Pages

Tuesday, June 21, 2011

Hachiko. haiwan paling setia di dunia





Kisah legenda kesetiaan Hachiko kepada tuannya telah difilemkan di Jepun dan di USA. Poster ini bagi filem mengenai kisah Hachiko arahan bintang terkenal Hollywood, Richard Gere.



Hachiko (1923-1935) adalah anjing kepada Profesor Hidesaburō Ueno yang mengajar di Universiti Tokyo di Tokyo, Jepun.

Menjadi rutin harian anjing ini untuk menghantar dan menunggu tuannya saban hari di stesen keretapi Shibuya.

Sehinggalah pada satu hari pada May 1925, tuannya mati mengejut dan tidak pulang pulang, Hachiko terus menunggu hingga 9 tahun berikutnya di stesen itu, setiap hari tanpa gagal.

Kesetiaan Hachiko kepada tuannya, tidak pernah berganjak dari menunggu kepulangan tuannya, sehinggalah Hachiko mati di stesen itu, pada 8 Mac 1935.

Kesetiaannya sangat di kagumi. Binatang, adakalanya lebih setia dari manusia, walaupun mereka cumalah seekor haiwan.

8 April setiap tahun, upacara memperingati Hachiko diadakan di stesen keretapi Shibuya.

Bersemadilah dengan aman Hachiko.

No comments:

Post a Comment