Pages

Monday, April 2, 2012

Senarai barangan / produk di Malaysia yang dilarang jualan dan pengunaannya



Senarai barangan / produk di Malaysia yang dilarang jualan dan pengunaannya, namun berjaya juga menembusi pasaran. Di Mana silapnya? Mengapa barangan ni sudah dijual dan dimakan atau digunakan orang ramai, barulah disedari ia bahan larangan dan tidak boleh dijual?

Apakah pihak berkuasa makan gaji buta?

Berikut senarai barangan yang ditarik balik penjualannya selepas haram, merbahaya dan tidak sesuai untuk manusia di Malaysia.


Pada 3 Jun 2013, kerajaan umumkan 4 lagi produk Taiwan diharamkan kerana mengandungi Asid Maleic iaitu Green Tea Tapioca Ball, Yam Tapioca Ball, Vegetarian Instant Rice Noodle dan Rice Noodle Soup.

Buku bacaan kanak kanak “Where did I come from” yang sudah pun dijual namun ditarik balik kerana mengandungi bahan berupa grafik pornografi yang sememangnya tak sesuai untuk kanak kanak.

Pada 18 Oktober 2011 - kementerian kesihatan mengeluarkan kenyataan agar orang ramai menghentikan daripada membeli produk tradisional Huo Li Bao Capsule 500mg kerana mengandungi Frusemide dan Chlorpheniramine, campuran palsu yang tidak dibenarkan. Juga diharamkan produk HB Lite. Produk ini ditarik balik daripada jualan oleh pihak berkuasa kawalan dadah Malaysia. Namun persoalannya sudah berapa ramai manusia di Malaysia yang menggunakan ubat ini?

Pada 1 April 2012, Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan 35 pengeluar produk makanan dan minuman untuk mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produknya termasuk formula susu bayi. Mengapa sekarang baru dikeluarkan arahan sebegini? Sudah jutaan bayi minum susu yang mengandungi kandungan gula dan garam yang sebegitu kuantitinya.


Pada 11 Mac 2012, kementerian Kesihatan Malaysia menghentikan impot lolipop glow in the dark, yang boleh bercahaya dalam kegelapan kerana mahu diuji dulu kerana disyaki mengandungi contaminant menyebabkan kanser. Sudah berapa ramai kanak kanak makan lolipop yang dimaksudkan?


Pada 11 Februari 2012, kementerian Kesihatan mengeluarkan amaran tahap tinggi ekoran wabak denggi selepas 480 kes denggi dilaporkan minggu lalu berbanding 200 kes pada November dan Disember 2011 dan 300 kes awal tahun 2012. Persoalannya manusia sudah menghantar roket dan manusia ke bulan pada 1969 dan menghantar pesawat ke planet Marikh yang perjalannya mengambil masa 2 tahun pergi balik, namun mengapakah manusia belum dapat mencipta vaksin atau ubat penawar penyakit denggi yang disebabkan oleh Nyamuk Aedes??


Pada 20 Januari 2012, kementerian Kesihatan membatalkan pendaftaran ubat tradisional “Pao Ni Kang” kerana dikatakan mengandungi racun berjadual “Repaglinide” dan orang ramai dinasihat tidak menggunakannya. Persoalannya mengapakah ubat Pao Ni Kang ni dibenarkan penjualannya sebelum ini tanpa melepasi proses penyaringan dan ujian samada mengandungi racun atau tidak? Bongok betul.


6. Pada 31 Disember 2011, kita dikejutkan skandal keselamatan makanan di China. Toksin yang mengandungi bahan menyebabkan kanser pada produk susu di China, kini ditemui pula pada minyak masak dan kacang. Bagaimana jika produk bahaya China itu berjaya menyusup masuk ke Malaysia, bukan kah berbahaya?


7. Pada 23 November 2011, menteri Kesihatan Malaysia sahkan susu tumbesaran rumusan bayi di kedai rakyat 1 Malaysia selamat. Hanya 2 produk sos tiram tidak tepati standard.


8. 19 Jun 2011 – Kementerian Kesihatan sahkan produk Natural Beauty Fruit & Vegetable Powder dari Taiwan dicemari DEHP, penjualannya diarah dihentikan serta merta. Ini lagi 1 kelalaian pihak berkuasa kesihatan Malaysia, mengapakah produk ini dibenarkan dijual sebelum pemeriksaan dilakukan samada ia selamat digunakan atau tidak? Sudah berapa ramai rakyat Malaysia yang menggunakan produk terlarang lagi merbahaya ini?

9. 15 Ogos 2011 – Ketua pengarah JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, mengesahkan mentega jenama “Pure Creamery Butter-Golden Churn” yang dipasarkan di Malaysia sebagai TIDAK HALAL. Persoalannya sama, mengapa mentega ini dibenarkan penjualannya di Malaysia jika ia TIDAK HALAL?????? SALAH SIAPA?? Bukan Salah Ibu Mengandung.

No comments:

Post a Comment