Thursday, March 21, 2013

Cadangan memantapkan dan memperkukuhkan pertahanan Sabah dalam ESSCOM

Saya terpanggil memberikan cadangan ini kepada pihak berkuasa Malaysia untuk memantapkan lagi kawalan keselamatan kita di Pantai Timur Sabah ekoran pencerobohan pengganas Sulu Kiram di Kg Tanduo, Lahad Datu, 12 Februari 2013 lalu yang menyebabkan 73 orang maut setakat ini 22 Mac 2013 termasuk 63 kematian di kalangan pengganas dan 10 anggota keselamatan terkorban.

PM Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri sudah melawat Ground Zero di Felda Sahabat, Lahad Datu pada 7 Mac 2013, 2 hari selepas Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac 2013 melibatkan serangan besar besaran udara, darat oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Polis serta kepungan di laut oleh TLDM, APMM dan Marin.

Saya melihat sendiri keadaan di Lahad Datu dan amat sedih dengan apa yang berlaku di Sabah. Pelaburan dan pelancongan kita terjejas. Imej Sabah dan Malaysia yang aman damai dicalar oleh kebodohan individu bernama Kiram III yang sudah tua bangka dan hanya tunggu mati tetapi amat bodoh, gila, jahat dan tidak mahu dunia ini aman.



Selain Kiram, Sabah juga berdepan ancaman kumpulan jahat dari selatan Filipina termasuk Abu Sayyaf, lanun dan penjenayah yang sudah beberapa kali melakukan perkara jahat dan tidak baik di Sabah umpamanya penculikan di pulau Sipadan dan Pandanan pada tahun 2000, serangan dan rompakan di bandar lahad Datu pada 1985, serangan dan rompakan di Semporna sebanyak 2 kali pada 1995 dan banyak lagi penculikan dilakukan termasuk di Borneo Paradise Resort, Kunak pada 2004, penculikan di Felda Sahabat pada awal Februari 2013, penculikan di Semporna dan banyak lagi. Sabah kurang bernasib baik kerana berjiran dengan wilayah yang dipenuhi orang orang jahat dan tidak bertamadun.

PM Najib ada mengumumkan penubuhan ESSCOM atau Eastern Sabah Security Command, melibatkan daerah Kudat di utara hinggalah Tawau di Selatan dengan jarak pesisiran pantai 1,400 km. Ia libatkan tambahan 5 batalion tentera dan polis untuk kawal pantai timur Sabah serta penubuhan 6 balai polis baru di pulau gaya, banggi, felda sahabat, tanjung labian, pulau mabul dan pulau bum bum serta pewujudan 3 kompleks Kastam Kuarantin dan Immigresen.

Selain ESSCOM, kita sudah ada Ops Pasir yang dilancarkan pada tahun 2000 ekoran peristiwa penculikan kumpulan Abu Sayyaf dari selatan Filipina yang melarikan 21 orang termasuk pelancong asing Perancis, Lebanon dan Afrika Selatan dari Pulau Sipadan ke Jolo dan Basilan, filipina dan hanya dilepaskan setelah beberapa bulan setelah wang tebusan dibayar. Jahanam punya Abu Sayaff.

Dan berikut adalah cadangan saya untuk mantapkan ESSCOM.

1. Aktifkan JKKK, Rukun Tetangga dan sukarelawan meronda kampung, desa dan penempatan dan laporkan kepada pihak berkuasa atau ambil tindakan segera jika nampak kelibat mencurigakan yang mungkin talibarut penganas atau penganas itu sendiri. lebih baik jika sukarelawan ini dilengkapi senjata berlesen kerana pengganas mungkin bersenjata dan merbahaya.

2. Kita boleh belajar dari coastal defence paling top dalam sejarah, "Atlantic Fortress" yang dibina oleh Hitler semasa Perang Dunia ke II, oleh kerana:

- jauhnya lebih kurang sama (Kudat-Tawau 1,400km; Denmark-Spain: 2,000km)
- mengambil masa tidak berapa lama juga untuk dibina (3 tahun)
- berkesan. Ya, memang akhirnya D-Day berjaya juga, tapi kita perlu sedar bahawa kekalahan ini disebabkan oleh serangan amphibious paling hebat dalam sejarah dunia di Normandy, iaitu melibatkan serangan darat, laut dan udara serentak seramai 160,000 tentera darat, 200,000 navy, 12,000 kapalterbang dan 7,000 kapalaut. Kalau kasi jumlah semua, lebih 3 juta tentera Allied terlibat. Adakah Kiram + MNLF + MILF + Abu Sayyaf combined pun akan sampai begini punya level?


Perkara-perkara yang dilaksanakan sepanjang pantai Atlantic Fortress, yang juga boleh dibina sepanjang pantai Sabah Fortress:



- artillery emplacement (sehingga 400mm kaliber) di atas bukit sepanjang pantai 1,400km, dijaga oleh bunker kecil yg mengandungi machinegun atau light artillery
- 15,000 buah observation bunker dalam jarak-jarak tertentu di sepanjang pantai. Setiap satu ada lookout, agar boleh bagi warning awal. Setiap bunker dibina dengan steel-reinforced konkrit setebal 2m (tahan bom)
- Barbed wire & jerangkap samar (minefields) sepanjang pantai
- underwater obstacles & jerangkap samar diletakkan di dalam air tidak jauh dari pantai. Jumlah jerangkap samar: 6 juta
- Lebih banyak "gun emplacements" dan mines di sepanjang jalan keluar dari pantai
- parit anti-kereta kebal
- besi tajam diletakkan di tempat yg boleh digunakan oleh musuh utk mendarat dgn parachute
- Tempat berpaya dan sungai dipastikan sentiasa "banjir"
- bilangan buruh binaan yg diperlukan: 250,000
- keperluan simen/konkrit: 800,000 tan sebulan
- sekurang-kurangnya 100,000 anggota keselamatan ditempatkan secara kekal utk menjaga Sabah Fortress ini


3. Wujudkan Great Barrier of Eastern Sabah menyerupai The Great Wall of China.



Bagi saya, manusia pernah mencipta perkara yg dulu dianggap mustahil seperti Tembok Besar China..orang kata mustahil, tapi boleh juga dibuat. Panjang Great Wall of China antara 23,000 km dan 8,500 km dan dibina 2000 tahun lalu ketika tiada peralatan moden tapi boleh disiapkan juga. Bagaimana jika kita bina Great Barrier of Eastern Sabah sejauh 1,400 km dilengkapi struktur penghalang automatik seperti pagar elektrik 2.5 kilovolt untuk mencegah kemasukan anasir tidak diingini. Kita hanya buka 10 laluan dibenarkan untuk kapal dan bot keluar masuk dari Sabah dan semua 10 laluan itu dikawal ketat 24 jam sehari 365 hari setahun termasuk radar, mesingan, meriam, bom dan alat pengimbas...??? Mustahil.. tetapi boleh dilaksanakan..


4. Untuk integriti dan mencegah kemasukan penganas, militan dan pendatang haram melalui pemberian rasuah, kita letakkan 1,000 pegawai SPRM yang paling tegas dan tidak berkompromi. Siapa yang masukkan elemen tak diingini ini ke Sabah dari Filipina menerusi rasuah, kita tangkap mereka. Lebih baik hukum terus dan penjarakan di tengah tengah laut antara perairan Sabah dan Filipina, biar mereka rasa.

Sekian dan terima kasih kerana membaca.



Wednesday, March 20, 2013

Kerajaan Sabah ucapkan tahniah kepada Najib dan kerajaan Pusat atas kejayaan laporan tahunan Program Transformasi Negara, GTP.



KENYATAAN Y.A.B. KETUA MENETRI SABAH BERIKUTAN PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA OLEH Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA.

1. Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah mengucapkan tahniah kepada kerajaan pusat khususnya Y.A.B. Perdana Menteri yang telah membentangkan laporan tahunan Program Transformasi Negara.

2. Kita amat mengalu-alukan pembentangan laporan ini yang jelas membuktikan kesungguhan kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai agenda dalam program-program transformasi negara.

3. Alhamdulillah pelaksanaan dan kejayaan program-program itu juga ternyata telah memberikan banyak impak positif dan kesan ketara kepada peningkatan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri pada keseluruhannya.

4. Antaranya meliputi peningkatan taraf sosioekonomi dan pendapatan rakyat, pembangunan keperluan asas di kawasan luar bandar, kepesatan sektor perindustrian termasuk minyak dan gas, pelancongan serta pembasmian kemiskinan.

5. Merujuk kepada laporan Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada 20 Februari 2012) membuktikan bahawa kadar kemiskinan negeri telah berjaya dikurangkan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus pada 2012; Pendapatan isi Rumah (HIS) meningkat kepada RM4.013 (2012) berbanding RM3,102 (2009).

7. Terbukti kerajaan BN di bawah kepimpinan YAB. PM lebih berani dan bertanggungjawab dalam usaha kita untuk memberitahu dan membuktikan kepada rakyat akan iltizam dan komitmen serta rekod pencapaian kita dalam membela nasib rakyat dan memacu kemajuan negara.

8. Apa yang penting adalah untuk rakyat Sabah menilai secara mendalam dan membuat perbandingan yang terbaik rekod cemerlang dan janji yang telah ditepati oleh kerajaan BN yang faedahnya telah dan sedang dinikmati oleh segenap lapisan rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan transformasi. Ternyata pencapaian kita ini jauh lebih realisitik berbanding dengan manifesto dan janji kosong parti pembangkang.

9. Saya percaya rekod dan laporan pencapaian kerajaan BN ini akan terus mencetus semangat, iltizam dan komitmen kita untuk memastikan momentum pembangunan dan kejayaan ini dapat terus ditingkatkan seiring dengan matlamat dan agenda pembangunan dan transformasi negara, dan yang penting memanfaatkan segenap lapisan rakyat termasuklah kita di Sabah.

Saturday, March 2, 2013

Rosnah Shirlin bidas Tian Chua mengenai kenyataan pencerobohan Lahad Datu, konspirasi UMNO



KENYATAAN YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA DAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MENGENAI DAKWAAN NAIB PRESIDEN PKR, TIAN CHUA BAHAWA PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU ADALAH KONSPIRASI UMNO SERTA DILIHAT UMNO CUBA BERBUAT DEMIKIAN UNTUK MENJADI HERO DAN MERAIH SOKONGAN RAKYAT.

Ketika rakyat masih bersedih dengan kehilangan dua “wira” negara semalam Naib Presiden PKR, Tian Chua, sanggup mengeluarkan kenyataan yang tidak berhati-perut serta tidak berasas mengatakan bahawa pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO.

Adakah Naib Presiden PKR ini tidak memahami sensitiviti masyarakat? Kenapa pula perlu insiden pencerobohan Lahad Datu ini dipolitikkan oleh pihak pembangkang? Tian Chua perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Tuduhan biarlah berasas. Tidak ada satu kerajaan pun dalam dunia ini yang ingin mengambil risiko serta menggadaikan keselamatan dan kebajikan rakyatnya.

Insiden pencerobohan Lahad Datu bukan satu isu yang remeh. Tak perlulah semua isu hendak dipolitikkan. Kenyataan Naib Presiden PKR ini seperti menangguk di air yang keruh.

Hendak jadi ahli politik, jadilah ahli politik yang “berakal”. Hendak jadi pembangkang, jadilah pembangkang yang bijak. Bukan hanya tahu menunding jari. Sepatutnya baik pihak pembangkang mahupun kerajaan, seharusnya dilihat sama-sama bersatu dalam insiden yang sungguh malang ini.

Pencerobohan Lahad Datu merupakan isu negara. Setiap rakyat walaupun berlainan ideologi patut dilihat bersepakat dalam hal ini yang secara jelas mengenai sesuatu kumpulan yang cuba mengganggu-gugat kedaulatan negara.

Friday, March 1, 2013

Kenyataan Pope Benedict XVI mengenai perletakan jawatannya sebagai pemimpin agama Roman Katolik



Bagi anda yang tidak tahu, Pope adalah jawatan tertinggi selaku pemimpin dalam Agama Roman Katolik dimana dianggarkan lebih 1 billion penduduk dunia adalah penganut agama Roman Katolik.

Kali terakhir seorang Pope mengundur diri adalah pada

Announcement at the end of the Ordinary Public Consistory held Monday morning
Benedict XVI leaves the pontificate
The Sede Vacante will begin at 8 p.m. On 28 February

The following is the English text of the words with which Benedict XVI, at the close of the Ordinary Public Consistory held Monday morning, 11 February, in the Consistory Hall of the Apostolic Palace, announced his decision to “renounce the ministry of Bishop of Rome”.

Dear Brothers,
I have convoked you to this Consistory, not only for the three canonizations, but also to communicate to you a decision of great importance for the life of the Church. After having repeatedly examined my conscience before God, I have come to the certainty that my strengths, due to an advanced age, are no longer suited to an adequate exercise of the Petrine ministry. I am well aware that this ministry, due to its essential spiritual nature, must be carried out not only with words and deeds, but no less with prayer and suffering. However, in today’s world, subject to so many rapid changes and shaken by questions of deep relevance for the life of faith, in order to govern the barque of Saint Peter and proclaim the Gospel, both strength of mind and body are necessary, strength which in the last few months, has deteriorated in me to the extent that I have had to recognize my incapacity to adequately fulfill the ministry entrusted to me. For this reason, and well aware of the seriousness of this act, with full freedom I declare that I renounce the ministry of Bishop of Rome, Successor of Saint Peter, entrusted to me by the Cardinals on 19 April 2005, in such a way, that as from 28 February 2013, at 20:00 hours, the See of Rome, the See of Saint Peter, will be vacant and a Conclave to elect the new Supreme Pontiff will have to be convoked by those whose competence it is.
Dear Brothers, I thank you most sincerely for all the love and work with which you have supported me in my ministry and I ask pardon for all my defects. And now, let us entrust the Holy Church to the care of Our Supreme Pastor, Our Lord Jesus Christ, and implore his holy Mother Mary, so that she may assist the Cardinal Fathers with her maternal solicitude, in electing a new Supreme Pontiff. With regard to myself, I wish to also devotedly serve the Holy Church of God in the future through a life dedicated to prayer.
BENEDICTUS PP. XVI

Peristiwa bersejarah di Malaysia dan Kenyataan signifikan Najib Razak selepas dilantik Perdana Menteri, 3 April 2009 dan 6 May 2013 - Bahagian Kedua



Blog ini menyiarkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sejak dilantik Perdana Menteri pada 2009 dan juga peristiwa peristiwa penting yang berlaku di Malaysia dan dunia sejak 2009. Ini bahagian kedua kenyataan PM, bahagian pertama ada di sini

http://easycomeseasygoes.blogspot.com/2012/04/kenyataan-bersejarah-najib-sejak.html.

Terima kasih kerana Membaca.

12 feb 2013 sekumpulan antara 80 hingga 100 lelaki dari selatan filipina mendarat di kg Tanduan, Tanjung Labian, Lahad Datu dan menuntut kerajaan Malaysia mengiktiraf mereka sebagai tentera diraja Sultan sulu dan mahu rakyat filipina dari sulu yg ada di Sabah tidak dihantar balik ke negara asal. Tentera dan polis, PGA melakukan kepungan di sekitar Tungku. Najib berkata rundingan baik diteruskan dan mahu kumpulan terbabit balik ke negara asal dengan aman.

12 feb 2013 Najib melawat Johor dan berkata 25,500 rumah mampu milik dibawah PR1MA akan dibina di Johor dalam tempoh 3 tahun.

14 Feb 2013 50,000 rakyat hadiri di majlis pemimpin bersama rakyat bersama Najib di Beaufort. pada majlis ini Najib umum peruntukan RM226 juta untuk bina loji air Beaufort, sekaligus atasi masalah kekurangan bekalan air di Beaufort. Di Papar, 40,000 rakyat hadir bersama Najib manakala di Tuaran, 40,000 juga hadir untuk bersama Najib. Hidup PM Kita!! Najib juga berkata BR1M 3.0 lebih baik daripada BR1M 1.0 dan 2.0

14 Feb 2013 pada sidang media di Beaufort, Najib berkata parlimen akan dibubar apabila tiba masanya kelak dan pada masa ini beliau akan terus turun ke padang menerangkan dasar dan halatuju kerajaan kepada rakyat. Senarai muktamad calon juga akan diputuskan selepas proses penelitian setiap calon termasuk latar belakang, keselamatan dan tapisan SPRM, selesai. PM juga janji akan terus bangunkan Sabah dan salurkan peruntukan besar walaupun perlu sedikit masa memandangkan saiz negeri itu yang besar.

14 Feb 2013 Najib pada sidang media di Papar berkata rundingan dengan kumpulan bersenjata dari selatan filipina yang kini dikepung di lahad datu, Sabah diteruskan dan prinsip rundingan agar mereka pulang dengan aman. Ketua Polis Negara pada sidang media lewat petang di Kota Kinabalu berkata kumpulan itu mengemukakan 2 tuntutan iaitu mahu diiktiraf sebagai tentera diraja sultan sulu dan tidak mahu rakyat filipina dari sulu dihantar balik ke filipina.

14 Feb 2013 TPM Muhyiddin berkata kerajaan mungkin naikan jumlah BR1M daripada RM500 kepada RM1000 kepada setiap isirumah yang layak jika BN diberi mandat pada pilihanraya kelak.

14 Feb 2013 hari valentine yg kurang baik untuk hero Afrika Selatan, jaguh paralimpik Oscar Pistorius yang didakwa menembak hingga mati teman wanitanya,. Reeva Stenkamp di rumahnya di Pretoria.

14 Feb 2013 Ketua polis pulau pinang berkata kawalan keselamatan ke atas megastar Korea, PSY ketika di penang baru baru ini diperketatkan kerana ada ancaman ke atas keselamatannya.

15 Feb 2013 selepas lawat Sabah, Najib merasmikan pusat transformasi Bandar di Ipoh, perak, kemudahan ketiga seumpamanya di negara ini. Najib turut lancar dana usahawan muda di sini berjumlah RM50 juta di SME Bank, terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 18-30 tahun untuk berniaga.

15 Feb 2013 PM umum baucar khas program Karisma Hati Rakyat babitkan peruntukan RM50 juta, bakal diedar sebelum 30 Mac ini, bakal memberi faedah kepada 200,000 penduduk Malaysia.

15 Feb 2013 Najib beri jaminan kadar cukai negara yang sememangnya rendah mampu dikurangkan lagi tanpa menjejas program pembangunan untuk rakyat dan negara.

15 Feb 2013 SPR mengatakan daftar pemilih terbaru mengandungi 13.34 juta pemilih sehingga Disember 2012, bakal diwartakan 22 Februari 2013 ini.

15 Feb 2013 1,200 orang cedera di tengah Russia apabila tahi bintang bebola api luruh ke bumi dari angkasa lepas.

16 Feb 2013 Pelakon veteran Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, meninggal dunia di Hospital Ampang, KL jam 5.17 petang. Alfatihah.

16 Feb 2013 Polis sudah tamatkan rundingan dengan kumpulan penceroboh dari selatan filipina yang kini dikepung di Lahad Datu dan kini dalam proses penghantaran pulang ke negara asal.

17 Feb 2013 Najib pecah tradisi sebagai PM Malaysia pertama dalam tempoh 58 tahun hadiri program anjuran Dong Zong di Kajang, Selangor, siang tadi.

17 Feb 2013 Kumpulan penceroboh dari selatan filipina yang dikepung di Lahad Datu, setuju untuk pulang ke negara asal kata pesuruhjaya polis Sabah.

17 Feb 2013 KWSP umum dividen 6.15% untuk 2012, yang bermakna rekod pembayaran dividen berjumlah RM27.45 Billion kepada pencarumnya

17 Feb 2013 bekas PM Singapura, Lee Kuan Yew, 89 tahun telah dibenarkan keluar dari Hospital Besar Singapura dan kini berehat di rumah.

19 Feb 2013 Najib lawat Singapura sempena permukiman tahunan kedua dua negara. PM dan 10 menteri kabinet mengadakan mesyuarat 2 hala dengan rakan sejawatan dari Singapura. Malaysia dan Singapura setuju bina sistem keretapi laju antara Kuala Lumpur dan Singapura menjelang 2020, dan masa perjalanan hanya 90 minit. Pusat pembangunan kesihatan bernilai RM3 Billion di Medini, Iskandar Malaysia, Johor juga dibangunkan bersama kedua dua negara. Turut dibangunkan projek pembangunan bernilai RM8.1 billion di Danga Bay oleh Iskandar Waterfront Sdn Bhd, CapitalL and Malaysia Sdn Bhd dan Temasek Holdings.

19 Feb 2013 Kementerian Dalam Negeri menarik balik penghaeraman filem kontroversi Vishwaroopam yang diharamkan pada 25 Januari 2013 lalu.

19 Feb 2013 Pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 20 tahun oleh mahkamah sesyen Kuantan, Pahang kerana hempas bayi lelaki usia 4 bulan dibawah jagaannya.

20 Feb 2013 Rundingan pihak berkuasa Malaysia dengan kumpulan rakyat Filipina di Kg Tanduo, Lahad Datu, dijangka selesai dalam masa terdekat.

20 Feb 2013 Najib dan pemimpin BN lain tanda tangani ikrar Integriti Pilihanraya bersama Transparency International sebagai istyhar umum dan komitmen benteras rasuah pada PRU 13. Namun pembangkang enggan buat perkara sama.

21 Feb 2013 Najib lawat Sarawak, mula mula kunjungan ke Miri sebelum ke Beladin, 4 jam dari Kuching dimana ketibaan PM disambut mesra 5,000 penduduk Beladin. Di Majlis ini, PM berkata Kerajaan pusat peruntukkan RM60 juta untuk laksanakan projek penapisan air laut dengan teknologi Nano di seluruh Sarawak. Kerajaan pusat juga berjanji akan terus bekerja kiat bangunkan Sarawak kerana banyak lagi agenda pembangunan untuk rakyat mahu dilaksanakan.

21 Feb 2013 Untung pracukai Maybank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 naik kepada RM7.894 Billion berbanding RM6.875 Billion pada tahun sebelumnya.

22 Feb 2013 Keengganan pembangkang untuk tanda tangani ikrar integriti tunjukkan mereka tidak komited benteras rasuah kata Najib.

22 Feb 2013 Najib berkata kenyataan Nik Aziz Nik Mat menyamakan penerima BR1M dengan haiwan, adalah menghina rakyat. Muhyiddin pula berkata kenyataan itu tidak menggambarkan sikap sebagai pemimpin Islam.

22 Feb 2013 TPM Muhyiddin lawat Tenom, Keningau dan Nabawan dan umum peruntukan 2 juta bina bangunan baru SM Chung Hua Tenom, 500,000 utk bina dewan serbaguna SM Tshung Tsin dan 3.5 juta untuk naik taraf jalan jalan kampung DUN Kemabong Tenom, membina sebuah sekolah Vokasional di Tenom dan 5 juta untuk Baik pulih serta naik taraf sekolah di Tenom.

Di Keningau, TPM umum peruntukan 40 juta bina SMK Desa Wawasan, 2 juta bina Dewan serbaguna SK Bingkor, bina SM Sains Keningau dan 1 juta untuk projek projek kecil di Keningau.


22 Feb 2013 SPR wartakan daftar pemilih suku tahun 4/2012 mengandungi 294,392 pemilih iaitu 243,204 pemilih baru dan 51,188 pendaftaran tukar alamat.

23 Feb 2013 TPM lawat Nabawan, Sabah dan umum peruntukan 5 juta bina kompleks sukan Pensiangan dan RM10 juta untuk naiktaraf dan baikpulih sekolah sekolah di Daerah Pensiangan.

23 Feb 2013 Najib disambut 50,000 rakyat di Dataran Shahbandar, Kuala Terenggany bagi rasmikan program jelajah janji ditepati. Katanya kerajaan BN berdosa jika tidak membela rakyat dan hanya BN mampu jamin pembangunan Islam sekarang dan masa depan.

23 Feb 2013 KDN serah kepada Wisma Putra permohonan kerajaan Filipina minta lanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh di Lahad Datu.

23 Feb 2013 Muhyiddin kata kementerian Pelajaran akan kaji untuk menetapkan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM pada masa akan datang.

24 Feb 2013 Najib lawat Negeri Sembilan dan disambut 5,000 orang di pelancaran PR1MA Seremban Sentral yang mengandungi 5,000 pangsapuri mampu milik, siap sepenuhnya pada 2016. PM berkata PRU 13 sudah dekat tapi belum diumum hingga meletihkan pelbagai pihak kerana mahu tunjuk bukti transformasi yang dilaksana beri manfaat kepada rakyat. Najib kemudiannya disambut 20,000 orang ketika rasmikan program mengubah Destini Anak India Malaysia di Port Dickson.

24 Feb 2013 BN Selangor sebulat suara setuju lantik Najib sebagai pengarah Pilihanraya BN Selangor manakala Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebagai timbalan pengarah.

25 Feb 2013 Anugerah Academy Award 2012, Daniel Day Lewis muncul pelakon terbaik menerusi wataknya dalam filem Lincoln, ini kemenangan ketiganya selaku pelakon terbaik. Jeniffer Lawrence menang aktres wanita terbaik menerusi filem Silver Linings Playbook. Manakala Argo arahan Ben Affleck muncul filem terbaik. Ang Li pula muncul pengarah terbaik menerusi filem Life of Pi.

25 Feb 2013 Najib umum peruntukan RM28 juta untuk Lembaga Pertubuhan Peladang dan bantu pekebun kecil menerusi bantuan baja, peralatan pertanian ketika PM rasmikan bangunan LPP di Ipoh, Perak.

27 Feb 2013 Najib lancar pasar bergerak 1Malaysia, untuk bantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

27 Feb 2013 Najib jangka PRU 13 sebagai pilihanraya media sosial pertama di negara ini ekoran pengunaan media sosial sebagai mekanisme penting berkempen.

28 Feb 2013 Cukai impot CBU dari Jepun akan diturunkan 15% berkuat kuasa tahun ini hasil perjanjian kerjasama ekonomi Malaysia Jepun.

1 Mac 2013 Najib ingatkan rakyat agar tidak taksub dengan slogan kerana ia tidak menjamin perubahan.

1 Mac 2013 Manifesto BN akan diumumkan sejurus selepas Parlimen dibubarkan dan PM sedang buat penilaian lebih terperinci termasuk bincang dengan pemimpin komponen BN.

1 Mac 2013 2 komando PGA VAT69 kem Ulu Kinta, Perak maut manakala 12 lagi rakyat Filipina terkorban selepas berbalas tembak di Kg Tanduo, Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah. 3 lagi komando Malaysia cedera dan dirawat di Hospital Lahad Datu dan Sandakan.

Najib berkata penceroboh lebih dulu mulakan tembakan sebelum dibalas pasukan keselamatan Malaysia, Najib kata penceroboh bersenjata dari Filipina sepatutnya tinggalkan negara ini sebelum tindakan tegas diambil ke atas mereka. Najib beri kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk ambil tindakan sehingga penceroboh Lahad Datu ditumpaskan. Polis rampas pelbagai senjata dari penceroboh yang ditembak, antaranya rifle M16, pelancar roket, pistol dan rifle separa automatik M1 Garand serta parang.

Kedai dan pejabat di Bandar Lahad Datu ditutup sebagai langkah keselamatan.

2 Mac 2013 - 6 polis terkorban manakala 6 penceroboh turut maut dalam insiden tembakan di Kg Simunul, Semporna.

4 Mac 2013 - 7 lagi tambahan Batalion Tentera dihantar dari Semenanjung untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan di Lahad Datu, Tawau, Sandakan dan lokasi strategik di Pantai Timur Sabah.

4 Mac 2013 - 11 sekolah di Lahad Datu ditutup sementara sehingga Rabu, 6 Mac ekoran insiden serangan pengganas di Lahad Datu kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

4 Mac 2013 Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM600 juta untuk memperkuatkan dan membangunkan usahawan Bumiputra termasuk menembusi pasaran antarabangsa.

5 Mac 2013 - Ops Daulat bermula. Tentera dan polis menggempur kubu pengganas di Kg Tanduo, Lahad Datu untuk mengakhiri episod 21 hari lalu. 8 jet termasuk 3 jet FA18D Hornet dan 5 jet Hawk menggebom Tanduo menerusi serangan udara Ini diikuti serangan Mortar 81mm dan serangan Komando Tentera dan Polis menaiki kereta perisai APC Kondor. Belum diketahui apa nasib Agbimudin Kiram dan pengikutnya yang degil itu.

6 Mac 2013 Presiden Venezuela Hugo Chavez, 58 tahun, meninggal dunia selepas 2 tahun bergelut dengan kanser.

7 Mac 2013 Setiausaha Agung PBB, Bang Ki Moon menggesa dialog antara semua pihak berkaitan untuk menghentikan konflik di Sabah dengan aman. Bang Ki Moon juga menggesa bantuan kemanusiaan diperhebatkan penyalurannya.

7 Mac 2013 Kelab Putera 1Malaysia ke Sabah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan di 3 pusat pemindahan di Semporna dan Lahad Datu, memberikan bantuan tilam, makanan dan ubat ubatan.

7 Mac 2013 NAJIB melawat Ground Zero dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas, Special Security Area di Timur Sabah, libatkan tambahan 5 batalion tentera dan polis dan rangkumi kawasan dari Kudat di utara hingga Tawau di Selatan sejauh 1,400 km melindungi 1.4 juta penduduk di Timur Sabah, dengan ibupejabatnya di Lahad Datu.

Najib juga berkata gencatan senjata hanya dilaksana jika militan letak senjata dan serah diri tanpa syarat.

Najib juga singgah di Tawau dan pemimpin masyarakat Suluk telah menzahirkan taat setia kepada negara dan mengutuk tindakan pengganas Sulu.

Sejak Ops Daulat dilancarkan 5 Mac 2013, Jumlah pengganas Sulu yang ditemui mati setakat ini 52 orang dengan 31 orang termasuk seorang berpangkat Jeneral iaitu Jeneral Musa, ditembak mati pada 7 Mac 2013.

7 Mac 2013 Media Filipina laporkan Jamalul Kiram telah minta gencatan senjata untuk menamatkan krisis di Sabah.

7 Mac 2013 SPR kata PRU 13 di kawasan terbabit pencerobohan pengganas di Sabah boleh ditangguhkan sekiranya kawasan terbabit diistyharkan darurat.

8 Mac 2013 Tiada tanda tanda pengganas Sulu akan letak senjata, oleh itu OPS Daulat diteruskan.

8 Mac 2013 Wira negara yang terkorban dalam Ops Daulat, mati syahid kata Najib.

8 Mac 2013 Polis minta orang ramai tidak mudah percaya dan panik dengan penyebaran khabar angin mengenai insiden pencerobohan di Sabah.

8 Mac 2013 Semua 57 sekolah yang ditutup sementara di Semporna dan Lahad Datu, mula beroperasi isnin ini, 11 Mac 2013.

8 Mac 2013 Lebih 50 orang kini ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah langkah khas) kerana disyaki ada kaitan dengan pengganas Sulu di Sabah.

8 Mac 2013 Sime Darby akan labur RM2 Billion untuk bangunkan perumahan berpusat bagi semua ladangnya di Malaysia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. PM lancar skim perumahan pekerja dan bekas pekerja Sime Darby Plantation di Pulau Carey yang dijual pada harga RM100,000 seunit.

9 Mac 2013 Seorang pengganas Sulu ditembak mati di Kg Tanjung Batu, Lahad Datu, 8 pagi tadi, menjadikan 53 pengganas Sulu maut sehingga hari ini.

9 Mac 2013 Hishamuddin berkata Ops Daulat hanya berakhri setelah semua pengganas Sulu dihapuskan. 3 boat dengan 27 penumpang yang mendakwa nelayan, ditahan pihak berkuasa di pesisiran pantai Tanjung Batu, dalam kawasan operasi Ops Daulat.

10 Mac 2013 85 orang sudah ditahan di seluruh Sabah bagi bantu siasatan pencerobohan pengganas Sulu di Kg Tanduo dan Tanjung Batu setakat ini.

2 anggota PGA cedera dalam insiden berbalas tembak dengan pengganas di Kg Tanjung Batu.

44 warga asing termasuk wanita ditahan dalam Ops Daulat di Kampung Pinggir Bakau, Semporna. APMM akan bina pos kawalan di Felda Sahabat. Sekolah di Semporna dan Lahad Datu dibenar untuk terus ditutup jika warga sekolah dan ibubapa masih bimbang.

Polis dan masyarakat Suluk di Sabah nafi laporan media Filipina kononnya pihak berkuasa kasari masyarakat itu yang tinggal di Sabah.

Sekumpulan wartawan menghadapi pengalaman menakutkan apabila terlihat kelibat seorang pengganas Sulu di Kg Tanjung Labian.

10 Mac 2013 Kerajaan akan bina 80,000 rumah mampu milik dibawah PR1MA di sekitar lembah Kelang dalam tempoh terdekat untuk golongan berpendapatan sederhana antara RM2,500 hingga RM7,000 sebulan, kata Najib.

11 Mac 2013 Najib umumkan kenaikan gaji bagi polis dan tentera disetarakan dengan gred kakitangan awam lain. Manakala 182, 434 penjawat awam yang sudah mencapai gaji maksimum dinaikkan tangga gaji sebanyak 3 kenaikan gaji bermula Januari 2013.

11 Mac 2013 Jeneral pengganas Sulu yang terbunuh dalam kejadian Khamis lalu, 7 Mac 2013 dikenali sebagai Jeneral Musa.

Selepas sebulan, Kg Tanduo, yang mula mula dicerobohi pengganas pada 12 Februari lalu, diistyharkan bersih dari pengganas.

Kawasan keselamatan khas Sabah, SSA kini dikenali Eastern Sabah Security Command, ESSCOM.

12 Mac 2013 TPM lawat kawasan operasi Ops Daulat di Felda Sahabat.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera umum dividen 16 %, yang tertinggi dalam sejarah, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

12 Mac 2013 12 mayat pengganas Sulu dipercayai dikebumikan di Kg Tanduo. Mayat pengganas ditemui di Tanjung Batu disahkan Jeneral Musa.

3 pengganas Sulu terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kg Tanjung Batu, kira kira 10,45 pagi tadi.

TPM ketika lawat Ops Daulat umum bantuan RM1000 kepada setiap keluarga yang terlibat dan terpaksa dipindahkan dalam Ops Daulat.

6 lagi orang di tahan di kg Bangau Bangau, Semporna kerana disyaki terlibat dengan pengganas Sulu, seorang daripada yang ditahan, amat dikehendaki polis.

2 anggota tentera terbunuh dalam Ops Daulat, seorang terkena tembakan di Sungai Nyamuk manakala seorang lagi akibat kemalangan. Kedua dua mangsa berasal dari Kelantan.

12 Mac 2013 Malaysia tandatangani perjanjian kerjasama dengan UAE babitkan pelaburan RM39 Billion.

12 Mac 2013 Najib diwawancara dalam rancangan A CONVERSATION WITH THE PM, terbitan NSTP, disiarkan TV3 jam 9 malam dan berkata :

- senarai lengkap calon BN akan siap, kemungkinan akan ada perubahan di saat akhir.

- insiden pencerobohan di Lahad Datu beri kesedaran kepada semua pihak agar pasukan keselamatan negara cukup terlatih dan dilengkapi kemudahan canggih.

- Manifesto pembangkang sukar dipercayai kerana setiap janji dan aspek pelaksanaanya tidak dihuraikan.

- pemberian BR1M bukan sandiwara politik atau gimik pilihanraya sepertimana digembar gemburkan pembangkang.

- Najib percaya BN boleh lakukan yang lebih terbai untuk rakyat dan bawa Malaysia ke tahap lebih tinggi jika diberi mandat besar dalam PRU 13.

- Manifesto BN akan dilancarkan pada masa tepat agar rakyat Malaysia boleh mengerti isi kandungannya.

- kerajaan komited kurangkan jenayah tapi tidak berjanji menghapus atau mengurangkannya kepada jenayah sifar.

- kerajaan komited usaha perkukuhkan proses pilihanraya serta beri jaminan pilihanraya di Malaysia bebas dan adil.

- rakyat diminta lihat kejayaan transformasi yang dilaksanakan kerajaan dalam tempoh 4 tahun lalu ketika membuat pilihan pada PRU 13.

- setiap pilihanraya umum yang hendak diadakan perlu mengikut peruntukan dan konteks yang ditetapkan perlembagaan negara.

13 Mac 2013 Jenazah 2 anggota ATM yang terkorban dalam Ops Daulat, Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24 tahun dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan, 21 tahun tiba di pengkalan TLDM Subang, jam 8 pagi, disambut Najib dan dif kenamaan lain.

Kedua dua anggota tentera yang terkorban itu dinaikkan pangkat Kopral dan menerima imbuhan pencen terbitan RM2,000.00

Rakyat diminta tidak perlekeh dan perkecilkan kemampuan pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas di Sabah.

Polis percaya ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram, masih hidup dan masih diburu dalam Ops Daulat.

Untuk memperkuatkan Ops Daulat, ATM umum penghantaran 12 kereta perisai berantai dan beberapa helikopter bagi tambah kekuatan, mulai esok.

MNLF iktiraf dan hormati keputusan rakyat Sabah sertai Malaysia pada 1963 kata ketuanya Muslimin Sema.

Mesyuarat pertama jawatankuasa kerja ESSCOM, umum bina 5 balai polis baru di Pulau Gaya, Pulau Bum Bum, Pulau Mabul, Tanjung Labian dan Felda Sahabat dan 3 CIQ di Timur Sabah.

14 Mac 2013 Moral serta semangat ATM dan PDRM tetap tinggi untuk mempertahankan keselamatan negara terutama penduduk di Sabah.

Hospital Kuala Lumpur akan dinaik taraf menjadi hospital primier bertaraf dunia kata Najib.

Kementerian Pertahanan kini diberi kuasa ambil alih arahan operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM dari Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga keseluruhan 1,400 km perairan Sabah.

Naib Presiden PKR, Tian Chua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen KL atas dakwaan keluarkan kenyataan menghasut berhubung insiden pencerobohan di Sabah.

Seorang lelaki ditahan kerana membawa 2 pedang samurai dan 2 bilah parang kawasan Ops Daulat di Tanjung Labian, 10.45 am.

Tentera lancar serangan mortar di Sungai Nyamuk pagi tadi sebelum operasi mengeledah saki baki pengganas Sulu yang di syaki bersembunyi.

Polis percepatkan proses kenal pasti identiti mayat penganas Sulu yang terbunuh berdasarkan cap jari dan DNA.

15 Mac 2013 Kerajaan Pusat luluskan RM1 Billion untuk laksanakan program penyuraian trafik bagi jambatan kedua Pulau Pinang kata Nor Mohd Yakcop.

45,000 rakyat hadir di majlis pemimpin bersama rakyat di Kuala Krai, Kelantan dihadiri Najib yang disifatkan beliau sebagai luar biasa.

15 Mayat pengganas dipercayai terbunuh dalam pertemburan dengan pasukan keselamatan, 1 Mac 2013 lalu di Kg Tanduo ditemui dalam 3 kubur di kampung itu.

8 warga filipina ditahan ketika menaiki bot laju ketika cuba masuk ke perairan dekat Sungai Bilis, Lahad Datu tengah malam semalam.

Malaysia di tempat ke 64 daripada 187 negara dalam kajian indeks Pembangunan Manusia menurut Laporan Pembangunan Manusia, HDR, PBB

Sidang Media Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera di Kota Kinabalu, Ketua Pengganas Agbimudin Kiram atau Azzimudie Kiram dipercayai sudah meninggalkan pengikutnya dan melarikan diri ke Selatan Filipina.

16 Mac 2013

Kabinet benarkan media asing khususnya dari Filipina buat laporan berita mengenai Ops Daulat di Sabah.

Kira kira 1,000 daripada 34,000 pelatih PLKN yang jalani latihan di Sabah, selamat pulang ke rumah masing masing di Semenanjung hari ini.

Tiada sebarang tempoh ditetapkan untuk tamatkan Ops Daulat, samada sebelum atau selepas Parlimen dibubarkan kata CP Sabah.

Karpal Singh meminta Peguam Negara untuk serta merta memfailkan kertas mahkamah untuk kaji semula bayaran cess untuk Sabah yang diputuskan pada 1938.

17 Mac 2013

PM bersama 400,000 peserta sertai program berjalan kaki 1Million Women Purple Walk sempena sambutan hari Wanita antarabangsa di Putrajaya. Majlis sama disambut serentak di seluruh negara.

Seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Kg Tanjung Batu, 10.15 pagi tadi.

Najib lancar komuniti Perwani 1Malaysia yang akan wujudkan 100,000 kumpulan wanita di seluruh negara sebagai ejen transformasi komuniti.

Anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah Langkah Khas, SOSMA 2012.

18 Mac 2013

Kakitangan permodalan Nasional Berhad, PNB akan terima bonus tambahan sebulan gaji bagi tahun 2012 kata Najib.

Pesisir pantai Felda Sahabat akan menjadi kawasan pertama pengukuhan pertahanan negara melalui pembinaan pos kawalan baru dibawah ESSCOM.

Pasukan keselamatan bertempur dengan saki baki pengganas Sulu di Kg Tanjung Batu Felda Sahabat 22 pagi tadi kata IGP.

Najib serah surat tawaran tunai haji tahun ini kepada lebih 800 imam, ketua kg dan pengerusi JKKK.

Polis beri jaminan proses pilihanraya di kawasan insiden pencerobohan pengganas di Sabah akan berjalan lancar kata IGP.

Pasukan keselamatan yang sertai Ops Daulat tidak akan diundurkan walaupun keadaan di kawasan operasi sudah pulih dan kembali seperti biasa kata IGP.

19 Mac 2013

Operasi menggeledah di Tanjung Batu dijangka selesai sepenuhnya hari ini dibantu kereta perisai Adnan.

107 suspek yang ditahan mengikut Akta SOSMA 2012 dalam Ops Daulat akan didakwa dalam masa terdekat.

Najib umum pemberian setengah jam prtama khidmat percuma internet Telekom Malaysia kepada warga miskin dalam dan luar bandar.

PM bentang laporan tahunan Program Transformasi Negara 2012, NTP yang meliputi hasil penemuan inisiatif dibawah GTP dan ETP.

Najib berkata ETP dan GTP adalah eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan mana mana kerajaan dalam prinsip ketelusan dan kepertanggung-jawaban.

Najib juga berkata kerajaan BN adalah kerajaan yang bertanggung jawab dan tepati janji dengan meletakkan masalah serta kesejahteraan rakyat mengatasi segala galanya.

Malaysia berubah dari negara berpendapatan sederhana tinggi hasil perancangan teliti dan pelaksanaan dasar pembangunan berkesan.

Najib tegaskan Sabah selama2nya sebahagian daripada Malaysia dan rakyat Sabah adalah warga-negara Malaysia dan tiada pihak yang boleh merampas walau seinci pun tanah Sabah.

Pendapatan purata bulanan isi rumah Malaysia meningkat dari RM4025 pada 2009 kepada RM5000 pada 2012, naik 1,200% sejak 1974 kata Najib.

Najib juga berkata BR1M akan dijadikan sebagai inisiatif tahunan kerana ia memberi manfaat besar kepada rakyat berpendapatan rendah.

Najib juga ingatkan rakyat supaya pilih kerajaan yang transformatif dan jangan memilih kerajaan yang akan meruntuhkan masa depan negara.

Sebanyak RM466 Billion kekayaan telah berjaya dijana sejak semua inisiatif transformasi dimulakan dengan 147 projek diumumkan dibawah ETP dengan nilai RM211.34 billion.

20 Mac 2013

8 suspek pengganas Sulu yang ditahan dibawah SOSMA didakwa di mahkamah majistret Lahad Datu hari ini mengikut seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana lancarkan peperangan ke atas Yang Di Pertuan Agong yang membawa hukuman mati dan seksyen 131 KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup. Tidak pengakuan dicatatkan. Semua suspek kemudiannya dibawa ke mahkamah Tinggi Tawau untuk didakwa mengikut akta sama pada keesokan harinya 21 Mac 2013.

Mayat 28 pengganas Sulu pula akan dikebumikan di kubur sementara sehingga ada waris nak tuntut menggunakan DNA.

Pejabat perdana Menteri dalam twitternya sebentar tadi jelaskan khabar angin parlimen dibubarkan hari ini adalah tidak benar. Sebaliknya PM Bertemu Agong setiap Rabu.

Bank Negara Malaysia catat keuntungan bersih RM5.6 Billion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2012 berbanding keuntungan RM4.724 Billion pada 2011. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 5.6% pada 2012 dan pula dijangka terus catat kadar pertumbuhan stabil 5 hingga 6 % tahun ini 2013 kerana permintaan domestik.

Institusi kewangan Malaysia juga berada pada kedudukan baik untuk tangani perkembangan luaran tyang tidak menentu dan pertumbuhan swasta juga terus dijangka.

Pendedahan institusi kewangan kepada pasaran hartanah dalam negeri kira kira RM480 Billion pada akhir 2012 kata bank negara Malaysia.

Inflasi dijangka meningkat tetapi kekal sederhana pada sekitar 2 dan 3% tahun ini ekoran kenaikan harga komoditi makanan di peringkat global.

Kenaikan harga rumah yang tinggi di Malaysia baru baru ini tidak dipengaruhi oleh perubahan dasar kredit bank.

21 Mac 2013

8 suspek pengganas Sulu yang ditahan dibawah SOSMA didakwa di mahkamah Tinggi Tawau pagi ini mengikut seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana lancarkan peperangan ke atas Yang Di Pertuan Agong yang membawa hukuman mati dan seksyen 131 KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup. Tidak pengakuan dicatatkan. Kawasan mahkamah dikawal rapi Polis.

Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati manakala seorang lagi pengganas wanita ditangkap ketika operasi pembersihan di Tanjung Batu, semalam kata Panglima Angkatan Tentera.

Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram yang tolol dan sial itu dipercayai telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac lalu dan kini bersembunyi di pulau kecil di Selatan Filipina.


22 Mac 2013

Segala yang dirancang untuk negara terutama agenda transformasi, capai kejayaan berkat doa dan sokongan rakyat kata Najib.

Parti politik dibenarkan bentang manifesto selama 10 minit menerusi RTM selepas pembubaran Parlimen, namun ia mesti dirakam terlebih dahulu.

23 Mac 2013

2 Pengganas serta isteri masing masing terdiri berpangkat pengawai pemerintah dan pegawai perhubungan ditahan dalam 2 tangkapan di Semporna dan Tungku.

Pembangunan luar bandar berkonsep rumah pembinaan perumahan dan projek ekonomi, bukgti transformasi kerajaan BN basmi kemiskinan kata Najib.

Projek Rimbunan Kaseh di Tanjung Besar, Lipis, Pahang bernilai RM23 juta akan menjadi perintis konsep pembangunan luar bandar alaf 21 kata Najib.

PM beri jaminan golongan muda tidak disisihkan dalam arus pembangunan dan yakin mereka menyokong dasar transformasi negara.

PM kata beliau akan adakan pertemuan dengan ATM dan PDRM, isnin ini 25 mac 2013 bagi bincang isu pencerobohan di Sabah.

Hishamuddin kata Najib akan umum suruhanjaya siasatan diraja mengenai pencerobohan pengganas Sulu di Sabah pada Isnin 25 Mac 2013.

PM lulus tambahan sumbangan RM3 juta bagi pembinaan bangunan Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuantan, menjadikan keseluruhannya RM5 juta.

80,000 rakyat hadir bersama Najib pada karnival jelajah janji ditepati di Kuantan, karnival terakhir dalam kalendar 2013.

PM umum pembinaan 20,000 unit perumahan rakyat 1Malaysia, PR1MA, khusus untuk penduduk 3 kawasan di Kuantan.

PM umum peruntukan RM100 juta kepada kerajaan negeri Pahang iaitu masing masing RM50 juta untuk atasi masalah banjir dan kesesakan jalanraya.

Kerajaan Persekutuan juga luluskan peruntukan RM100 juta bagi skim mikro kredit kepada peniaga kecil tahun ini dan 2014 menerusi Bank Rakyat kata PM.

24 Mac 2013

PM sertai 10,000 rakyat dalam aktiviti berjalan kaki dan berbasikal bagi program Jom Ceria di Putrajaya.

DIGP kata komander pengganas Sulu ditahan di Semporna jam 1.30 pagi Sabtu lalu dikenali Datu Amir Bahar Hushin Kiram, ditahan dibawah SOSMA 2012.

Najib kata Yayasan 1Malaysia akan keluarkan geran RM5000 untuk 1,000 penerima terdiri pemandu teksi bagi bolehkan mereka beli Proton Exora.

2 Pengganas dan 2 kanak kanak maut manakala 1 lagi kanak kanak maut dalam pertempuran di Kg Tanjung Batu, Lahad Datu kata Panglima Angkatan Tentera.

PM lahirkan rasa gembira sambutan luar biasa konsert Fiesta Mesra Belia 1Malaysia di Ampang.

25 Mac 2013 - isnin

Kerajaan istyharkan kewujudan Zon Selamat Malaysia Timur atau ESSZONE di timur Sabah cakupi 10 daerah. Kerajaan juga wujudkan inisiatif penempatan semula penduduk di beberapa lokasi di Timur Sabah bagi pelihara keselamatan awam. Menerusi ESSZONE, kerajaan boleh tempatkan semula kumpulan atau pendatang tanpa izin atau tak bernegara ke kawasan selamat dan sesuai. 3 kabin bagi ibupejabat sementara ESSCOM dipasang dikompleks pasukan Gerakan Marin di Lahad Datu.

PM tegaskan ESSZONE bukan 1 peristyharan darurat dan tak halang proses praya yang bebas, telus dan demokratik di Sabah.

Kerajaan setuju laksana skim insuran berkelompok bagi tingkatkan kebajikan 112,145 pegawai dan anggota PDRM di seluruh negara.

Kerajaan juga akan tambah aset pertahanan bagi perkukuhkan keselamatan Sabah terutama di kawasan perairan kata Zahid Hamidi.

Kerajaan terima 4 cadangan 7 agensi Badan Berkanun yang diasingkan saraan yang dikemukakan kepada PM baru baru ini.

MB Negeri Sembilan kata DUN Negeri Sembilan terbubar automatik tengah malam Rabu, menjadikannya DUN pertama di Malaysia yang terbubar automatik selepas PRU 2008.

Peguam Negara kata kerajaan akan pastikan ketua pengganas Azzimudie Kiram dan Ketua Pemerintah Tentera Sulu, Datu Amir Bahar Hushin Kiram, dibicarakan di mahkamah Malaysia kerana mengetuai keganasan Sulu di Sabah.

26 Mac 2013

PM rasmikan LIMA 2013 di Langkawi dan rakam penghargaan pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu.

Pasukan keselamatan kesan beberapa individu di Sandakan dan Semporna mengirim wang ke Jolo untuk biayai pengganas.

Statistik terkini Ops Daulat, 67 pengganas maut, 429 ditahan, 116 ditahan dibawah SOSMA dan 42 dibebaskan.

Peguam Negara adakan sidang akbhar untuk jawab segala persoalan mengenai ESSZONE.

27 Mac 2013

Pasukan keselamatan putuskan Kg Tanduo ditutup dan tidak lagi dijadikan penempatan penduduk kerana ia tempat pendaratan pengganas Sulu dan sudah ramai maut di sana.

Tengah malam ini, sejarah tercipta apabila DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya.

28 Mac 2013

1,010 suri rumah failkan saman RM5.8 juta ke atas kerajaan Selangor dan MB Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam, tuntut elaun khas.

Kerajaan peruntukkan RM200 juta sebagai bajet permulaan bagi pembelian aset dan bangunkan prasarana ESSZONE.

Kawasan seluas 121 hektar di Kampung Sungai Merah, Lahad Datu dikenal pasti sebagai pusat penempatan baru penduduk Kg Tanduo.

SPR sudah menerima notis pembubaran DUN Negeri Sembilan.

Pasukan keselamatan tembak mati seorang pengganas dan tahan 2 wanita dalam pertempuran di Kg Simunul, Semporna, 8.40 pagi tadi.

SPR memberitahu tarikh sebenar pembubaran automatik dewan rakyat ialah pada 30 April 2013, bukan 28 April 2013.

29 Mac 2013

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un arah roket strategiknya siap sedia bagi menyerang pengkalan Amerika Syarikat di pasifik dan Korea Selatan.

Sebarang keputusan mengenai perolehan pesawat tempur pelbagai guna MRCA, hanya diumumkan selepas PRU 13 kata Zahid Hamidi.


29 Mac 2013

Pasukan Keselamatan sahkan Kg Tanjung Labian selamat daripada ancaman pengganas selepas operasi pengeledahan dan pembersihan selesai.

MAS menerima pesawat AIRBUS A380 keenam, yang terakhir daripada pesanan yang dibuat kepada Airbus pada 2003. Ini juga pesawat AIRBUS A380 ke 100 dikeluarkan kilang Airbus di Toulouse, Perancis.

30 Mac 2013

Ops Daulat akan diteruskan di Lahad Datu, Semporna dan Sandakan sehingga keadaan benar benar selamat.

Hishamuddin berkata kedutaan Filipina berpuas hati dengan layanan ke atas rakyatnya yang ditahan mengikut SOSMA 2012 di penjara Tawau.

Najib lancarkan unit rondaan bermotorsikal, URB, PDRM di stadium Mini MPSJ, Subang Jaya. Sabah turut menerima motorsikal berkenaan untuk mantapkan usaha cegah jenayah dengan bekalan awal kepada 4 daerah termasuk Kota Kinabalu dan Sandakan. PM turut umum tambahan 1,000 lagi unit motorsikal untuk kukuhkan URB.

31 Mac 2013

Kerajaan sangkal dakwaan media asing kononnya penduduk Felda Sahabat yang dipindah ke pusat penempatan sementara diberi layanan berat sebelah.

3 pusat pemeriksaan Immigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan ICQS akan mula beroperasi di 3 lokasi dalam ESSCOM mulai selasa 2 April 2013. Kawasan itu ialah di Lahad Datu, Kudat dan Karakit, Pulau Banggi.

Polis sedang memburu seorang individu dikenali Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman bagi bantu siasatan pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna. Individu itu dipercayai menyalurkan dana kepada Sultan Sulu di Jolo, selatan Filipina.

1 April 2013

Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman serah diri di IPD Ampang Jaya untuk bantu siasatan pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna dan kini ditahan mengikut SOSMA 2012. Ridzwan ketika ditemuramah media sejurus sebelum serah diri mengakui ada menyalurkan dana kepada kesultanan Sulu dikenali Muedzul Lail Tan Kiram tetapi bukan kepada Jamalul Kiram III.

2 April 2013

Ops Daulat di pantai Timur Sabah akan diteruskan walaupun PRU 13 mungkin diadakan dalam masa terdekat kata Panglima ATM.

Najib umum pembayaran sagu hati RM1000 kepada setiap kakitangan Petronas sebagai penghargaan kepada warga syarikat itu.

Najib berkata janji pembangkang untuk menurunkan harga minyak dan menaikkan royalti minyak dari 5% kepada 20% boleh menjejaskan masa depan Petronas.

DUN Pahang sedia dibubarkan pada 3 April jika benar Parlimen dibubarkan pada 3 April 2013 kata MB Pahang.

3 April 2013

PM akan berucap secara langsung di TV pada jam 11.30 pagi kata pejabat Perdana Menteri.

PM tiba di pejabat PM di Putrajaya jam 9.30 am bagi pengerusikan Mesyuarat Kabinet.

PM umum pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini 3 April 2013 bagi memberi laluan PRU 13, ucapan beliau disiarkan secara langsung selama 13 minit mulai 11.33 pagi.

PM berkata pembubaran Parlimen ke 12 mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agung ketika mengadap baginda di Istana Negara, pagi tadi.

Semua kerajaan negeri dinasihatkan bubar DUN masing masing kecuali Sarawak yang sudah adakan pilihanraya pada April 2011 dan Negeri Sembilan yang sudah terbubar dengan sendiri, bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan serentak dengan Parlimen.

PM ucap terima kasih dan penghargaan kepada rakyat kerana beri kepercayaan kepada kerajaan BN terajui negara sejak 5 tahun lalu.

PM berkata beliau akan turun padang mulai sekarang bertemu rakyat untuk terangkan kenapa BN perlu diberi mandat kembali pada PRU 13.

Setiap parti yang terlibat perlu bertanggung jawab dan bersama menjaga integriti proses pilihanraya di negeri ini.

Keselamatan pengundi di timur Sabah khususnya Lahad Datu terjamin, gesa rakyat di sana tunai tanggung jawab sebagai pengundi.

Kerajaan akan teruskan tugas dan tanggung jawab sesuai dengan prinsip keluhuran perlembagaan sehingga selesai proses pilihanraya.

DUN Sabah bubar 3 April 2013 selepas Ketua Menteri Sabah berkenan mengadap TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, 3.41 petang tadi untuk mendapat perkenan pembubaran pilihanraya dewan undangan negeri. Datuk Seri Musa kemudiannya membuat pengumuman rasmi pembubaran itu di Sri Gaya kira kira 4 petang tadi.

DUN Melaka dibubarkan selepas Ketua Menteri Melaka mengadap TYT Yang Di Pertua Negeri Melaka untuk perkenan bubar DUN, 1 tengahari tadi.

DUN Perak dibubarkan hari ini 3 April 2013 selepas MB Perak mengadap pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah 3.10 petang di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk mohon perkenan bubar DUN.

DUN Perlis dibubarkan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamallulail, 12.30 tengahari tadi.

DUN Terengganu bubar selepas MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengadap Sultan Terengganu, kira kira 10 malam.

SPR dijadual adakan sidang media 3 petang ini dipercayai untuk menetapkan hari penamaan calon dan pengundian. SPR kemudiannya akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini untuk tentukan tarikh berkenaan. Kemudiannya mesyuarat itu ditetapkan pula pada 11 April 2013 bersamaan Rabu.

Calon BN yang bertanding PRU 13 akan diumumkan lebih awal, 7 hingga 10 hari sebelum penamaan calon.

Ops Daulat, Polis sedang mengesan Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl, 57 tahun, muka dia muka sial, dan nama pun macam sial, alamat terakhir di kg Bawang Tamparuli dan kini tinggal di rumah flat kos rendah Tanjung Aru, bagi bantu siasatan kes pencerobohan di Pantai Timur Sabah.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim umum letak jawatan sebagai presiden Persatuan Bolasepak Johor, berkuat kuasa hari ini.

4 April 2013

DUN Johor bubar mulai malam tadi mengikut undang undang tubuh kerajaan Negeri Johor 1895.

BN akan lancar manifestonya Sabtu ini sebagai aku janji dan komitmen kepada rakyat dan negara.

PM kata calon BN akan diumum lebih awal bagi bolehkan mereka perkenalkan diri dan buat pengundi menilai.

Manifesto BN juga akan diumum lebih awal bagi bolehkan rakyat buat penilaian.

Selangor menjadi negeri pertama tadbiran pembangkang umum bubar DUN selepas dapat perkenan Sultan Selangor, 2.40 petang tadi.

Clarence Luing Karl yang berwajah sial anjing babi sudah ditangkap polis di rumah sialnya di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, malam tadi kerana disyaki ada kaitan dengan pencerobohan di Lahad Datu.

Pengantin baru di Terengganu yang kahwin selepas PRU 13 akan terima RM1000 manakala pasangan timang anak pertama dapat RM500.

Pasaran saham KL melonjak kepada angka tertinggi 1,700.55 mata hasil pembelian dana Sime Darby dan Petronas.

5 April 2013

Najib sebentar tadi rasmikan 3 projek pembangunan di Cyberjaya babitkan nilai keseluruhan RM8 billion.

DUN Kedah dibubar selepas dapat perkenan Jemaah Pemangku Sultan kedah, 10.15 pagi tadi.

DUN Pulau Pinang dibubar selepas Yang Di Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, tandatangani notis pembubaran 9.35 pagi tadi.

Pembubaran semua DUN lengkap hari ini selepas yang terakhir DUN Kedah jam 10.15 pagi tadi.

Presiden MIC G Palanivel kata bekas Presiden MIC Sammy Vellu tidak akan dicalonkan semula pada PRU 13.

Tok Mun atau Maimun Yusof, 94 tahun dijangka tanding PRU 13. Pada PRU 12, nenek kepada 19 cucu ini bertanding di Parlimen Kuala Terengganu namun hanya meraih 685 undi.

6 April 2013

Kerajaan Sabah wartakan 607 hektar kawasan di Tanjung Labian, Lahad Datu bagi penempatan semula penduduk yang terlibat dengan insiden pencerobohan.

Najib bentangkan Manifesto BN hadapi PRU 13 di hadapan 50,000 orang di Stadium Putra Bukit Jalil. Menurut Najib Manifesto itu adalah AKU JANJI, dokumen yang serius yang perlu ditepati.

Antara kandungan Akujanji :

- bertema Menepati Janji, Membawa Harapan, merangkumi 17 perkara.

- Berdasarkan transformasi dan perkembangan ekonomi memberangsangkan, lebih 3.3 juta peluang pekerjaan dengan 2 juta dalam pekerjaan berpendapatan tinggi, bakal diwujudkan menjelang 2020, tarik pelaburan RM1.3 trillion dan pendapatan per kapita RM45,000 menjelang 2020.

- kerajaan komited kurangkan cukai individu dan korporat secara beransur ansur.

- BR1M ditambah sehingga RM1,200 sebulan dan RM600 untuk orang bujang, diberikan secara tahunan.

- Kerajaan BN akan bina 1 juta unit rumah mampu milik termasuk 500,000 rumah PR1MA dengan harga 20% lebih rendah dari pasaran.

- Baucar buku 1Malaysia akan dinaikkan kepada RM300 manakala bantuan persekolahan dinaikkan RM150.

- Pelan Induk pembangunan pendidikan akan tingkatkan kualiti pendidikan menekankan BM, BI, Sains dan Matematik.

- Kerajaan BN akan perkenal skim gaji transformatif untuk penjawat awam serta semakan semula elaun.

- 1 kementerian baru akan diwujudkan bagi tangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.

- rombakan polisi automatif kebangsaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebanyak 20% hingga 30% dan meningkatkan persaingan kereta nasional.

- menambah insentif kerja sendiri dari rumah dengan tumpuan kepada ibu tunggal.

- ketatkan undang undang cegah gangguan seksual.

Pilihanraya kali ini bukan sahaja menentukan siapa yang akan menerajui negara, malah menentukan halatuju negara.

1 Undi untuk BN bermakna 1 undi untuk harapan rakyatyang sebenarnya.

7 April 2013

Najib berkata kerajaan BN janjikan perubahan lebih besar untuk Selangor dan Malaysia bagi jamin masa depan lebih gemilang.

Kementerian Luar Malaysia bimbang dengan perkembangan krisis nuklear Korea Utara dan Selatan dan menggesa semua pihak hentikan provokasi.

Ops Daulat, 2 rakyat asing ditahan di Pulau Bum Bum, Semporna mengikut SOSMA 2012 kerana miliki 2 pucuk surat Sultan Sulu dan sejumlah senjata.

8 April 2013

Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sahkan tidak bertanding pada PRU 13 mempertahankan Parlimen Miri.

Blogger Papa Gomo yang sering dedahkan video seks Anwar Ibrahim, akan bertanding menentang Anwar di Permatang Pauh.

Kesemua perlawanan Liga M akan ditangguh ke 1 tempoh baru ketika PRU13 bagi bolehkan pilihanraya berjalan lancar.

TPM Muhyiddin Yassin berkata komputer riba akan disediakan kepada semua pelajar di semua sekolah kerajaan pada tahun depan jika BN terus memerintah.

32 orang dipercayai pengganas ditahan ketika cuba masuk perairan Lahad Datu, kira kira 12 batu nautika dari Pulau Tambisan, 2 pagi tadi kata Pesuruhjaya Polis Sabah.

Lebih 700,000 pesara kerajaan akan nikmati potongan harga di lebih 100 kedai dan syarikat menerusi kad diskaun 1 Malaysia kata Najib.

Bekas PM British, Margaret Thatcher, 87 tahun meninggal dunia akibat angin ahmar.

Kerajaan BN komited membantu masyarakat India mencapai sasaran pemilikan ekuiti 3% kata PM.

9 April 2013

Kilang bina kemudahan keretapi di Batu Gajah dijangka siap dalam setahun dan tawar 800 pekerjaan terutama dalam teknologi tinggi.

180,000 pemegang saham FGVH bakal nikmati dividen sekali lagi yang dijangka dibayar Julai ini kata Isa Samad.

TPM kata manifesto pembangkang diciplak dari Manifesto BN kerana apa yang dibentangkan sudah dilaksanakan kerajaan.

Kerajaan akan lancar Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, PPA1M tidak lama lagi yang sediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam berharga RM150,000 hingga RM300,000 di bandar utama, dibina di tanah kerajaan kata KSN.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil umum tidak bertanding pada PRU13 tapi tetap laksanakan tugas selaku Ketua Wanita UMNO.

Malaysia bebas dari penyakit selsema burung termasuk H7N9 yang korbankan 6 orang di China.

10 April 2013

SPR tetapkan hari penamaan calon bagi PRU 13 pada 20 April manakala pengundian pada 5 Mei 2013.

13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi pada PRU13 berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan 11 April 2013.

BN akan umum senarai calon bagi PRU13 dalam tempoh beberapa hari lagi kata Najib.

PM adakan perjumpaan khas dengan pemimpin BN pusat dan negeri sebagai proses akhir tetapkan calon dan pembahagian kerusi di kalangan komponen BN.

Calon yang kalah pada PRU12 tapi bekerja kuat untuk parti dan diterima rakyat, berpeluang dipertimbangkan kata Najib.

Najib berkata bekas pemimpin pembangkang yang mungkin dipilih bertanding mewakili BN boleh gunakan lambang parti itu atau Parti Bebas.

Najib bayangkan akan ada pertukaran satu atau dua kerusi antara parti komponen BN pada PRU13.

Polis kenal pasti beberapa individu di Perak yang mungkin boleh timbulkan kekacauan sepanjang tempoh berkempen dan mengundi pada PRU13 kata DIGP.

6 inisiatif dibawah pelan pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM 2013 - 2025 dicapai dalam tempoh 100 hari pelaksanaannya kata TPM.

9 individu termasuk 2 wanita yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas ditahan di Beluran kata Pesuruhjaya Polis Sabah.

Datuk Ibrahim Ali sahkan akan bertanding di parlimen Pasir Mas tetapi tidak menyatakan di bawah parti apa.

11 April 2013

Tidak timbul soal tukar kerajaan kerana perubahan sebenar untuk kesejahteraan rakyat sudah dan sedang dilaksanakan kata Najib.

TPM kata kerajaan akan teruskan usaha menyediakan pasarana terbaik kepada semua sekolah menerusi peruntukan bajet setiap tahun.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sahkan tidak akan bertanding pada PRU13 bagi beri peluang kepada muka baru.

Bayarah Haji kekal RM9980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah Haji tahun ini dijangka meningkat kata pengarah Urusan Tabung Haji.

Naib Pengerusi DAP Sabah, Edward Muji umum keluar parti dan sertai BN menerusi UPKO serta serah borang sertai UPKO kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok, sebentar tadi.

Polis berkemungkinan tidak mendakwa 32 rakyat Filipina yang ditahan di 12 batu nautika dari Tambisan pada Isnin lalu kerana mereka adalah pekerja kempen politik yang tersasar masuk ke perairan Sabah.


12 April 2013

Bekas MB Perak, Nizar Jamaludin kalah saman RM50 juta ke atas TV3 berhubung twitternya mengenai pembelian plat pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor.

Polis membebaskan dan menghantar semula 32 rakyat Filipina yang ditahan di perairan 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu, 8 April lalu setelah mendapati mereka calon dan pekerja kempen pilihanraya Filipina yang dalam perjalanan dari Bongao ke Taganak, Selatan Filipina.

11 lagi individu didakwa di mahkamah tinggi Tawau atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang Di Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas. Seorang anggota polis, Kopral Ali Hassan Basri turut didakwa di mahkamah sama atas tuduhan sengaja tidak memberikan maklumta mengenai aktiviti pengganas.

13 April 2013

Najib lawat lahad Datu dan merasmikan ibupejabat sementara ESSCOM di pengkalan polis Marin Lahad Datu dan gariskan 4 pelan tindakan strategik mantapkan ESSCOM iaitu tingkatkan keupayaan risikan dan pemantauan pesisiran pantai 24 jam sehari, tingkatkan keupayaan pintas dan halang kemasukan anasir tidak diingini di laut dan memperhebat usaha mengesan dan tangkap musuh khususnya pengganas luar negara di daratan.

Najib turut umumkan proses perlantikan ke 48 jawatan ESSCOM termasuk 7 jawatan utama dilakukan amat pantas, dalam masa 24 jam sahaja, yang terpantas dalam sejarah perkhidmatan awam di Malaysia.

Najib umum tambahan 4 platun Askar Wataniah dan 100 polis sukarelawan kawal Felda Sahabat.

Najib turut umum setiap keluarga yang hilang tempat tinggal akibat Ops Daulat akan mendapat rumah percuma yang lebih baik dari rumah asal, dengan kosnya ditanggung kerajaan.

Najib lawat Felda Sahabat dan sampaikan PKN, Pingat Kedaulatan Negara kepada pasukan keselamatan dan semua pihak yang terlibat dalam Ops Daulat.

Najib turut berkata Ops Daulat akan berakhir tidak lama lagi dan operasi akan diambil alih ESSCOM sehinggalah semua pengganas Sulu dan talibarut mereka dihapuskan!!!

Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin sahkan tidak akan pertahankan kerusi parlimen Pasir Gudang pada PRU 13.

103 penumpang terselamat meskipun pesawat Boeing 737-800 Lion Air tersasar dari landasan lalu mendarat di laut di Bali, Indonesia.

14 April 2013

Najib menghadiri sambutan Vasakhi bersama penganut Sikh dan maklumkan peruntukan berjumlah RM21 juta telah disalurkan kepada kaum Sikh di Malaysia sejak 2008. Beliau turut umumkan peruntukan RM1.69 juta untuk Majlis Gurdwara Malaysia dan semua kaum dan agama di Malaysia akan terus mendapat faedah dari kerajaan.

Hadi Awang akui wujud pertelingkahan di kalangan parti pembangkang berhubung pembahagian kerusi untuk ditandingi pada PRU 13.

Najib berkata Kerajaan akan bina terminal bersepadu di Gombak bagi kurangkan kesesakan keluar masuk dari dan ke Pantai Timur.

Datuk Lee Chong Wei berkata perlawanan akhir Piala Axiata menentang Thailand, malam ini diberikan khas untuk bayinya yang baru lahir, Kingston Lee.

MB Selangor Khalid Ibrahim berkata beliau sedia menerima cabaran bertanding kerusi dun Selangor pada PRU 13, katanya di pelabuhan Kelang.

15 April 2013

Najib selaku pengerusi BN serahkan watikah dan akujanji calon BN kepada ketua parti komponen dan pengerusi BN Negeri untuk PRU 13.

- 33 % calon BN pada PRU 13 terdiri muka baru bagi Parlimen manakala 49% adalah muka baru bagi DUN, ia bagi menepati kehendak pengundi dengan beri gambaran UMNO dan BN sedia lakukan perubahan. Calon muka baru ini terdiri dari pelbagai latar belakang termasuk ulama, profesional, ahli akademik dan peguam. Ia senarai akhir dan tiada perubahan lagi selepas ini.

- BN turut bariskan calon lama yang berpengalaman luas bagi perkuatkan lagi jentera BN hadapi PRU 13.

- senarai penuh calon BN itu akan diumumkan pengerusi BN Negeri esok 16 april 2013.

- BN Melaka adaa 9 muka baru.

- Parti Progresif Penduduk sahkan tanding 1 kerusi parlimen Kepong dan 4 DUN.

- Gerakan akan tanding di 11 kerusi Parlimen, 31 DUN dan tampilkan 22 muka baru termasuk 5 wanita.

- MCA akan tanding di 37 kerusi Parlimen, 90 DUN dengan 68 muka baru termasuk 5 wanita dan calon termuda berusia 25 tahun. Peguam Gary Lim Chin Yee, 39 tahun akan tanding di Parlimen Pandan, gantikan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat. 3 pemimpin kanan MCA tidak tersenarai iaitu Ong Tee Keat, Ng Yen Yen dan Gan Ping Sieu.

- Rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi di pejabat mision Malaysia di luar negara pada 28 April 2013 kata SPR.

Tun Mahathir Mohamad akan wakili kerajaan Malaysia bagi upacara pengkebumian bekas PM British, Margaret Thatcher di London, Rabu ini.

16 APRIL 2013

BN DI SELURUH NEGARA MULA UMUMKAN CALON MASING MASING. ANTARA INTIPATINYA :
PM PERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN PEKAN.

TPM PERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN PAGOH.

BN SABAH TURUT UMUMKAN CALON, KETUA MENTERI MUSA AMAN KEKAL BERTANDING DUN SUNGAI SIBUGA MANAKALA NAIB PRESIDEN UMNO DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL KEKAL PERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN SEMPORNA.

BUNG MOKTAR DAN GHAPUR SALLEH KEKAL DI PARLIMEN KINABATANGAN DAN KALABAKAN.

ANIFAH AMAN KEKAL DI PARLIMEN KIMANIS, ROSNAH SHIRLIN DI PARLIMEN PAPAR DAN RAHIM BAKRI DI PARLIMEN KUDAT. RAHMAN DAHLAN DI PARLIMEN KOTA BELUD. RAIMI UNGGIE KEKAL DI PARLIMEN TENOM MESKIPUN CALON PEMUDA, JAMAWI JAAFAR DIKATAKAN MAHU TANDING.

BEKAS KETUA MENTERI SALLEH SAID KERUAK KEMBALI TANDING DI USUKAN.

UPKO GUGURKAN 3 ADUN IAITU DONALD MOJUNTIN – MOYOG, JOHN TEO – KUALA PENYU DAN JUSTIN GUKA – BINGKOR.

PBS PULA GUGURKAN ADUN KIULU, DATUK LOUIS RAMPAS DIGANTIKAN EDITOR SABAH SARAWAK NST DAN PRESIDEN SJA, DATUK JONISTON BANGKUAI.

PBS TURUT GUGURKAN ADUN INANAM, JOHNNY GOH DAN DIGANTIKAN JOSEPH PAULUS LANTIP.

PM UMUM CALON BN SELANGOR, 80% MUKA BARU.

NOH OMAR KEKAL DI TANJUNG KARANG MANAKALA ZULKIFLI NORDIN DI PARLIMEN SHAH ALAM.

BEKAS MB SELANGOR, KHIR TOYO DIGUGURKAN DAN TIDAK LAGI TANDING DUN SUNGAI BURUNG.

MB PAHANG ADNAN YAAKOB KEKAL TANDING DUN PELANGAI, JAMALUDIN JARJIS PULA PERTAHANKAN KERUSI ROMPIN.

SETIAUSAHA AGUNG UMNO DATUK TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR KEKAL TANDING PARLIMEN PUTRAJAYA.

NOR YAKCOP TIDAK DICALONKAN DI PARLIMEN TASEK GELUGOR, DIGANTIKAN SHABUDIN YAHYA.

DATUK RAJA NONG CHIK DI PARLIMEN LEMBAH PANTAI.

12 MUKA BARU CALON BN WILAYAH PERSEKUTUAN UNTUK PRU 13 DIUMUMKAN TPM DAN DIANGGAP CALON TERBAIK UNTUK RAKYAT.

MENTERI PENGAJIAN TINGGI KHALED NORDIN TANDING DUN PERMAS, MENGUATKAN SPEKULASI BELIAU BAKAL MB JOHOR, MANAKALA MB JOHOR GHANI OTHMAN BERTANDING PARLIMEN GELANG PATAH, DICABAR LIM KIT SIANG.

AZALINA OTHMAN, HALIMAH SADIQUE DAN SHAHRIR SAMAD KEKAL TANDING DI PENGGERANG, TENGGARA DAN JOHOR BAHRU. PENYANDANG SRI GADING, MOHAMAD AZIZ DIGUGURKAN.

PENGERUSI SPNB DATUK IDRIS HARON TANDING DI KERUSI DUN SUNGAI UDANG, KUATKAN SPEKULASI BELIAU BAKAL KM MELAKA. MANAKALA KM MELAKA, ALI RUSTAM BERTANDING DI PARLIMEN BUKIT KATIL.

TIMBALAN MENTERI DLM NEGERI, ABU SEMAN YUSOP DAN EXCO MELAKA, DATUK YAAKOB MAT AMIN, ANTARA NAMA DIGUGURKAN BN MELAKA.

DATUK SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN TANDING KERUSI PARLIMEN KEPALA BATAS GANTIKAN PAK LAH YANG SUDAH 35 TAHUN JADI AHLI PARLIMEN KEPALA BATAS. MANAKALA DI PERMATANG PAUH, BEKAS NAIB PRESIDEN TELEKOM MALAYSIA BERHAD, DR MAZLAN ISMAIL AKAN MELAWAN ANWAR IBRAHIM.

PRESIDEN M-I-C G PALANIVEL TANDING DI KERUSI CAMERON HIGHLANDS. MANAKALA PENYANDANG CAMERON HIGHLANDS, SK DEVAMANY BERTANDING DI SUNGAI SIPUT, PERAK, KERUSI PERNAH DISANDANG SAMMY VELLU.

BEKAS MB NEGERI SEMBILAN SELAMA 22 TAHUN, ISA SAMAD BERTANDING DI PARLIMEN JEMPOL MELAWAN CALON PAS DAN PENYANYI, AISHAH.

PENYANDANG PARLIMEN JELEBU, RAIS YATIM PULA DIGUGURKAN. MB NEGERI SEMBILAN, MOHAMAD HASSAN KEKAL TANDING DUN RANTAU MANAKALA MENTERI KERJARAYA SHAZIMAN ABU MANSOR PERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN TAMPIN.

MB PERLIS, DR ISA SABU TIDAK BERTANDING PRU 13. BEGITU JUGA 2 BEKAS MENTERI KABINET, AZMI KHALID DAN RADZI SHEIKH AHMAD. BEKAS MB PERLIS, SHAHIDAN KASSIM PULA TANDING PARLIMEN ARAU.

BN PERAK TAMPILKAN 35 MUKA BARU UNTUK DUN DAN 5 MUKA BARU UTK PARLIMEN.

DATUK RAJA AHMAD ZAINUDIN, DUN KUBU GAJAH DIGUGURKAN OLEH BN PERAK.

DI KELANTAN, MUSTAFA MOHAMAD TANDING KERUSI PARLIMEN JELI DAN DUN AYER LANAS. MANAKALA TAN SRI ANUAR MUSA KEMBALI TANDING PARLIMEN KETEREH. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH DI PARLIMEN GUA MUSANG

MUKHRIZ MAHATHIR BERALIH KE DUN AYER HITAM, MENGUATKAN SPEKULASI BELIAU BAKAL MB KEDAH JIKA BN KEDAH MENANG.

MB TERENGGANU, AHMAD SAID KEKAL TANDING DUN KIJAL.

BEKAS MB TERENGGANU, IDRIS JUSOH TUKAR KE PARLIMEN BESUT. 9 PENYANDANG DUN DAN PARLIMEN TERENGGANU DIGUGURKAN, ANTARANYA ROSOL WAHID DAN ABDULLAH MOHD ZAIN.

DI SARAWAK, BEKAS MENTERI PUSAT, LEO MICHAEL TOYAD TANDING PARLIMEN MUKAH.

4 AHLI PARLIMEN BN SARAWAK DIGUGURKAN, MEREKA IALAH TIKI LAFE – MAS GADING, BILLY ABIT JO – HULU RAJANG, JELAING MERSAT – SARATOK DAN JACOB DUNGAU SAGAN – BARAM.

DUA LETUPAN DI GARISAN PENAMAT MARATHON BOSTON DI TEXAS MENYEBABKAN DUA MAUT DAN LEBIH SERATUS CEDERA, POLIS PERCAYA AKIBAT PERBUATAN PENGGANAS.TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT.

17 APRIL 2013

KELAB WALES, CARDIFF CITY MILIK RAKYAT MALAYSIA CATAT SEJARAH LAYAK KE LIGA PERDANA INGGERIS, YANG PERTAMA SEJAK 1962.

PM UMUMKAN KAD DISKAUN 1MALAYSIA TURUT DIPERLUAS KEPADA PENGGIAT SENI.

PM LANCARKAN AKU JANJI BN SELANGOR BERTEMA KEAMANAN, KESTABILAN DAN KEMAKMURAN.

KERAJAAN AKAN BERI AIR PERCUMA 20 METER PADU KEPADA RAKYAT SELANGOR JIKA BN RAMPAS SEMULA SELANGOR. JUGA BANTUAN TAMBAHAN RM250 KEPADA IBU TUNGGAL, WARGA EMAS, OKU DAN RAKYAT MISKIN.

BN SELANGOR TURUT IKRAR WUJUDKAN WIRELESS INTERNET, WIFI DAN PUSAT JALUR LEBAR DI KAWASAN STRATEGIK DAN NAIK TARAF TASKA KEMAS KEPADA PERMATA.

KERAJAAN PERUNTUKKAN RM165.5 JUTA LAKSANAKAN 4 PROJEK PRASARANA DAN KEMUDAHAN AWAM DI LABUAN KATA TPM.

TPM TURUT LAWAT TUARAN, PUTATAN, BELURAN DAN SANDAKAN.

18 APRIL 2013

PM BERKATA KERAJAAN AKAN BNINA 10,336 UNIT KEDIAMAN MENERUSI PROGRAM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA KHUSUS UNTUK PENJAWAT AWAM DI PUTRAJAYA. SETIAP RUMAH BERHARGA RM150,000 HINGGA RM300,000. PEMBELI HANYA PERLU BAYAR DEPOSIT RM2000 DAN HANYA MULA BAYARAN APABILA PINDAH MASUK KE RUMAH.

