Pages

Tuesday, September 6, 2011

Muammar Gaddafi, bagaimana dia mengerjakan puasa dan menyambut Aidil Fitri??



Dulu Kolonel Muammar Gaddafi adalah orang paling berkuasa di Libya. Kini Gaddafi adalah orang paling dikehendaki di Libya. Dia sudah menghilang entah ke mana.

Gaddafi memerintah Libya sejak 1969 dan kuasanya itu kekal sehinggalah perang saudara berlaku di Libya sejak Januari 2011.

Kini, wang tunai US 1.7 juta dolar Amerika bersamaan kira kira 5 juta ringgit Malaysia ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga Gaddafi berjaya dikesan dan ditangkap.



Gaddafi kini sudah menghilangkan diri ekoran perang saudara di Libya.

Perang itu berlaku ekoran suara rakyat Libya yang mahu Gaddafi dijatuhkan dengan kekerasan dan turut dicetuskan kuasa rakyat yang melakukan demonstrasi di Tunisia dan Mesir sehingga pemimpin Tunisia dan Mesir, Hosni Mubarak, digulingkan.

Suara rakyat Libya itu disokong musuh ketat Gaddafi iaitu negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan Britain. Pemberontak Libya yang mahu menggulingkan Gaddafi dibekalkan senjata oleh negara berkenaan. Malahan tentera pakatan NATO turut mengebom Libya, Tripoli dan bandar utama yang menyebabkan Gaddafi akhirnya melarikan diri.

Khabarnya agensi perisikan Amerika Syarikat, CIA turut terlibat memainkan peranan sehingga Gaddafi berjaya digulingkan.



Pemberontak Libya sudah menguasai hampir kesemua bandar utama di Libya termasuk Tripoli.



Persoalannya perang saudara itu tidak mengira bulan Puasa di bulan Ramadhan atau Hari Raya Aidil Fitri.

Siang dan Malam ketika Ramadhan, kita disajikan berita pertempuran antara tentera Gaddafi dan pemberontak.

Bagaimana Muammar Gaddafi mengerjakan ibadah puasa sepanjang Ramadhan 1432 Hijrah dan bagaimana dia menyambut Syawal ??

Adakah pemberontak pun sempat berpuasa dan berhari raya??

Hmmm.. hanya Tuhan saja yang tahu..

No comments:

Post a Comment