Menakjubkan. Sama tapi tak serupa. Ini kisahnya di seluruh dunia dimana individu seiras.
Lelaki Mesir namanya Mohd Bishr, wajahnya saling tak tumpah seperti Saddam Hussein
Saddam Hussein Al Tikriti, bekas diktator Iraq yang amat digeruni suatu ketika dulu
Seorang lelaki Mesir, Mohd Bishr sering menjadi perhatian kerana wajahnya seiras dengan bekas presiden Iraq, Saddam Hussein!!! Malahan ketika Saddam masih hidup, Mohd Bishr pernah cuba ditangkap rakyat Iraq di Mesir untuk diserahkan kepada Amerika Syarikat utk dapatkan ganjaran USD25 juta dolar...
Seorang pemuda Australia bernama Howard (kiri)juga seiras dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un (kanan)
Penyanyi popular Korea, Rain seiras dengan bintang Hong Kong yang sudah meninggal dunia, Leslie Chung.
Mendiang Leslie Chung, penyanyi dan pelakon popular Hong Kong yang meninggal dunia pada 1 April 2003 pada usia 46 tahun
Rain, penyanyi popular Korea
Pengarah Urusan Sime Darby Property, Abdul Wahab Maskan seiras dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Tan Sri Pandikar Amin Mulia, speaker Dewan Rakyat yang berasal dari Tempasuk, Kota Belud, Sabah
Abdul Wahab Maskan, Pengarah Urusan Sime Darby property
Raja Amir Shah Raja Azwa, suami kepada Nurul Syuhada Nurul Ain Mat Zin, personaliti TV3 yang tidak asing lagi.
Ness Wadia, bekas teman lelaki Preity Zinta
Wajah Raja Amir Shah Raja Azwa, yang juga suami kepada pengacara popular Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mat Zin, amat seiras dengan teman lelaki pelakon Bollywood, Preity ZInta, iaitu Ness Wadia.
Wajah pelakon Zain Saidin yang juga adik kepada Sasha Saidin (kiri) seiras dengan penyampai berita TV3, Izwan Azir Salleh.
Ini ialah Ahli parlimen Putatan, Sabah dari parti UPKO, Datuk Dr Marcus Mojigoh. Wajahnya serupa pelakon Hollywood, Tommy Lee Jones yang berlakon banyak filem termasuk Men in Black, US Marshall dan macam macam lagi.
Tommy Lee Jones
Mel Gibson, bintang filem hebat Hollywood seiras dengan bekas pemain antarabangsa Wales dan bekas penyerang Manchester United yang kini pengurus QUEENS PARK RANGERS, Mark Hughes
Mark Hughes
Wajah Ariel, penyanyi utama Peter Pan dari Indonesia juga seiras seorang pemuda kacak bergaya dari Tamparuli, Sabah, Jasper Maliki.
Jasper Maliki aka. Sopok juga adalah seorang vokalis hebat di Tamparuli, Sabah. Wajahnya seiras Ariel Peter Pan.
Wajah pelakon 90an popular, Lydiawati juga seiras dengan ratu Malaysia dan model terkenal Soo Wincci.
Soo Wincci
Wajah pelakon Zaiton Abdullah yang dikenali dengan watak Chombi dalam Ibu Mertuaku arahan P. Ramlee pada 1962 seiras dengan 2 bintang jelita Hollywood iaitu Kim Basinger yang pernah berlakon dalam filem James Bond, 9 and a half weeks dan pelbagai filem lain dan Kate Beckinsale yang pernah berlakon dalam Pearl Harbour dan Van Helsing.
Kim Basinger
Kate Beckinsdale
Penyanyi genit popular dari Sabah dan juara Akademi Fantasia, Stacy (kiri) juga seiras dengan bintang Hollywood, Miley Cyrus yang mula popular dengan siri TV, Hannah Montana.
Seorang lagi Penyanyi dari Sabah yang popular menerusi Akademi Fantasia, Adira (kiri)juga seiras dengan pelakon hebat genit kecil molek, Sharifah Amani.
Begitu juga seorang lagi penyanyi Sabah yany popular menerusi Akademi Fantasia, Marsha dari Tamparuli yang seiras dengan Anny John dari Kaingaran, Tambunan.
Marsha
Marsha lagi yg seksi
Anny John, gadis Tambunan, Sabah seiras Marsha
Penyanyi popular dari Tamparuli, Sabah, Marsha Milan Londoh pula seiras dengan seorang gadis dari Tambunan, Sabah, Anny John.