PM TURUT UMUM KAD DISKAUN PENGGUNA BAGI IBU TUNGGAL UNTUK NIKMATI POTONGAN HARGA 5% HINGGA 50% DI KEDAI TERPILIH.

TPM LANCARKAN PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH PEDALAMAN DI PAITAN, BELURAN UNTUK RAPATKAN JURANG PENDIDIKAN BANDAR DAN LUAR BANDAR.

BN PULAU PINANG MENGUMUMKAN 19 AKU JANJI TAMBAHAN UNTUK NEGERI ITU.

SPR BERKATA 2,000 BORANG PENCALONAN SUDAH DIBELI TERMASUK 800 CALON BEBAS.

STATISTIK DAFTAR PEMILIH PRU 13 MENUNJUKKAN 50.22 % ADALAH PENGUNDI WANITA MANAKALA 49.77% PENGUNDI LELAKI.

DAP MEMBERI R-O-S HINGGA 3 PM JUMAAT INI UNTUK TARIK BALIK SURAT TIDAK MENGIKTIRAF JAWATANKUASA EKSEKUTIF PUSAT, JIKA TIDAK DAP AKAN TANDING MENGGUNAKAN KERUSI PKR DAN PAS PADA PRU 13.


19 APRIL 2013

DAP AKAN GUNAKAN LAMBANG PAS DI SEMENANJUNG DAN PKR DI SABAH DAN SARAWAK PADA PRU 13 JIKA SPR TIDAK BENARKAN DAP GUNA LAMBANG ROKET PADA PRU 13 KATA LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG. NAMUN JIKA SPR BENARKAN DAP GUNAKAN ROKET, MAKA DAP AKAN GUNAKAN ROKET.

AHLI BN YANG BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PADA PRU13 AKAN HILANG KEAHLIAN PARTI SECARA AUTOMATIK SELAMA LAMANYA.

20 APRIL 2013 SABTU

PROSES PENAMAAN CALON PRU 13 BERMULA 9 PAGI INI DI SELURUH NEGARA.

PM NAJIB TIBA DI PEJABAT UMNO PEKAN DAN BERARAK KE PUSAT PENAMAAN CALON DI DEWAN KONVENSYEN SULTAN AHMAD SHAH, 9 PAGI TADI. PM DITENTANG CALON PKR, FARIZ MUSA, 1 LAWAN 1.

TPM MUHYIDDIN TIBA DI KOMPLEKS SUKAN PAGOH UNTUK PROSES PENAMAAN CALON BAGI PARLIMEN PAGOH, 9.05 PAGI TADI, DITENTANG CALON PAS, MOHD ROZALI JAMIL.

PARLIMEN PUTRAJAYA - SATU LAWAN SATU, TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR, BN VS HUSAM MUSA, PAS.

PARLIMEN KALABAKAN - 7 PENJURU, SEBELUM INI CALON BN DATUK ABDUL GHAPUR SALLEH MENANG TANPA TANDING SELAMA 2 PRU BERTURUT2 PADA 2004 DAN 2008. KALI INI BANYAK SAINGANNYA DATUK.

DUN SULABAYAN - 7 PENJURU.

DUN SUNGAI SIBUGA, KETUA MENTERI SABAH DATUK SERI MUSA AMAN MENGHADAPI PERTANDINGAN 5 PENJURU MENENTANG PKR, SAPP, STAR DAN BEBAS.

PARLIMEN LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH DARI PKR DITENTANG CALON BN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR, DATUK RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN DAN ROSLI BABA, BEBAS.

PARLIMEN PASIR MAS, IBRAHIM ALI, BEBAS VS NIK ABDUH NIK MAT, PAS, ANAK NIK AZIZ. CALON BN CHE JOHAN CHE PA, TARIK DIRI SAAT AKHIR.

PARLIMEN GELANG PATAH, MB JOHOR, GHANI OTHMAN VS PENASIHAT DAP LIM KIT SIANG.

PARLIMEN PENGGERANG, AZALINA OTHMAN SAID VS PENYANYI DAYANGKU INTAN, PKR DAN MOHD AZAMAN JOHARI, BEBAS.

NAIB KETUA WANITA UMNO, DATUK KAMILIA IBRAHIM TANDING CALON BEBAS DI PARLIMEN KUALA KANGSAR VS BN DAN PAS DAN LETAKKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO, NAIB KETUA WANITA UMNO DAN KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA KANGSAR. KAMILIA TURUT DIPECAT.

PARLIMEN SHAH ALAM, PERTANDINGAN 1 LAWAN SATU ANTARA DATUK ZULKIFLI NORDIN, BN DAN KHALID SAMAD, PAS.

DUN KIULU MENYAKSIKAN PERTANDINGAN 5 PENJURU ANTARA CALON BN DAN WARTAWAN, DATUK JONISTON BANGKUAI MENENTANG CALON PKR, SAPP, STAR DAN BEBAS.

PARLIMEN KUALA TERENGGANU, CALON TERTUA, MAIMUN YUSOF ATAU TOK MUN, 94 TAHUN MENENTANG CALON BN ZUBER EMBONG DAN KAMARUL BAHARIN SHAH, PAS.

MCA AKAN PECAT CALONNYA, YOONG THAM FOOK YANG TANDING ATAS TIKET BEBAS DUN KUALA KUBU BHARU.

UMNO PULA AKAN KELUAR SURAT ISNIN NI, 22 APRIL UNTUK PECAT AHLI PARTI YANG TANDING CALON BEBAS DALAM PRU 13. ANTARANYA NAIB KETUA WANITA UMNO, DATUK KAMILIA IBRAHIM YANG TANDING DI PARLIMEN KUALA KANGSAR DAN SAHAR SAKA, AJK UMNO BHG LIBARAN YANG TANDING DI PARLIMEN LIBARAN, SABAH.

SECARA KESELURUHANNYA SPR TERIMA 579 KERTAS PENCALONAN BAGI KERUSI PARLIMEN DAN 1,324 BAGI KERUSI DUN.

TIADA CALON MENANG TANPA BERTANDING DAN TIADA CALON MENARIK DIRI.

60 RIBU ORANG SERTAI PM NAJIB PADA MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PM DI WESTPORT, PELABUHAN KELANG.

20 APRIL SPR BERKATA PECAHAN CALON PRU 13 BAGI MEREBUT 222 KERUSI PARLIMEN.
BN – 221 (SEBAB PASIR MAS, CHE JOHAN CHE PA TAK SERAH KERTAS CALON)
PKR – 99
PAS – 73
DAP – 51
BEBAS – 79
STAR – 28
BERJASA – 9
SAPP – 8
SWP – 6
KITA – 2
PARTI CINTA MALAYSIA – 2
BERSAMA – 1

UNTUK KERUSI 505 DUN PULA :

BN – 505
PAS – 236
PKR – 172
DAP – 102
BEBAS – 190
STAR – 49
SAPP – 41
KITA – 11
BERJASA - 5
BERSAMA – 4
PCM – 3
PARTI SOSIALIS MALAYSIA - 2

21 APRIL 2013
NAJIB UMUM TAMBAHAN 104 UNIT RUMAH UNTUK PESERTA PROJEK AGROPOLITAN PEKAN TERMASUK 100 ORANG ASLI DI RUCHANG, PEKAN.

NAJIB BERKATA PEMAIN BOLASEPAK TEMPATAN MALAYSIA BOLEH DIBERI PELUANG UNTUK MENIMBA PENGALAMAN BERSAMA KELAB LIGA PERDANA INGGERIS MILIK RAKYAT MALAYSIA, CARDIFF CITY.

BADAN PERHUBUNGAN UMNO KELANTAN PANGGIL CHE JOHAN CHE PA UNTUK BERI PENJELASAN BERHUBUNG TINDAKAN TIDAK MEMBERIKAN BORANG PENCALONAN PARLIMEN PASIR MAS. BELIAU BERDEPAN TINDAKAN DISIPLIN TERMASUK DIPECAT.

NAJIB BERI JAMINAN AKAN TUNAIKAN JANJI TRANSFORMASI DI GAGASAN FELDA DALAM TEMPOH 5 TAHUN AKAN DATANG JIKA BN DAPAT MANDAT PRU 13.

TPM CABAR PEMBANGKANG BERANI KELUARKAN KENYATAAN BAHAWA SEMUA PRODUK 1MALAYSIA YANG DIBERI BN AKAN DIHAPUS JIKA MEREKA MENANG PRU13.

JURUTERBANG MUDA MALAYSIA, JAMES ANTHONY DISAMBUT MERIAH DI NEW YORK SELEPAS MENDARAT DENGAN PESAWAT CESSNA EAGLE 210 DI NEW JERSEY.

22 APRIL 2013
NAJIB LAWAT SELANGOR DAN BERKATA RAKYAT SELANGOR PERLU TOLAK PEMBANGKANG DAN TUKAR KERAJAAN NEGERI SEDIA ADA KEPADA BN.

NAJIB TEMPELAK AHLI BN YANG TANDING SEBAGAI CALON BEBAS DAN SIFATKAN MEREKA TERLALU IKUT EMOSI.

BEKAS MB SELANGOR DAN BEKAS NAIB PRESIDEN UMNO, TAN SRI MUHAMMAD MOHAMMAD TAIB SERTAI PAS. BODO PUNYA ORANG.

3 CALON PKR TARIK DIRI DARI BERTANDING DI DUN SEBERANG TAKIR, BUKIT BESI DAN KOTA PUTERA DI TERENGGAU KERANA BERTINDIH DENGAN CALON PAS.

SPR BERKATA CALON YANG TARIK DIRI DARI PRU 13 MASIH MEMPUNYAI NAMA PADA KERTAS UNDI.

61 AHLI UMNO YANG BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS, DIPECAT KATA LEMBAGA DISIPLIN UMNO.

13 LELAKI AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH ESOK ATAS PELBAGAI KESALAHAN BABITKAN 5 KES PADA PRU 13.

23 APRIL 2013

NAJIB LAWAT SABAH SELAMA DUA HARI. HARI PERTAMA BELIAU DIMULAKAN DENGAN LAWATAN KE KUALA PENYU DAN BONGAWAN DAN MAKAN MALAM DI KOTA KINABALU. PM TERPAKSA BERI AMANAT KEPADA RAKYAT KOTA BELUD MELALUI TELEPON KERANA CUACA BURUK HALANG PERJALANAN DENGAN HELIKOPTER.

LAWATAN HARI KEDUA NAJIB PADA 24 APRIL PULA TERTUMPU DI TENOM DAN KENINGAU SERTA RANAU.
BANTUAN KHAS RM500 UNTUK 320,000 PEKEBUN KECIL GETAH DI SELURUH NEGARA DIAGIHKAN MULAI 24 APRIL HINGGA 5 MEI KATA KETUA PENGARAH RISDA.

24 APRIL 2013

NAJIB YANG MELAWAT TENOM BERKATA SABAH MASIH SIMPANAN TETAP BN ATAU KUBU KUAT BN EKORAN SAMBUTAN HANGAT DI MANA SAJA BELIAU PERGI DI SABAH. 20 RIBU ORANG MENYAMBUT KETIBAAN BELIAU DI TENOM DAN 30 RIBU DI KENINGAU SERTA 10 RIBU DI RANAU. DAN DI RANAU NAJIB UMUM AKUJANJI BN UNTUK BINA JALANRAYA 82 KM DARI RANAU KE KOTA KINABALU.

DI KENINGAU, NAJIB PADA SIDANG MEDIA , KESAL DENGAN BEBERAPA INSIDEN PADA PRU 13 TERMASUK LETUPAN DI BILIK GERAKAN BN DI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG. NAJIB JUGA BERKATA MEDIA ASING TIDAK HARUS TERKELIRU DENGAN DAKWAAN PEMBANGKANG KONONNYA SUDAH MENDAPAT SOKONGAN DI SABAH, JOHOR DAN PAHANG, KUBU KUAT BN.

JONISTON BANGKUAI, CALON DUN KIULU BN, BERKEMPEN DI PEKAN NABALU DEKAT KUNDASANG YANG JUGA DALAM KAWASAN DUN KIULU.

TPM BERKATA KEAMANAN, PERPADUAN KAUM, TUNAI TANGGUNG JAWAB, AMANAH, JANJI DITEPATI DAN KEMAJUAN EKONOMI ANTARA SEBAB MENGAPA BN HARUS DIBERI MANDAT OLEH RAKYAT PADA PRU 13 DAN KEKAL MENJADI KERAJAAN.

ATM AKAN BERKERJASAMA DENGAN PDRM BERHUBUNG INSIDEN LETUPAN KETIKA KEMPEN PRU 13 KATA ZAHID HAMIDI.

25 APRIL 2013

PM MENYIFATKAN PRU 13 SEBAGAI UJIAN PEPERIKSAAN DAN RAKYAT AKAN BERIKAN MARKAH KEPADA BN BERDASARKAN PENCAPAIAN SELAMA INI.

ZAHID HAMIDI BERKATA 35 PENGGANAS SULU YANG DITEMBAK MATI TENETRA FILIPINA DI PULAU SIBUTU, SELATAN FILIPINA, PADA 24 APRIL 2013, SEBENARNYA CUBA MASUK KE SABAH UNTUK MENGGANGU KELANCARAN PRU 13.

4 KETUA CABANG PKR DAN AHLI MAJLIS PIMPINAN PKR SABAH KELUAR PARTI DAN SERTAI UMNO KERANA SUDAH HILANG KEPERCAYAAN DENGAN ANWAR IBRAHIM. MEREKA TERMASUK TIMBALAN PENGARAH JENTERA PRAYA PKR SABAH, MAZHRY NASIR DAN PENGARANG BUKU JINGGA SABAH, SAIDIL SIMOI.

NAJIB UMUM TAMBANG PERKHIDMATAN BAS RAPID KUANTAN, SECARA PERCUMA SEHINGGA 31 MEI INI.

26 APRIL 2013

TPM BERKATA KERJASAMA ERAT PEMIMPIN DAN ANGGOTA KESELAMATAN DAPAT MEMBANTU KERAJAAN MENGHADAPI CABARAN BESAR KETIKA INI DAN MASA DEPAN.

TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM, DATUK SHAHARUDDIN IBRAHIM, DITEMBAK MATI OLEH 2 LELAKI MENUNGGANG MOTORSIKAL KETIKA DALAM PERJALANAN KE PEJABATNYA DI PUTRAJAYA, 8 PAGI TADI. 1 PASUKAN KHAS DIKETUAI PENGARAH JSJ BUKIT AMAN, DATUK SERI BAKRI ZININ DITUBUHKAN UNTUK SIASAT KES ITU. PM UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA DAN MENGUTUK KEJADIAN ITU. ALLAHYARHAM DISIFATKAN PENJAWAT AWAM CEMERLANG.

NAJIB BERKATA DASAR TRANSFORMASI KERAJAAN JAUH LEBIH BAIK DARIPADA REFORMASI YANG DILAUNGKAN PEMBANGKANG.

KEMENTERIAN PERTAHANAN KENAL PASTI 3 PEMIMPIN PEMBANGKANG, 2 DARI SEMENANJUNG DAN 1 DARI SABAH YANG MENJADI DALANG PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU DAN SEMPORNA KATA ZAHID HAMIDI. SIAPAKAH MEREKA ITU? TIAN CHUA KAH ? HMMM ENTAHLAH..

27 APRIL 2013

NAJIB MELAWAT SARAWAK DAN BELIAU BERKATA SLOGAN UBAH YANG DILAUNGKAN PEMBANGKANG TIDAK LEBIH SEKADAR GIMIK, NASIHATKAN RAKYAT TIDAK TERPENGARUH.

200 TENTERA MEMBUANG UNDI POS DI KG TANDUO, LAHAD DATU, DIKETUAI PANGLIMA ANGKATAN TENTERA, JENERAL TAN SRI ZULKIFELI MOHD ZAIN.

28 APRIL 2013

544 PUSAT MENGUNDI MEMBABITKAN 882 SALURAN UNDI DIBUKA 8 PAGI SELASA INI, 30 APRIL 2013 UNTUK PENGUNDI AWAL TERDIRI TENTERA, POLIS, PGA DAN PASANGAN MASING MASING DI SELURUH NEGARA.

PENGUNDI MALAYSIA DI LUAR NEGARA MULA MENGUNDI, TERMASUK DI LONDON, TOKYO, NEW ZEALAND, CHINA DAN AMERIKA SYARIKAT. MEREKA SERAMAI 6.360 ORANG.

NAJIB SIFATKAN USAHA PEMBANGKANG HAPUSKAN BR1M JIKA MENANG PRU13, SEBAGAI BUKTI BR1M DITERIMA RAKYAT.

NAJIB TURUT INGATKAN JENTERA BN AGAR MENGELAK MASALAH DALAMAN PARTI SEPERTI SABOTAJ PERLU DIBENDUNG BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN DALAM PRU 13.

NAJIB BERKATA SOAL KESELAMATAN DAN PERTAHANAN NEGARA TIDAK BOLEH DIJADIKAN ISU POLITIK.


29 April 2013

Najib kata momentum kempen BN di seluruh negara meningkat dan beliau yakin mampu catat kejayaan dalam PRU 13.

Najib kata BN mempunyai perancangan besar terhadap Johor, justeru ia perlukan mandat kuat daripada rakyat Johor pada PRU 13.


30 April 2013

161,251 tentera dan pasangan serta 111,136 polis dan PGA serta pasangan mengundi awal di 544 pusat undi seluruh negara, mereka kumpulan pengundi pertama di Malaysia menggunakan dakwat kekal.

Polis sahkan 9 individu direman bagi bantu siasatan kehilangan bahan peledak dari stor syarikat Kuari di Menggatal, Kota Kinabalu kata pesuruhjaya Polis Sabah.

ESSCOM sudah kenal pasti individu terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu Februari lalu kata Ketua Pengarah ESSCOM.

Najib jadi pemimpin pertama negara gunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang dari bahagian Pulau untuk 1 majlis di Kepala Batas.

Najib janji akan lipat gandakan usaha pastikan peningkatan taraf hidup setiap pekerja di Malaysia jika BN diberi mandat pada PRU 13.

Individiu yang mengundi 2 kali bakal berdepan penjara lebih 12 bulan dan denda RM5000 kata Timbalan Pengerusi SPR.

Najib berkata Kolej Han Chiang di George Toqn akan dinaik taraf menjadi universiti kolej dan menerima dana RM1 juta dari Yayasan Rakyat 1Malaysia.

Najib berkata 9999 unit rumah kos sederhana dan rendah akan dibina di Air Putih, Air Itam dan PayaTerubong, Pulau Pinang dengan harga RM72,500 dan RM290,000.00 seunit.


1 May 2013

Muhyiddin ajak rakyat kelantan berjihad menolak PAS pada PRU 13 kerana parti itu menyebabkan kemunduran rakyat kelantan sejak memerintah 23 tahun lalu.

Di sebalik kesibukan kempen PRU 13, Pesta Kaamatan dilancarkan di Kota Belud, Sabah.

Pegawai Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Abdul Hamid Derani tidak lagi menyokong PAS kerana konflik antara pakatan rakyat bertambah teruk jika mendapat mandat PRU 13.


2 May 2013

Najib ajak rakyat Kelantan menolak PAS pada PRU 13 kerana parti itu gagal tepati janji sepanjang 23 tahun tadbir negeri itu, beliau turut umum kerajaan BN akan bina 1,000 unit rumah mampu milik di Machang bagi penuhi keperluan penduduk yang memerlukan kediaman selesa.

ESSCOM tempatkan 2 pegawai kanan di setiap daripada 10 daerah di pantai timur Sabah bagi pantau keselamatan menjelang hari mengundi 5 Mei ini.

Najib berkata negara akan hancur jika rakyat pilih pembangkang yang guna isu perkauman bagi raih sokongan, sebaliknya negara jadi harmoni jika pilih BN.


3 May 2013

SPR berkata tidak salah menaja atau bawa balik pengundi seperti dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya ketika hari pengundian, asalkan mereka tidak dipaksa mengundi calon tertentu.

Najib yakin BN bakal membentuk kerajaan dan rampas semula Selangor berdasarkan penerimaan rakyat ke atas agenda transformasi BN.

TPM kata calon Bebas yang bekas ahli UMNO tidak harus diberikan simpati kerana mereka jelas menentang parti apabila bertanding tiket BEBAS.

PM ingatkan rakyat Selangor agar tidak tertipu kali kedua dengan janji pakatan pembangkang di negeri itu.

TPM minta polis siasat bendera kecil yang dipacak di lokasi tertentu di ibu negara sebagai tanda tempat pembangkang mula demonstrasi jika kalah PRU 13.

PM kata mandat besar untuk BN pada PRU 13, penting kerana Malaysia hanya ada 7 tahun sebelum mencapai wawasan 2020.

PM tidak mahu dilabelkan terlalu bongkak atau terlebih yakin, namun BN berpeluang baik menang 2/3 pada PRU 13.

PM beri jaminan akan pantau sendiri Akujanji BN dan pastikan janji itu ditunaikan serta ditepati, beliau juga sifatkan Sabah dan Sarawak kekal kubu kuat BN dan bakal memberi sumbangan kerusi yang banyak kepada BN.

PM berkata dibawah dasar BN, orang Cina bukan sekadar dapat kontrak, malah dapat konsesi dari kerajaan, selain peluang dalam bidang pendidikan, dan tiada sebab rakyat sokong pembangkang khususnya Anwar Ibrahim kerana ramai yang tinggalkan dan hilang kepercayaan ke atas Anwar.



4 May 2013

Dakwaan kemasukan ramai warga asing ke Malaysia tidak akan beri kesan kerana mereka tiada hak untuk mengundi kata TPM.

PM kata menerusi falsafah 1Malaysia, rakyat pelbagai kaum di negara ini diberi pembahagian secara adil dan saksama, inklusif serta sewajarnya.

Najib umum Mukhriz Tun Mahathir bakal dilantik MB Kedah jika BN menang di Kedah pada PRU 13.


5 May 2013

Malaysia mengundi, proses pengundian PRU 13 bermula hari ini Ahad 5 May 2013 di semua 8,245 pusat mengundi di seluruh negara yang dibuka 8 pagi tadi dan proses pengundian berjalan lancar dan terkawal sehingga ditutup 5 petang.

PM mengundi di SM Sains Sultan Ahmad Shah, Pekan, 9.11 pagi dan berpuas hati dengan proses pengundian termasuk pengunaan dakwat kekal yang diaplikasi cukup mudah.

TPM mengundi di SM Sri Muar, Johor, 8.20 pagi.

Presiden PAS, Hadi Awang mengundi 8.05 pagi tadi di SK Ruslia, Terengganu.

Ketua Menteri Sabah, Musa Aman mengundi di SK Sungai Manila kira kira 10.17 pagi tadi.

Bekas PM, Tun Mahathir mengundi di SK Titi Gajah, Kedah sekaligus menolak dakwaan pembangkang Mahathir sudah melarikan diri ke luar negara.

Proses pengundian di Tanjung Labian, lahad Datu, lokasi utama pencerobohan pengganas Sulu berjalan lancar tanpa insiden.

Warna dakwat kekal yang digunakan hari ini ialah Biru, manakala warna merah digunakan untuk pengundi awal pada 30 April lalu untuk mengelak mengundi 2 kali.

JPN sahkan Ramesh a/l Ramalingam adalah warga Malaysia bukan Bangladesh ekoran insiden dia dihalang mengundi di Ampang.



6 May 2013

BN mendapat mandat memerintah kerajaan pusat selepas memenangi 133 kerusi berbanding 89 kerusi dimenangi pembangkang pada PRU 13.

BN juga merampas semula Kedah dari PAS dan menang di semua negeri kecuali 3 negeri iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Najib menang di Parlimen Pekan dengan majoriti 35,613 undi tewaskan calon PKR. TPM Menang di Pagoh. Musa Aman menang di DUN Sungai Sibuga dengan majoriti 11,000 undi dalam pertandingan 5 penjuru.

Wartawan NST, Joniston Bangkuai menang DUN Kiulu dengan majoriti tipis 44 undi dalam pertandingan 5 penjuru.

Calon Bebas, bekas Naib ketua Wanita Kamilia Ibrahim yang tanding di Parlimen Kuala Kangsar hilang wang deposit selepas hanya raih 447 undi, kerusi dimenangi calon BN.

Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam tewas parlimen Bukit Katil kepada calon PKR.

MB Johor, Ghani Othman tewas parlimen Gelang Patah kepada orang kuat DAP, Lim Kit Siang.

BSKL lonjak ke 1,820 mata ekoran belian besar besaran kaunter wajaran tinggi, didorong kemenangan BN pada PRU 13.

Najib Razak angkat sumpah sebagai PM di hadapan Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara, 4.08 petang tadi.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, PM Australia Julia Gillard, PM Singapura, Lee Hsien Loong ucap tahniah kepada Najib atas kemenangan PRU 13.

Mukhriz Mahathir angkat sumpah sebagai MB Kedah di istana Anak Bukit, 4.20 petang.

Ketua Menteri Sabah Musa Aman angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, 5 petang tadi.

Datuk Ahmad Yakob angkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru di Istana Kelantan.

Datuk Wira Idris Haron angkat sumpah sebagai KM Melaka ke 10 di Seri Negeri, Melaka.

Azlan Man angkat sumpah sebagai MB Perlis di Istana Arau.


7 May 2013

Dr Zambry Abdul Kadir angkat sumpah sebagai MB Perak di istana Iskandariah, 10.48 pagi tadi.

Lim Guan Eng angkat sumpah sebagai KM Pulau Pinang.

PM minta seluruh rakyat Malaysia beri sokongan kepada kerajaan yang baru dipilih bagi membolehkan beliau terus memajukan negara, beliau turut tempelak Anwar kerana menuduh PRU 13 tidak telus sedangkan pembangkang menang 5 negeri. Beliau turut tegaskan kerajaan BN tidak tumbang walaupun sebahagian besar pengundi Cina sokong pembangkang.

SPR akan teruskan pengunaan dakwat kekal dengan laksanakan beberapa penambah baikan khususnya kualiti dakwat.

Semua Ahli MCA yang pegang jawatan di peringkat kampung dan negeri akan letak jawatan mulai 8 Mei 2013 ekoran prestasi buruk MCA dalam PRU 13.

Tun Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan tanpa wakil Cina tidak baik dalam negara majmuk seperti Malaysia.

Jabatan peguam Negara kata pihak yang pertikaikan keputusan PRU 13 boleh failkan petisten dalam masa 21 hari selepas keputusan diwartakan.


9 May 2013

Nik Aziz Nik Mat maklumkan akan lepaskan jawatan pesuruhjaya PAS Kelantan tidak lama lagi.

Adnan Yaakob angkat sumpah sebagai MB Pahang untuk penggal ke 4 di Istana Abu Bakar, Pekan, 5 petang tadi.

Najib temui 17 wakil rakyat Terengganu termasuk Ahmad Said di PWTC bertujuan kukuhkan kedudukan BN di negeri itu.


10 May 2013

Najib berjanji untuk menjadi PM bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik.


11 May 2013

Ahmad Said dan 10 Exco angkat sumpah di Istana Maziah, Terengganu.

Mohamad Hasan angkat sumpah sebagai MB Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti.

Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon umum letak jawatan kuat kuasa 16 Mei ini.

Najib bersama ribuan ahli UMNO tunaikan solat Maghrib, Tahlil dan Isyak sempena ulangtahun ke 67 UMNO di PWTC.

MCA tetap dengan pendirian enggan terima sebarang jawatan di peringkat persekutuan dan negeri ekoran prestasi buruk pada PRU 13 kata Presidennya Chua Soi Lek.

