Pages

Friday, December 2, 2011

Datuk Harris Mohd Salleh, Ketua Menteri Sabah 1976-1985 kini 81 tahun












Harris Mohd Salleh, Ketua Menteri Sabah ke 6 pada 1976-1985 dilahirkan pada 4 November 1930, (hari jadinya yg ke 81 tahun pada 4 November 2011 lalu).

Biarpun berpendidikan hanya Darjah Enam, Harris Salleh antara pemimpin yang berjaya mentransformasikan Sabah menjadi negeri yang dulunya miskin dan mula menapak maju sedikit demi sedikit menerusi pelbagai program transformasi ekonomi menerusi Yayasan Sabah, SEDCO (Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah), KPD (Koperasi Pembangunan Desa), KOSAN, SAFODA dan pelbagai agensi serta jabatan lain.

Sebelum menjadi Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris pernah memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah atau A.D.O.

Datuk Harris Mohd Salleh memegang jawatan Ketua Menteri Sabah ekoran tragedi 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Mohd Fuad Stephens apabila pesawat Nomad dinaiki dari Labuan terhempas di perairan Sembulan dekat Lapangan Terbang Kota Kinabalu turut mengorbankan beberapa menteri kabinet negeri termasuk Datuk Peter Mojuntin dan Datuk Salleh Sulong.

Datuk Harris memimpin Berjaya memenangi Pilihanraya DUN Sabah 1981 apabila menang 44 daripada 48 kerusi DUN.

Pertelingkahannya dengan Datuk Seri Pairin Kitingan membawa padah apabila Pairin menubuhkan Parti Bersatu Sabah, PBS pada 1985 seterusnya menewaskan parti Berjaya yang sebelum itu dikatakan tidak mungkin akan kalah. PBS menang 25 daripada 48 kerusi DUN Sabah manakala Berjaya hanya menang 6 kerusi manakala USNO 16 kerusi.

Malahan Datuk Harris sendiri tewas di N39 Tenom kini dikenali Melalap. Harris tewas kepada seorang penduduk kampung yang tidak dikenali dalam lanskap politik Sabah iaitu Kadoh Agundong (kini Datuk).

Keputusan Pilihanraya DUN Sabah 1985 di N39 Tenom

Datuk Harris Mohd. Salleh (BN-Berjaya): 1,727
Arajai b. Mantias (BERSEPADU): 37
Kadoh Agundong (PBS): 2,622
Leong Chau Chu (USNO) 427

Selepas tewas teruk pada pilihanraya DUN Sabah 1985 dan 1986, Harris menyepi seketika sebelum melakukan political comeback pada pilihanraya DUN Sabah 1999 apabila memimpin parti BERSEKUTU.

Harris sendiri bertanding di Likas namun tewas kepada Yong Teck Lee (BN-SAPP). Malahan BERSEKUTU kalah di semua 48 kerusi yang ditandinginya termasuk hilang deposit di 31 kawasan DUN.

Sejak itu Harris hanya menumpukan usahanya menanam kayu jati dan industri herba termasuk menghasilkan misai kucing.

Itulah kisah Harris Mohd Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah 1976-1985.

2 comments:

  1. Contoh pemimpin lupa daratsn dsn bongkak...dia lupa yg Allah berkuasa membuat apa yg manusia ingat "impossible to happen"...

    ReplyDelete
  2. Ini pemimpin memudarat sabah hinggakan Labuan diberi kemalaya, hasil minyak 95% sabah diberi kemalaya ini pemimpin paling bodoh dalam sejarah status sabah diturunkan itu pun dia bersetuju bodoh

    ReplyDelete