Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Thursday, January 26, 2012
Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup pelbagai barangan bernilai lebih RM590,000
Ini satu daripada 3 bot penyeludup yang berjaya dirampas Kastam dalam operasi khas di Semporna, Tawau dan Lahad Datu pada 10 Januari hingga 22 Januari 2012. Syabas dan Tahniah Kastam Sabah.
Aktiviti penyeludupan memang merugikan negara kerana barangan yang diseludup itu tidak dibayar cukai.
Antara yang berleluasa penyeludupannya di Sabah ialah rokok, minuman keras dan juga barangan kawalan bersubsidi seperti petrol ron 95 dan diesel, gula, tepung, tong gas dan minyak masak yang sepatutnya hanya dinikmati penduduk Malaysia dan tidak boleh dibawa ke negara jiran seperti Filipina dan Indonesia.
Untuk itu Kastam Sabah menggempur lokasi penyeludupan itu mulai 10 Januari 2012 hingga 22 Januari 2012.
Dan hasilnya, Kastam Sabah berjaya menumpaskan cubaan menyeludup pelbagai jenis barangan bernilai hampir 600 ribu ringgit termasuk cukai dalam satu operasi khas selama 10 hari di pantai timur negeri itu.
Antara barangan cuba diseludup yang berjaya dirampas, rokok, mercun, minyak petrol dan diesel bersubsidi.
Barangan kawalan seperti minyak masak, tepung dan gula yang cuba diseludup keluar ke negara jiran.
Tindakan khas itu dikenali operasi pasukan marin bersepadu diketuai penolong kanan pengarah kastam Sabah, Saidin Jalaluddin.
Timbalan Pengarah Kastam Sabah, Hamzah Sundang berkata lokasi penyeludupan di Tawau, Semporna dan Lahad datu digempur selama 10 hari mulai 12 hingga 22 januari lalu.
Paling banyak dirampas, rokok haram bernilai 333 ribu termasuk cukai, disyaki diseludup masuk dari negara jiran untuk dijual secara haram di pelbagai bandar utama Sabah.
Turut dirampas, tong gas, minyak petrol ron 95 dan diesel bersubsidi, mercun serta gula pasir, minyak masak dan tepung.
Barangan kawalan itu didapati cuba diseludup keluar ke negara jiran.
3 orang berusia 24 hingga 30 tahun, disyaki terlibat dalam penyeludupan ditahan.
turut dirampas, tiga bot penyeludup.
Kes disiasat mengikut seksyen 135 akta kastam 1967.
Sabit kesalahan, boleh dipenjara 3 tahun atau denda tidak lebih 20 kali ganda nilai barangan diseludup.
Tahniah untuk Kastam dan Eksais diRaja Malaysia cawangan Sabah.
No comments:
Post a Comment