Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Monday, April 16, 2012

2 Speaker dewan rakyat dan dewan undangan negeri Sabah dari Kota Belud., Sabah


Salleh dan Pandikar ketika kedua duanya menjadi ADUN di sidang DUN Sabah



Datuk Seri Salleh Said Keruak



Tan Sri Pandikar Amin Mulia

2 Speaker dewan rakyat dan dewan undangan negeri Sabah dari Kota Belud, Sabah.

Daerah Kota Belud dikenali sebagai antara jelapang padi Sabah.

Ia juga dikenali sebagai pekan Koboi.

Namun kini Kota Belud dikenali kerana melahirkan 2 Speaker di negeri dan pusat.

Yang dimaksudkan Speaker Dewan Rakyat dan Parlimen Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Kedua duanya berasal dari Kota Belud dan kedua duanya pernah menjadi wakil rakyat Kota Belud dan pernah memegang jawatan Menteri kabinet negeri Sabah.

Datuk Salleh dari kaum Bajau, pernah menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1995 hingga 1996 selain Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Menteri Kewangan. Dia juga pernah menjadi ADUN Usukan dan Ahli Parlimen Kota Belud. Arwah bapanya, Tun Said Keruak juga pernah menjadi Yang Di Pertua Negeri Sabah dan menteri Kabinet Sabah.

Manakala Tan Sri Pandikar Amin dari kaum Iranun, pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan Sabah serta jawatan lain. Beliau juga pernah menjadi ADUN Tempasuk sebelum digantikan YB Musbah Jamli pada pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008.

Syabas Pandikar dan Salleh.

Monday, November 14, 2011

Isu Pusat Fidlot Nasional "PANAS"!!!


Khairy Jamaluddin - Ketua Pemuda UMNO

Isu pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional 'panas' apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang dalam sesi penggulungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat pada 8 November 2011 lalu.

Ia berpunca daripada dakwaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) bahawa pinjaman RM250 juta itu telah diserahkan sepenuhnya kepada syarikat berkenaan apabila fakta tersebut diperolehinya melalui carian maklumat kunci kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Selain itu, pihak pembangkang turut membangkitkan isu sama ada akaun pinjaman RM250 juta tersebut berstatus akaun khas atau sebaliknya.

Ia berikutan kenyataan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dalam sesi perbahasan yang menyatakan bahawa berdasarkan pemahaman beliau pinjaman itu merupakan akaun khas dan tidak boleh dikeluarkan tanpa kelulusan pihak-pihak tertentu.

Berhubung dua isu berkenaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, dakwaan yang dibangkitkan Saifuddin itu tidak benar kerana di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan terdapat baki pinjaman di dalam akaun berjumlah RM115.28 juta.

"Berdasarkan laporan audit tersebut, sebanyak RM134.72 juta telah diserahkan kepada syarikat terlibat dan angka-angka itu direkodkan sehingga Disember 2010. Oleh itu, laporan audit itu telah mengesahkan masih terdapat baki pinjaman," katanya ketika sesi penggulungan bagi pihak kementeriannya yang sebelum itu dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Berhubung percanggahan fakta antara laporan audit dan SSM seperti yang dibangkitkan oleh Saifuddin, Noh berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan rasmi daripada SSM.

Dalam pada itu, Noh menegaskan, pinjaman tersebut tidak diberikan secara sewenang-wenangnya kepada syarikat tersebut sebaliknya ia tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa teknikal.

"Saya tidak tahu apa status akaun ini tetapi apa yang penting pengeluaran pinjaman tidak dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia masih tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa teknikal," katanya.



Sementara itu Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Shirlin (gambar atas) menyifatkan parti pembangkang kini semakin tertekan bagi menghadapi pilihan raya sehingga menjadikan budaya 'politik mengugut' bagi menarik sokongan rakyat dalam isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Menurut beliau, dalam isu itu, parti pembangkang bukan sahaja berterusan enggan menerima penjelasan kerajaan tetapi lebih suka memutar belitkan fakta sebenar untuk mengelirukan rakyat.

"Inilah taktik orang yang dayus dalam berpolitik, gagal menarik perhatian rakyat semasa membangkitkan isu NFC selepas diberi perjelasan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini Shahrizat pula jadi sasaran mereka untuk dijadikan mangsa ugutan.

Wednesday, March 9, 2011

Jangan bangkit isu perkauman : Yang Di Pertuan Agong





Nasihat ini perlu diambil iktibar oleh kesemua 222 Ahli Parlimen yang terdiri 139 Ahli Parlimen Barisan Nasional, manakala Pakatan Rakyat 83 kerusi.

Sumber Utusan Malaysia 7 Mac 2011, Isnin.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, Seri Paduka memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Seri Paduka sehubungan itu menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

Titah Seri Paduka, kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan.

"Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, malah hari hari-hari perayaan agama yang mempunyai penganut teramai dijadikan hari cuti umum.

"Ini menunjukkan amalan kesederhanaan dan keterangkuman seperti dianjurkan oleh Islam telah diamalkan dengan subur di negara ini," titah Seri Paduka pada perasmian mesyuarat pertama penggal keempat Majlis Parlimen yang kedua belas di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Tuanku Mizan bertitah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diiktiraf sebagai antara elemen penting dalam pembangunan masyarakat sivil dan Seri Paduka berharap dalam melaksanakan program-program dan aktiviti, NGO hendaklah mengelak daripada menyentuh sensitiviti dan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan menggugat imej negara.

Berbanding dengan negara-negara tertentu, Seri Paduka bertitah, ketenteraman dan keharmonian di negara ini adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dipelihara.

"Komitmen kerajaan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat melampaui sempadan negara terserlah melalui usaha membawa pulang pelajar-pelajar yang terhimpit dalam pergolakan di Mesir melalui Ops Piramid bulan lalu.

"Sehubungan itu, beta merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut serta negara-negara sahabat terutamanya kepada kerajaan Arab Saudi yang telah banyak membantu mempermudahkan Ops Piramid," titah Tuanku Mizan.

Tuanku Mizan dalam pada itu menyeru semua pihak mengekalkan keharmonian dan maruah negara serta menjadi warga yang baik, bertanggungjawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah," titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong turut mengingatkan setiap ahli Parlimen supaya memperlihatkan tingkah laku terpuji, berbahas dengan tertib, menyumbang pemikiran yang bernas, melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan mengutamakan kepentingan rakyat.

"Beta mengingatkan bahawa tingkah laku Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam dewan yang mulia ini (Dewan Rakyat) sentiasa diperhatikan dan menjadi teladan kepada masyarakat. Ingatlah, rakyat sentiasa menuntut perkhidmatan yang terbaik dari setiap pemimpin yang mereka pilih," titah Tuanku Mizan.

Sunday, November 1, 2009

Pandikar bukan sebarang Pendekar!!!

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia berasal dari Kota Belud, Sabah.

Dia pernah menjadi ADUN Tempasuk dan juga pernah memegang jawatan sebagai menteri kabinet Sabah termasuklah potfolio Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Di peringkat kerajaan persekutuan, beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tan Sri Pandikar Amin juga pernah menjadi presiden parti AKAR, sebuah komponen BN Sabah, sebelum parti itu dibubarkan pada 2001 dan beliau seterusnya menyertai UMNO.

Dikenali dengan perwatakan tegas dan agak bengis, Tan Sri Pandikar Amin tidak dipilih semula mempertahankan jawatan ADUN Tempasuk pada pilihanraya umum 2008 dan digantikan YB Musbah Jamli.

Namun beliau dilantik sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat atau Speaker Parlimen, anak Sabah pertama memegang jawatan itu sepanjang sejarah Parlimen di Malaysia.

Setelah mengetahui dia dilantik ke jawatan itu, Tan Sri Pandikar melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Marudu kerana beliau mahu menjadi Speaker yang neutral atau berkecuali dengan tidak menganggotai mana mana parti politik.

2 lagi Timbalan Speaker juga berasal dari Malaysia Timur iaitu Datuk Ronald Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran, Sabah dan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Ahli Parlimen Santubong, Sarawak.

Video di bawah memperlihatkan ketegasan Tan Sri Pandikar Amin yang mengarahkan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Siringan Gubat, keluar dewan setelah menganggunya ketika beliau sedang bercakap mengenai etika ketika di Dewan Rakyat.

Ungkapan ala bahasa pasar "Ngamlah itu Tuan Yang Di Pertua, Ngam" oleh Datuk Siringan Gubat, membawa padah apabila dia diarahkan keluar Dewan oleh Pandikar.

Sebenarnya ketika berucap di majlis rasmi pun Datuk Siringan menggunakan pelat Sabah yang agak tebal.

Antaranya ungkapan "Lambaga pelansungan Sabah" untuk Lembaga Pelancongan Sabah dan "Lambaga tabung gatah" untuk Lembaga Tabung Getah.

Begitu juga "Sios" ketika sebenarnya beliau bermaksud "Cheers"....!!!! Ampat untuk empat, anam untuk enam dan sebagainya.

Apapun Sabah Tatap di Hati ku... Ngam itu dan haussss ni....!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs