Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Monday, March 19, 2012
Raja Tonga, George Tupou V, meninggal dunia di Hong Kong
Seluruh negara Tonga, berkabung atas kematian Raja Tonga, George Tupou V, 63 tahun, hari ini, Isnin, 19 Mac 2012.
Kematian Raja Tonga diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Lord Tu’ivakano.
Raja Tonga dilaporkan meninggal dunia di Hong Kong. Baginda adalah peminat setia ragbi dan berada di Hong Kong untuk menyaksikan pertandingan Ragbi yang turut melibatkan negaranya.
Tu’ivakano mengesahkan laporan mengenai kematian Raja Tonga, semalam menerusi pengumumannya di stesen radio awam.
Tonga adalah sebuah negara terpencil di selatan Lautan Pasifik, dengan keluasan 748 kilometer persegi dan hanya mempunyai 100,000 penduduk yang tinggal di 176 gugusan kepulauan.
Raja Tonga itu dikatakan mempunyai hobi menarik iaitu menaiki teksi London ketika berjalan ke sana sini di Tonga dan suka melakukan perang olok olok dengan askar mainan.
Dengan kematian George Tupou V, adiknya, Putera Mahkota Tupouto'a Lavaka, 52 tahun, dijangka ditabalkan sebagai Raja Tonga yang baru.
Hidup Raja Tonga. Long Live the King of Tonga.
No comments:
Post a Comment