Presiden MCA, Chua Soi Lek enggan tunduk kepada gesaan menyuruhnya letak jawatan serta merta ekoran prestasi buruk pada PRU 13, namun akan melakukannya antara Jun hingga Disember 2013 ketika pemilihan parti.



14 May 2013

Datuk S Murugesan letak jawatan sebagai setiausaha Agung MIC.

Tan Sri Khalid Ibrahim angkat sumpah sebagai MB Selangor untuk penggal kedua, menyebabkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, merasa dipinggirkan.

Khaled Nordin angkat sumpah sebagai MB Johor bersama 10 Exco Johor termasuk seorang wakil MCA walaupun MCA dilaporkan enggan terima perlantikan peringkat negeri dan Pusat. Namun Sultan Johor mahu ada wakil Cina dalam kabinet Johor.


AJK Pusat MIC, A. Sakhtivel dilantik setiausaha agung MIC yang baru gantikan S Murugesan.

Tan Sri Khalid Abu Bakar akan dilantik Ketua Polis Negara yang baru gantikan Tan Sri Ismail Omar yang bersara wajib 17 Mei ini. Datuk Bakri Zinin pula dilantik Timbalan Ketua Polis Negara yang baru.

15 May 2013

Najib mengadap Agong untuk mendapat perkenan barisan baru Kabinet Malaysia selepas PRU 13.

Ekonomi negara naik 4.1% dalam 3 bulan pertama 2013 didorong permintaan domestik kukuh dalam persekitaran ekonomi dunia yang lembab kata Bank negara Malaysia.

PM umum senarai baru menteri Kabinet yang antara lain 7 dari sarawak, 6 dari Sabah, 6 wakil India termasuk 4 timbalan menteri namun tiada wakil MCA yang bakal ditentukan kelak bagi Menteri Pengangkutan yang kini dipangku Hishamuddin. Kabinet baru disifatkan kabinet berimbang antara mereka yang berpengalaman, muka baru, teknokrat dan golongan muda.

Presiden dan CEO Maybank Abdul Wahid Omar dilantik Menteri di JPM bagi unit perancang ekonomi gantikan Nor Mohd Yakcop, Idris Jusoh kembali menganggotai Kabinet. Shaziman Abu Mansor dan Noh Omar digugurkan. Rahman Dahlan antara muka baru sebagai menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan. Juga dilantik muka baru, Paul Low dan pengerusi Hindraf, P Wathyamoorthy.

Joseph Salang Gandum dari parti Rakyat Sarawak, tolak perlantikan Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan.

16 May 2013

Menteri dan Timbalan Menteri persekutuan mengangkat sumpah di hadapan Yang Di pertuan Agong di Istana Negara, 10 pagi tadi, didahului Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku TPM dan Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi.

David Beckham umum bersara dari bolasepak, dia memulakan karier di Manchester United sebelum ke Real Madrid, LA Galaxy, AC Milan dan Paris St Germain.

17 May 2013

My Birthday.

Candice Glover, 23 tahun juara American Idol musim ke 12, tewaskan Kree Harrisson.

18 May 2013

Mukhriz Mahathir umumkan semua aktiviti pembalakan di kedah dihentikan buat sementara sementara menanti penilaian, tiada permit baru dikeluarkan.

Bekas Juara Olimpik dari Denmark, Poul Erik Hoyer Larsen dipilih Presiden Persatuan Badminton dunia, BWF.

19 May 2013

pelajar cacat penglihatan, Faiq Adnan, 23 tahun catat sejarah berenang 5 km dari jeti Sweetenham ke Bagan Ajam, 11.30 pagi tadi.
G Palanivel berkata pasukan khas akan ditubuhkan di setiap negeri untuk melihat kerosakan bukit dan hutan kerana ia masalah utama di seluruh negara.




20 May 2013

Najib melahirkan rasa kagum di atas semangat dan keberanian perenang cacat penglihatan Paralimpik, Faiq Adnan yang berjaya berenang rentasi Selat Pulau Pinang.

21 May 2013

Pendaki Everest FELDA 2013, Nasuha Shamsuddin, Asyraf Mohd Halim dan Hafizuddin Ibrahim tawan puncak tertinggi dunia Gunung Everest setinggi 29,028 kaki.

Dewan Negara melantik Tan Sri Abu Zahar Ujang sebagai Yang Di Pertua Dewan Negara bagi penggal kedua.

Malaysia terima pelaburan RM49.3 Billion bagi Januari - Mac 2013, meningkat 44% berbanding tempoh sama tahun lalu, kata MIDA.

Pemilihan MCA akan bermula dari peringkat cawangan pada 15 Julai, manakala 21 Disember bagi pemilihan peringkat pusat.

Suruhanjaya Pilihanraya SPR menubuhkan badan khas untuk kenal pasti punca dakwat kekal pada PRU 13, cepat luntur dan tidak kekal lama selepas dicalit kata Pengerusi SPR.

KWSP buat pelaburan tambahan USD 1.30 Billion dalam ekuiti, sukuk dan hartanah global pada suku pertama 2013.

DUN Sarawak memutuskan gaji Ketua Menteri, Menteri dan ADUN dinaikkan 3 kali ganda. Ertinya Ketua Menteri gajinya kini RM39,000 berbanding RM 13,000, Menteri dari RM9000 kepada RM27,000 dan YB dari RM5000 kepada RM15,000.00


22 May 2013

Peguam Negara mengarahkan kes rogol bawah umur di Kota Kinabalu diteruskan pendakwaannya meskipun si pelaku mengahwini mangsanya gadis 13 tahun.

IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM tubuhkan sebuah unit baru dikenali Jabatan Pencegahan Jenayah diketuai seorang Pengarah di Bukit Aman dan mempunyai jawatan di peringkat kontinjen negeri dan juga daerah.

Harga runcit Petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen kepada RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

SPR wartakan keputusan PRU 13 secara rasmi dan pihak tidak puas hati boleh failkan petisyen di mahkamah dalam tempoh 21 hari dari sekarang.


23 Mei 2013

Hanisah Sharuddin, 23 tahun dari FELDA Jelai 1, Gemas Negeri Sembilan menjadi pendaki terakhir sampai ke puncak Everest.


4 JUN 2013

Pemilihan parti Gerakan peringkat kebangsaan yang ditangguh sejak 2011 bagi memberi tumpuan kepada PRU 13, akan diadakan pada 26 Oktober ini.

Menteri Dalam negeri, Datuk Zahid Hamidi berkata polis benarkan Anwar Ibrahim anjurkan perhimpunan selagi patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Seniman S. Shamsuddin, 84 tahun meninggal dunia di kediamanannya di Bukit Batok, Singapura. Allahyarham terkenal dengan filem komedi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.

Malaysia mendokong autonomi bukan kemerdekaan bagi wilayah Islam sebagai langkah penyelesaian terus konflik dan untuk kemakmuran Asia Tenggara kata Najib.

SKMM dan Polis mengesan dan menahan seorang wanita yang menghina Yang Di Pertuan Agong menerusi laman Facebooknya.

3 Jun 2013

4 lagi produk Taiwan diharamkan kerana mengandungi Asid Maleic iaitu Green Tea Tapioca Ball, Yam Tapioca Ball, Vegetarian Instant Rice Noodle dan Rice Noodle Soup.

Najib minta rakyat termasuk penjawat awam tidak terbabit dengan politik berlebihan kerana ia boleh mengugat kejayaan dan kemakmuran negara.

7 Jun 2013

PM Najib umum durian runtuh, RM50,000 seorang kepada 7 pendaki Felda yang berjaya takluki puncak Everest, puncak tertinggi dunia setinggi 8848 meter.

Jabatan Kesihatan Sabah memberi amaran kepada orang ramai di Sabah supaya tidak makan kerang ekoran fenomena arus merah atau Red Tide di pantai Barat negeri itu, ia boleh membawa keracunan toksin PSP atau Paralyctic Shell Fish Poisoning yg boleh membawa maut.

8 Jun 2013

Indeks jenayah negara mencatat penurunan 3.1% sehingga April 2013 kata Najib.

9 Jun 2013

Najib buat akujanji peruntukkan rm30 juta setahun untuk selesaikan proses mengukur tanah adat di Sarawak, beliau berkata demikian ketika merayakan Hari Gawai di beberapa rumah panjang di Sarawak. Najib juga beri jaminan kerajaan akan perkasakan agenda pembangunan di Sarawak bagi membalas budi rakyat khususnya kaum Dayak yang memberi sokongan kepada BN pada PRU 13.

G. Palanivel berkata peruntukan rm30 juta disalurkan untuk pembangunan semula pusat perniagaan di Cameron Highlands agar lebih tersusund an menarik minat pembeli dan pelancong.

Pelakon lagenda tanah air, Latifah Omar meninggal dunia di Hospital UKM, Kuala Lumpur. Al Fatihah dan Rest in peace.

10 Jun 2013

Najib berkata sektor minyak dan gas main peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi apabila ia menyumbang lebih 40% kepada pendapatan negara.

Polis dalam usaha mencari anggota dan pegawai polis baru seramai 4,000 orang di seluruh negara, sepertimana dijanjikan dalam Aku janji PRU 13 BN.

Kakitangan awam yang berkhidmat secara sementara atau kontrak dan berpendapatan bawah RM3000 sebulan boleh mencarum untuk PERKESO mulai 1 Jun 2013.

11 Jun 2013

Speaker dewan rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli Parlimen yang gagal angkat sumpah pada 24 Jun ini dan dalam tempoh 6 bulan selepas itu akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.

Perbadanan Putrajaya akan beri pampasan rm50,000 kepada keluarga Allahyarham Shahrul Nizam Ahmad Nazari yang meninggal dunia ketika misi Everest pada 3 Jun 2013. Takziah.

Jambatan kedua pulau Pinang mungkin disiapkan lebih lambat daripada yang dijadualkan ekoran insiden penyambung konkrit yang runtuh dan menyebabkan seorang maut.

BN failkan 21 petisyen PRU 13 di seluruh negara termasuk Sabah.

12 Jun 2013

Jurulatih Misi Everest Felda, Zainudin Lot dan 6 pendaki lain yang tawan puncak Everset menerima rm10,000 setiap seorang daripada kerajaan Perak.

Ahli SPR tidak akan letak jawatan semata mata kerana desakan pembangkang yang tidak puas hati dengan proses PRU 13 kata pengerusi SPR.

Orang ramai kini boleh membuat pendaftaran Haji menerusi mesin ATM tanpa perlu ke kaunter Tabung Haji.

Hanya mahkamah boleh memutuskan samada perlu diadakan semula pilihanraya di kawasan tertentu selepas PRU 13 kata pengerusi SPR.

Wartawan Berita Harian, Sophia Ahmad anak kepada Datuk Ahmad Talib menang hadiah kajai pada malam anugerah Wartawan Malaysia MPI Petronas menerusi artikel graduan palsu.

Najib berkata kerajaan tidak akan wajibkan portal berita mendapatkan lesen, sebaliknya undang undang sedia ada dikuat kuasakan bagi mencegah artikel kebencian dan unsur menghina institusi diraja.

13 Jun 2013

Najib umum visa kemasukan pelbagai sehingga tempoh 5 tahun kepada pelabur dan pengurus dana berkelayakan sebagai usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Proton Holdings lancar model Preve ke pasaran Indonesia dengan sasaran jualan 220 unit setahun.

Proton juga akan tawarkan 1 varian keretanya yang mampu dimiliki semua rakyat Malaysia dengan harga lebih rendah, akan dilancarkan Sabtu ini 15 Jun 2013.

Suruhanjaya pengangkutan awam darat, SPAD akan kaji samada membenarkan pengusaha bas awam naikkan tambang sehingga 30%.

CEO baru Maybank gantikan Wahid Omar akan diumumkan akhir bulan ini kata Pengerusi Maybank.

14 Jun 2013

Raja Mohamed Affandi dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baru dengan pangkat Jeneral menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yang akan dilantik naib canselor UPNM.

Exco Johor, Tee Siew Kiong melepaskan semua 7 jawatan dalam MCA bagi mengelak ahli parti mengesploitasi perlantikannya sebagai Exco.

Japan mengecualikan syarat kemasukan Visa kepada rakyat Malaysia yang masuk ke Jepun sebagai pelancong jangka pendek.

15 Jun 2013

Proton lancar varian terbaru Saga Super Value, SV sebagai kereta mampu milik. Harga RM33,438 hingga RM36,888 pengurangan sehingga 12%.

18 Jun 2013

PM umumkan penubuhan jawatankuasa fiskal dipengerusikannya, bertujuan menurunkan defisit fiskal kepada 3 % daripada KDNK menjelang 2015

Zahid Hamidi berkata kerajaan akan mengkaji semula garis panduan mengambil pekerja asing untuk mengatasi penderaan dan keadaan kerja dan kesesakan depot immigresen.

PM dijangka bentangkan bajet 2014pada 25 Oktober 2013.

PM ucap takziah kepada keluarga mangsa terbunuh tragedi menara penebat kilat terjatuh di Jalan McAllister Pulau Pinang,

19 Jun 2013

Kabinet meluluskan supaya mahkamah Koroner diwujudkan di setiap negeri dalam masa terdekat bagi tangani kes kematian tahanan dalam lokap polis.

Kementerian kesihatan akan buka bilik operasi di kawasan terjejas jerebu di kawasan Indeks pencemaran udara melebihi 200, kakitangan kementerian kesihatan dalam keadaan siap sedia.

20 Jun 2013

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz angkat sumpah sebagai speaker DUN Johor yang baru.

Pegawai tertinggi Singapura dan Indonesia akan bermesyuarat tergempar di Jakarta hari ini bagi atasi krisis Jerebu yang menyebabkan kualiti udara di Singapura dan sebahagian Johor termasuk Muar di paras merbahaya.

Semua sekolah di Muar dan Ledang, Johor diarah tutup 2 hari ekoran kualiti udara Merbahaya ekoran jerebu, bilik gerakan diaktifkan di kawasan terjejas oleh kerajaan negeri.

24 Jun 2013

PM Najib ketuai majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di hadapan speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipilih semula sebagai speaker dewan rakyat dengan undi majoriti semua YB BN.

27 Jun 2013

Pemilihan UMNO yang bakal diadakan hujung 2013 akan adaptasi sistem Electoral College yang gabungkan sistem pemilihan dari USA dan UK.

Panglima Pengganas serta Menteri Pertahanan Sulu berpangkat Jeneral 5 Bintang, Datu Amir Bahar Hushin Kiram antara 29 pengganas Sulu yang didakwa di mahkamah tinggi Kota Kinabalu, siang tadi.

Kevin Rudd hari ini angkat sumpah jawatan sebagai PM Australia, gantikan Julia Gillard.

29 Jun 2013

Ops Daulat di Lahad Datu secara rasminya dikenali Ops Sanggah dan kini diambil alih sepenuhnya oleh ESSCOM.

Najib tiba di Dar Es Salaam, Tanzania utk hadiri dialog perkongsian bistari global.

30 Jun 2013

Najib ucap tahniah kepada Kelantan yang menjulang piala FA buat kali kedua berturut turut selepas tewaskan Johor Darul Takzim 1-0 pada final 29 Jun 2013.

1 Julai 2013

Kos perbelanjaan utk PRU 13 lalu adalah RM400 juta, meningkat 2 kali ganda berbanding kira kira RM200 juta pada PRU 12.

Najib ucap takziah kepada keluarga allahyarham tokoh akademik, Tan Sri Awang Had Salleh yang meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun. Ucapan takziah termasuk kepada anak mentuanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan yang juga suami kepada Datin Norazlina Awang Had.

Kos mengambil pembantu rumah asing akan dinaikkan kepada RM8000 tidak lama lagi berbanding RM4,500 sekarang.


3 Julai 2013

Najib lawat London dan katakan tiada asas untuk lancarkan bantahan ala Arab Spring di Malaysia dan negara kini nikmati keamanan dan kestabilan selama 55 tahun.

4 Julai 2013

Ketua Mahkamah perlembagaan Agung Mesir, Adly Mansour angkat sumpah sebagai Presiden Mesir sementara gantikan Mohamad Morsi yang digulingkan tentera.

kumpulan Heavy Metal, Metallica akan buat konsert di Stadium Merdeka, 21 Ogos ini sempena Asian Tour.

Najib yang melawat London untuk perasmian loji janakuasa Battersea berkata Malaysia akan mendapai status negara maju berpendapatan tinggi pada 2018, 2 tahun lebih awal daripada sasaran tahun 2020.

Pengerusi SPR berkata dakwat kekal akan terus digunakan pada pilihanraya kecil Kuala Besut meskipun timbul dakwaan beberapa kelemahan pada PRU 13 lalu.

Tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi dan mengumumkan penubuhan kerajaan orang awam sementara.

5 Julai 2013

Rakyat Malaysia perlu ambil iktibar konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat kata PM di London.

7 Julai 2013

Polis akan jalankan siasatan terperinci kes seorang atlit bola baling mendakwa dirogol 3 lelaki yang juga atlit SUKMA diperkampungan sukan SUKMA di UPM, Serdang, kejadian dikataka berlaku Rabu 3 Julai lalu setelah sesi minuman keras.

KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata 100,000 unit rumah untuk kakitangan awam akan dibina di seluruh negara berharga antara RM150,000 hingga RM300,000.00

Andy Murray menamatkan penantian 77 tahun rakyat British menang tenis Wimbledon apabila menewaskan Novak Djokovic 6-4, 7-5, 6-4 dalam masa 3 jam 9 minit di final.

8 July 2013

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu 10 Julai 2013. demikian pengumuman penyimpan mohor besar Raja Raja.

11 July 2013

Najib umumkan penubuhan panel penasihat Perniagaan PKS bagi beri input dan strategi keusahawanan dalam wujudkan syarikat bertaraf dunia.

3 atlit bola tangan SUKMA dituduh rogol seorang petugas SUKMA berusia 20 tahun di asrama UPM, Serdang. Kes ini yang pertama seumpamanya dalam sejarah SUKMA.

Kerajaan belum buat keputusan mengenai semakan semula tarif elektrik kata Dr Maximus Ongkili.

12 Julai 2013

TPM Muhyiddin Yassin ketuai perarakan penyokong BN pada penamaan calon Pilihanraya kecil Kuala Besut di Terengganu.

13 Julai 2013

Najib umumkan pembayaran dividen berjumlah RM193.5 juta 57,555 pekebun kecil seluruh negara. Najib memang bagus

14 Julai 2013

Bintang siri Glee, Cory Monteith, 31 ditemui mati dipercayai penaighan dadah melampau di bilik hotelnya di Vancouver, Kanada. Dia diminati ramai wanita.

Penulis buku Harry Potter, JK Rowling dipaksa mengakui dia pernah menulis novel menggunakan nama Robert Galbraith.

15 Julai 2013

Mahkamah tinggi Kota Kinabalu tetapkan 17 hingga 29 September tarikh perbicaraan 29 pengganas Sulu termasuk yang didakwa melancarkan perang ke atas Yang Di Pertuan Agong.

Najib umum kerajaan China beri kelulusan kepada 11 syarikat Malaysia sambung semula eksport sarang burung walit ke negara itu.

Pasangan bloggeri seks, Alvin Tan dan Vivian Lee disiasat mengikut seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan siap 2,3 hari lagi ekoran tindakan gila pasangan itu memuat naik di Facebook ucapan Selamat berbuka puasa menampikkan masakan babi Bakut Teh dengan ucapan Wangi, Enak dan Menyelerakan.

SPR dakwa Pos Malaysia gagal hantar sebahagian kertas undi pos PRU 13 namun dakwaan itu ditolak Pos Malaysia.

16 July 2013

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mary Yap berkata kementeriannya sedang siasat dakwaan seorang guru memanggil seorang murid berusia 12 tahun di Batu Berendam sebagai pelacur.

TPM Muhyiddin Yassin umum peruntukan RM250 juta untuk laksanakan projek mendalamkan sungai Besut yang cetek.

ECER terima pelaburan RM744 juta babitkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk penternakan ikan sturgeon secara komersial kata Najib.

17 July 2013

Najib berkata koridor utara terima suntikan pelaburan RM1.96 billion menerusi 4 projek pembangunan yang diunjurkan menawarkan 3650 peluang pekerjaan baru.

Kerajaan akan bincangkan pandangan bahawa perlunya rang undang undang baru bagi menyamai Ordinan Darurat bagi menangani jenayah kata Najib.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu perintahkan anggota Polis, Kopral Hassan Ali Basari, 61 tahun bela diri atas tuduhan sengaja sembunyikan maklumat pengganas di Lahad Datu.

Najib berkata kerajaan timbang beri bonus kepada kakitangan awam sempena Aidil Fitri.

Najib umum bonus RM32 juta kepada peneroka FELDA, setiap peneroka akan menerima RM300, manakala bekas peneroka terima RM 150.00

18 July 2013

Pasangan gila Alvin Tan dan Vivian Lee yang hadir di mahkamah jalan duta ditahan polis dan akan didakwa petang ini dengan 3 tuduhan di mahkamah Sesyen KL kerana hina agama Islam dan muat naik gambar makanan haram di Facebook.

19 July 2013

Kerajaan hari ini tetapkan harga siling ayam standard RM 7.70 sekg berkuatkuasa 26 Julai hingga 11 Ogos.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengistyharkan Sisha sebagai haram dan orang Islam dilarang menggunakan Sisha dan perkhidmatannya.

20 July 2013

FIFA umum penjualan tiket Piala Dunia Brazil 2014 bermula 20 Ogos ini di 12 venue menerusi www.fifa.com.

21 Julai 2013

Kerajaan akan laksana model baru pentadbiran JKKK mulai Januari 2014 bagi perkasakan peranannya di peringkat akar umbi kata Najib.

22 Julai 2013

Petronas hari ini umum pelaksanaan umur persaraan baru 60 tahun untuk pekerja tetap berkuat kuasa 1 Julai 2013.

23 Julai 2013

Tindakan sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh yang didakwa arahkan murid bukan Islam makan di tandas sekolah akan disiasat.

24 Julai 2013

Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga 54, dan RM250 kepada pesara. Bayaran mulai 31 Julai 2013 sempena Aidil Fitri.

KDN istyhar pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang undang.

26 Julai 2013

6 Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri akan diganti iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor kata Najib.

27 Julai 2013

Pemilihan MT UMNO Berdasarkan perlembagaan baru bakal jadikan UMNO lebih terbuka, demokratik dan inklusif kata Najib.

29 Julai 2013

Kerajaan akan kaji pertimbagan bajet bagi kontrak untuk program penggantian pesawat tempur TUDM buatan Russia, MIG 29N.

Wanita Malaysia tidak dibenarkan ambil bahagian dalam pertandingan Miss Malaysia/World berdasarkan fatwa sedia ada kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

1 Ogos 2013

Ekonomi Malaysia diunjur terus berkembang pada 2013 dan 2014 meskipun pertumbuhan ekonomi agak sederhana kata Najib.

2 Ogos 2013

Najib sampaikan Pingat Kedaulatan Negara, PKN kepada 200 pengamal media yang terlibat buat liputan insiden pencerobohan di Lahad Datu, majlis berlangsung di kediamannya di Sri Perdana, Putrajaya.

Presiden dan Ketua Perbankan Global Maybank, Datuk Abdul Farid Alias dilantrik Presiden dan CEO Maybank.

3 Ogos 2013

IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar sifatkan laporan muka depan akhbar Singapura The New Paper mengenai jenayah di Malaysia sebagai beniat jahat.

Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku dipilih tema sambutan hari kebangsaan ke 56 tahun ini.

5 Ogos 2013

Najib umum bonus khas RM1000 kepada semua kakitangan Percetakan Nasional Malaysia Berhad sempena Aidil Fitri.

6 Ogos 2013

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu jatuhkan hukuman penjara 7 tahun ke atas anggota polis, Koperal Hassan Ali Basari, 61 tahun setelah didapati bersalah sengaja menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti pengganas di Lahad Datu.

Seorang rakyat Malaysia, Chong Wei Jie, yang diculik di Lahad Datu oleh kumpulan Abu Sayyaf pada November 2012 berjaya melarikan diri dari penculiknya dan diselamatkan polis di Jolo, Selatan Filipina. Sepupunya, Wei Fei mati ketika dalam tahanan akibat sakit.

7 Ogos 2013

Umat ISlam di Malaysia akan sambut Aidil Fitri esok 8 Ogos 2013 kata penyimpan mohor besar Raja Raja.

9 Ogos 2013

Pelari 110 meter lompat pagar lagenda negara, Isthiaq Mubarak, 65 tahun, yang pernah dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976, meninggal dunia di kediamannya pada hari raya kedua.

10 Ogos 2013

Lee Chong Wei mara ke final kejohanan Badminton dunia bertemu Lin Dan, menewaskan pemain China, Du Pengyu, dalam 3 set.

11 OGOS 2013

Pemilihan MT UMNO dipinda dari 5 Okt kepada 19 Okt, penamaan calon MT dari 7 Sept kepada 28 Sept kata setiausaha Agung UMNO. Manakala pendaftaran sayap wanita, pemuda dan puteri dilanjutkan ke 21 September.

Harapan negara untuk juara kejohanan badminton dunia tidak kesampaian apabila Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan di Guangzhou, 21-16, 13-21, 17-20, Chong Wei tarik diri selepas cedera kerana disabotaj penganjur China bodoh yang mematikan penghawa dingin di stadium.

12 Ogos 2013

ESSCOM menafikan laporan kononnya 8 anggota keselamatan Malaysia terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu, jumaat lalu.

16 Ogos 2013

Najib lancar pelan integriti FELDA sebagai modul khusus naikkan tahap professionalisme petugas melalui pengubalan strategi dan program berterusan.

Najib harap rakyat Malaysia di Mesir sentiasa menjaga keselamatan diri dan tidak terbabit dengan konflik di negara itu.

Semua penghantaran pelajar ke Mesir untuk sesi 2013/14 sepatutnya bermula bulan depan ditangguhkan ekoran keganasan di negara itu kata TPM.

Najib umum bangunan MBAS di Alor Star dikenali kompleks pusat transformasi bandar Kedah.

17 Ogos 2013

Najib arah semua pihak siap sedia bawa pulang lebih 4000 pelajar Malaysia di Mesir ekoran ketidak tentuan di negara itu.

Jabatan pendaftaran Negara tarik balik taraf pemastautin tetap seorang warga Singapura yang membenarkan surau di resortnya di Sedili, Johor dijadikan tempat sembahyang Buddha. Bodoh punya orang..Gila

Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan model baru Proton Suprima S berharga antara RM 76338 hingga RM 79,988 dengan 2 varian, Premium dan eksekutif.

18 Ogos 2013

Menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin umum pertahankan jawatan ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Peperiksaan ulangan pelajar Malaysia di Mesir Ogos ini akan ditangguh ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kerajaan arah Majlis Keselamatan Negara selaras persiapan babitkan agensi kerajaan dan swasta bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir.

19 Ogos 2013

Kerajaan tidak bercadang menswastakan atau menjual MAS dalam masa terdekat kerana sedang laksanakan pelan pemulihan dan kesannya amat positif kata Najib.

20 Ogos 2013

Kerajaan akan mula buat tempahan tiket penerbangan bagi bawa pulang 3,300 pelajar Malaysia di Mesir kerana keadaan makin kritikal kata Najib. pelajar akan mula dibawa balik ke Malaysia malam ini.

21 Ogos 2013

Kabinet putuskan peminjam yang berhutang dengan PTPTN tidak akan disenarai hitam menerusi sistem CCRIS kata Khairy Jamaluddin.

Kumpulan pertama 35 pelajar Malayusia di Mesir akan dibawa pulang ke tanah air malam ini kata Najib.

1.7 juta individu yang disenarai hitam kerana engkar bayar saman trafik akan berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan kata KPN.

Ekonomi Malaysia berkembang 4.3 % pada suku kedua tahun ini berbanding 4.1% suku pertama sebelumnya.

Najib ucap takziah kepada keluarga mangsa kemalangan bas ekspres di Genting Highlands yang mengorbankan 37 nyawa.


22 Ogos 2013

1.4 juta pekerja asing warga Bangladesh di Malaysia akan diberikan kad pengenalan khas berciri keselamatan tinggi kata KDN

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel sahkan akan lepaskan jawatan Presiden MIC pada 2016.

Mahkamah rayuan tolak permohonan Bishop Roman Katolik ketepi rayuan kerajaan terhadap pengunaan kalimah Allah oleh The Herald.

365 rakyat Malaysia termasuk pelajar di Mesir selamat tiba di KLIA jam 7.50 pagi menaiki pesawat Air Asia X.

23 Ogos 2013

Mahkamah Rayuan bebas dan lepaskan 2 anggota polis UTK dari tuduhan bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu, 7 tahun lalu.

Operasi besar besaran kesan pendatang tanpa izin di seluruh negara akan dilancarkan tidak lama lagi kata KDN iaitu pada 1 September 2013.

24 Ogos 2013

Bukti Aman tubuhkan 1 pasukan khas terdiri 400 pegawai dan anggota bagi benteras jenayah berat dan dadah.

Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Shirlin tawar diri tanding Exco wanita UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Kerajaan luluskan pemasangan peranti pengawasan elektronik, EMD ke atas penjenayah tertentu yg ditahan dibawah SOSMA kata Peguam Negara, Gani Patail. Baguslah. Ngammm

Kerajaan beri jaminan Perodua akan keluarkan model kereta terkini pada harga terendah tahun depan kata Najib.

25 Ogos 2013

Kerajaan akan terus beri peluang kepada wanita utk pegang jawatan penting dalam Kabinet dan pentadbiran bagi tingkatkan peranan wanita majukan negara kata Najib.

Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor sarankan 5 parti mewakili kaum India dalam BN bergabung dan berhenti bersaing sesama sendiri untuk meningkatkan sokongan kaum India pada BN pada PRU akan datang.

Bilangan ahli Polis Sukarelawan Simpanan akan ditambah kepada 50,000 berbanding 10,000 sekarang kata Bukit Aman untuk mengawasi keselamatan kawasan perumahan dan kejiranan cegah jenayah. Ngam baitu boss

26 Ogos 2013

Najib berkata syarikat Malaysia sedia membuat pelaburan besar bagi membangunkan infrastruktur di Afrika Selatan.

Amanah Saham Nasional umum agihan pendapatan 6.70 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013.

Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz diberi penarafan "A" di kalangan ketua ketua Bank Pusat bagi tahun ke 10 berturut turut oleh majalah Global Finance.

27 Ogos 2013

Nelson Mandela diumum penerima anugerah Mahathir untuk keamanan Global sebagai hargai jasa dan pengorbanan bekas Presiden Afrika Selatan itu.

28 Ogos 2013

Zahid Hamidi berkata nama 49 kumpulan kongsi gelap akan diumumkan esok.

Polis senaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Ops Cantas kerana dipercayai terlibat dalam jenayah kekerasan.

29 Ogos 2013

KDN dedah dan umumkan senarai 49 kongsi gelap di seluruh negara dengan miliki 40,313 ahli berdaftar yg terlibat dalam dadah, peras ugut, bunuh, tembak, rompak dan sebagainya. Aset mereka akan dibekukan oleh Jabatan Insolvensi. Tapi Kalau saya, saya tangkap dan kumpulkan semua 40,313 kongsi gelap ni di sebuah gurun dan kemudian gugurkan 1 bom atom. Bila semua 40,313 penjenayah ini mati, maka Malaysia akan menjadi lebih aman. Percayalah.

Najib umum tambahan RM4.2 billion nilai peluang dalam 4 lagi projek mega untuk Syarikat Bumiputra melalui peruntukan khas Bumiputra.

30 Ogos 2013

Konsert kumpulan heavy metal USA, Lamb of God yang dijadualkan 28 Sept 2013 dibantah JAKIM kerana lagu2nya mengandungi ayat suci Al Quran.



1 Sept 2013

Presiden MIC G Palanivel mempertahankan jawatannya tanpa bertanding selepas pencalonan MIC ditutup hari ini. MAnekam.

2 sEPT 2013

Polis dedahkan bekas anggota TUDM, Jambu keshan yang tidak jambu yg ditembak mati semalam akibat perebutan kawasan edar dadah adalah sebenarnya ketua gangster kumpulan geng 36. Padan Muka. Ngammmm.

Najib umum kenaikan harga diesel dan petrol RON 95 naik 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini. Rakyat Marah, tapi ini sebenarnya pengurangan subsidi yg dapat jimatkan kerajaan RM3.3 billion setahun untuk disalurkan utk bantu orang miskin, bina jalanraya dan kemudahan lain. Namun untuk atasi beban rakyat, Najib akan umum BR1M lebih baik dalam Bajet 2014.

Pendaftar Pertubuhan, ROS mengesahkan 3 daripada 49 kongsi gelap di Malaysia berdaftar dengan ROS, 2 dari Sabah dan 1 dari Semenanjung. Hmmmm Gengster pun ada persatuan ke? ada undi ke? atau tembak menembak masa undi?? Hmmm

3 Sept 2013

Polis minta sasterawan negara yang bertukar gila dan tiga suku, A Samad Said serah diri bagi siasatan lanjut kes kibar bendera Sang Saka Malaya pada 30 Ogos 2013 lalu. Pak Samad dan gila ke?

Ini lagi gila, seorang lelaki Bosnia saman teman wanitanya RM600,000 kerana salah guna spermanya untuk dapat anak baka genetik Eropah yg lebih baik. Lelaki itu juga berkata wanita itu mempunyai keinginan seks yg amat buas apabila meminta disenggama 6 kali sehari dengan setiap sesi selama 1 jam!! Gilaaa ohhh

Kerajaan arahkan Negaraku dimainkan di semua Pawagam sehingga 16 Sept bagi memperingati Hari Malaysia.

KWSP catat RM9.16 Billion atau kenaikan 20% pendapatan pelaburan pada suku kedua berakhir 30 Jun 2013. Hebatt

4 Sept 2013

Sasterawan gila, A Samad Said ditahan dikediamanannya bagi bantu siasatan kes kibar bendera Sang Saka Malaya dan dibebaskan 2.55 pagi tadi. Kalau saya, saya bedah kepala Samad dan check otaknya kenapa dia jadi gila dan repair otak dia agar dia jadi normal semula. Ngammm kan..

Ali Rustam tawar diri bertanding kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia tolak penganjuran konsert heavy metal USA, Lamb of God yang dijadual pada 28 Sept ini .

Harga petrol RON 97 akan dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 mulai tengah malam ini.

5 Sept 2013

Ini barulah gengster. Polis rampas senjata api termasuk Mesingan AK47, M4, Colt, pistol dan bahan letupan dalam operasi di Padang Terap, Kedah.

Kerajaan sasar 200,000 pelajar asing ke Malaysia menjelang 2020 bagi kukuhkan status Malaysia sebagai pengeksport terbesar pendidikan kata TPM.

KDN sudah kenal pasti individu yg ada kaitan dengan kongsi gelap dan dikatakan turut bergiat dalam parti politik kata Zahid Hamidi.

Najib lantik bekas Timb Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah sebagai CEO Yayasan Kesederhanaan Global.

Anifah Aman sahkan perlantikan bekas MP Bayan Baru, Zahrain Hashim sebagai duta Malaysia ke Indonesia.

6 Sept 2013

Laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM 2013-2025 dilancarkan TPM. Antara terasnya :
- profesion perguruan akan lebih berprestij dan elit apabila pengambilan guru hanya dalam kalangan 30% graduan terbaik.
- Semua sekolah penuhi keperluan prasarana asas menjelang 2015 bermula Sabah dan Sarawak bagi wujudkan persekitaran kondusif.
- Bahasa Inggeris akan menjadi matapelajaran wajib lulus SPM mulai 2016
- Kriteria pemilihan pengetua dan guru besar akan ditukar daripada berasakan perkhidmatan kepada berfokuskan kecekapan kepimpinan.
- 20% soalan peperiksaan akan digunakan bagi mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan pelajar.
- 100% sekolah akan mempunyai sambungan internet dengan kelajuan sekurang2nya 4 Mbps melalui 1BestariNet.
- 40% Soalan UPSR dan 50 % Soalan SPM akan berbentuk pemikiran teras tinggi menjelang 2016.
- Semua 61,000 guru Bahasa Inggeris diwajibkan mengikuti Ujian Penempatan Cambridge CPT dalam tempoh 2 tahun.

Zahid Hamidi berkata PATI yang ditahan dalam operasi 6P akan diberi 1 lagi peluang untuk menjadi pekerja sah memandangkan permintaan tenaga buruh dalam beberapa sektor.

7 Sept 2013

Projek peluasan Pelabuhan Kuantan akan mengukuhkan ECER sebagai gerbang pelaburan ke pasaran ASEAN dan Asia Pasifik kata Najib.

Tony Abbot akan menjadi PM baru Australia selepas parti Liberal pimpinannya memperolehi 54% undi.

8 Sept 2013

Bajet 2014 yang bakal dibentang Oktober ini akan beri penjelasan kepada rakyat rasional pengurangan subsidi minyak dan penyusunan semula subsidi.

Berita buruk kepada negara dan ratu skuash dunia Nicol David. IOC umum Skuash tidak akan dipertandingakn pada sukan Olimpik 2020 di Tokyo selepas undian bodoh menyebelahi sukan bodoh iaitu gusti.

9 Sept 2013

Kerajaan lancarkan aplikasi SaveMe 999 bagi pengguna telepon pintar terutama OKU hubungi pusat bantuan jika kecemasan.

SPRM berkata siasatan penyelewengan dalam Perwaja Steel yang paling besar pernah dikendalikan dalam sejarah SPRM.

ESSCOM tolak dakwaan 4000 pejuang MNLF telah diaktifkan di Malaysia Timur. Apapun pasukan keselamatan telah diarah bersiap sedia dan berjaga jaga. Sial punya Filipina dan Suluk.. Sial kamu bangsa bodoh anjing siall

10 Ogos 2013

Bukti Aman tumpaskan sindiket pengedarah dadah terbesar negara dengan rampasan dadah RM50 juta.

Najib berkata kerajaan akan peruntukkan RM160 billion untuk projek keretapi menjelang 2020 termasuk laluan keretapi laju 330km dari KL ke Singapura dan pusat Rel Asean.

11 Ogos 2013

Tun Dr Mahathir Mohamad tampil memberi keterangan dihadapan suruhanjaya siasatan diraja mengenai Pendatang Asing di mahkamah Kota Kinabalu dan dia berkata tidak pernah mengeluarkan arahan mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

Bekas ketua puteri UMNO Azalina Othman Said tarik diri bertanding jawatan ketua wanita UMNO.

13 Sept 2013

Bekas IGP Tan Sri ISmail Omar terima watikah perlantikan daripada yang dipertuan Agong selaku duta besar Malaysia ke Perancis. Bravo.


14 Sept 2013

Najib mengumumkan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputra yang mengandungi 5 teras utama, Intipatinya :
- Kerajaan umum penubuhan dana pendidikan Mara bernilai RM1 Billion bagi biaya program latihan, pendidikan, keusahawanan dan inovasi bumiputra.
- Najib umum dana tambahan RM700 juta kepada Tekun Nasional dan pembiayaan RM300 juta untuk pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, AIM.
- Kerajaan perkenal skim permulaan entrepreneur baru Bumiputra atau SUPERB dengan dana RM100 juta bagi bantu syarikat permulaan.
- Skim Amanah Saham Bumiputra 2 (ASB2) akan dilancarkan Permodalan Nasional Berhad, PNB dengan suntikan 10 billion unit saham.
- Semua kementerian dan GLC diarah perkukuhkan sistem pembangunan vendor bumiputra dan pemilihan vendor mesti berasaskan meritokrasi.
- Najb umum penubuhan Majlis Ekonomi BUmiputra, MEB dipengerusikannya sendiri bagi gantikan Majlis tindakan agenda Bumiputra.
- Unit pembangunan BUmiputra, UPB akan diwujud di semua kementerian bagi rangka cadangan dan laksana inisiatif AGenda Bumiputera.
- Unit peneraju agenda Bumiputera atau TERAJU diletakkan langsung dibawah PM dengan diketuai Menteri atau CEO bertaraf Menteri.
- Ekuinas ambil alih peranan sebgaai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi bimbing syarikat Bumiputera di Bursa Malaysia.
- Pemerkasaan ekonomi bumiputra yang diumum Perdana Menteri membuka lembaran baru dalam perjuangan BN, terutama kepada Bumiputera kata TPM.

Malaysia juara Pestabola Merdeka 2013 selepas menewaskan Myanmar 2-0 di final di stadium Darulmakmur Pahang. Gol jaringan pemain Sabah, Rozaimi Abdul Rahman, minit 29 dan JUnior Edstal minit ke 93. Malaysia menang semua 3 perlawanan peingkat kumpulan, 1-0 tewaskan Singapura, 2-1 tewaskan Myanmar dan 3-0 tewaskan Thailand. Rozaimi juga muncul penjaring terbanyak 3 gol dalam 2 perlawanan. Hidup Sabah.



16 SEPT 2013

Hari Malaysia ke 50 tahun disambut meriah di Sabah dan Sarawak dan dihadiri PM dan TPM. Di Sarawak, Najib berkata Sarawak membuat keputusan tepat apabila menyertai Malaysia pada 16 Sept 2013 menyaksikan pelbagai transformasi sehingga kini. Di Sabah, Najib berkata lanskap perubahan pembangunan di Sabah dan transformasi dalam tempoh 50 tahun akan datang lebih hebat berbanding apa telah dicapai 50 tahun Sabah dalam Malaysia.

Najib ucap tahniah kepada ratu skuasy negara, Nicol Ann David selepas juarai skuash Terbuka Malaysia buat kali kelapan.

Pemimpin PKM Chin Peng meninggal dunia di Thailand ketika berusia 90 tahun. Najib berkata kerajaan tidak akan benarkan abu mayat atau jenazah mendiang dikebumikan di Malaysia dan kerajaan tidak terbabit langsung dalam urusan pengkebumian Chin Peng kerana sejarah hitam lampau pemimpin PKM itu yang banyak membunuh orang dan mensabotaj ekonomi negara.

17 Sept 2013

30 pengganas Sulu yang dituduh lancar perang ke atas Yang Di Pertuan Agong dan menjadi anggota pengganas, dihadapkan ke mahkamah tinggi Kota Kinabalu, namun perbicaraan diadakan di kompleks penjara pusat di Kepayan, bukan di Mahkamah Kota KInabalu. Hakim STephen Chung perintahkan pendengaran kes pada 1 November ini.

18 Sept 2013

Malaysia bercadang menghantar rombongan kedua angkawasan negara ke Stesen Angkasalepas Antarabangsa, ISS menjelang 2016.

Kabinet putuskan pelajar Malaysia di Mesir dibenarkan menyambung pengajian di IPT awam atau swasta di Malaysia.

19 Sept 2013

Blogger bodoh Alvin Tan dan Vivian Lee akan dibicarakan 5 Disember ini, oleh mahkamah sesyen KL kerana post kontroversi di Facebool dan blog porno. Bodoh

Malaysai tidak mengenakan kawalan modal buat masa ini namun akan menggunakan instrumen kewangan lain bagi menangani kemudah-ruapan ekonomi kata Najib.

Najib berkata UMNO berada di bawah kedudukan kukuh dibawah kepimpinannya dan ahli UMNO mahu beliau terus mengetuai parti.

Najib juga umumkan akan pertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti bulan depan, 19 Oktober 2013 ekoran maklumbalas akar umbi yang mahu beliau terus memimpin UMNO. Pengerusi perhubungan UMNO Negeri2 juga membuat resolusi menyokong Najib.

TPM Muhyiddin juga umum akan pertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Najib berkata tiada keperluan bagi kerajaan berikan penghormatan terakhis ke atas Chin Peng atas kekejaman masa lampau.

TPM berkata Malaysia tidak akan memeterai TPPA ketika lawatan Presiden USA Barack Obama ke Malaysia, Oktober ini.

MB Kedah Datuk MUkhriz Mahathir sah bertanding jawatan Naib Presiden UMNO selepas mendapat restu Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.


20 Sept 2013

Muhyiddin berkata kerajaan sedia pertimbangkan cadangan untuk gabungkan 27 IPGM sebagai universiti pendidikan di negara ini.
21 Sept 2013

Najib dan Muhyiddin Yassin diistyharkan menang tanpa bertanding apabila pencalonan UMNO ditutup 5 petang tadi. Najib juga mempertahankan kerusi Ketua Bahagian UMNO Pekan dan Muhyiddin di Pagoh. Jawatan Naib Presiden UMNO pula menyaksikan pertandingan 6 penjuru. Kebanyakan jawatan utama lain turut dipertandingkan.

Najib berkata kemenangan beliau dan MUhyiddin tanpa bertanding buktikan kematangan berpolitik dalam UMNO.

Najib berlepas ke Amerika Syarikat 5.45 petang tadi untuk lawatan ke New York dan ketuai delegasi Malaysia di persidangan agung PBB.

22 Sept 2013

Hishamuddin sifatkan pertandingan 6 penjuru bagi kerusi Naib Presiden UMNO sebagai bukan sesuatu yang unik dan luar biasa. Shafie Apdal di Ranau juga menyifatkannya lumrah politik dan minta pihak bertanding bukan nak melemahkan UMNO, ambil kesempatan.

Lee Chong Wei muncul juara badminton terbuka Jepun tewaskan Kenichi Tago dari Jepun 23-21, 21-17.

Najib tiba di San Francisco Amerika Syarikat untuk lawatan kerja sehingga 29 September ini.

23 Sept 2013

Najib merasmikan pejabat perwakilan Khazanah Nasional di San Francisco, USA yg bantu percepatkan agenda inovasi Malaysia.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM429.2 Billion atau USD135.1 Billion setakat 13 September 2013

24 Sept 2013

Najib memberikan tweet dari ibupejabat Twitter di Silicon Valley, Mountain View Amerika Syarikat San Francisco jam 2.05 minit pagi waktu Malaysia

Najib menyifatkan sesi lawatannya ke Lembah Silicon termasuk ibupejabat Twitter sesuatu yang hebat, Twitter juga platform mengkagumkan berhubung dengan masyarakat dunia dan global.

Najib juga berkata kerajaan akan menggalakkan budaya inovasi Lembah Silikon yang beri peluang kepada mereka yang gagal kali pertama dan kedua untuk terus berusaha.

Kerajaan juga akan terus menggalakkan pembangunan pusat pengurusan data di Malaysia untuk bangunkan industri teknologi maklumat, IT Negara kata Najib.

TPM kata Malaysia kekal peneraju sukuk global dengan jumlah lebih USD148 Billion atau RM470 Billion pada Jun 2013 bersamaan 60.4% jumlah sukuk global.



25 sept 2013

Najib pasti dimaklumkan letupan di 3 IPP SESB di Karambunai dan Sepanggar yang menyebabkan 500,000 penduduk Sabah putus bekalan elektrik hari ini.

Najib mengadakan perbincangan dengan Pengerusi/CEO Facebook Mark Zukerberg di ibupejabat Facebook di San Francisco.

Najib sifatkan lawatannya ke ibupejabat Google di Mountain View, California sebagai pembuka mata terutama ke atas budaya inovasi.

26 sept 2013

Pelabur terus beri keyakinan terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing langsung FDI ketiga terbesar di ASEAN kata Najib di New York.

Laporan Pelaburan DUnia 2013 UNCTAD letakkan Malaysia di tangga ke 11antara 20 ekonomi dengan keuntungan tertinggi FDI kata Najib di New York.

Najib di New York ucap takziah kepada keluarga bekas MB Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia hari ini akibat jangkitan kuman di hospital Sultanah Bahiyah.

27 Sept 2013

Malaysia tidak percaya kepada doktrin pencegahan nuklear sebagai satu cara mencapai keamanan dan keselamatan antarabangsa kata Najib di New York.

ADUN Luyang Dari DAP, DR HIEW KING CHU umum keluar DAP dan menjadi ADUN Bebas kerana katanya sukar berkhidmat kepada rakyat membawa pembangunan jika dalam pembangkang.

28 Sept 2013

Malaysia seru dunia agar gunakan konsep kesederhanaan bagi hentikan keganasan dan minta umat Islam bersatu menentang puak pelampau kata Najib ketika berucap di PBB di New York.

Malaysia seru masyarakat antarabangsa selesai masalah politik yang mencetus ketegangan di dunia Islam bermula dengan Syria kata Najib di PBB New York.

Kerajaan sedang berusaha untuk melaksanakan 2 kali pengagihan BR1M tahun depan kata menteri kewangan kedua.

15 juta kertas undi dilengkapi 7 ciri keselamatan termasuk ultra ungu dengan 11 warna dicetak untuk pemilihan UMNO bulan depan.

4 juta kertas undi dikeluarkan bagi pemilihan jawatan utama parti termasuk Timbalan Pengerusi Tetap, 3 Naib Presiden dan 25 Ahli Majlis Tertinggi.

30 sept 2013

Muhyiddin Yassin melawat sabah selama 2 hari untuk bertemu usahawan sabah, guru, umno sabah, rasmi perumahan rakyat di kepayan ridge dan lawat UMS.


30 SEPT 2013

Kerajaan akan timbang utk dapatkan mandat Parlimen sebelum tandatangani perjanjian Kerjasama Asia Pasifik, TPPA kata Mustafa Mohamad.

1 OKT 2013

BN ada peluang terbaik untuk rampas kembali kerusi DUN Sungai Limau, Kedah yang dipegang PAS sejak 5 penggal lalu kata Dr Mahathir Mohamad.

TPM yang melawat Sabah berkata kerajaan komited tunaikan akujanji bina 1 juta unit rumah mampu milik meskipun kos bina rumah melambung tinggi, selepas beliau pecah tanah rumah program perumahan rakyat PPR di Kepayan Ridge di 88 commercial centre.

TPM ketika melawat UMS pula berkata Malaysia boleh mencapai status negara maju seawal 2018 berbanding sasaran 2020 berdasarkan perkembangan sosio ekonomi semasa di Malaysia.

Rang Undang Undang pindaan akta pencegahan Jenayah tidak ditarik balik tapi dikaji mendalam sebelum pindaan dibentangkan di dewan rakyat kata Zahid Hamidi yang memberi amaran NGO tidak melindungi penjenayah.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 :
- PDRM kehilangan 309 aset termasuk gari, senjata api dan kenderaan bernilai RM1.33 juta.
- Kastam lupuskan 7659 pasang kasut bernilai RM602,089 yang tidak diagihkan kepada pegawai dan kakitangannya kerana pelbagai faktor termasuk rosak, lupus dan berkulat. Kerugian besar kepada Kastam.
- Pengurusan hartanah KWSP di United Kingdom dipuji kerana telah mendatangkan pulangan RM596 juta antara Julai hingga DIsember 2012.
- Kementerian Pelajaran belanjakan RM2 billion untuk biayai aspek keselamatan persendirian di semua sekolah seluruh negara namun pelaksanaannya tidak mencapai sasaran diharapkan.
- Kerajaan akan senarai hitamkan kontraktor yang bina Hospital Serdang jika siasatan dapati ia tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan.
- Jawatankuasa pilihan Parlimen akan panggil sekurang kurangnya 3 kementerian bagi beri penjelasan berhubung laporan ketua audit negara.
-653 syor diberikan dalam laporan ketua audit negara untuk bantu kementerian, jabatan dan syarikat perbetulkan kelemahan.

2 oktober 2013

Kerajaan sasarkan pencapaian nisbah saintis penyelidik dan jurutera di Malaysia kepada 72 : 10,000 tenaga kerja menjelang 2020 kata TPM Muhyiddin.

Najib berkata Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menangguhkan lawatan ke Malaysia dan digantikan setiausaha Negara AS John Kerry akibat penutupan beberapa jabatan kerajaan USA akibat masalah kewangan. Hail to Obama and Najib..

Kerajaan tidak akan sekat akses akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter atau laman web lain kerana ia beri banyak faedah kepada masyarakat.

SPR tetapkan tarikh penamaan calon praya kecil DUN Sungai Limau, Kedah pada 23 Oktober manakala pengundian pada 4 November 2013. SPR nafi tarikh penamaan calon itu ada kaitan dengan bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Oktober 2013.

3 Oktober 2013

TPM Muhyiddin kata syarikat pengawal keselamatan yang gagal jalankan tugas termasuk menggaji bekas pesalah jenayah dan PATI akan disenarai hitam. RM2 billion ringgit disalurkan kerajaan untuk menyediakan kawalan keselamatan swasta di sekolah di seluruh negara.

4 Oktober 2013

Presiden China, Xi Jinping yang dalam lawatan kerja 3 hari ke Malaysia diberi sambutan rasmi di Dataran Parlimen pagi tadi dan beliau seterusnya mengadakan perjumpaan dengan PM Najib Razak di Putrajaya.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama batalkan lawatannya ke Asia yang dijadualkan minggu depan ekoran penutupan operasi sebahagian jabatan kerajaan USA.

Pekerja asing akan diberikan kad i-Kad dengan ciri keselamatan lebih canggih termasuk biometrik dan kod bar mulai 15 November 2013 kata Zahid Hamidi.

4 OKT 2013

Najib mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dari China. Dan antara yang dicapai :
-Malaysia dan China tandatangani perjanjian mensasarkan perdagangan 2 hala berjumlah RM509.6 billion menjelang 2017 dan pewujudan Taman Perindustrian China-Malaysia di Qinzhou.
- Najib akan adakan lawatan ke China tahun depan sempena ulang tahun ke 40 hubungan diplomatik Malaysia-China.
- Malaysia-China setuju tingkatkan kerjasama dalam penguatkuasaan undang undang jenayah rentas sempadan, keselamatan siber dan ketenteraan.
- China akan membuka 2 pejabat konsul di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu manakala Malaysia akan buka pejabat konsul di Naning, untuk memperkukuhkan hubungan 2 negara.
- China terus menggalakkan syarikat China membuat pelaburan dalam projek bina landasan keretapi, pelabuhan dan prasarana lain di Malaysia.
Semua ahli UMNO yang bertanding jawatan dalam parti dibawa ke 3 sesi majlis pengenalan calon di Perak, Selangor dan KL. Ini kali pertama UMNO buat demikian.

Zahid Hamidi berkata kehilangan aset PDRM termasuk gari, senjata api dan kenderaan dlm Laporan Ketua Audit Negara 2012 tidak babitkan unsur penyelewengan dan rasuah sebaliknya berpunca kelemahan dan kecuaian segelintir pegawai.

Jutawan Malaysia, Robert Kuok derma RM100 juta untuk bina perpustakaan Xiamen University kampus Malaysia di Salak Tinggi, Selangor.

5 Oktober 2013

10 wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah antara penerima anugerah dan bintang kebesaran sempena Sambutan Hari Jadi Yang Di Pertua Negeri Sabah.

