Pages

Friday, June 14, 2013

Once Mekel masih hebat



Siapa tidak kenal penyanyi hebat Indonesia, Once Mekel, yang vokalnya amat hebat, dan tinggi sekali.


Once 43 tahun , mula dikenali dengan meluas di Malaysia setelah lagu nyanyiannya berjudul Dealova ciptaan komposer hebat, Opick berjaya mencuri tumpuan peminat muzik tempatan.

Selepas itu Once menyertai Dewa 19 sebagai vokalis utamanya dan amat dikenali dengan banyak lagu hebat seperti Pupus dan sebagainya. Saya sendiri teruja menyaksikan persembahan Once bersama Dewa 19 di Stadium Likas, Kota KInabalu, Sabah, beberapa tahun lalu.


Once (dua dari kanan) ketika masih dalam kumpulan Dewa 19. Kiri sekali ialah pengasas dan tulang belakang Dewa 19, Ahmad Dhani.

Sejak secara rasmi keluar daripada kumpulan Dewa pada 2011, Once bergerak secara solo dan kini tampil album pertama, Once yang dilancarkan di Indonesia, Oktober 2012.

Album yang mengandungi 10 buah lagu itu turut mempertaruhkan dua single terbarunya iaitu Hilang Naluri dan I Still Love You.

Selain rancak diputarkan menerusi corong radio tempatan, kedua-dua single ini turut berjaya menempatkan diri di beberapa carta lagu popular.

Menurut Once, pembikinan album tersebut memakan masa selama tiga tahun untuk disiapkan memandangkan masanya yang agak padat dengan aktiviti seni lain.


Once - Missing You - memang hebat

"Dalam album ini terdapat enam lagu ciptaan saya sendiri iaitu Missing You, Satu Dari Sejuta, Hari Ini Juga, Hidup Ini, Mystified, dan Pasti Untukmu.



Lagu Kucinta kau adanya pun memang world class

"Saya bersyukur, walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk disempurnakan, namun sambutan yang saya terima amat berbaloi," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Once, di Kafe Hard Rock, Kuala Lumpur.

Bertanyakan mengenai perkembangan terbarunya, Once memberitahu dia kini sedang sibuk dengan proses pembikinan album keduanya.

"Sama seperti album pertama, saya akan tampilkan 10 lagu baru yang saya jangkakan akan siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini, lima buah lagu telah siap dirakamkan dan saya berharap perancangan ini akan berjalan dengan lancar," katanya.

Menyentuh mengenai perjalanan karier solonya, Once akui kini dia lebih selesa bergerak sendiri berbanding ketika dia berada dalam sebuah kumpulan muzik.

Menurut Once, selepas menjadi penyanyi solo, dia lebih bebas berkarya dalam menghasilkan lagu-lagu yang dekat dengan dirinya.

"Berkarya dalam sebuah kumpulan dan secara solo banyak perbezaannya. Kalau sebelum ini semua keputusan memerlukan persetujuan daripada semua anggota, kini perkara itu sudah tidak perlu lagi.

"Secara jujurnya, saya selesa dan mudah bergerak sendiri kerana tidak terikat dengan mana-mana kumpulan," jelasnya.

Tambah Once, walaupun dirinya sudah tidak terlibat dengan Dewa, namun hubungan mereka masih lagi baik dan tidak menolak untuk saling bekerjasama pada masa akan datang.

All the best Once. We support you!!

No comments:

Post a Comment