Pages

Monday, July 4, 2011

Tomok akhirnya menamatkan zaman bujang bersama Pramugari pilihan hatinya


Tomok dengan isterinya Rahayu Abbas yang sekali imbas nampak macam Mas Idayu.. Hehehe jangan marah Tomok.. Gurau aja...

(Gambar Tomok diatas oleh madammondoq)

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27 tahun menamatkan zaman bujangnya apabila memilih Rahayu Abbas, 32 tahun sebagai pasangan hidup dan ratu hatinya.

Pasangan ini bernikah pada malam 1 Julai 2011 di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat Kuala Lumpur.

Kita doakan semoga Tomok berbahagia melayari alam rumah tangganya.

Tomok sebelum ini dikenali bersama kumpulan New Boyz yang popular pada awal 2000.

Selepas itu dia tenggelam dan kembali popular apabila muncul juara pertandinganb One in a Millon terbitan stesen TV 8TV Media Prima.


Aksi Tomok di final One in A Million pada 2009. Dia Juara pertandingan itu dan meraih hadiah wang tunai 1 Juta Ringgit.

Kali terakhir saya melihat Tomok di khalayak ramai apabila dia muncul di karnival Jom Heboh TV3 di Likas, Kota Kinabalu pada Ahad 26 Jun 2011.



Sebelum berkahwin Tomok ada ditemuramah media dan dia berkata akan mengekalkan imej keremajaannya meskipun setelah berkahwin.

Walaupun begitu, ujar Tomok, dia sebenarnya boleh menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan tidak hanya seperti remaja jika diperlukan.

“Saya rasa tak salah untuk mengekalkan imej seperti sekarang kerana peminat mengenali saya seperti ini,” ujarnya ketika ditemuramah mStar Online.

Pasangan ini melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama, Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat (2 Julai 2011), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai 2011) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai 2011).

Jelasnya, walaupun usianya muda lima tahun daripada pasangannya, namun mereka pandai menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Lebih penting, kata Tomok bakal isterinya memahami kerjaya seninya yang tidak tentu masa selain berjaya melalui dugaan selama lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.

“Saya sudah bersedia untuk melalui alam perkahwinan dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. Saya rasa, apabila sudah mempunyai teman hidup mungkin pemikiran dan cara hidup saya menjadi lebih matang,” katanya.

Tambah penyanyi yang sedang popular dengan lagu Bagaikan Bidadari dan Berlari ini, usia tidak menjadi penghalang sebaliknya mereka boleh bertolak ansur.

Apapun Tahniah Tomok dan Rahayu. Moga berbahagia hingga ke anak cucu.

No comments:

Post a Comment