Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Thursday, January 19, 2012
NFC: Shahrizat saman Rafizi, Zuraida RM100 juta
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang sedang bercuti 3 minggu ekoran isu Pusat Fidlot Kebangsaan, N-F-C, hari ini Khamis 19 Januari 2012 memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung isu NFC.
Diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, jam 3 petang, Khamis 19 Januari 2012 menerusi pejabat Tetuan Shafee & Co.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Januari 2012 lalu mengesahkan aset NFC telah dibekukan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada syarikat itu.
Perdana Menteri berkata, beliau telah menyerahkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk mencari penyelesaian terbaik termasuk mengenai masa depan syarikat projek lembu daging itu.
"Sebenarnya aset NFC memang sudah dibekukan. Saya sudah serah kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengkaji penyelesaian terbaik dalam soal NFC.
"Satu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sedang berjalan dan satu lagi mengenai masa depan NFC itu sendiri," katanya.
Dalam perkembangan sama, Najib menyifatkan keputusan Shahrizat bercuti 3 minggu itu sebagai tepat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan rapi.
"Saya telah berbincang dengan beliau dan keputusan itu tepat bagi membolehkan pihak berkuasa buat siasatan rapi. Shahrizat beritahu saya beliau sanggup disiasat sepenuhnya.
"Apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan yakni siasatan dari awal lagi. Maknanya sama ada dia sebagai seorang menteri terlibat dalam proses pemberian kepada kontrak itu," jelasnya.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi melindungi kepentingan kerajaan dalam projek Pusat Fidlot Nasional yang sebelum ini diuruskan NFC.
Muhyiddin berkata, antara tugas firma tersebut ialah menjalankan satu penelitian wajar selain melakukan audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan serta kewangan.
Menurutnya, dijangkakan tugasan tersebut bakal dimuktamadkan dalam tempoh sebulan.
''Bagi melindung kepentingan kerajaan, sebuah firma perunding perakaunan yang ditugaskan untuk menjalankan satu penelitian wajar atau 'due diligence' akan dilantik.
''(Dan) audit projek dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan dan kewangan akan dilakukan. Tugasan ini dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan,'' katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, 18 Januari 2012 lalu.
Apapun semoga projek NFC itu menepati matlamatnya untuk mengurangkan impot daging negara.
No comments:
Post a Comment