Pages

Sunday, April 8, 2012

Tahniah kepada Aaron Aziz, bintang paling popular 2011





Tahniah kepada Aaron Aziz, yang dinobatkan bintang paling popular di Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian, ABPBH 2011 di Arena of Stars pada malam Ahad 8 April 2012.

Bintang kacak dan tampan dan hero filem Ombak Rindu itu turut menang kategori Pelakon Filem Lelaki popular.


Populariti filem Ombak Rindu sememangnya menjulang populariti Aaron Aziz yang berasal dari Singapura dan kini baru berusia 36 tahun beb.

Anugerah itu disiarkan secara langsung oleh stesen TV no. 1 Malaysia, TV3 dan rangkaian radio Hot FM.

Malam anugerah itu dimulakan dengan nyanyian oleh Stacy dan diakhiri dengan persembahan menggegarkan Lagenda Rock Tanah Air, Amy Search dengan lagu Isabella serta lagu final, Highway Star yang dinyanyikan bersama Amy, Faizal Tahir, Shima dan Hazama dengan iringan gitar oleh gitaris rock dan heavy metal terbaik Malaysia, Man Kidal.

Syabas Aaron Aziz, Syabas Ombak Rindu, Syabas Berita Harian, Syabas TV3 dan Amy Search. Hidup Liverpool selamanya.

No comments:

Post a Comment