Pages

Tuesday, August 9, 2011

Rusuhan di Britain 2011, rakyat Malaysia dinasihat berhati hati jika berada di negara itu























Kita tidak menyangka kekacauan dan huru hara boleh berlaku di Britain, negara maju yang lazimnya aman damai.

Segala galanya dicetuskan oleh seorang penjenayah Mark Duggan, 29 tahun, seorang pengedar dadah jenis kokain dah ahli geng Star.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan Malaysia akan mengambil langkah susulan untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia di United Kingdom jika keadaan semakin meruncing.

Pada masa sama, rakyat Malaysia khususnya pelajar Malaysia di negara dinasihatkan mengambil langkah berjaga jaga meskipun belum ada amaran perjalanan dikeluarkan ke atas rakyat negara ini yang ingin berkunjung ke Britain.

Langkah berjaga jaga yang dimaksudkan termasuk memaklumkan kedudukan mereka kepada pejabat pesuruhjaya tinggi Malaysia di London serta menjauhi kawasan rusuhan yang kian serius dan sudah merebak ke beberapa bandar utama di Britain termasuk Liverpool, Nottingham dan Bristol.

Mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut juga boleh menghubungi talian Wisma Putra dan pejabat pesuruhjaya tinggi Malaysia di London.



Datuk Anifah yang mengadakan sidang media di Kota Kinabalu pada malam Selasa 9 Ogos 2011 turut menasihatkan rakyat Malaysia di England agar menjauhkan diri dari kawasan rusuhan.

Katanya kerajaan pada masa ini belum sampai ke tahap mengeluarkan amaran perjalanan bagi mereka yang mahu ke Britain.

Namun jika mereka berhasrat ke Britain termasuk ke London, mereka perlu berhati hati dan mengelak kawasan rusuhan yang kini sudah merebak ke luar London seperti Liverpool dan Bristol.

Anifah berkata keluarga pelajar tajaan Mara, Ahsraf Haziq, 20 tahun, yang cedera di rahang setelah diserang di Barking, London pada selasa 9 Ogos 2011 sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya Ashraf kini dalam keadaan stabil di hospital Royal London, Chelsea dan dijangka menjalani pembedahan secepat mungkin.



Ashraf (gambar atas, sedang terduduk atas lorong) adalah pelajar tahun satu, jurusan perakaunan kolej antarabangsa Kaplan diserang ketika berbasikal untuk pulang ke rumah dari kampus kolejnya.

Dia rakyat malaysia pertama menjadi mangsa kekacauan di London.



Ketika ini dianggarkan terdapat 3 ribu pelajar Malaysia di Britain termasuk Ashraf.

Menurut Anifah, Ashraf Haziq diserang sekumpulan kecil belia yang merusuh di stesen Barking, London dan dia kurang bernasib baik kerana berada di tempat salah pada waktu yang salah. dompet dan basikalnya telah dilarikan dalam kejadian itu.

Katanya sebarang bantuan ke atas Ashraf diuruskan jabatan pelajar Malaysia di London dan Mara.

Sabtu lalu, 13 Ogos 2011, seorang pemuda Britain Reece Donovan, berusia awal 20an dari Romford, timur London, telah dihadapkan ke Mahkamah atas dakwaan merompak Asyraf. Donovan ditahan Polis Metropolitan London pada Khamis 11 Ogos 2011.


Serangan ke atas Ashraf turut dikutuk Perdana Menteri Britain, David Cameron yang berkata "WHEN WE SEE THE DISGUSTING SIDE OF AN INJURED YOUNG MAN WITH PEOPLE PRETENDING TO HELP HIM WHILE THEY ARE ROBBING HIM IT IS CLEAR THAT THERE ARE THINGS THAT ARE BADLY WRONG IN OUR SOCIETY"



David Cameron Perdana Menteri Britain

Yang bermaksud dalam bahasa Melayunya : Apabila kita melihat seorang remaja cedera dengan orang yang berpura-pura mahu menolong lantas merompak remaja itu, sudah jelas ada yang tidak kena dengan masyarakat kita dan ini memualkan.

Ditanya langkah susulan untuk melindungi pelajar Malaysia di Britain jika kekacauan bertambah serius, Anifah berkata kerajaan akan mengambil langkah susulan apabila sampai ke tahap itu.

Ketika ini kerana ramai rakyat Malaysia yang melawat London di percutian musim panas. Dan mereka dinasihatkan memaklumkan kedudukan mereka di London, begitu juga kepada pelajar Malaysia di London yang tidak pulang ke tanah air ketika cuti musim panas.

Berikut adalah nombor telefon yang boleh dihubungi ibubapa pelajar yang mahu mengetahui keadaan terkini di Britain.

Bahagian Konsular / Eropah Kementerian Luar

Zulkefly Abdullah 03 8887 4399

Mohd Faizal Abdul Hamid 03 8887 4353

Pejabat pesuruhjaya tinggi Malaysia di London

Timbalan pesuruhjaya tinggi Malaysia di London

Wan Zaidi Wan Abdullah

Sarimah Akbar + 44 020 7919 0242

Bilik operasi Wisma Putra (beroperasi selepas waktu pejabat)

03 8887 4570 / 03 8889 2746


Semoga keadaan di Britain akan pulih seperti sedia kala dan harapannya tiada lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa.

Dalam konteks ini Anifah berkata apa yang berlaku di Britain harus dijadikan iktibar oleh semua pihak di Malaysia kerana kekacauan dalam skala besar boleh berlaku hanya kerana tindakan seorang individu.

Katanya “Saya berpendapat kita amat berterima kasih kerana perkara sebegini tidak berlaku di Malaysia dan ini menjadi pengajaran berguna untuk kita semua bahawa apa yang bermula dengan tunjuk perasaan aman bertukar sebaliknya dan hanya memerlukan seorang saja untuk memulakan kekacauan itu. Perdana Menteri dan kerajaan sentiasa menekankan untuk menjamin keselamatan rakyat dan harta benda, namun kecurian dan kebakaran berleluasa di England tiada kaitan dengan tujuan asal mereka untuk mendapatkan keadilan saksama ke atas individu yang ditembak itu.”

Rusuhan di Britain bermula pada 6 Ogos 2011 bersamaan Sabtu dan 6 Ramadhan 1432 Hijrah apabila 200 kaum keluarga dan saudara mara serta sahabat handai Mark Duggan, 29 tahun, lelaki rakyat Britain berkulit hitam yang mati ditembak polis pada Khamis 4 Ogos 2011, mengadakan tunjuk perasaan aman.

Duggan dipercayai anggota geng “Star” dan seorang pengedar dadah jenis kokain ditembak mati dalam Operasi Trident oleh Polis London di Ferry Lane Bridge berhampiran stesen Tottenham Hale.

Namun tunjuk perasaan aman membantah kematian Duggan bertukar menjadi ganas dan rusuhan termasuk membakar kedai dan mencuri barangan dari pusat komersial mula berlaku di Tottenham, Utara London.

Kekacauan berterusan pada hari keesokannya Ahad 7 Ogos 2011 ke beberapa lagi kawasan di London termasuk Wood Green, Enfield Town, Ponders End dan Brixton.

Vandalisma, membakar kedai dan mencuri serta huru hara kemudiannya dilaporkan merebak ke beberapa lagi kawasan di London termasuk Croydon.

Pada Isnin 8 Ogos 2011, kekacauan itu merebak pula ke beberapa bandar utama di luar London termasuk Birmingham, Liverpool, Nottingham, Bristol, Kent and Leeds.

Sehingga Selasa 9 Ogos 2011, 525 orang perusuh telah ditahan.

16 ribu anggota polis Metropolitan London turut dikerah mengawal bandaraya itu.

Ketika ini hanya polis yang mengawal keadaan, belum lagi dibantu tentera.

Ini insiden kekacauan terburuk di Britain sejak rusuhan 13 Disember 1985 dikenali Brixton Riots.

Rusuhan 1985 itu tercetus setelah seorang penjenayah kulit hitam dikenali Wayne Douglas, 26 tahun mati ketika dalam tahanan polis di Balai Polis Brixton, England.

Douglas sebelum itu merompak pasangan lelaki dan wanita.

God Bless the World.

No comments:

Post a Comment