Pages

Thursday, March 1, 2012

Surat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada 3 Perdana Menteri Israel, bukti hala tuju dan pendirian Malaysia yang tidak menyokong kekejaman Zionis



KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MENGENAI PENDEDAHAN SURAT TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD KEPADA TIGA PERDANA MENTERI ISRAEL

Pergerakan Puteri UMNO mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana bertindak berani mendedahkan kepada semua rakyat Malaysia surat bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang sebelum ini telah dimanipulasi oleh pembangkang.

Berbanding dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan menunjukkan sokongan terbuka terhadap keselamatan Israel, ketiga-tiga surat Tun Dr. Mahathir Mohamad jelas menunjukkan hala tuju serta pendirian Malaysia berhubung kekejaman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin serta sejauh mana hubungan dua hala dengan Israel boleh dilaksanakan.

Pendedahan ktiga-tiga surat itu bagi Pergerakan Puteri UMNO amat penting untuk membuktikan betapa barisan pemimpin parti pembangkang terutamanya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat gemar memanipulasi apa sahaja perkara bagi menghasut rakyat membenci kerajaan dan barisan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka juga sanggup membuat apa sahaja untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin mereka terutamanya Anwar Ibrahim yang tanpa segan silu menyatakan sokongan terhadap Israel semasa ditemuramah Wall Street Journal (WSJ).

Pergerakan Puteri UMNO hairan mengapa sehingga kini Anwar tidak menyiarkan kenyataan penuhnya dalam temuramah tersebut bagi membuktikan kononnya kenyataan beliau dalam temuramah tersebut telah dipetik secara salah oleh media arus perdana di negara ini.

Malah keengganan beliau menarik balik kenyataannya atau menyaman WSJ juga jelas menunjukkan bahawa beliau telah terperangkap dengan sandiwara sesumpah yang diciptanya sendiri.

Pendedahan tiga surat itu juga menunjukkan pendirian tegas kerajaan Malaysia dalam apa saja isu berkaitan hubungan dengan Israel sama ada dari sudut ekonomi mahu pun politik malah dalam banyak keadaan Pergerakan Puteri UMNO amat yakin negara-negara luar amat jelas dengan pendirian kerajaan terutamanya semasa di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara.

No comments:

Post a Comment