Anugerah Juara Lagu adalah acara tahunan yang disiarkan stesen televisyen nombor satu negara, TV3.
Ia menghimpunkan artis artis terbaik tanah air untuk mencari juara segala juara.
Pada malam majlis yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra itu, lagu Ghazal untuk Rabiah dendangan M. Nasir dan Jamal Abdillah telah dipilih sebagai Juara Lagu 1997.
Namun pada hemat saya, ada lagi banyak lagu pada malam itu yang berpeluang sama rata untuk muncul juara.
Antaranya Lagu Senja Nan Merah nyanyian duet Awie dan Ziana Zain yang begitu memukau dan masih popular sehingga kini.
Begitu juga lagu Seroja oleh kumpulan Search dan juga Naluri oleh Nora.
Juara Lagu 1997 juga menyaksikan kemunculan Siti Nurhazlia yang memenangi kategori balada menerusi lagu "Aku Cinta Padamu". Namun pada ketika itu, belum diketahui kepada siapa lagu itu ditujukan oleh Siti kerana kelibat Datuk "K" belum kelihatan pada waktu itu!!
Kita saksikan.
Helikopter BO-105 Bawa Lima Individu Terhempas Di Sarawak Ketika Jalankan
Tugas Doktor Udara
-
Sebuah helikopter jenis BO-105 yang membawa lima individu termasuk
juruterbang dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang Short Takeoff and
Landing Po...
4 days ago
No comments:
Post a Comment