Pages

Monday, April 9, 2012

Bobby Chua, Bobby Pian dan Bobby Gonzalez


Bobby Gonzalez - jangan silap walaupun namanya ala Mexico, namun dia sebenarnya dilahirkan di Sabah.


Bobby Chua (kiri)


Bobby Pian (Atas jersi merah)

Bobby Chua, Pian dan Gonzalez

Bolasepak di Malaysia ada tarikan dan keunikan tersendiri.

Umpamanya pasukan Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada lebih 100 etnik, maka nama pemainnya agak unik dan berbeza daripada biasa.

Sebagai contoh pemain yang pernah beraksi untuk Sabah dengan nama agak istimewa termasuklah Jekerison Kilan, Alinjiran Nulantan, Aliron Nulantan, Karti Tukimin, Harun Laban, Andrew Laban, Henry Anjun, Lewas Kumbaris, Sudin Soud, Richard Barnes dan ramai lagi.

Manakala pemain Sarawak ialah Ramos Sari, Ramles Sari, Gilbert Cassidy Gawing dan Awang Mahyan.

Namun nama Bobby pernah diguna pakai 3 pemain bolasepak Sabah dan Sarawak.

Mereka ialah Bobby Chua, Bobby Pian dan Bobby Gonzales.

Bobby Chua berasal dari Sabah dan pernah bermain untuk Sabah dan Sarawak, Bobby Pian hanya bermain untuk Sarawak manakala Bobby Gonzales bermain untuk Sabah dan juga pernah beraksi mewakili Sarawak.

Itulah 3 Bobby Bolasepak Sabah & Sarawak.

No comments:

Post a Comment