Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Friday, May 11, 2012
KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MENGENAI PENGGUGURAN NAIB PRESIDEN DAP, TUNKU ABDUL AZIZ
Tindakan DAP melalui kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, menggugurkan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Naib Pengerusi DAP sebagai Ahli Dewan Negara kerana beliau mengkritik perhimpunan BERSIH 3.0 .
Parti yang katanya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara tanpa batasan memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya tidak pun mampu melaksanakan apa yang mereka perjuangkan.
Tunku Aziz dalam sidang Dewan Negara menyatakan pendirian bahawa perhimpunan BERSIH boleh bertukar ganas berdasarkan kejadian yang sering berlaku di luar negara.
Parti DAP yang sememangnya menyokong BERSIH 3.0 yang kononnya memperjuangkan pilihanraya bersih dan adil melihat tindakan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai memalukan parti walaupun Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyatakan beliau mengemukakan peribadi dan tidak mewakili parti.
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia mengutuk tindakan DAP kerana menggugurkan jawatan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hanya kerana beliau menyuarakan pandangan peribadi menolak BERSIH 3.0
No comments:
Post a Comment