Pages

Saturday, February 18, 2012

2 beranak maut, tanah runtuh di Kg Terusan, Lahad Datu, Sabah









Gambar di atas menunjukkan lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Terusan, Jalan Silam, Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan 2 beranak, iaitu seorang ibu dan anak perempuannya berusia 8 tahun.

Kasihan sungguh, moga roh mangsa dicucuri rahmat.

Kejadian tanah runtuh ini berlaku pada awal pagi Sabtu 18 Februari 2012, kira kira jam 2 pagi akibat hujan lebat 10 jam tanpa henti melanda Lahad Datu.

Ketika tanah runtuh, 7 penghuni rumah sedang nyenyak tidur tanpa menyedari bahaya.

Secara tiba tiba, timbunan lumpur dan batang kelapa sawit, menimbus dan meranapkan rumah didiami keluarga itu yang terletak di lereng bukit.

4 ahli keluarga sempat lari menyelamatkan diri.

Namun 3 terperangkap, apapun, seorang daripadanya dapat diselamatkan penduduk kampung. Mangsa yang diselamatkan penduduk itu dikenali sebagai Masdar Naning, 50. Dia cedera parah dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.

Manakala dua anak lelaki Masdar, Suhardi, 24, dan Mohd Azizul, 14, serta anak perempuannya Mariam, 19, terselamat.

Turut terselamat dalam tragedi itu ialah cucu Masdar, Nurasheema Umaira Abdul Rashid yang berusia empat bulan.

Apapun 2 lagi anggota keluarga dalam rumah itu tidak bernasib baik, mereka gagal menyelamatkan diri dan terperangkap dalam runtuhan.

Bomba dimaklumkan jam 2.53 pagi.

16 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Lahad Datu, Kunak dan Tawau dibantu sebuah jengkaut Majlis Daerah Lahad Datu bertungkus lumus selama lebih 10 jam untuk mencari 2 mangsa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata mangsa pertama, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nisdawati Jamal, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada 10.55 pagi manakala mangsa kedua, Faridah Jompah, 40, dijumpai 15 minit selepas itu.

Hujan lebat bermula sekitar 9 malam di Lahad Datu, kira kira 5 jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Lahad Datu selepas melawat POIC dan Kg Nala di Tungku untuk pelancaran projek Mini Estet Sejahtera.

Hujan itu menyebabkan banjir di beberapa kampung di Lahad Datu termasuk Kg Sapagaya yang terletak berhampiran sungai Sapagaya dan kampung berhampiran sungai Segama.

Malahan jalan masuk ke Kg Terusan juga dilaporkan dinaiki air setengah meter sehingga menyukarkan kenderaan melaluinya, kecuali kenderaan berat dan pacuan empat roda.

No comments:

Post a Comment