Showing posts with label pelajar sekolah. Show all posts
Showing posts with label pelajar sekolah. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Kemana pelajar kita pergi selepas SPM?



Kemana pelajar kita pergi selepas SPM?

Persoalan di atas saya lontarkan kerana bilangan pelajar yang mengambil STPM amat berkurangan berbanding pelajar yang mengambil SPM.

Perkara ini berlaku setiap tahun.

Adakan lepasan SPM ini terus mengikuti pengajian pra-diploma, diploma, matrikulasi, A-Level atau mengikuti pengajian di kolej swasta atau dihantar terus kerajaan atau ibubapa ke luar negara?

Atau mereka terus tidak mahu belajar dan bekerja hanya dengan kelulusan SPM?

Kita pernah mendengar laporan bahawa 80% tenaga kerja di Malaysia hanya terdiri mereka berkelulusan SPM.

Kita juga pernah membaca laporan 70 hingga 80% pencari kerja di Malaysia hanya memiliki sijil SPM dan tidak mempunyai kemahiran lain.

Kita tahu SPM hanya sijil asas pendidikan, bukannya sijil pakar sepertimana diperolehi menerusi pengajian lanjutan di Uitm, Kolej, Institusi pengajian Guru, Institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Hmmm... Moga Malaysia terus melahirkan modal insan yang boleh membantu aspirasi negara mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Wednesday, November 16, 2011

Kanak kanak sekolah di China bergadai nyawa untuk ke sekolah



Kita di Malaysia beruntung kerana pelajar sekolah melalui perjalanan yang lancar, selesa dan selamat untuk menimba ilmu.

Di China, ada kawasan nun jauh terpencil yang mencabar nyawa bagi pelajar untuk ke Sekolah.

Satu daripadanya ialah kampung Pili di Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur yang tidak mempunyai jalanraya.

Akibatnya, untuk ke sekolah, pelajar terpaksa menempuh perjalanan amat mencabar termasuk melalui kawasan gunung yang amat curam. Silap sedikit, membawa maut.

Ada juga laluan yang merentasi sungai amat sejuk. Jika jatuh, pasti buruk padahnya.

Nah, kita harus bersyukur kerana Malaysia dalam keadaan aman, makmur dan tiada pelajar terpaksa menempuh laluan seumpama ini.

Tidak dinafikan ada kawasan di Sabah dan Sarawak dimana pelajarnya terpaksa berjalan kaki merentasi hutan belantara dan sungai serta laut, namun keadaan di Malaysia tidak seteruk keadaan di Pili, China ini.

Semoga perjalanan sukar ini menginsafkan kita.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs