Pages

Wednesday, June 15, 2011

Status sebagai ibu tunggal beranak satu bukan penghalang kejayaan Salma Mentor 5 dan Tom My Star LG Musim ke 3


Salma - juara Mentor musim ke 5 pada 2011 dibawah Mentor Erra Fazira



Tom, juara My Star LG Musim ke 3 pada 2009/2010


Kedua duanya ibu tunggal beranak satu, namun itu bukan penghalang kepada Salma dan Tom untuk menempa kecemerlangan di persada seni tanah air.

Dan tuah sebagai ibu tunggal dan tuah anak tunggal membawa kejayaan kepada Salma selaku juara Mentor musim ke 5 dan Tom selaku juara My Star LG Musim ke 3.

Kedua dua program hiburan berdasarkan undian sms dan juri profesional itu, diterbitkan TV3.

Salma atau nama penuhnya Salmah Binti A. Asis baru berusia 21 tahun dan anak kelapan dari 9 adik-beradik, berasal dari Tawau, Sabah. Dia mempunyai 1 anak dan dia ibu tunggal. Kelantangan suarea Salma yang seumpama Halilintar membelah bumi membolehkannya menjuarai program Mentor musim ke 5 dan menggondol hadiah wang tunai RM100,000 ringgit serta pelbagai hadiah iringan lain.

Manakala Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, dilahikan pada 1985 dan ketika artikel ini ditulis berusia 26 tahun, juga seorang ibu tunggal dengan seorang anak tunggal.

Tom berasal dari Bandar Damansara, Kuala Lumpur.

Selepas menang MY Star LG, Tom menempa sejarah tersendiri apabila menjuarai world championship of performing arts di Hollywood, California, Amerika Syarikat.

Semoga kejayaan Tom dan Salma, menjadi penyemarak semangat kepada golongan ibu tunggal di negara ini untuk terus maju dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tahniah Tom dan Salma.

Terima kasih kerana membaca...Adios!!!


Persembahan memukau Salma dalam final Mentor5 pada 29 May 2011 membawakan lagu Cinta bersama Juara Malaysian Idol musim pertama Jacyln Victor.



Persembahan hebat Tom dalam My Star LG dengan lagu Objection, nyanyian asal superstar dari Colombia, Shakira.



Inilah persembahan Tom di Hollywood, USA yang berjaya mengharumkan nama negara.

No comments:

Post a Comment