ?... jd... RM bakal dibuang ?... hilanglah identiti malaysia
ReplyDeleteAnonymous.. wang kertas baru Malaysia itu masih menggunakan RM, Ringgit Malaysia, bukannya dollar dan sebagainya. cuma ciri penampilan pada wang kertas itu sendiri yang diperbaharui... Itu sahaja bahh
ReplyDelete