Seorang lelaki di Lahad Datu, Maslee Lumayan, 44 tahun (kiri) seiras dengan penyanyi popular Awie (kanan). Namun malang tidak berbau, Awie Lahad Datu, Maslee Lumayan meninggal dunia dilanggar kenderaan pacuan 4 roda ketika melintas jalanraya di lahad Datu pada 25 November 2013 di jalan lahad datu - tawau berhampiran bandar seri perdana, lahad Datu.
Seorang pemuda Sabah pula, Aldrich Al Ferio (kiri) seiras dengan juara Akademi Fantasia musim ke 2, Mawi.
Pengarah filem, Rashid Sibir (kiri) juga dilaporkan seiras dengan seorang pemimpin di Tuaran, Sabah, Haji
Ghulabdin Enjih yang pernah bertanding sebagai calon PKR Dun Sulaman pada PRU 13, 5 Mei yang lalu.
Pengarang Kumpulan New Straits Times Press, Datuk Syed Nadzri Syed Harun (kanan) seiras dengan bekas Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kini Presiden TNB, Tan Sri Leo Moggie dari Sarawak.
Tan Sri Leo Moggie
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar seiras dengan lelaki dibawah iaitu Colonel Harald Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken.
Colonel Harald Sanders
Brad Pitt - bintang filem Hollywood yang menjadi kegilaan ramai wanita seiras dengan pemain bolasepak Apoel FC, Esteban Solari.
Esteban Solari
Wajah 2 pengurus kelab Liga perdana Inggeris juga sama iaitu Nigel Adkins, bekas pengurus Southhampton dan Brendan Rogers, pengurus Liverpool.
Nigel Adkins - bekas pengurus Southampton
Brendan Rogers, pengurus Liverpool. Saya adalah penyokong Liverpool sejak kecil,
Long Live the Reds, YOU WILL NEVER WALK ALONE!!!
Bintang Tenis Perancis, Jo Wilfred Tsonga juga seiras dan serupa dengan jaguh tinju Heavyweight Dunia, Muhammad Ali.
Jo Wilfred Tsonga
Muhammad Ali - lagenda tinju dunia
Jo Wilfred Tsonga
Muhammad Ali
2 ahli sukan berbeza acara juga seiras. Mereka dimaksudkan ialah pemain bolasepak kelab liga perdana Inggeris, Romelu Lukaku (kiri) yang seiras dengan bintang gusti World Wrestling Entertainment, WWE, R-Truth.
Wajah ratu Unduk Ngadau Lembah Kelang 2013, Ledesma Steven, kiri juga seiras dengan ADUN Subang Jaya merangkap speaker DUN Selangor yang jelita, Hannah Yeoh (kanan).
Wajah 2 ahli politik berlainan parti ini juga seiras, iaitu Naib presiden PAS, Husam Musa (kiri)dan Adun Nusajaya, Johor dari BN, Dr Zaini Abu Bakar (kanan)
2 lagi ahli poltik berlainan parti dan berlainan bangsa juga agak seiras. Mereka ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir (kiri)dan Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind Singh Deo (kanan) yang juga anak kepada Mendiang Karpal Singh.
Duta Jepun di Malaysia Masahiko Horie yang terdahulu pandai dan mahir bertutur bahasa Malaysia.
Jika ditemuramah di TV, dia pasti menjawab dalam Bahasa Malaysia dan ini amat mengkagumkan.
Bukan itu saja keistimewaannya, malahan wajahnya seiras dengan seorang pemimpin politik di Sabah iaitu bekas Ahli Majlis Tertinggi PBS Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong.
Duta Jepun, Masahiko Horie
Dr Chong Eng Leong, bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah
Nah serupakan?
Sepasang lagi individu yang seiras wajahnya ialah Pengerusi SPR, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang serupa wajahnya dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membicarakan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Mahkamah Tinggi KL, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah
Kedua dua individu ini amat terkenal dengan tugas masing masing, yang seorang tu kerana dia bos pilihanraya dan pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan bila bila masa saja.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Seorang lagi ialah hakim yang mendapati Anwar Ibrahim tidak bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Nah serupa jugakan?
Wajah 2 Pahlawan dari Sabah dan Sarawak juga hampir seiras. Mereka dimaksudkan Pegawai Waran I Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau dari Sarawak yang terkenal dengan laungan "Agi Idup Agi Ngelaban" ketika berkhidmat dengan Rejimen Renjer melawan pengganas komunis dan penerima SP Sri Pahlawan Gagah perkasa dan PGB Panglima Gagah Berani dan Cif Inspektor Philip Mairon Bahanja dari Kota Marudu, Sabah yang terkenal dengan kegagahan menumpaskan tentera Jepun ketika perang dunia ke 2, konfrantasi Malaysia-Indonesia, pemberontakan Brunei dan ancaman lanun di pantai timur Sabah. Mendiang Kanang meninggal dunia pada 3 Januari 2013 berusia 68 tahun manakala mendiang Philip meninggal dunia pada 12 Disember 2012, berusia 86 tahun. Rest in peace Kanang dan Philip.
Kanang anak Langkau
Philip Mairon Bahanja
Ada juga manusia yang serupa dengan wajah super hero seperti lelaki yang seiras Superman dan wanita yang seiras Barbie. Bagi melakonkan watak Superman, manusia paling layak ialah mendiang Christopher Reeve.
Mendiang Christopher Reeve, the natural born Superman, meninggal dunia pada 10 Oktober 2004 ketika berusia 52 tahun akibat cardiac arrest, mendiang sebelum itu lumpuh akibat jatuh kuda dan mengalami pelbagai komplikasi kesihatan
Nik Maihan - pembaca berita TV3 Sukan
2 pembaca berita TV3 juga seiras. Mereka pembaca berita Sukan Nik Maihan dan pembaca berita pagi Imaliana Isa.
Wajah Noor Shafiqah, atlit memanah wanita Malaysia yang bakal beraksi di sukan Olimpik London 2012, seiras dengan jaguh skuasy dunia dari Penang, Datuk Nicol Ann David.
Datuk Nicol Ann David, juara skuash wanita dunia yang tiada tandingan
Juara dunia Formula One, Sebastian Vettel (kiri) pula seiras dengan bekas juara dunia gusti WWE dan tag team, Christiab.
Apai TV3
Zulkarnain Mahdar
Pengerusi persatuan kebajikan anak anak Sabah di Selangor, Zulkarnain Mahfar juga seiras dengan jurukamera TV3 di Sri Pentas, Apai atau Ahmad Khairi Osman.
Linda Rafar
Mandy Nandu
Begitu juga ratu cantik Sabah, Mandy Nandu yang seiras dengan penyanyi bekas kumpulan Elite Linda Rafar dan adiknya Diana Rafar.
Bruce Campbell
Jim Carrey
Bintang komedi Hollywood, Jim Carrey juga seiras wajahnya dengan seorang lagi pelakon Hollywood, Bruce Campbell.
Wajah pengadil bolasepak Manchester United lawan Arsenal juga sama dengan wajah Kane, penggusti ganas WWE seberat 300 paun dan setinggi 7 kaki.
Felipe Contempomi, pemain ragbi Argentina
Wajah pemain ragbi Argentina, Felipe Contepomi juga serupa dengan Kane.
Kane, penggusti WWE seberat 300 paun dan setinggi 7 kaki
Datuk Law Hien Ding
Bekas Presiden SUPP Tan Sri George Chan
2 pemimpin BN Sarawak juga serupa wajah iaitu bekas Presiden SUPP dan bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri George Chan yang seiras bekas Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari Sarawak, Datuk Law Hien Deng.
Nico Rosberg, pemandu F1
Leornado Di Caprio
Pemandu Formula One Red Bull, Nico Rosberg juga sama wajahnya seperti pelakon popular Hollywood, Leornado D Caprio.
Pemain drum kumpulan rock, Wings iaitu Black juga seakan sama seperti bintang bolasepak Brazil, Ronaldinho.
Black - drummer kumpulan rock Malaysia, WINGS
Ronaldinho - pemain antarabangsa Brazil yang menjulang Piala Dunia 2002 dan pernah dinobatkan pemain terbaik dunia 2 kali pada 2004 dan 2005
Ini pula Sodikin, seorang rakyat Indonesia yang serupa dan seiras dengan Ronaldinho..sehingga bapak ini digelar Ronaldinho Indonesia dong!!
Yaya Toure, pemain bolasepak Manchester City
Usain Bolt, juara 100m, 200m dan 4x100m dunia dan olimpik dan pemegang rekod dunia
Bukan itu sahaja, wajah pemain bolasepak Manchester City, Yaya Toure serupa seperti jaguh pecut dunia, Usain Bolt dari Jamaica yang juga pemegang rekod dunia, pemenang pingat emas Sukan Olimpik dan kejohanan dunia bagi 100m, 200m dan 4 x 100m.
Kris Kringle pula wajahnya seperti Santa Claus.
Farhad Darya dari Afghanistan yang seiras Raja Rock N Roll Elvis Presley sehingga digelar Elvis Presley Afghanistan.
TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin
CEO SEDIA Sabah, Datuk Dr Mohd Yaakob Johari
Malahan 2 VIP dari Sabah, TYT Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin seiras dengan Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah, IDS dan ketua SEDIA iaitu pemantau projek Koridor Pembangunan Sabah, SDC, Datuk Dr Mohd Yaakob Johari.
Judy Cheng Hopkins
Nori anak Pak Lah
Anak perempuan Pak Lah, isteri YB Rembau Khairy Jamaluddin iaitu Nori pula seiras dengan pekerja Pertubuhan Bangsa2 Bersatu Judy Cheng Hopkins.
Pengasas dan pengelola rumah kebajikan Sinar Salam, Puan Arfidah Abd Latiff (kanan), seiras dengan penyanyi popular Malaysia berbadan gempal, Adibah Noor.
Adibah Noor
Khairul Fahmi Che Mat - penjaga gol handalan Malaysia
Tan Boon Heong - pemain badminton terkenal Malaysia
2 Ahli Sukan Malaysia yang terkenal juga seiras iaitu penjaga gol skuad bolasepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek dan pemain bergu badminton Malaysia, Tan Boon Heong.
Presiden dan CEO Petronas Chemicals, Dr Abdul Hapiz Abdullah
Dato Chamil Wariya
Wajah Presiden dan CEO Petronas Chemicals, Dr Abdul Hapiz ABdullah juga seiras dengan wartawan veteran negara dan pengerusi Malaysian press Institute, Datuk Chamil Wariya.
Wajah pengebom Mumbai dari Pakistan ini, hanya dia yang hidup, manakala 9 lagi rakannya mati, pula seolah seiras dengan bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan
Siapa tak kenal Shah Rukh Khan??
Julie Bresset, pemenang pingat Emas, kategori mountain bike di Sukan Olimpik London 2012, wajahnya seiras Monica Seles, bekas juara tennis wanita dunia
Inilah Monica Seles, juara tenis wanita dunia suatu ketika dulu yang sering bersaing dengan Steffi Graf dan pernah ditikam peminat gila ketika perlawanan.
Azawate Zenol Abidin
Nadia Comaneci
Wajah Nadia Comaneci, ahli gimnastik terkemuka dari Rumania yang menjadi orang pertama mencatat keputusan sempurna 10.0 ketika mengondol emas di sukan Olimpik Montreal 1976. Comaneci turut menang 2 emas dalam sukan Olimpik Moscow 1980. Namun yang mengujakan, Nadia Comaneci yang kini berusia 51 tahun seiras dengan pembaca berita TV3, Azawate Zenol Abidin. Hmmm.. hebatkan, adakah Azawate pandai bergimnastik seperti Nadia Comaneci? Hmmm tanyalah Aza.. Yang saya tahu, Aza pernah mendaki hingga ke puncak gunung Kinabalu di Sabah setinggi 4,095 meter.
Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Aman
Sementara itu seorang rakyat Sabah yang juga pegawai perubatan, Dr Joshua Beting Giling, seiras dengan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Musa Aman. Namun saya minta maaf saya tak dapat upload gambar Dr Joshua Beting Giling, namun saya boleh katakan 90% seiras dengan Datuk Seri Musa.
Seorang lagi individu yang seiras dengan Datuk Seri Musa Aman (kiri) ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani (kanan).
Mas Idayu, ratu dangdut Malaysia
Inilah Siti Rahayu, isteri Tomok, seiras dengan Mas Idayu kan??
Isteri Tomok, Siti Rahayu juga seiras Mas Idayu, ratu dangdut Malaysia.
Tan Sri Herman Luping
Leung Siu-lung atau Bruce Leung, hero dan producer filem Kung Fu China. Ini watak Bruce Cheung sebagai Beast, pembunuh terbaik dunia dalam filem Blockbuster, Kung Fu Hustle.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Herman Luping juga seiras dengan pelakon Kung Fu Hustle, Bruce Cheung yang memegang watak Beast dalam filem Blockbuster itu.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkeples Embong
Mr Md Alfreedo (kiri) seiras Zolkeples Embongkan?
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zulkeples Embong pula seiras dengan bekas kakitangan MAS, Md Alfredo!!
Jurufoto Utusan Malaysia, Azrul Edham Mohd. Aminuddin juga amat seiras dengan watak Merlin dalam siri TV popular British, Merlin berdasarkan kisah lengenda King Arthur dan pedang saktinya Excalibur. Colin Morgan adalah pelakon yang membawakan watak Merlin.
Merlin dilakonkan oleh Colin Morgan dalam siri TV Merlin
Azrul Edham Mohd Aminuddin, seiras dengan Merlin kan? Jangan marah...
John Aldrigde menjaringkan 83 gol untuk Liverpool dari 1987 hingga 1989, dia serupa dengan seorang lagi penyerang lagenda Liverpool, Ian Rush.
Ian Rush - menjaringkan 346 gol untuk Liverpool dari 1980 hingga 1996. Jika digandingkan dengan John Aldridge, pertahanan lawan pasti confuse!!
2 penyerang Liverpool juga amat seiras iaitu Ian Rush dan John Aldridge.
Malahan 2 pemain Liverpool masa ini, 2013 juga seiras iaitu Joe Allen dan Jordan Henderson.
Joe Allen, Liverpool, my best club
Jordan Henderson, Liverpool, my club
2 pemain badminton China juga seiras iaitu juara dunia 2012 dan bekas pemain no. 1 dunia Wang Yihan dengan pemain bergu handalan wanita China, Bao Yixin yang muncul juara bergu wanita terbuka Malaysia 2013.
Wang Yihan
Bao Yixin
2 wanita terkenal di China juga seiras. Mereka ialah pemain badminton bergu wanita terkemuka China, Yu Yan (kiri) dan pengacara rancangan temuramah dengan banduan sebelum di hukum mati, Ding Yu (kanan).
Pengacara popular TV3, Aidid Marcello juga seiras dengan seorang pemuda dari Tamparuli, Sabah, Joseph Juanis @ Arob.
Aidid Marcello
Joseph Juanis @ Arob
Penggusti WWE, John Morrison yang pernah membentuk tag team dikenali MNM dan pernah menjuarai Intercontinental championship, seiras dengan seorang pemuda dari Sabah yang juga petugas NSTP, Edmund Samunting.
Edmund Samunting @ Mundu
Polis dan Penjenayah juga serupa. Ramai tidak percaya apabila melihat Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah memegang gambar suspek kes bunuh, Kong Swee Kwan kerana gambar mereka berdua nampak seiras. Kong (gambar berasingan sebelah kanan)dikehendaki kerana membunuh pengasas Arab Malaysian Bank, Hussein Ahmad Najadi, di tempat letak kereta kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon, Kuala LUmpur pada 19 Julai 2013. Kong sudah ditangkap dan bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, seorang lagi lelaki, Lim Yuen Soo, 53 tahun, dipercayai dapat membantu kes pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, yang kini dipercayai telah melarikan diri ke Australia.Lim (gambar kiri)adalah rakan dan majikan kepada suspek utama kes pembunuhan itu, Kong Swee Kwan yang telah ditahan di Taman Larut Tin Taiping, Perak, pada 22 September lalu 2013. Namun Lim Yuen Soo dikatakan agak seiras dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili (kanan).
Katanya, siasatan polis mendapati Yuen Soo merupakan seorang ahli perniagaan pusat hiburan dan menjadi pemilik beberapa kawasan tempat meletak kenderaan di sekitar ibu negara.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz serupa dengan pelakon Hong Kong, Fei Fei.
Malahan seekor anjing juga dilaporkan seiras dengan bekas Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi.
Seorang penduduk di Kiulu, Sabah, Encik Lumai Bangkuai, ayah kepada ADUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai pula dilaporkan seiras dengan bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.
CEO Bursa Malaysia, Dato Tajudin Atan, kiri pula seiras dengan Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua.
Ramai lagi individu di dunia yang serupa dan seiras antara 1 sama lain, nanti saya sharekan juga ya.
Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment