Pages

Monday, April 16, 2012

Khasiat sarang burung


Kini banyak gua buatan dibina di Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Indonesia untuk mendapatkan hasil sarang burung yang mahal harganya.



Gua Gomantong di Kinabatangan Sabah, antara habitat semulajadi burung yang memberi hasil jutaan ringgit setiap kali sarang burung dituai dan dijual



Siapa sangka burung boleh memberi jutaan ringgit kepada manusia.


Khasiat sarang burung

Orang dari Hong Kong, Taiwan dan China berlumba lumba datang ke Malaysia untuk membeli sarang burung kerana ia ubat yang amat mujarab menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, dimasak dan dimakan seperti sup.

Sumber utama sarang burung adalah di negara seperti Malaysia.

Malaysia khususnya Sabah ada sarang semulajadi yang menjadi habitat burung yang membuat sarang burung iaitu Gua Madai dan Gua Gomantong.

Setiap kali dituai, nilai sarang burung mencecah jutaan ringgit.

Musim tuaian lazimnya 3 kali setahun.

Hanya pewaris sah saja termasuk di kalangan masyarakat Idahan yang dibenarkan mengutip sarang burung.

Namun akhir akhir ini di Sabah banyak gua buatan sendiri untuk Burung Walit dibina untuk pembiakan sarang burung untuk dijual secara komersial.

Apakan tidak, sekilogram sarang burung berkualiti tinggi bernilai RM4000 di pasaran.

Gua Buatan sendiri berupa rumah batu yang tidak berpintu dan bertingkap dan hanya mempunyai lubang pengudaraan serta tempat keluar masuk burung itu banyak kelihatan di seluruh Sabah sebagai alternatif mendapatkan pendapatan tambahan.

Sarang burung yang sudah diproses menjadi ubat dan makanan boleh didapati di toko ubat sinsang atau Cina di bandar utama di Malaysia dan luar negara.

Syabas orang Sabah dan Syabas burung Walit.

No comments:

Post a Comment