Pages

Friday, September 9, 2011

Ops Sikap 24 gagal



Entah dimana silapnya, adakah rakyat Malaysia sudah tidak sayangkan nyawa? Atau mereka sudah puas hidup di muka bumi ini dan mahu mengecap kehidupan di alam lain??

Namun itulah hakikatnya. Ops Sikap 24 sempena Hari Raya Aidil Fitri Ogos 2011 - gagal.



Hakikat sedih itu diakui Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar selepas Ops Sikap yang berakhir 6 September 2011 lalu, mencatatkan peningkatan lebih 16 peratus jumlah kemalangan berbanding Aidil Fitri tahun lalu 2010.

Dalam nada kesal dan sedih, Tan Sri Ismail berkata jumlah kematian pula meningkat lebih 18 peratus.

Sekaligus menjadikan rekod Ops Sikap kali ini - terburuk dalam sejarah 11 tahun pelaksanaannya.

Menurut Tan Sri Ismail, 19,606 kemalangan dilaporkan kali ini.

Berbanding 16,817 kemalangan dalam tempoh sama, Aidilfitri tahun lalu. Ia peningkatan 16.6 peratus.

Jumlah kematian pula 289 kes. Tahun lalu - 248 kes - meningkat 18.8 peratus.

Johor mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 2, 346 diikuti Selangor - 2, 224 dan Perak - 1, 642 kes.

"Usaha-usaha kita cuba elakkan kemalangan maut atau kemalangan jln raya musim perayaan ini seolah-olah gagal.. dengan kemalangan tinggi menunjukkan kenapa sikap pengguna jln raya tak ubah...Nasihat sudah dikeluarkan.." Kata Tan Sri Ismail.

Beliau jelas kesal -- pemandu atau pengguna jalan raya seolah-olah tidak mengendahkan keselamatan diri dan pemandu lain.

Lebih-lebih lagi 10 ribu anggota polis sudah ditugaskan sepanjang ops Sikap ke 24kali ini.

Angka itu lebih tinggi daripada ops terdahulu --- bezanya pendekatan advokasi atau nasihat dilihat seakan tidak memberi apa-apa kesan kepada pemandu..

Keseluruhannya, 289 nyawa melayang di jalan raya dalam Ops Sikap ke-24 tahun 2011.

Angka itu meningkat 62 orang berbanding 227 dalam Ops Sikap ke-22 sempena Aidilfitri tahun 2010.

Ops Sikap ke 23 dilaksanakan sempena Tahun Baru Cina pada Januari 2011.

Hari terakhir Ops Sikap ke-24 7 September 2011 mencatat 9 lagi kematian dalam 9 kes kemalangan maut.



Penunggang dan pembonceng motosikal terus menjadi penyumbang tertinggi angka kematian dengan empat mangsa diikuti pengguna kereta, dua orang.

Angka kematian semalam bagaimanapun menurun berbanding 26 nyawa pada 7 September 2011.

Jumlah kemalangan keseluruhan juga menurun 214 kes iaitu 1,186 kes berbanding 1,400 kes pada 7 September 2011.

Kemalangan tertinggi dicatat di jalan bandaran dengan 503 kes diikuti jalan persekutuan dan jalan negeri, masing-masing 275 dan 212 kes.

Dari segi penguatkuasaan, sejumlah 9,253 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Itu belum termasuk tindakan penguatkuasaan oleh agensi lain, khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ yang menjalankan ops penyamaran menggunaan kamera.

Ops Sikap ke-24 yang bermula sejak 23 Ogos 2011 berakhir 7 September 2011.

Kita boleh rumuskan bahawa 85 peratus kemalangan jalanraya berpunca sikap pemandu termasuk kecuaian, manakala selebihnya oleh masalah teknikal ataupun keadaan jalanraya.

Selain Ops Sikap di sepanjang musim perayaan Aidil Fitri lalu, kerajaan dan pihak berkuasa melakukan pelbagai pendekatan dalam usaha mengurangkan kemalangan jalanraya.

Antaranya :

1. Melarang kenderaan berat daripada menggunakan lebuhraya pada 27 dan 28 Ogos 2011 serta pada 4 dan 5 September 2011.

2. Bagi melembutkan hati pengguna jalanraya, 24 lebuhraya bertol di seluruh negara memberikan diskaun antara 5% hingga 37% pada 30 dan 31 Ogos 2011.

3. Pemeriksaan 2 kali ke atas bas ekspress di terminal sekitar Kuala Lumpur mulai 14 Ogos 2011 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bagi pastikan kenderaan awam itu dalam keadaan selamat untuk membawa penumpang balik kampung dan balik ke bandaraya Kuala Lumpur.

4. Menghadkan hadlaju maksimum kenderaan di Lebuh raya.

Namun semua itu tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan dan kemalangan maut dalam Ops Sikap ke 24.

Semoga Ops Sikap ke 25 sempena musim perayaan akan datang, memberikan keputusan lebih baik.

Berhati hati di jalanraya, pandu cermat jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang.

No comments:

Post a Comment