Pages

Sunday, December 4, 2011

Perdana Menteri hargai usaha Pemuda UMNO/BN mendekati belia menerusi BN Youth Music


Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom, Sabah, Jamawi Jaafar diberi kepercayaan mengendalikan program BN Youth Music.


Kelihatan Jamawi Jaafar memberi penerangan kepada Perdana Menteri mengenai BN Youth Music di PWTC baru baru ini.


Selain Jamawi dan Perdana Menteri serta Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, kelihatan di sini ADAM AF2 dari Sabah yang turut terlibat dalam BN Youth Music.


Jamawi bersama juri utama BN Youth Music, Awie Wings.




Foto : Jaafar Wahid

Usaha dilakukan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) menganjurkan program BN Youth Music mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang menyifatkannya sebagai alternatif terbaik bagi mendekati golongan muda melalui pelbagai pendekatan menarik termasuk menerusi muzik dan media sosial.

Katanya, perkembangan teknologi maklumat yang berkembang maju ke hadapan termasuk penggunaan media sosial perlu dimanafaatkan khusus untuk mendekatai golongan muda yang mempunyai citarasa dan aspirasinya tersendiri dalam menyuarakan suara dan juga pandangan mereka terhadap pelbagai isu yang berlaku dipersekitaran mereka.

“ Media sosial ini jika dimanafaatkan sebaik mungkin ianya menjadi saluran terbaik bagi golongan muda menyuarakan segala pandangan dan pendapat mereka termasuk pandangan kepada kerajaan bagaimanapun jika ianya digunakan kejalan yang salah ianya tetap akan memberikan kesan negetif kepada golongan ini” katanya semasa Perjumpan dengan Dua Sayap Utama Utama Umno Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Program di Pusat Dagangan Dunia Putra baru baru ini.

Sementara itu Pengerusi Sekretariat BN Youth Music, Jamawi Jaafar berkata, Pemuda BN akan terus menggunakan pendekatan menepati cita rasa golongan muda bagi memastikan sayap itu tidak ketinggalan dalam peredaran zaman.

Katanya, pergerakan itu banyak menganjurkan pelbagai program yang relevan kepada golongan muda termasuk penggunaan pelbagai media sosial.

“Kami akan memastikan pendekatan Pemuda BN sentiasa relevan dan golongan muda yang menjadi sasaran kami terbabit dalam program dianjurkan,” katanya

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menerusi BN Youth Music, golongan belia berusia antara 18 hingga 40 tahun boleh memuat naik klip video persembahan nyanyian mereka ke www.bnyouthmusic.com yang akan diadili juri profesional antaranya Awie Wings dan Ketua Biro Seniman Muda, Zed Zaidi.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu solo, nyanyian vokal berkumpulan dan band yang menawarkan hadiah wang tunai termasuk peluang merakamkan single di bawah Universal Music Malaysia.

Empat peserta terbaik daripada setiap kategori akan membuat persembahan secara langsung pada pertandingan akhir pada 29 Januari 2012.

Tambah Jamawi,, matlamat penganjuran itu untuk mengetengahkan bakat golongan muda yang tidak mempunyai kesempatan menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini.

Syabas Jamawi, Syabas Pemuda UMNO/BN... Hidup Najib!!!

No comments:

Post a Comment