8 okt 2013 Najib tiba di Brunei bagi hadiri persidangan kemuncak ASEAN ke 23 bersama pemimpin dunia lain termasuk John Kerry, PM China, PM Australia, PM New Zealand, PM India dan ramai lagi

16 okt 2013 Malaysia bersama rakyat Filipina tumpang berkabung dan bersedih dengan kematian rakyat negara itu akibat gempa bumi semalam kata Najib menerusi Twitternya.

17 Oct 2013 Senate Amerika Syarikat meluluskan bil naikkan had siling hutang untuk elakkan krisis kewangan USA yang membawa kepada penutupan sebahagian jabatan kerajaan Amerika Syarikat selama 16 hari.

17 okt 2013 UMNO Kalabakan tetapkan 30 November ini bagi mesyuarat agung bahagian UMNO bagi pemilihan khas semula 14 AJK Wanita yang letak jawatan.

18 Okt 2013 keputusan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang seri 73-73 antara Jamawi Jaafar dan pencabarnya, akan ditentukan oleh 3 bahagian UMNO yang akan bermesyuarat iaitu Sabak Bernam, Gelang Patah dan Bachok. Jamawi ketua pemuda UMNO Tenom sepatutnya menang jika 6 bahagian UMNO Sabah mengundinya.

19 Okt 2013 Mesyuarat UMNO berlangsung di semua 191 bahagian seluruh negara untuk memilih 3 Naib Presiden dan 25 ahli MT Umno.
TPM tiba di kompleks Pekembar bagi hadiri mesyuarat UMNO Bhg Pagoh.

Najib tiba di dewan konvensyen Pekan bagi hadiri mesyuarat UMNO Bhg Pekan.

Najib mahu pemilhan UMNO Berjalan lancar dan teratur serta tidak mendatangkan masalah.

UMNO Pekan dan UMNO Pagoh pilih gandingan Zahid, Shafie dan Hishamudin bagi Naib Presiden UMNO.

Keputusan pemilihan naib presiden umno, Zahid Hamidi di tangga teratas diikuti Datuk Shafie Apdal dan ketiga Hishamuddin tun hussein yang nyaris tewas di tangan MB Kedah Mukhriz Tun Mahathir. 2 lagi di tangga tercorot hanya mendapat 7 undi iaitu Isa Samad dan Ali Rustam.

Muhyiddin nafi beri kenyataan dalam Facebook kata Mukhriz Mahathir dibatalkan pencalonan Naib Presiden kerana amalkan politik wang.

20 Oktober 2013 Jamalul Kiram III, 75 tahun yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dan mengarahkan pengikutnya menceroboh Lahad Datu, Februari lalu, meninggal dunia di Manila kerana komplikasi kesihatan.

Najib yakin pasukan baru yang dibentuk dalam pemilihan UMNO mampu terjemah agenda transformasi ke arah capai status negara maju.
Semua pihak, kalah atau menang dalam pemilihan UMNO harus hormati hasrat akar umbi dan teruskan agenda jayakan pembangunan nasional kata Najib.

TPM pula kata calon yang menang dan kalah pada pemilihan UMNO wakili 1 pasukan bukan pasukan tertentu sepertimana pernah berlaku sebelum ini.

Najib sifatkan Mukhriz Mahathir tunjukkan prestasi menggalakkan dalam pemilihan UMNO setelah tewas tipis kepada Hishamuddin dalam percubaan pertamanya.

21 Oktober 2013

PM Najib lawat Sabah dan Sarawak. Ketika rasmikan kongres ke 29 PBS di KDCA, Najib menjelaskan keputusan mahkamah rayuan berhubung larangan pengunaan kalimah Allah pada majalah The Herald tidak menjejaskan amalan keagamaan penganut kristian di Sabah dan Sarawak. Najib juga jelaskan ada banyak berita gembira untuk Sabah dan Sarawak pada bajet 2014 yang bakal beliau umumkan 25 Oktober ini.

Kementerian Kesihatan berkata 9777 kes keracunan makanan dilaporkan di negara ini dari Januari hingga September 2013, 6795 kes babitkan sekolah.

Muhyiddin umum pensyarah kanan UPSI Dr Ahmad Suhaimi Lazim, 52 tahun sebagai calon pilihanraya kecil Sungai Limau di Kedah.
Ahmad Suhaimi Lazim azam akan galas tugas diamanahkan dengan penuh sebaiknya untuk rampas kembali DUN Sungai Limau yang dimenangi PAS sejak 5 penggal lalu ke tangan BN.

22 Oktober 2013 Pelakon era 1980an Noreen Noor, 54 tahun meninggal dunia di hospital Ampang Puteri akibat komplikasi buah pinggang.

Najib berkata Malaysia kekal antara negara mempunyai simpanan tertinggi di dunia

Ahli Parlimen Tuaran dan setiausaha agung UPKO Wilfred Madius Tangau menang jawatan Timbalan Presiden UPKO selepas tewaskan Naib Presiden merangkap Menteri Sains Inovasi dan Teknologi, Ewon Ebin.

23 Oktober 2013 penamaan calon pilihanraya kecil sungai limau di kedah saksikan pertembungan 1 lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Suhaimi Lazim menentang calon PAS Mohd Azam Samad.

Muhyiddin yakin saingan 1 lawan 1 itu beri peluang cerah kepada BN untuk menang di sungai Limau.

Berani Hijrah slogan kempen BN di Sungai Limau. Pilihanraya diadakan 4 november ini pengundian.

Khairul Azwam Harun yang juga ketua pemuda umno perak menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tewaskan ketua pemuda tenom Jamawi Jaafar setelah UMNO BHG Gelang Patah dan Sabak Bernam mengundinya.

Najib ucap takziah kepada mangsa banjir di Ringlet Cameron Highlands susulan limpahan air Empangan Sultan Abu Bakar.

24 Okt 2013 Hadi Awang kekal Presiden PAS untuk sepenggal lagi selepas tiada pencalonan mencabarnya setelah pencabarnya dibatalkan pertandingannya kerana tiada CDO?

PAC panggil 5 kementerian beri penjelasan susulan laporan ketua audit negara.

Tengku Mahkota Pahang titah Prosedur Tetap Operasi pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar Cameron Highlands dikaji semula.
Ekonomi Malaysia mesti terus berdaya tahan bagi sediakan asas untuk pertumbuhan dan kemakmuran di masa depan kata Najib.

25 Okt 2013
Bekas menteri pengangkutan, tun ling liong sik dibebaskan dari pertuduhan tipu kabinet pembelian tanah di zon bebas pelabuhan kelang, PKFZ.

PM Mengadap Agong bagi bentangkan bajet 2014.

Najib bentangkan Bajet 2014 di PArlimen dengan tema memperteguh ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksana janji.
5 teras utama Bajet 2014. Intipati Bajet 2014 :

EKonomi negara dijangka berkembang 4.5% hingga 5% bagi 2013 disokong pertumbuhan pelaburan swasta 16.2%.
kadar pengganguran 2014 dianggar hanya 3.1% manakala kadar inflasi kekal rendah pada 2% hingga 3%.

Kerajaan pusat amat komited dalam usaha konsolidasi fiskal bagi perkukuhkan lagi kedudukan kewangan negara.

Kerajaan akan laksana fasa ke 2 projek jalur lebar berkelajuan tinggi dengan kos RM 1.8 billion, keutaman kepada liputan di Bandar.

Tahun 2014 diistyharkan tahun melawat Malaysia manakala 2015 diistyhar tahun festival Malaysia.

kerajaan beri insentif rm500 secara one off kepada pencarum skim persaraan swasta berumur 20-30 tahun mulai 1 januari 2014.

Kerajaan peruntukkan rm 2.4 billion bagi teruskan bantuan subsidi dan insentif termasuk baja, benih, harga padi, beras dan hasil nelayan.

Dana pinjaman mudah cara RM 50 juta dibawah tabung usahawan siswazah dikendali SME Bank untuk siswazah ceburi keusahawanan.

Jawatankuasa khas diketuai KSN akan siasat dan ambil tindakan ke atas salah laku penjawat awam.

Mulai taksiran 2014, pembayar cukai tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan jika berpuas hati PCB Potongan cukai berjadual, pembayaran cukai muktamad.

Kerajaan dijangka memungut cukai individu RM28.746 Billion pada 2014berbanding RM 26.43 billion pada 2013 dan rm22.97 billion pada 2012.

Kerajaan akan audit projek melebihi RM100 juta semasa pelaksanaan dan bukan hanya selepas pelaksanaan.

Cukai jualan dan cukai perkhidmatan dimansuhkan dan digantikan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST dengan kadar 6 % mulai 1 April 2015.

GST tidak akan dikenakan ke atas barangan asas seperti beras, makanan asas spt budu, cencalok, bahar, bosou, tuhau, sinalau bakas, garam, tepung, minyak dhal, minyak masak, rempah ratus, ikan masin.

Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula bagi jadikan negara lebih kompetitif. Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan bagi semua pembayar cukai berkuat kuasa 2015. Mereka yang berpendapatan RM4000 kini tidak perlu bayar cukai.

Subsidi pada 2014 akan dikurangkan 15.6% kpada RM39.41 Billion berbanding RM 46.69 Billion pada 2013.
Perkhidmatan disediakan kerajaan spt pengeluaran pasport, lesen, kesihatan dan pembelajaran sekolah tidak akan dikenakan GST.

Bekalan air paip dan elektrik bagi 200 unit pertama sebulan untuk pengguna domestik tidak dikenakan GST.

Perkhidmatan pengangkutan spt bas, teksi, tol, LRT, keretapi, bot, dikecualikan dari GST.

Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih dikecualikan daripada GST.

Bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku 1Malaysia RM 250 kepada pelajar IPT akan diteruskan.

223,000 unit rumah baharu akan dibina tahun depan bagi meningkatkan akses pemilikan rumah pada harga berpatutan.

Subsidi gula 34 sen akan dimansuhkan mulai esok bagi kurangkan risiko kencing manis kepada rakyat.

BR1M dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 bagi gaji RM3000 ke bawah manakala BR1M yang bujang dinaikkan dari RM250 kepada RM 300.00

BR1M 3.0 diperluaskan kepada golongan berpendapatan antara RM3000 DAN RM4000 Sebulan dengan kadar bantuan RM 450.00

Kerajaan umum bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam yang akan dibayar Januari depan.

Bayaran yuran taska RM250 setahun diberikan kepada ibubapa berpendapatan kurang RM900 sebulan yang hantar anak ke taska swasta.

Skim usahawan pasar malam dengan dana RM100 juta dibawah BSN beri pinjaman mudah alih kepada peniaga untuk tampung kos perniagaan.

Kerajaan akan perkenalkan pelan induk sektor perkhidmatan pada 2014 termasuk 6 sub sektor berpotensi.

26 okt 2013 Muhyiddin umum peruntukan rm1.3 juta kepada 13 sekolah di dun sungai limau bagi biayai program tingkatkan kemudahan sekolah.

Najib merasmikan kongres parti Gerakan dan berkata BN berpegang teguh kepada 5 prinsip iaitu adil, inklusif, sederhana, pertengahan dan progresif untuk kekal relevan.

Datuk Mah Siew Keong dipilih presiden Gerakan yang baru tewaskan pengerusi Gerakan Penang, Teng Chang Yiew dengan majoriti 509 undi.

28 Oktober 2013 Ringgit di kedudukan paling kukuh dengan nilai tukaran RM3.122 berbanding 1 dolar Amerika setelah pelabur memuji pengenalan GST untuk atasi defisit fiskal.

Zahid Hamidi berkata KDN akan melakukan pemeriksaan kad pengenalan ke atas semua pengawal keselamatan di Malaysia.

Kementerian kesihatan nasihatkan pengguna tidak beli dan gunakan produk Majun Dua Istimewa yang mengandungi racun.

Najib yang kini melawat Britain membatalkan lawatan ke Manchester ekoran ribut teruk ST Jude yang membadai England. Najib akan hadirti forum ekonomi islam dunia ke 9 di London.

29 okt 2013 Malaysia lonjak ke tangga ke 6 dari segi mudah jalankan perniagaan dari kalangan 189 negara di dunia berbanding ke 12 sebelum ini.

Zahid Hamidi berkata indkes jenayah di malaysia termasuh jenayah harta benda dan keganasan menurun 211, 645 kes pada 2008 kepada 153, 669 kes pada 2013 dengan 111,020 kes antara Januari hingga September 2013.

Najib dalam ucaptama WIEF KE 9 di London cadangkan pemerkasaan wanita bagi kukuhkan pertumbuhan global.
30 Okt 2013

Kementerian pendidikan umum perlantikan Naib Canselor UM yang baru, Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin berkuat kuasa 8 November ini.

Najib saksikan pemeteraian 7 MOU antara syarikat Malaysia dan antarabangsa bernilai RM1.6 Billion sempena WIEF di London.

WIEF yang dipelopori Malaysia sejak 2005 kini menjadi jenama global dan mendapat pengiktirafan dunia barat kata Najib di London.

31 Okt 2013 NAjib di London berkata jawatan menteri pengangkutan yang belum diisi dan kini dipangku Hishamuddin akan diputuskan selepas mesyuarat agung tahunan MCA Disember ini.

Najib berkata hubungan Malaysia dan United KIngdom di tahap selesa dan diharap dapat buka lebih banyak ruang dan potensi perniagaan serta pelaburan 2 hala.

Shafie Apdal berkata kerajaan menaikkan elaun RM100 sebulan kepada 15,525 setiausaha JKKKP di seluruh negara berkuat kuasa tahun depan.

19 ditahan termasuk 2 ahli parlimen dan 4 adun pembangkang kerana cuba halang kerja robohkan rumah di kg Hakka, Mantin, Negeri Sembilan.

TNB catat keuntungan bersih RM4.61 billion bagi tahun kewangan berakhir 31 ogos 2013 berbanding RM 4.41 Billion tahun lalu.

3 Nov 2013

Malaysia tewas 2set berbalas 3 kepada Thailand dalam final sepak takraw super series ISTAF di kota kinabalu.

Pahang menjulang Piala Malaysia dalam tempoh 21 tahun setelah tewaskan juara bertahan, Kelantan 1-0 di final di Shah Alam. Jaringan tunggal Pahang dijaringkan penyerang Argentina, Matias Conti di minit ke 58.

4 Nov 2013

Hari mengundi di Sungai Limau, Kedah bermula.

ADUN Kadamaian dari PKR< Jeremy Malazad keluar parti dan menjadi adun BN Bebas mesra BN kerana kawasannya ketandusan pembangunan.


5 Nov 2013
PM berkata Malaysia menyampaikan nota bantahan kepada kedutaan besar AMerika Syarikat dan Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia ekoran dakwaan Amerika dan Australia melakukan intipan ke atas Malaysia.

7 nov 2013
Mahkamah pilihanraya tolak petisyen praya Parlimen Kota Marudu yg dimenangi Menteri Tenaga, teknologi hijau dan air, dr maximus ongkili.

15 nov 2013
kumpulan lelaki bersenjata serang pusat peranginan pulau pom pom semporna, menembak mati pelancong taiwan berusia 57 tahun dan isterinya berusia 58 tahun pula diculik

15 nov 2013
PM hadiri CHOGM di Colombo, Sri Lanka

16 nov 2013 KPN atau IGP berkata kumpulan lelaki bersenjata yang serang resort di pulau pom pom disyaki kumpulan militan al qaeda, abu sayyaf. tumpuan operasi di pulau malamanuk, hanya 16 km dari pulau pom pom

16 nov 2013 presiden kelab putera 1malaysia datuk abdul azeez abdul rahim cedera ringan di kepala apabila khemah besi tumbang di tacloban filipina ketika dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan Yolanda di Tacloban, Filipina. God bless Phillippines

17 nov 2013 pemangku menteri pengangkutan, datuk hishamuddin tun hussein berkata kerajaan tidak akan sembunyikan hasil siasatan kemalangan bas di genting highlands yang korbankan 37 nyawa, Ogos lalu.
- Shahidan kassim tegur pihak tertentu yang sebar berita palsu mengenai insiden bunuh dan culik di pulau Pom Pom Semporna.
- IGP berkata mangsa culik, wanita dari Taiwan itu mungkin masih hidup di lokasi tidak diketahui, PDRM bekerjasama dengan polis Filipina untuk mengesannya.
- Najib sahkan Malaysia jadi tuan rumah CHOGM 2019.

18 Nov 2013
Polis Johor sahkan hanya 1 remaja hilang dari vila Nabila, sebuah banglo tinggal di Jalan Skudai, Johor Bahru, yang dikatakan villa misteri, bukannya 23 orang sepertimana digembar gemburkan di media sosial.

Pengarah KDNKA Datuk Salleh Mat Rasid berkata kes bunuh dan culik di pulau Pom Pom mungkin babitkan orang tempatan.

Pesuruhjaya polis sabah datuk Hamza Taib pula tolak laporan media Taiwan, mangsa culik, Chang Ah Wei, 58 tahun, menjadi sasaran penjenayah kerana pertalian dengan isteri Presiden Taiwan.

KPN pula minta pihak media tidak dedahkan identiti mangsa culik dan latar belakangnya untuk memastikan keselamatan mangsa. Keutamaan kini untuk menyelamatkan mangsa.

Bekas PM Tun Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN untuk rawatan jangkitan dada.

19 Nov 2013

Bekas pengawal keselamatan Laude Ardina Laude Rasila dari Sulawesi, Indonesia, didakwa membunuh pegawai Ambank dan merompak RM450,000 di mahkamah Majistret Petaling Jaya, isterinya pula Helphia, dipenjara 6 bulan kerana tinggal lebih masa di Malaysia.

Presiden PERKASA Ibrahim Ali dipenjara 1 hari dan didenda RM20,000 oleh mahkamah tinggi KL kerana menghina mahkamah.

Najib yang melawat Bangladdesh berkata ada pihak ketiga yang mengaut untung, yang menjejaskan kemasukan pekerja asing sah dari Bangladesh ke Malaysia menerusi persetujuan kerajaan ke kerajaan yang sudah dimuktamadkan sebelum ini.

20 NOV 2013

Seorang pemilik kedai telefon bimbit di kundasang, sabah didenda RM15000 atas kesalahan hina sultan Perak pada 2009 di mahkamah sesyen kota kinabalu.

Sebanyak 565,157 kad pengenalan Malaysia dilaporkan hilang sehingga 31 Oktober 2013 lalu kata timb menteri dalam negeri, wan junaidi. ia pertambahan saban tahun.

Polis tahan kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat, 47 tahun dalam serbuan di Tangkak, Johor. Jika Harun Tuhan, mengapa dia boleh ditangkap?

Malaysia dilantik naib presiden program pengurusan transformasi sosial, majlis intra kerajaan UNESCO dalam sidang UNESCO di Paris, TPM wakili Malaysia dalam sidang UNESCO di Paris manaka Azwaliza Azman wakili TV3.

Selepas Paris, TPM lawat Amerika Syarikat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera ringan manakala pengawal peribadinya cedera parah di perut apabila kenderaan dinaiki terlibat kemalangan di lebuhraya PLUS.

21 Nov 2013

Ketua kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun, Harun Mat Saat direman 7 hari termasuk bagi bantu siasatan kes pembunuhan pegawai penguatkuasa JAIP.

7 pegawai kerajaan dikenakan tindakan tata tertib manakala 30 diberi surat tunjuk sebab kata KSN, susulan laporan ketua audit negara.

IGP berkata polis yakin wanita warga Taiwan yang diculik di pulau Pom Pom, Semporna masih hidup berdasarkan rakaman percakapan dengan penculik.

22 Nov 2013

3 wanita termasuk 1 rakyat Malaysia dijadikan hamba selama 30 tahun oleh pasangan suami isteri warga India dan Afrika di London.PAsangan itu ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menanti pendakwaan Januari tahun depan.Mangsa dipukul dan dicuci otak, kes rumit kata Scotland Yard.

23 Nov 2013

Sultan Johor menitahkan jumaat dan sabtu sebagai cuti hujung minggu di Johor, bukan lagi sabtu dan ahad seperti sebelum ini, berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Kementerian pendidikan tubuh jawatankuasa khas siasat kes soalan SPM bocor.

24 Nov 2013

Iran dan 6 negara kuasa dunia capai persetujuan hadkan program nuklear Iran dan hapuskan sekatan ke atas Iran. Hmm 1 perkembangan positif.

PM kata rakyat yang layak bayar cukai tapi elak bayar cukai dianggap pengkhianat negara.

FAM putuskan kontrak jurulatih bolasepak kebangsaan, K Rajagobal yang tamat 31 disember ini tidak akan dilanjutkan ekoran
kegagalan Malaysia layak ke Piala Asia di Australia. Beliau digantikan sementara oleh Ong Kim Swee.

25 Nov 2013

Bukit Aman beri tempoh sebulan mulai hari ini kepada pemilik senjata tiruan dan senjata untuk sukan untuk serahkan senjata pada polis untuk dilesenkan.

Tun Dr Mahathir Mohd yang dirawat di IJN sejak 16 November lalu, dibenarkan keluar.

Najib berkata UMNO bersifat terbuka berhubung kesediaan PAS utk bermuzakarah mengenai hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini.

26 Nov 2013

Najib umum 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan sokong BN kerana hilang kepercayaan pada PKR.

27 November 2013
Siti Aishah Abdullah yang dijadikan hamba abdi selama 30 tahun di Lamberth, London bebas untuk pulang ke negara ini kata IGP kerana dia bukan lagi buruan Polis meskipun pernah dikehendaki kerana terbabit dengan aktiviti berhaluan kiri iaitu komunis pada 1970an.

30 November 2013
Polis beri jaminan keselamatan mangsa culik di Pulau Pom Pom Semporna kata IGP.

2 Dec 2013
Kerajaan umumkan kenaikan tarif elektrik di semenanjung malaysia dan sabah serta labuan. kenaikan di semenanjung adalah 4.99 sen sekilowatt jam manakala di sabah dan labuan adalah 5 sen sekilowatt jam berkuat kuasa 1 januari 2013.
Tun Dr Mahathir Mohamad umum letak jawatan penasihat Petronas berkuatkuasa 1 Dec 2013 atas nasihat doktor.

7 Dec 2013
Najib di perhimpunan agung UMNO ketika menutup perhimpunan mengumumkan bantuan RM500 kepada setiap mangsa banjir.

8 Dec 2013
Najib di Brunei untuk rundingan tahunan ke 17 Malaysia Brunei di Bandar Seri Begawan.

9 Dec 2013
PM Thailand Yingluck Shinawatra umum pembubaran parlimen Thailand untuk beri laluan kepada pilihanraya Thailand setelah tunjuk perasaan rakyat memuncak sejak akhir akhir ini di Bangkok.

10 Dec 2013
Mulai 1 Mac 2014, permohonan paspot baru atau pembaharuan pemohon tak perlu bawa gambar paspot. perkhidmatan ambil gambar akan disediakan di kaunter immigresen.

13 Dec 2013
Pahang akan berikan bantuan RM250 kepada setiap mangsa banjir sebagai tambahan kepada RM500 yang diberikan oleh kerajaan pusat yang diumumkan PM.

16 Dec 2013
Pengurus Tottenham Hotspurs Andres Vilas Boas dipecat sehari selepas Spurs dibelasah 0-5 oleh Liverpool di whita hart lane.
Tottenham turut tewas 0-6 kepada Manchester City sebelum ini kini menghuni tangga ke 7 selepas 16 perlawanan.
Wilayah Ekonomi pantai timur umum komitmen pelaburan baru RM10.08 Billion sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan baru pada 2013 sebanyak RM28.46 billion.
Najib berkata program transformasi ekonomi ETP berjaya menarik pelaburan bernilai RM220 billion dalam tempoh 3 tahun pelaksanaannya.

17 Dec 2013
Seniwati Azean Irdawaty, 63 tahun, meninggal dunia di pusat perubatan universiti Malaysia akibat barah. jam 8.25 malam.

19 dec 2013
najib lawat sabah sekejap dari jakarta untuk hadiri perkahwinan anak speaker dun sabah datuk salleh said keruak di likas
presiden ANULAE Azih Muda diumumkan presiden CUEPACS yang baru gantikan Omar Osman pada konvensyen CUEPACS sebentar tadi.
Malaysia tewas sepakan penalti 3-4 kepada Indonesia pada separuh akhir bolasepak sukan sea di Myanmar, kedudukan selepas masa tambahan 1-1. Thamil Arasu jaringkan gol untuk Malaysia tapi dia bodoh tak boleh score penalty kic.
Najib berada di Indonesia sempena rundingan tahunan bersama presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhiyono. Antara perkara dipersetujui, Malaysia sokong langkah Indonesia bangkitkan isu intipan oleh Amerika Syarikat, Australia dan Singapura pada sidang ASEAN di Myanmar tahun depan. Visa pelajar kedua dua negara hanya diperbaharui 2 tahun sekali berbanding sekali setahun sebelum ini.
Hospital swasta tidak boleh sewenang wenangnya naikkan kos rawatan kata kerana ia dikawal kerajaan kata datuk dr Hilmi Yahya.

20 dec 2013
ketua polis negara sahkan pelancong taiwan yang diculik dari pulau pom pom semporna sabah 15 november 2013 lalu diselamatkan tentera filipina di filipina
Najib berkata kerajaan akan mencari mekanisme terbaik untuk imbangi sebarang kesan kenaikan tol dan tarif elektrik ke atas rakyat.

21 dec 2013
Najib rasmikan perhimpunan agong MCA ke 60 dan berkata jatuh bangun MCA ditentukan perhimpunan agung ke 60 selepas ini.
Najib di MCA juga ingatkan bahawa semua individu termasuk pemimpin UMNO berhak lontar pandangan tapi jangan sampai menyinggung mana mana pihak dalam komponen BN.
Kerajaan sedang kaji beberapa langkah pastikan kadar gaji rakyat selari dengan kos sara hidup yang meningkat kata Ahmad Husni Hanadzlah.
wanita Taiwan yang diculik di pulau Pom Pom, Chang An Wei tiba di lapangan terbang Taipei Taiwan jam 1.16pm disambut ibu dan kakak. dia dibebaskan setelah 35 hari dalam tawanan penculik.
Datuk Seri Liow Tiong Lai dipilih sebagai Presiden MCA yang baharu manakala Datuk Wee Ka Siong sebagai timbalan presiden yang baru.

25 dec 2013 umat kristian di malaysia dan seluruh dunia menyambut krismas. Najib ketika menghadiri perayaan krismas di pulau pinang menggesa rakyat mencari titik pertemuan yang menekankan nilai kebersamaan bagi memupuk perpaduan antara penganut pelbagai agama di negara ini.

26 dec 2013
Najib ucap tahniah kepada universiti sains islam malaysia yang melakar sejarah menang 3 anugerah tertinggi dewan perniagaan eropah.

27 dec 2013
Najib berkata Malaysia catat sejarah sebagai negara pertama asia tenggara ditawarkan sebagai negara tema pesta buku antarabangsa tokyo tahun depan.
pemilik akaun facebook Asmaelz Hadzeny II yang ditangkap di Saratok Sarawak semalam direman 5 hari bagi bantu siasatan hasutannya kepada rakyat untuk gulingkan kerajaan.
kementerian kesihatan mengharamkan produk kecantikan Taiwan, pimple cream sensual Meiji skin renewer cream kerana mengandungi racun asid azelaic.
Cardiff City memecat pengurus Malky Mackay kerana krisis dengan pemilik Cardiff City, Vincent Tan ekoran kedudukan cardiff di atas zon relegasi EPL.

29 dec 2013 Najib berkata penjawat awam yang menjadi mangsa banjir baru baru ini dan ada pinjaman perumahan perbendaharaan boleh membuat tuntutan insurans.

30 dec 2013
Juara 7 kali formula one, Michael Schumacher dilaporkan koma selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis.

PM berdoa agar mangsa banjir di Bintuli, Miri dan kawasan lain dipermudahkan Allah dan diringankan beban mereka.
1 jawatankuasa ditubuhkan bagi rangka tindakan kecemasan sebagai langkah berjaga jagah hadapi bencana alam seperti banjir kata Najib

PM umum kerajaan akan laksanakan 11 langkah bagi kurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 januari 2014
- elaun keraian menteri dan timbalan menteri dikurangkan 10% manakala pegawai kanan gred utama sektor awam C ke atas dikurangkan 5% hingga 10%.
- umum perlantikan juru perunding bagi projek kerajan akan diperketatkan bagi kurangkan perbelanjaan sektor awam.
- pengurangan 5% kos utiliti elektrik di semua pejabat kerajaan.
31 dec 2013

Muhyiddin minta rakyat jangan terpengaruh dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan tidak ambil langkah kurangkan beban rakyat akibat peningkatan kos.

TPM kata kerajaan akan lihat semula keputusan merasionalisasikan subsidi supaya ia benar benar dapat ringankan beban kumpulan sasaran.

Najib dalam perutusan tahun baru 2014 berikrar untuk meminimumkan kesan kenaikan kos sara hidup terhadap rakyat.

Kerajaan masih belum keluarkan arahan kepada mana mana syarikat konsesi berhubung kenaikan kadar tol jalanraya kata Menteri Kerjaraya Fadhilah Yusof.

HAPPY NEW YEAR 2013

1 Januari 2014
Tun dr mahathir mohd gembira dengan 11 langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumum PM pada 30 Disember lalu.
Dr Mahathir kutuk perhimpunan haram yang diadakan pada malam ambang tahun baru di dataran merdeka hingga memaksa konsert ditamatkan lebih awal pada 11.30 malam, sifatkan tindakan itu tidak demokratik.

2 Januari 2014
China sudah tarik balik larangan impot sarang burung walit dari Malaysia ke negara itu mulai 25 disember lalu.
lebih 5 juta pelajar akan terima bantuan awal persekolahan RM100 bermula 15 Januari ini .

Presiden MCA liow tiong lai umum perlantikan ong ka chuan sebagai setiausaha agung MCA dan Yoo Wei How sebagai setiausaha organisasi kebangsaan

5 Januari 2014
tahanan ISA terakhir seramai 6 orang ahli darul islam sabah dibebaskan dari kem tahanan ISA Kamunting Perak.
Kementerian pendidikan akan siasat harga makanan dan minuman di kantin sekolah bagi pastikan tiada kenaikan melampau.

Harga ikan dan sayur di pasar seluruh negara dilaporkan naik akibat faktor musim tengkujuh.

6 januari 2014
perbicaraan ke atas 30 pengganas termasuk 3 rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden pencerobohan di lahad datu tahun lalu, bermula di kompleks penjara kepayan di hadapan hakim mahkamah tinggi, stephen chung. pendakwaan diketuai peguam negara tan sri gani patail.

6 januari 2014
Najib berkata dasar transformasi negara perlu diperhebatkan pada 2014dan tahun berikutnya kerana tempoh malaysia mencapai status negara maju kian hampir.

Najib berkata setiap isu berbangkit dari semasa ke semasa perlu ditangani lebih matang dan tenang berdasarkan peraturan dan dialog bersama semua pihak.

Pusat tahanan ISA di Kamunting yang tamat fungsinya semalam akan dijadikan penjara agro untuk banduan tidak berisiko tinggi.

7 Januari 2014
Penerbit filem terulung Asia dari Hong Kong, Run Run Shaw meninggal dunia di Hong Kong pada usia 107 tahun.

Jawatankuasa kabinet mengenai pekerja asing tanpa izin memutuskan pekerja asing tidak dibenarkan bekerja di restoran makanan segera bagi peluang kepada pekerja tempatan.

Hard Rock Cafe boleh dibuka di Putrajaya jika pengusaha setuju dengan garis panduan Perbadanan Putrajaya dan tidak melanggar syariat Islam kata Tengku Adnan Tengku Mansor.

PM kata usaha kerajaan kukuhkan ekonomi negara tidak akan berhasil sekiranya hasrat dan pandangan rakyat tidak diambil kira.

8 Januari 2014
Kementerian pertanian dan industri asas tani akan beri RM10 juta kepada penternak, petani dan pengusaha yang terjejas akibat banjir.

9 Januari 2014
KDN akan lancar operasi besar besaran untuk program pemutihan pekerja asing tanpa izin di seluruh negara pada 21 Januari ini.

Zahid Hamidi berkata semua 2.3 juta pekerja asing di Malaysia mesti memegang i-kad menjelang hujung tahun ini selepas program pemutihan selesai.

Najib berkata kerajaan hanya akan buat keputusan samada kadar tol akan dinaikkan atau tidak selepas kajian makmal dilakukan dengan mendalam.

10 jan 2014
PM Turki, Recep Tayyip Erdogan melakukan lawatan rasmi 2 hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di dataran putrajaya.
Malaysia dan Turki sasar tingkatkan nilai dagangan dari RM4.8 Billion ketika ini kepada RM16.3 billion pada dalam tempoh 5 tahun kata Najib.

Tan Sri Khalid Abu Bakar amat alu2kan jika ISA dikuatkuasakan semula bagi keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

11 Januari 2014
Najib berkata kerajaan sudah membuktikan berjaya membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat minoriti orang asli selepas 57 tahun merdeka.

25 premis perniagaan, komersial dan pejabat di Kota Kinabalu rosak apabila sekumpulan remaja nakal melepaskan guli dari senapang angin. Gerakan memburu all those shits sedang giat dijalankan.

12 Januari 2014
Najib berkata lebih banyak projek tebatan banjir akan dilaksanakan di seluruh negara bagi elak banjir. Antaranya di Chukai dengan peruntukan 480 juta ringgit dan Kuantan dengan peruntukan 700 juta ringgit.

13 Januari 2014
JPA sedang kaji semula 100 skim perkhidmatan awam babitkan kira kira 800,000 penjawat awam bagi tujuan penambah baikan kata ketua pengarah JPA.

Emiriyah Arab Bersatu bersetuju berikan sumbangan 32.5 juta ringgit kepada kerajaan Pahang bagi baiki prasarana yang rosak akibat banjir.

14 Januari 2014
Cristiano Ronaldo tamatkan penguasan 4 tahun Lionel Messi apabila dianugerahkan pemain terbaik dunia FIFA di Zurich.

2 wira lahad datu, sarjan sabarudin daud dan kopral mohd azlan tukiran yang terkorban menerima anugerah khas maulidur rasul selangor. di peringkat kebangsaan pula Pesueuhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menerima anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan daripada yang di pertuan Agong.

Zahid Hamidi berkata pelajar asing tidak perlu permit khas untuk bekerja separuh masa di premis makanan segera, hanya perlu memaklumkan kepada jabatan Buruh.

15 Januari 2014
Kabinet menubuhkan jawatankuasa khas menangani kos sara hidup rakyat untuk menangani kenaikan harga barang dan penguat kuasaan undang undang.

Semua Menteri di arah turun padangmenemui peniaga dan pengguna bagi cari punca kenaikan harga dan mencari rumusan penyelesaian kata TPM.

17 Januari 2014
Seluruh Sabah dan Labuan terputus bekalan elektrik mulai 11.05 minit pagi akibat 3 janakusa terpelantik di Sepanggar dan Patau Patau. Akibatnya SESB Kehilangan 731 MW tenaga elektrik di Grid Sabah. Bekalan hanya dipulihkan secara berperingkat mulai 12.15 tengahari di Ranau dan 10.20 malam di Sandakan. Kabinet negeri Sabah arah siasat.

Maximus Ongkili turut meminta TNB dan Suruhanjaya Tenaga siasat insiden itu.

18 Januari 2014
Kerajaan akan terus berikhtiar untuk menambah bantuan kepada mengasa banjir bagi ringankan beban yang ditanggung akibat belanja itu.

Kabinet terima syor penambah baikan hadapi banjir termasuk pengunaan sistemamaran awal, pelaksanaan projek tebatan dan penambahan aset kata PM.

19 Januari 2014
Pelajar British, Lewis Clarke, 16 tahun menjadi orang paling muda tiba ke kutub selatan, setelah menempuh perjalanan 1,129 kmselama 16 hari dari pantai Antartika.

Hishamuddin melawat Pentagon dan berkata Malaysia dan USA akan pertingkatkan kerjasama eksesais dan latihan ketenteraan 2 hala bagi kukuhkan kerjasama pertahanan 2 negara.

20 Januari 2014

TPM tiba di London untuk lawatan kerja 3 hari termasuk menghadiri Forum Pendidikan DUnia

Kerajaan mengumumkan dasar Automotif Nasional, NAP. oleh Mustapa Mohamad, antara highlightnya :
= harga kereta turun 20% - 30% menjelang 2017, pengecualian duti eksais dan cukai impor kereta hibrid CKD.
- dasar automatif yang disasarkan sehingga 2020, kira kira 85% kenderaan yang dikeluarkan di Malaysia adalah cekap tenaga.
- Kerajaan akan melantik 1 badan untuk mengkaji semula polisi permit impot AP selepas Tahun Baru Cina.
NAP menyasarkan sekurang kurangnya 200,000 unit kereta dieksport, eksport komponen akan mencecah nilai minimum 10 billion ringgit pada 2020.
- bagi permit impot AP, kerajaan putuskan buat kajian menyeluruh dan mendalam bagi menilai impak penamatan penyertaan bumiputera dalam industri auto.
- NAP 2009 membuat ketetapan spesifik untuk menamatkan AP terbuka pada 31 Disember 2015 dan AP Francais pada 31 Disember 2020.
- Secara keseluruhan NAP 2014 sediakan pakej pembiayaan RM 2 Billion serta langkah dan pelan pelaksanaan merealisasikan NAP 2014.
Kerajaan menjimatkan RM400 juta hasil pelaksanaan 11 langkah penjimatan sektor awam yg diumumkan PM bermula 1 Januari lalu kata KSN.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata 5 orang ditahan bagi siasatan kes pecah cermin 46 premis di Kota kinabalud an penampang pada 11 Januari lalu. Ops Cermin itu turut berjaya merampas selaras senapang angin. 3 pendatang asing di tahan reman manakala 2 dibebaskan.

21 Januari 2014
Najib berkata kerajaan akan campur tangan jika mekanisme harga barangan tidak berfungsi dengan baik agar rakyat tidak dibebani dengan harga tinggi.

Operasi besar besaran buru pendatang asing tanpa izin di seluruh negara mulai 12 malam tadi buktikan kerajaan tidak lagi berkompromi dalam isu itu. Sebanyak 1565 PATI ditahan dalam operasi seluruh negara oleh KDN.

Bas sekolah boleh membawa iklan menjelang hujung Mac bagi memberikan pendapatan lebih kepada operatot sekaligus mencegah kenaikan tambang bas sekolah kata SPAD.

Thailand istyhar darurat 60 hari di Bangkok dan kawasan sekitarnya mulai esok untuk tangani tunjuk perasaan besar besaran dan untuk kuat kuasakan undang undang.

22 januari 2014

Tindakan syarikat IPP di Sepanggar menghentikan 4 turbin janakuasa gas serentak menjadi punca seluruh sabah dan labuan putus bekalan elektrik pada 17 januari lalu.

MB Pahang, Adnan Yaakob umum sumbangan rm32.5 juta dalam bentuk perkakas rumah untuk mangsa banjir adalah sumbangan kerajaan UAE.

24 Januari 2014

7.9 juta penerima akan menikmati BR1M apabila ia mula diagihkan pertengahan Februari ini kata Najib.

Borang penilaian sistem pengurusan prestasi, KPI akan mula diedarkan di peringkat cawangan dan bahagian UMNO dalam masa terdekat kata Najib.

Majlis tertinggi UMNO tetap dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan kesucian dan kemuliaah Islam termasuk kalimah Allah kata Najib.

Najib umum peruntukan tambahan rm20 juta untuk FAMA dan NEKMAT untuk beli stok penimbal atasi kekurangan bekalan dan stabilkan harga barang.

25 Januari 2014

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana kencing manis, 12.10 tengah malam tadi. Najib sampaikan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Datuk Nicol David muncul juara kejohanan skuasy Juara Juara di New York selepas tundukkan Laura Masaro 11-4, 13-11, 11-8.

Pemain China Li Na muncul juara wanita tennis terbuka Australia, kalahkan pemain slovakia Dominika Cibulkova, 7-6, 6-0.

26 Januari 2014
Najib berkata kerajaan akan terus sediakan pendidikan terbaik dan maklumat tepat kepada Generasi Y bagi bantu mereka buat keputusan dalam pelbagai perkara.

Setiausaha Negara Amerika, John Kerry puji peranan Malaysia bantu proses damai kerajaan Filipina dan MILF.

Stanislaw Wawrinka dari Switzerland menjuarai tenis Terbuka Australia tewaskan Rafael Nadal 6-3, 6-2, 3-6 6-3. Kotoh...Yahooo Nadal kalah. kotohh

27 jan 2014

Adun Kajang, Lee Chin Cheh dari PKR letak jawatan sebagai adun kajang, memberi laluan praya kecil dun kajang. PKR menamakan anwar ibrahim sebagai calon.

29 jan 2014

Najib lancar kempen penurunan harga 2014 disertai 10 pasar raya besar babitkan 4000 prodik dengan harga antara 15%-70%.

Pelan perdamaian nasional yang diusaha kerajaan akan berasaskan 4 teras, sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa kata Najib.

Najib dalam perutusan tahun baru cina menyeru rakta menolak sebarang ugutan, keganasan atau tindakan ekstrem yang boleh mengugat keharmonian dikongsi dan dinikmati pelbagai kaum.

1 Feb 2014

Najib berkata kerajaan akan bantu pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dalam mempertahankan hak mereka. 4 anak pasangan itu kembali ke Malaysia pagi tadi dan bertemu Najib di kediamannya di KL.

5 Feb 2014

SPR menetapkan hari penamaan calon praya kecil dun Kajang pada 11 Mac dan pengundian pada 23 Mac 2014.

KAbinet setuju tidak menaikkan kadar tol. akan bayar pampasan RM400 juta kepada konsesi tol kata TPM.

Kerajaan akan sediakan peruntukan khas RM120 juta kepada FAMA, Nekmat dan Nafas untuk pastikan bekalan makanan mencukupi kata TPM.

Anugerah sukan Laureus 2014 akan diadakan di KL pada 26 Mac 2014, Malaysia ambil alih penganjuran berprestij itu daripada Brazil.

6 Februari 2014

Kerajaan lancarkan 6 pelan induk bagi pastikan dasar automotif nasional dilaksana dengan berkesan kata Mustafa Mohamad.

7 orang termasuk 5 kanak kanak disah positif H1N1 di wad hospital Likas Kota KInabalu.

7 Februari 2014

IGP melawat ESSCOM di Lahad Datu selama 2 hari dan beliau berkata polis berjaya menghalang cubaan kumpulan tertentu memasuki Sabah, hujung bulan lalu. dan 1 lagi Briged PGA akan diwujudkan membabitkan 3 batalion baru PGA di Pantai timur Sabah dalam kawasan ESSZONE selewat lewatnya hujung tahun ini.

TPM berkata keputusan keajaan tidak naikkan kadar tol kerana kerajaan tak mahu bebankan rakyat, bukannya kerana desakan pembangkang atau pilihanraya kecil Kajang.

Kementerian Pendidikan perkenal buku teks versi digital yang diakses dalam talian sebagai alternatif kepada buku teks bercetak konvensional. dilancarkan Idris Jusoh.

Mahkamah tinggi menolak saman dikemukakan Pembangkang ke atas SPR untuk membatalkan keputusan PRU 13. Ini kerana hal berkaitan pilihanraya hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah Pilihanraya.

8 Februari 2014

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud buat pengumuman menggegarkan, sah undur diri dan letak jawatan sebagai ketua menteri sarawak selepas 33 tahun. Pengumuman dibuat selepas mesyuarat 5 jam MT PBB dan jawatankuasa kaukus PBB di Kuching. Keputusan itu diumum pengerusi tetap PBB. Taib dicadang dilantik sebagai TYT Sarawak gantikan Tun Abang Salahudin. Taib sendiri akan umumkan siapa penggantinya dalam tempoh 2 hari. Najib umum setinggi penghargaan atas jasa Taib sebagai KM Sarawak dan hormati keputusan beliau utuk berundur.

Najib berkata pemberian BRIM 3.0 akan dilancarkan 22 Februari 2014 ini dan pengagihan bermula 23 Februari 2014 ini.

Pengerusi HINDRAF, yang juga Timbalan Menteri di JPM, P Waythamoorthy umum letak jawatan semua jawatan dalam kerajaan berkuat kuasa isnin ini 10 Februari 2014.

9 Feb 2014

Kurang 24 jam selepas umum akan letak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mempengerusikan mesyuarat khas BN di ibupejabat PBB di Kuching, katanya beliau akan lepaskan jawatannya penghujung bulan ini dan akan menemui TYT Sarawak pada Sabtu ini.

10 Feb 2014

Tragis di puncak kinabalu, pelancong Jerman Victoria Paulsen, 22 tahun maut setelah terjatuh dari puncak kinabalu setinggi 4095 meter ketika sedang menanti matahari terbit. Mayatnya dibawa balik pasukan penyelamat hari ini.

Ketua UMNO Bhg Bakri digantung jawatan kerana politik wang pada pemilihan parti November lalu.

Najib berkata kerajaan sememangnya bertekad membantu nelayan dari belenggu cengkaman orang tengah dalam perniagaan ikan.

11 Feb 2014

BR1M 3.0 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pada 22 Februari ini kata Najib. Manakala yang belum kemas kini akaun bank, akan menerima bantuan BR1M 3.0 mulai 23 Februari.

Najib sifatkan tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meletak SPRM bagi menangani rasuah di kementerian itu adalah 1 tindakan baik.

12 Februari 2014

Ketua Menteri sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menemui TYT Yang di pertua negeri Sarawak di istana negeri di Kuching 3 petang untuk maklumkan hasrat letak jawatan ketua menteri sarawak dan menamakan penggantinya iaitu Tan Seri Adenan Satem. Perletakan jawatan Taib Mahmud berkuat kuasa secara rasmi pada 28 Februari 2014 bersamaan Jumaat.

Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Adnan Satem, 68 tahun, dijangka mula berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru pada 1 Mac 2014 bersamaan Sabtu dan akan mengangkat sumpah pada 28 Februari 2014 bersamaan Jumaat.

Taib Mahmud juga sahkan akan mengosongkan kerusi DUN Balingian dan pilihanraya kecil perlu diadakan di DUN Balingian.

Bank Negara berkata ekonomi Malaysia pada 2013 berkembang 4.7% dengan semua sektor utama mencatat pertumbuhan kukuh yang disokong kegiatan domestik dan perdagangan.

13 Februari 2014

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan sokongan penuh kepada Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Najib berkata kerajaan tawarkan dana kewangan maksimum RM30,000 kepada isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah untuk beli rumah pertama menerusi skim MyHome.

Najib percaya pengalaman luas dan sokongan semua pihak, Tan Sri Adnan Satem dapat teruskan kecemerlangan untuk Sarawak, juga pastikan kesinambungan kerajaan BN bangunkan Sarawak.

Kerajaan Johor hapuskan kadar faedah 4 % bagi pinjaman perumahan kakitangan awam negeri berkuat kuasa 1 Mac 2014 kata MB Johor.

Malaysia tarik pelaburan langsung asing, FDI RM38.77 billion tahun lalu, peningkatan 24% berbanding RM31.12 billion pada 2012 kata MITI.

TPM kata UMNO tidak perlu masuk ke Sarawak kerana BN Sarawak sudah mencapai matlamat mewujudkan perpaduan, kemajuan dan kestabilan untuk rakyat Sarawak.

MCA adakan mesyuarat agung luar biasa pada 23 Februari ini bagi putuskan penyertaan semula pemimpinnya dalam kabinet Persekutuan kata Liow Tiong Lai.

MCA juga sahkan bertanding praya kecil Kajang dan sudah senaraikan 3 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon kata Liow Tiong Lai.

13 Februari 2014
Banjir besar melanda Beaufort, Tenom dan Keningau, terburuk dalam tempoh 33 tahun.

14 Februari 2014
Kerajaan persekutuan salur peruntukan tambahan RM1 billion untuk bina bangunan baru ganti sekolah daif di Sabah dan Sarawak kata Muhyiddin ketika melawat Lundu, Sarawak.

Najib hormati keputusan Presiden HINDRAF, P Waythamoortyhy letak jawatan timbalan menetri di JPM, namun beliau sepatutnya bertemu dengan Najib dan berunding sebelum letak jawatan.

Adnan Satem hargai kepercayaan Najib, Muhyiddin dan Taib Mahmud untuk beliau terajui Sarawak, lega kerana keputusan dibuat sebulat suara, kabinet Sarawak sedia ada dikekalkan, tiada sebab diubah.

15 Februari 2014
Perak Man yang sebelum ini disimpan di Muzium Kuala Lumpur dibawa pulang ke tempat penemuannya dan dipamer di Lenggong, Perak.

Kerajaan akan perluaskan pentadbiran ESSCOM sehingga ke Sarawak bagi pastikan keamanan perairan negeri itu kata Hishamuddin.

Adnan Satem akan bincang dengan Effendi Norwawi berhubung peranan boleh dimainkan bekas menteri itu dalam pentadbiran baru Sarawak.

Kerajaan akan mewujudkan unit integriti di setiap unit dan berkuasa melaporkan salah laku secara terus kepada SPRM.

Najib tegur pelaksanaan sistem kerja naik taraf SJK Tamil di seluruh negara yang sering gagal disiapkan mengikut jadual.

16 Feb 2014

Bekas menteri di JPM Datuk Zaid Ibrahim umum hasrat tanding praya kecil Kajang sebagai calon bebas.

KWSP istyhar dividen 6.35% untuk 2013 berbanding dividen 6.15% pada 2012.

Tun Mahathir berkata BN tetap berpeluang memenangi kerusi DUN Kajang pada praya kecil 23 Mac 2014 ini.

Polis Johor temui semula kereta Volkswagen Passat milik Karam Singh Walia yang dicuri dari rumahnya di Taman Seri Andalas Kelang.

17 Feb 2014
Najib sampaikan pembiayaan RM21 juta kepada 15 syarikat kreatif menerusi dana disediakan MyCreatives Venture Sdn Bhd.

KPN berkata PDRM tubuh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard bagi memantapkan pematuhan SOP termasuk pematuhan tata tertib oleh anggotanya.

20 Feb 2014
Facebook membeli Whatsapp dengan nilai RM50 billion atau USD19 billion.

TPM Lawat Kemboja dan kedua dua negara memeterai MOU bagi mengukuhkan lagi sektor pendidikan tinggi di kedua dua negara.

21 Feb 2014

Taib Mahmud berjanji tidak campur tangan pentadbiran kerajaan negeri selepas persaraannya dan beri sepenuh kepercayaan kepada penggantinya.

Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Kajang, 23 Mac 2014 ini.

22 Feb 2014

Sejumlah RM4.5 Billion BR1M 2014 diagihkan kepada 7 juta penerima kata Najib ketika melancarkan BR1M 2014 di SMK Aminudin Baki, KL.

Najib berkata subsidi pukal seperti petrol akan dikurangkan secara berperingkat bagi diagih semula kepada rakyat dalam bentuk subsidi fokus seperti BR1M.

Najib beri jaminan jumlah BR1M akan ditambah pada masa depan jika asas ekonomi dan pendapatan negara serta kestabilan politik makin kukuh hasil kecekapan kerajaan, iaitu bertambah kepada RM1200 dalam tempoh 5 tahun.

23 Feb 2014

Mesyuarat agung luar biasa MCA meluluskan resolusi untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat. Tidak menetapkan masa bila jawatan menteri itu diisi, terpulang kepada PM. USaha MCA kini untuk menyelesaikan masalah berkaitan masyarakat Cina.

24 Feb 2014

Semua warga asing akan dikenakan caj rawatan sebenar bagi mendapatkan perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan.

25 Feb 2014

Najib berkara rancangan rekonsiliasi nasional yang akan diumum dan dilaksanakan kelak akan membantu rakyat untuk saling menghormati dan berhubung.

45 keluarga yang hilang tempat tinggal ketika pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu Mac 2013 menerima rumah baru hari ini hasil peruntukan 3.044 juta oleh Majlis Keselamatan Negara. Kunci rumah diserahkan menteri di JPM Shahidan Kassim.

26 Feb 2014

Abdul Taib Mahmud lepaskan kerusi DUN Balingian berkuat kuasa Jumaat ini 28 Feb 3014, notis pengosongan telah diserahkan kepada Speaker DUN Sarawak.

27 Feb 2014

Speaker DUN Sarawak sahkan kekosongan kerusi DUN Balingian, sudah diserahkan kepada pengerusi SPR pagi ini. dan SPR akan mengadakan mesyuarat khas 6 Mac ini bagi bincangkan pilihanraya kecil DUN Balingian, Sarawak yang dikosongkan bekas KM Sarawak, Taib Mahmud.

Taib Mahmud meninggalkan pejabatnya sebagai Ketua Menteri Sarawak buat kali terakhir, petang tadi,

Untung bersih Maybank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 adalah RM6.55 Billion, paras tertinggi, peningkatan 14%.

Untung bersih Telekom Malaysia bagi tahun kewangan sama ialah RM1.04 Billion.

Pembayar cukai boleh menggunakan efiling untuk membayar cukai taksiran 2013 mulai Ahad ini 2 Mac 2014 kata LHDN.

28 Feb 2014

Detik bersejarah untuk Sarawak. Tan Sri Adenan Satem, 70 tahun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke 5 menggantikan Taib Mahmud di istana negeri Sarawak di depan TYT Sarawak tepat 9.40 pagi tadi. Secara automatik Adenan kini Presiden PBB Parti Pesaka BUmiputra Bersatu.

Malaysia catat rekod baru pelaburan RM216.5 Billion pada 2013 mengatasi rekod tertinggi RM167.8 Billion pada 2012 kata MITI.

Najib menerima kunjungan Presiden Filipina Beningno Aquino Jr, dan Najib berkata perjanjian komprehensif mengenai Bangsamoro bagi membawa keamanan di selatan Filipina akan ditanda tangani di Manila , hujung Mac ini.

Yang di Pertuan Agong berkenan serah watikah perlantikan sebagai TYT Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di istana Negara.

Najib pengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan umumkan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem sebagai pengerusi BN Sarawak atas kapasiti sebagai Presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak.

BN hanya tunggu SPR tetapkan tarikh pilihanraya kecil Dun Balingian Sarawak dan serahkan kepada BN Sarawak untuk tentukan calon sesuai.

Dewan tertinggi BN juga sebulat suara setuju menerima persatuan India Malaysia dan Parti Punjabi Malaysia sebagai gabungan terbarunya.

MB Selangor, Khalid Ibrahim umum akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti 2014.

1 Mac 2014

Bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud angkat sumpah sebagai TYT Sarawak yang baru menggantikan Tun Abang Salahudin.

TPM Muhyiddin lawat Sabah. Melawat Kolej Vokasional Sandakan dan merasmikan rumah PPR Jalan Labuk, Sibuga sebelum ke kota kinabalu dan balik KL esok.



































































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs