Showing posts with label musytari. Show all posts
Showing posts with label musytari. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Fenomena Halo dan Planet Jupiter/Musytari di ruang udara Sabah, 7 December 2011


Inilah fenomena alam menakjubkan di ruang udara Kota Kinabalu yang dirakamkan pada malam 7 Disember 2011, kira kira jam 9.30 malam. Bulan jelas di tengah tengah dikelilingi bulatan maha besar dikenali Fenomena Halo. Manakala Planet Jupiter / Musytari yang terletak 600 juta km - 700 juta km kelihatan di kiri Bulan.



Fenomena Bulan dan planet Jupiter atau Musytari berhampiran satu sama lain dan jelas kelihatan, turut dirakamkan di ruang udara Kota Kinabalu pada 14 Oktober 2011.



Planet Jupiter 318 kali lebih besar dari Bumi dan juga planet terbesar dalam sistem solar.


Adakah wanita seksi dan cantik seperti ini wujud di Jupiter/Musytari??

Wednesday, October 19, 2011

Planet Musytari (Jupiter) kelihatan di ruang angkasa Malaysia pada 14 Oktober 2011


Ini adalah peta kedudukan Jupiter atau Planet Musytari pada 14 Oktober 2011



Imej ini dirakamkan di ruang angkasa Kota Kinabalu pada jam 11 malam 14 Oktober 2011. Kelihatan planet Jupiter atau Musytari dengan jelas di sebelah kanan. Yang besar di kiri itu ialah Bulan.



Planet Musytari atau Jupiter terletak antara 600 juta kilometer dan 700 juta kilometer dari Bumi dan lazimnya hanya boleh dilihat menggunakan teleskop berkuasa tinggi.

Namun sejak malam 14 Oktober 2011 hingga 15 Oktober 2011, planet berkenaan boleh dilihat jelas dengan mata kasar oleh orang ramai di ruang angkasa Malaysia khususnya Sabah termasuk di Kota Kinabalu, Tawau dan Penampang.

DI Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan pada malam 14 Oktober 2011, planet itu jelas kelihatan dengan cahaya amat terang, di bahagian kanan Bulan.

Musytari adalah planet terbesar dalam sistem solar, 318 kali lebih besar dari Bumi.

Ruang atmosferanya ialah Hidrogen dan Helium.

Pada 14 Oktober 2011, planet itu dalam kedudukan paling dekat dengan Bumi iaitu kira kira 628 juta kilometer dari Bumi.

Selain Bulan dan planet Venus, planet Jupiter adalah objek ketiga paling terang dalam sistem Solar.

Fenomena yang jarang berlaku ini, tidak disedari kebanyakan orang ramai, mereka menyangka objek bersinar itu ialah bintang biasa.

Mereka silap, itulah Musytari atau Jupiter.

Anugerah Tuhan untuk manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs