Showing posts with label letrik. Show all posts
Showing posts with label letrik. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Gangguan bekalan elektrik di Sabah pada 11 April 2012



Sumber : Jabatan Komunikasi Korporat SESB

Impak Minimum Walaupun Penyaluran Gas Ke IPP Terjejas

Gangguan pada sistem penyaluran gas ke beberapa Stesen Janakuasa Bebas (Independent Power Producers) di Sepanggar telah mengakibatkan banyak kawasan mengalami gangguan bekalan elektrik bermula pada jam 3.17 petang tadi (11 April 2012).

Kejadian di luar dugaan ini juga telah mengakibatkan kapasiti penjanaan tenaga elektrik sebanyak 90MW (MegaWatt) hilang daripada sistem rangkaian Grid Sabah.

Menurut Pengarah Urusan SESB, Ir. Hj Abd Razak Sallim, “SESB juga terpaksa melaksanakan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid”.

“Tindakan ini perlu dilaksanakan serta merta supaya kawasan gangguan bekalan elektrik ini dapat diminimumkan dan tidak meluas”.

Antara kawasan-kawasan yang dikenalpasti mengalami gangguan bekalan ini adalah sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Tuaram, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat, Kota Belud, Kota Marudu dan W.P.Labuan.

“Bekalan elektrik ke kawasan yang terlibat telah berjaya dipulihkann secara berperingkat bermula pada jam 3.40 petang pada hari yang sama”.

Segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna ekoran daripada kejadian ini adalah amat dikesali.

Dalam pada itu, SESB berkata pertambahan permintaan bekalan elektrik di sekitar bandaraya Kota Kinabalu akhir-akhir ini telah mengakibatkan peralatan elektrik di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) / Distribution Main Intake Starcity terpelantik (tripped) pada jam 10.04 pagi Rabu 11 April 2012.

Kejadian ini juga mengakibatkan hampir 300 pengguna di sekitar Sinsuran, Centre Point, Maktab Gaya dan Jalan Tuaran Bypass terputus bekalan elektrik.

Menurut Ir. Hj Abd Razak Sallim, “pihak SESB telahpun mengenalpasti punca masalah ini dan tindakan serta merta telahpun diambil bagi memperbaiki masalah ini”.

Bekalan elektrik telah berjaya dipulihkan secara berperingkat pada jam 11.20 pagi hari yang sama.

Segala kesulitan ekoran daripada kejadian ini adalah amat dikesali.

Thursday, March 8, 2012

Panahan petir menyebabkan Bekalan elektrik terputus di Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah, 8 Mac 2012






Bekalan elektrik di Kota Kinabalu, Penampang serta di Pantai Timur Sabah termasuk Tawau dan Sandakan dilaporkan terputus beberapa jam bermula kira kira 2.30 petang pada hari Khamis bersamaan 8 Mac 2012.

Ia dilaporkan berpunca panahan PETIR yang terkena talian elektrik bervoltan tinggi 132 kilovolt di sektor Penampang - Beaufort, menyebabkan kehilangan kuasa elektrik 200 Megawatt.

Sabah Electricity Sendirian Berhad, SESB berhempas pulas memperbaiki masalah itu dan bekalan elektrik di Penampang dan beberapa kawasan di Kota Kinabalu, dipulihkan semula, secara berperingkat kira kira sejam selepas itu, pada jam 3.30 petang hingga 4 petang.

Bagaimanapun beberapa kawasan di Sandakan dilaporkan masih belum mempunyai bekalan elektrik sehingga jam 8 malam, yang bermakna bekalan terputus 6 jam.

Di Kota Kinabalu, premis perniagaan dan sistem jalanraya antara yang terjejas teruk.

Ada premis perniagaan yang terpaksa bergelap di tengah tengah kesibukan pelanggan.

Banyak jalan utama yang tidak mempunyai lampu isyarat mengalami kesesakan lalu lintas teruk.

Keadaan ini mengingatkan kita kepada peristiwa awal 2008 dimana hampir keseluruhan Sabah mengalami black-out atau terputus bekalan elektrik kerana menara pencawang bervoltan tinggi dekat Sepanggar tumbang akibat vandalisma. Perbuatan orang tidak bertanggung jawab mencuri skru atau logam menara menyebabkan menara tumbang dan menyebabkan 1 Sabah gelap gelita.

Di harap orang yang mencuri bahan logam menara pencawang ini dikenakan hukuman diberi renjatan elektrik 1 juta VOLT agar dia tak berdaya lagi melakukan kesalahan itu pada masa akan datang.

Apapun syabas kepada SESB kerana bertungkus lumus memulihkan bekalan elektrik yang terputus hari ini.

Sunday, November 13, 2011

Pulau Sebatik di Tawau, Sabah kini mendapat bekalan elektrik 24 jam



Pulau Sebatik dekat Tawau, Sabah dikenali pulau yang unik kerana terbahagi dua kepada wilayah Malaysia dan Indonesia.

Pulau ini mempunyai 5,000 penduduk dan 10 kampung, terletak 13 kilometer dari tanah besar Tawau, kira kira 20 minit perjalanan menaiki bot.

Namun sejak merdeka, masalah utamanya ialah tidak mempunyai bekalan elektrik sempurna.

Penduduknya terpaksa bergantung kepada generator untuk bekalan elektrik yang terhad.

Namun kerajaan mengotakan janjinya untuk membekalkan elektrik kepada penduduk pulau Sebatik.

Ia menerusi pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai kira-kira RM120 juta di Pulau Sebatik di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Projek ini dijangka bakal siap sepenuhnya menjelang penghujung Disember 2011.

Ketua Setiausaha KKLW, Dato' Ibrahim Muhamad, projek berkapasiti 33 KiloVolt itu dilihat sebagai mencukupi untuk menampung keperluan 10 buah kampung (5, 000 penduduk) di Pulau Sebatik yang melibatkan kira-kira 950 buah rumah.

"Kalau tiada aral-melintang, pihak kontraktor akan menyerahkan projek yang telah disiapkan ini kepada kita (kerajaan) pada awal Januari 2012. Kita percaya soal ketiadaan bekalan elektrik di pulau ini bukan lagi satu isu besar di sini," katanya

Ibrahim yang memuji kemajuan projek itu berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kerja dan tinjauan di tapak pembinaan sub-stesen elektrik di Sungai Tamang, Pulau Sebatik pada Ahad 13 November 2011 bersama ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata buat masa ini bekalan elektrik 24 jam telahpun disalurkan lebih awal kepada sekitar 700 buah rumah mulai Jun 2011 secara berperingkat-peringkat menerusi pembekalan sementara oleh pihak Sabah Electricity Sdn Bhd, SESB.

Mengulas perkembangan ini, Datuk Ghapur Salleh berkata sudah menjadi dasar kerajaan melaksanakan projek-projek pembangunan berdasarkan kepentingan rakyat.

"Projek BELB ini merupakan janji kerajaan untuk memberikan kemudahan bekalan elektrik kepada penduduk luar bandar dan mungkin masih ada penduduk yang masih 'bermimpi' kerana projek ini kini sudah hampir siap sepenuhnya", katanya lagi.

Dalam pada itu, Ghapur turut menjelaskan bahawa projek pembinaan Jalan Raya Kalabakan-Sapulut bernilai lebih kurang RM300 juta telahpun dimulakan oleh pihak kerajaan semenjak bulan Oktober 2011.

Projek BELB ini dimulakan semenjak Januari 2009 melibatkan penyambungan kabel bawah laut dari Kg Pasir Putih di tanah besar Tawau hingga ke Kg Sungai Tongkang, Pulau Sebatik sepanjang kira-kira 13 KM.

Wednesday, August 10, 2011

Selepas 25 tahun, kadar elektrik di Sabah akhirnya dinaikkan



Selepas 25 tahun tidak dinaikkan, kadar tarif elektrik di sabah dan wilayah persekutuan dinaikkan 15 peratus atau 3.75 sen sekilowatt jam berkuat kuasa 15 julai 2011.

penstrukturan itu dilakukan bagi mencerminkan kos sebenar perbekalan elektrik kepada pengguna selain menggalakkan pengunaan elektrik secara berhemah dan cekap.

Datuk Peter Chin Fah Kui, menteri tenaga, teknologi hijau dan air berkata “dalam menguatkuasakan kadar tarif elektrik yang baru ini, pihak kerajaan turut mengambil kira kepentingan pengguna2 dengan memperkenalkan beberapa keistimewaan.”

keistimewaan yang diberikan adalah tiada kenaikan bil letrik kepada 75 peratus pengguna domestik bersamaan 275 ribu 276 orang.

pengguna terbabit selama ini menggunakan elektrik di bawah 350 kilowatt jam sebulan yang tidak terlibat dengan kenaikan tarif.

70 ribu pengguna yang bil bulanan elektrik di bawah 20 ringgit sebulan juga tidak terjejas.

caj sewa meter kepada semua pengguna juga, bakal dimansuhkan.

pengguna perdagangan voltan rendah dalam jaluran 1 hingga 200 kilowatt jam pula hanya mengalami pertambahan bil elektrik bulanan sehingga 3 peratus atau dua ringgit.

kadar tarif elektrik di sabah adalah yang paling murah di negara ini dan belum pernah dinaikkan sejak 25 tahun lalu.

tarif elektrik di sabah sebelum ini ialah 25.50 sen sekilowatt jam.

kadar baru yang mula berkuat kuasa 15 julai ini ialah 29.25 sen sekilowatt jam.

Hidup Sabah.

Monday, May 23, 2011

Adakah tarif elektrik akan naik minggu ini 25 Mei 2011??

Adakah harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia akan dinaikkan lagi menerusi satu pengumuman Rabu ini, 25 Mei 2011??

Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan bakal mengumumkan kenaikan tarif elektrik dan juga aspek lain pada hari itu.

Semuanya kerana kerajaan berhasrat merasionalkan subsidi negara ini yang kini dinikmati rakyat dari pelbagai kaum dan agama tak kira di bandar atau ceruk desa.


Adakah kerajaan turut mengambil kira kebajikan penduduk miskin di pedalaman sebelum mengumumkan kenaikan tarif elektrik akibat pengurangan subsidi itu?? Bagaimana dengan keluarga yang hidupnya cukup makan saja atau kais pagi kais petang???



Adakah harga petrol akan naik lagi??Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.



Pada 16 Mei 2011 lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata, jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion setahun kepada RM20.58 bilion setahun berikutan kenaikan harga minyak dunia.



Semakin Malaysia maju dan membangun, maka semakin bertambahlah perbelanjaan rakyat dan kerajaan, umumnya akibat kenaikan harga minyak dunia yang menyebabkan hampir keseluruhan harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat. Mengapa harga minyak ini sengaja dinaikkan oleh manusia itu sendiri untuk menyusahkan manusia itu sendiri??

Harga Minyak bukannya ditentukan oleh robot, komputer atau makhluk asing dari galaksi lain...

Hari ini, Isnin 23 Mei 2011, media melaporkan kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini.

Perkara itu diucapkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga ahli Parlimen Bera, Pahang.

Bagaimanapun, Ismail Sabri, berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan itu.

Beliau cuba berdiplomasi apabila berkata "Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini...kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.

Ismail Sabri berkata, kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Sebenarnya bagi saya, soal ada wang atau tiada wang bukannya masalah.

Cuba lihat wang kertas yang ada pada kita.. ianya diperbuat daripada kertas campuran bahan kimia dilengkapi ciri keselamatan canggih kan??

Ertinya dan maknanya wang kertas ini boleh dicetak macam kita fotostat.

Kalau Malaysia nak RM100 Billion untuk perbelanjaan rakyat dan kekalkan subsidi, maka suruhlah Bank Negara cetak wang kertas sebanyak RM100 Billion.. Apa masalahnya??

Jika kebimbangannya wujud inflasi, maka sesiapa peniaga yang cuba cuba menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dengan sesuka hati, maka tangkaplah mereka dan campakkan mereka ke Benua Artik atau Antartika atau ke Kem Kamunting, Perak.

Jika ini berlaku, maka tiada yang bernai naikkan harga sewenang wenangnya dan tiadalah inflasi.

Sekian.. terima kasih kerana membaca..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs