Wednesday, March 20, 2013

Kerajaan Sabah ucapkan tahniah kepada Najib dan kerajaan Pusat atas kejayaan laporan tahunan Program Transformasi Negara, GTP.



KENYATAAN Y.A.B. KETUA MENETRI SABAH BERIKUTAN PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA OLEH Y.A.B. PERDANA MENTERI MALAYSIA.

1. Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah mengucapkan tahniah kepada kerajaan pusat khususnya Y.A.B. Perdana Menteri yang telah membentangkan laporan tahunan Program Transformasi Negara.

2. Kita amat mengalu-alukan pembentangan laporan ini yang jelas membuktikan kesungguhan kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai agenda dalam program-program transformasi negara.

3. Alhamdulillah pelaksanaan dan kejayaan program-program itu juga ternyata telah memberikan banyak impak positif dan kesan ketara kepada peningkatan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri pada keseluruhannya.

4. Antaranya meliputi peningkatan taraf sosioekonomi dan pendapatan rakyat, pembangunan keperluan asas di kawasan luar bandar, kepesatan sektor perindustrian termasuk minyak dan gas, pelancongan serta pembasmian kemiskinan.

5. Merujuk kepada laporan Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri pada 20 Februari 2012) membuktikan bahawa kadar kemiskinan negeri telah berjaya dikurangkan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus pada 2012; Pendapatan isi Rumah (HIS) meningkat kepada RM4.013 (2012) berbanding RM3,102 (2009).

7. Terbukti kerajaan BN di bawah kepimpinan YAB. PM lebih berani dan bertanggungjawab dalam usaha kita untuk memberitahu dan membuktikan kepada rakyat akan iltizam dan komitmen serta rekod pencapaian kita dalam membela nasib rakyat dan memacu kemajuan negara.

8. Apa yang penting adalah untuk rakyat Sabah menilai secara mendalam dan membuat perbandingan yang terbaik rekod cemerlang dan janji yang telah ditepati oleh kerajaan BN yang faedahnya telah dan sedang dinikmati oleh segenap lapisan rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan transformasi. Ternyata pencapaian kita ini jauh lebih realisitik berbanding dengan manifesto dan janji kosong parti pembangkang.

9. Saya percaya rekod dan laporan pencapaian kerajaan BN ini akan terus mencetus semangat, iltizam dan komitmen kita untuk memastikan momentum pembangunan dan kejayaan ini dapat terus ditingkatkan seiring dengan matlamat dan agenda pembangunan dan transformasi negara, dan yang penting memanfaatkan segenap lapisan rakyat termasuklah kita di Sabah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs