Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Wednesday, February 29, 2012
Dato Shake, permata Malaysia di Paris, Perancis
Dato Shake dulu
Dato Shake sekarang bersama anak bujangnya, Amaro hasil perkongsian hidup dengan Datin Milena.
Lagu bahasa Perancis ini Rien N'est Plus Beau que L'amour amat popular di Perancis, sekaligus melonjakkan Dato Shake antara penyanyi paling hebat di Perancis.
Ini juga lagu popular Dato Shake, Tu Sais Je T'Aime
Siapa tidak kenal Dato Shake, kelunakan suaranya dengan lagu mendayu dayu pada awal 80an seperti Umi, Pulanglah, Anugerah dari Kegagalan dan Kau Bungaku serta banyak lagi.
Saya berpeluang menemui Dato Shake atau nama sebenarnya Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh, di Hotel Legend pada 12 Disember 2011 ketika beliau baru saja tiba dari Paris menerusi penerbangan terus 12 jam ke Kuala Lumpur.
Dato Shake berada di Malaysia atas jemputan CEO Erama Records Datuk Afendi Hamdan yang juga pernah menjadi penyanyi kumpulan tersohor Sabah, D'Atomic Power.
Saya berkesempatan berbual dengan Dato Shake dan dia berkata dia sudah banyak merakamkan album dalam bahasa Perancis. Dia amat fasih berbahasa Perancis, namun tidak lupakan bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan susur galurnya di Johor.
Kini, Dato Shake berusia 61 tahun namun tampak masih handsome, kacak dan bergaya.
Dato Shake turut membawa bersama seorang rakannya, anak muda yang juga bekerja di Perancis.
Menurut anak muda itu yang namanya saya sudah lupa, Dato Shake sendiri yang mengazankan bayinya ketika lahir. Wahh... sungguh syahdu.
Menerusi perbualan ringkas saya bersama Dato Shake, menurutnya, dia berhijrah ke Eropah untuk mengembangkan karier seninya pada 1973, destinasi pertamanya ke London sebelum ke Paris, Perancis pada 1976.
Dia menempuh pelbagai onak, ranjau dan rintangan sebelum bergelar penyanyi berjaya dan amat dikenali di Perancis sebagai anak Asia yang menjadi penyanyi popular.
Kini dia ada 2 anak kembar hasil perkongsian hidup dengan seorang wanita Perancis. 2 anak kembarnya itu adalah pembuat filem dibawah naungan syarikat sendiri Hypervandals.
Perancis menganguherahkan Dato Shake dengan medal Chevalier des Art & Letre kerana menghargai sumbangan beliau dalam mempromosi bahasa dan kebudayaan Perancis di Asia.
Sehingga kini, Dato Shake sudah merakamkan puluhan lagu dalam bahasa Perancis dan mengadakan konsert di pelbagai negara Eropah. Dato Shake juga sudah ditampilkan di 30 program TV di Eropah, Kanada dan Asia.
France gave Shake the medal Chevalier des Art and Lettre "In the Honor of Art and Letter" as he has promoted the French language and Culture in Asia, where English is the main language. Shake has performed on more than 30 television shows, variety appearances in Europe, Canada and Asia.
Sebelum berpisah di The Mall pada hari bersejarah itu, Dato Shake ada memaklumkan kepada saya untuk mengadakan konsert jelajah Malaysia kerana dia amat merindui peminat tempatan. Katanya kali terakhir dia mengadakan konsert di Malaysia ialah 1986.
Malahan dia juga pernah mengadakan konsert di Sabah.
Kata Dato Shake, selain Paris, dia juga bermastautin di Beverly Hills, California, USA bersama keluarganya.
Semoga terus berjaya Dato Shake. We Malaysians, love you.
No comments:
Post a Comment