Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Thursday, July 21, 2011
Adau Janang Gayuh, satu lagi acara kebudayaan tradisional popular di Sabah
Sabah negeri yang mempunyai lebih 40 kaum etnik sememangnya kaya dengan perayaan masyarakat tradisinya.
Kita ada Pesta Kaamatan, Kalimaran dan juga Adau Janang Gayuh.
Adau Janang Gayuh tahun 2011 bakal disambut pada 23 Julai hingga 24 Julai 2011 bersamaan Sabtu dan Ahad ini di tapak Tamu Pekan Beaufort, kira kira 100 kilometer dari Kota Kinabalu.
Sambutan Adau Janang Gayuh adalah hari Kebesaran bagi Masyarakat Bisaya di Sabah.
Yang Di Pertua Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.
Sambutan dua hari itu anjuran Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang dinaungi Janang Gayuh atau pemimpin agung masyarakat Bisaya, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang juga ahli Parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah.
Janang Gayuh ini gelarannya seperti Huguan Siou atau pemimpin agung masyarakat Kadazan-Dusun yang disandang Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Adau Janang Gayuh menyajikan pelbagai acara menarik dan mendapat pengiktirafan kerajaan Sabah dan tersenarai dalam kalendar pelancongan Sabah.
Ini kerana Adau Janang Gayuh menjadi wadah memperkukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dalam konteks Gagasan 1 Malaysia dan membolehkan orang ramai termasuk pelancong asing mengenali dengan lebih dekat tradisi masyarakat Bisaya di Sabah.
Antaranya menerusi pameran makanan tradisional, sukan tradisional seperti lumba kerbau dan pertandingan ratu Dang Insum bagi kanak-kanak Bisaya.
Ada juga pertandingan magapun atau memancing di sungai Padas dan pertandingan begumbang atau Lumba Perahu, juga di Sungai Padas.
Persembahan hiburan Pentarama turut menampilkan artis tempatan Sabah dan juga dari Kuala Lumpur.
Yang Dipertua (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang mencetuskan idea bagi sambutan Adau Janang Gayuh ini berkata masyarakat Bisaya perlu mengambil peluang dan bersama-sama menjayakan sambutan ini kerana ia platfrom bagi masayarakat Bisaya lebih dikenali di persada dunia melalui penonjolan adat dan budaya masyarakat terbabit.
Majlis perasmian sambutan Adau Janang Gayuh kali ke 8 dijangka disempurnakan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman pada pagi 23 Julai sementara Majlis Penutupannya dijangka disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim pada petang 24 Julai 2011.
Selamat Adau Janang Gayuh.
No comments:
Post a Comment