Formerly known as Easy Comes Easy Goes 2.0. I am a Malaysian who loves Hollywood but has never set foot there. My interests = Anything that interests you including Hollywood, Bollywood and Clint Eastwood. Thanks for reading folks. This blog contains 100% true postings, based on established international media reports and reputable trustworthy sources. No lies or fabrications included. Cheers.
Pages
▼
Tuesday, March 25, 2014
Terma teknikal kehilangan pesawat MH370
Menerusi pencarian besar besaran #MH370 sejak dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac lalu, kita telah mengikuti perkembangan usaha mencari dan menyelamat sejak hari pertama kejadian, Dan beberapa terma baru telah kita ketahui antaranya :
1. Air turn back - istilah pesawat melakukan u turn, lazimnya kalau kereta buat pusingan balik dipanggil uturn, tapi kalau kapal terbang yang u-turn dipanggil Air Turn Back. Bila melakukan air turn back, pilot wajib memaklumkan kepada air control tower, sebab dia berbuat demikian.
2. Transponder - sejenis alat yang menerima dan menghantar isyarat gelombang radio kepada radar sekunder, lalu memberikan identiti pesawat, kelajuan, arah serta ketinggian. Ia set komunikasi kedua pesawat selain sistem komunikasi konvensional pesawat dikenali Aircraft Communications Addressing and Reporting System atau Acars.
3. Radar sekunder - sejenis radar yang boleh mengesan identiti pesawat, kelajuan, ketinggian dan arah menerusi transponder pesawat.
4. radar utama / primary radar - alat pengesan menggunakan gelombang radio yang memberikan isyarat secara memantulkan gelombang radio ke objek, kebiasannya hanya merekodkan kehadiran objek dan arah seperti pesawat dan kapal laut tapi tidak memberikan data terperinci seperti radar sekunder.
5. Ping - bukan milo ping, kopi ping atau teh ping. Ping merujuk kepada isyarat elektronik yang dihantar secara automatik oleh pesawat dan direkodkan satelit. Dalam kes MH370, sistem pesawat yang dicipta oleh Boeing membolehkan pesawat menghantar isyarat ping secara automatik setiap sejam kepada satelit ketika dalam orbit atau penerbangan, meskipun dalam keadaan alat komunikasi pesawat sudah ditutup atau gagal dikesan radar.
6. Inmarsat - sebuah syarikat utama pembekal perkhidmatan satelit mobil global yang beribupejabat di London dan beroperasi sejak 1979. Membekalkan data komunikasi darat, laut dan udara kepada kerajaan dan mana mana pertubuhan. Inmarsat juga ada merekodkan data penerbangan MH370.
7. Diego Garcia - sebuah terumbu karang tropika di tengah tengah Lautan Hindi. Amerika Syarikat mempunyai sebuah pengkalan tentera laut di sana, menempatkan pengkalan udara, serta pengkalan kapal dan kapal selam. Sebelum ini ada kemungkinan MH370 mendarat di Diego Garcia tetapi setelah siasatan dilakukan, perkara itu dinafikan.
8. Mutual Exchange - proses dimana seorang pilot meminta pertukaran tugas / jadual penerbangan dengan pilot lain dan dipersetujui bersama.
9. IGARI, Sebelum ini ada laporan awal kata MH370 hilang dekat IGARI..dulu saya ingat IGARI ni pulau? Hakikat sebenarnya IGARI ialah titik petunjuk pesawat ruang udara di Laut Cina Selatan, berperanan seperti signboard jalanraya. IGARI adalah titik yang perlu anda lalui di lebuhraya udara bagi laluan KL ke utara seperti China dan Jepun. Apabila anda menghampiri IGARI, data mengenai jarak pesawat anda dengan lapangan terbang terdekat dan arahnya atau Bearing sudah disediakan. Contohnya dekat IGARI ada 12 lapangan terbang kecil dan besar yang boleh anda tujui jika berlaku kecemasan termasuklah di Pulau Redang, Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Selain IGARI, ada 11 titik lain di sekitar Laut Cina Selatan, antaranya IPRIX, BITOD, IKUMI, TANAM DAN SAMOG. Secara riingkasnya IGARI ini seperti signboard atau papan tanda jalan di tepi jalanraya yang menunjukkan peta laluan destinasi dan berapa jaraknya.
9. Squawk code..kod 4 digit yang boleh disetting oleh pilot pada transponder..kod dari angka 0-7...boleh juga dimasukkan dalam transponder jika berlaku kecemasan spt masalah engin, komunikasi dan pesawat dirampas...contoh kod 7500 dan 7700
Apapun jangan kita putus harapan, terus berdoa untuk #MH370.
No comments:
Post a Comment