Tuesday, September 24, 2013

Lagi pelatih PLKN mati, kali ini dibunuh di Muadzam Shah, mungkinkah ada elemen kongsi gelap dalam PLKN??



Seorang pelatih berumur 18 tahun dipercayai dibunuh di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Muadzam Shah, Pahang kerana dikatakan memotong barisan semasa sarapan pagi pada Ahad lalu 22 September 2013.

Sehubungan itu, tiga pelatih berumur 17, 18 dan 21 ditahan polis bagi membantu penyiasatan kes bunuh berkenaan.

Mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi ditemui tidak sedarkan diri di bilik mandi kem itu pada 12.04 pagi dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Muadzam Shah.

Terdapat tanda kecederaan di belakang telinganya, dipercayai disebabkan oleh objek keras.

Bedah siasat awal mendapati Suhaimi mati kerana kecederaan di bahagian otak.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Mohd Haris Dau mengatakan tiga yang ditahan berasal dari Johor dan Pahang.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa menyebabkan kemarahan beberapa pelatih PLKN lain apabila memotong barisan pada Ahad.

Ini menyebabkan pergaduhan pertama antara mangsa dan tiga yang lain beberapa jam kemudian.

Mohd Haris berkata, pergaduhan kedua berlaku pada 11.30 malam dan 30 minit selepas itu, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di lantai bilik mandi.

Terdapat 22 kematian semenjak PLKN diperkenalkan pada Disember 2003 termasuk mati lemas, jangkitan kuman dan masalah kesihatan lain.

Ini merupakan kes pertama mangsa dibunuh di kem latihan PLKN. Pada 2004, gadis berumur 17 tahun dirogol oleh jurulatih PLKN yang kemudiannya dipenjarakan selama 12 tahun.

Mungkinkah ada elemen kongsi gelap atau gangster dalam PLKN. Ini kerana bukan rahsia lagi, geng kongsi gelap seperti geng 04, 08 dan macam2 lagi menyasarkan pelajar sekolah untuk menjadi ahli gengster dan kini selepas berhenti sekolah, mereka memasuki kem PLKN.??

Jika benar, maka PDRM khususnya cawangan D7 iaitu anti maksiat, perjudian dan kongsi gelap harus benteras masalah ini sebelum menular!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs